CENDAWAN KUKUR (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang Tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Memang seronok mengutip cendawan ini dengan tangan dan mengumpulkannya dalam bekas sebelum dimasak segar. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai teknologi dan informasi cendawan kukur untuk dijadikan bahan bacaan.
Cendawan Kukur ini tumbuh dibanyak jenis batang kayu yang dalam proses pereputan. Cendawan ini berbentuk kulit kerang dimana ia mempunyai pangkal (batang) yang melekat pada batang kayu dengan kuat. Warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan keadaan habitat kelilingnya. Saiz cendawan kukur diantara 1 - 4 cm dan tumbuh beberapa hari sebelum ianya akan menjadi kering dan mati jika dibiarkan diatas batang kayu. Cendawan kukur mempunyai aroma yang khusus dan enak kepada mereka yang suka akan baunya. Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.
Cendawan ini akan tumbuh selepas waktu hujan pada kayu yang sedang menjalani proses pereputan. Selepas hujan cendawan ini mengembang dan menjadi lembut untuk mudah kita memetiknya. Apabila ia kering, agak sukar memetiknya kerana keras dan ia liat melekat pada batang kayu. Cendawan segar yang baru dipetik boleh terus dimasak dan amat enak. Bagaimana pun selalunya jika ada kutipan yang banyak, kita akan jemur dibawah sinaran matahari selama beberapa hari sehingga betul-betul kering dan boleh didimpan lama. Cendawan kukur kering ada dijual di pasar malam atau pasar tani dengan harga RM 1.00 satu tin susu seperti tinjauan saya di pasar malam Bukit Baru, Melaka. Cendawan kukur kering ini perlu direndam dahulu dengan yang air bersih untuk mengembangkannya semua sebelum dimasak.
Cendawan kukur boleh disediakan untuk Masak Lemak Cili Api (Foto sebelah), tumis berempah, masak lemak dengan sayur daun dan sebagainya. Saya paling suka makan cendawan kukur yang ditumis kering dengan bahan ramuan seperti bawang merah, bawang putih, jintan, ketumbar, garam dan sedikit gula dan dimakan dengan nasi panas yang berasap lagi. Memang agak sukar untuk mendapatkan menu cendawan kukur di restoran-restoran kerana mungkin agak sukar untuk mendapatkan bekalan cendawan kukur yang konsisten. Sehingga kini saya belum ada mendengar industri cendawan kukur diusahakan secara komersil atau besar-besaran seperti juga Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus cajor-saju) di Malaysia. Mungkin ada usaha untuk mengkomersilkan industri cendawan kukur pada masa akan datang.
CENDAWAN KUKUR.... KULAT SISIR NAMANYA...
TUMBUH DIBATANG... MEREPUT KERJANYA...
SEDAP DIMAKAN.. BANYAK KHASIATNYA...
SUKAR DI CARI... ADAKAH MASA DEPANNYA?...
By,
M Anem
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(10.11.12) - cantik nombor ini berturutan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.