DURIAN VARIETI DATOK NINA (D2) merupakan salah satu varieti durian (Durio zibethinus) yang paling awal didaftarkan dan sederhana popular. Varieti ini telah didaftarkan kepada 'Variety National Listing' Jabatan Pertanian pada tahun 1934 oleh pendaftar yang tidak dinamakan. Varieti ini berasal dari Negeri Melaka dan mempunyai ciri-ciri baik untuk di tanam sebagai salah satu varieti pilihan pada peringkat awal untuk pengkomersialan tanaman durian. Semasa bertugas di Melaka selama 14 tahun, saya beberapa kali melawat kebun asal varieti Datok Nina di Kawasan Air Molek dan sekitar Alor Gajah serta dapat membeli dan makan buahnya yang berwarna kuning oren dan memang sedap. Varieti ini ada di tanam di Pusat Pertanian Sungai Udang, Melaka tetapi kadar peratus kejadian buah agak rendah kalau di tanam secara monokrop. Sebaiknya penanaman durian melibatkan beberapa jenis varieti dalam satu kebun untuk mendapatkan 'cross pollination' bagi meningkatkan peratus pembentukan putik bunga dan buah. Bunga durian lazimnya berlaku proses pendebungaan pada waktu malam hari secara semulajadi dengan bantuan agen pendebunga. Artikel subuh 2 ramadan ini saya menulis mengenai durian Varieti Datok Nina atau Nombor Daftar D2 selepas bersahur untuk bacaan anda semua.
Buah Durian varieti Datok Nina (D2) bersaiz sederhana besar dengan anggaran berat sekitar 1.5 - 2.2 kg sebiji. Bentuk buah adalah bulat lonjong (Ovate) dengan panjang buah sekitar 22 - 25 cm dan lebar 14 - 16 cm dimana kadar panjang buah dengan lebar pada nilai 1.5:1. Saya juga dapati buah varieti ini mempunyai bentuk pangkal buah 'ada bahu' dan bentuk hujung buah yang 'agak meruncing'. Dilihat dari segi bentuk duri didapati susunan duri pada bahagian pangkal buah adalah duri halus yang bergabung pada tapak kecil. Warna duri adalah hijau dimana bentuk duri pada pangsa buah adalah bersaiz sederhana dan pendek sahaja. Bentuk pangsa buah kelihatan mempunyai kob dengan jelas kelihatan agak jelas membezakan ada pangsa isi didalamnya. Duri-duri diantara pangsa buah agak besar kelihatan dan duri pada kulit pangsa buah bersaiz kecil yang bertaup pada pangkalnya dan terdapat duri halus diantaranya. Umumnya warna hujung duri adalah perang dan dibahagian tengah serta hujung duri berwarna hijau gangsa.
Kalau di lihat tangkai buah durian Datok Nina pada tangkainya seakan dilihat sebagai tangkai buah yang kuat dan kukuh. Panjang tangkai sekitar 3.5 - 4.0 cm dengan saiz tangkai agak sederhana besar 1.5 - 1.8 cm ukurlilit yang berwarna coklat. Varieti ini merupakan satu varieti yang susah untuk di buka terutama kalau buat D2 baru lepas gugur. Pengalaman saya pertama kali mencuba membuka buah ini di PLP Sg Udang, Melaka dulu memerlukan masa lebih 30 minit untuk membuka pangsanya menggunakan parang pendek. Kulitnya yang agak tebal sekitar 0.8 - 1.1 cm dan agak susah hendak membukanya bagaimana pun berbaloi apabila dapat makan isinya yang cukup lazat. Kepada mereka yang memang belum pernah makan durian varieti Datuk Nina atau D2 ini perlu mencarinya di kawasan yang ada menanamnya. Bilangan buah sering tidak banyak pada pokok muda yang baru belajar berbuah kerana peratus bunga menjadi buah adalah rendah.
Apabila buah yang masak di buka, akan kelihatan isinya yang berwarna OREN dan rasanya ...... wow! memang sangat manis. Isinya memang berbeza sekali kerana ia dari jenis yang isinya sangat tebal dan kalau makan satu ulas sahaja pun saya rasa sangat memuaskan dan amat mengenyangkan. Ketika saya membuat ujirasa varieti D2 ini memang ada sedikit rasa pahit dan rasa lemaknya juga agak sederhana. Varieti ini mempunyai tekstur buah yang halus dan memang berbaloi membelinya. DIlihat dari segi kepejalan isi, varieti Datok Nina dalam kategori buah 'isi lembik'. Paling bagus mengenai varieti ini adalah ia mempunyai aroma atau bau yang kuat dan memang kalau dan makan dan kita sendawa.... member sebelah yang tidak makan durian memang sakit hati dibuatnya. Bilangan ulas dalam satu pangsa cuma dua (2) sahaja , itu pun saiznya memang besar dan panjang. Pengalaman saya mendapati makan buah durian D2 ini menyeronokkan dan sangat berpuashati...masaalahnya varieti ini memang agak sukar didapati.
Keistimewaan buah durian varieti Datok Nina (D2) adalah kerana buah ini mempunyai isi yang banyak tidak ada biji atau KESEP iaitu sebanyak hampir 60% daripadanya isinya. Sekitar 40% pula isi buah mempunyai biji yang terbentuk penoh (lihat foto sebelah) dimana memang sah makan satu ulas D2 sangat berbaloi. apa lagi kalau makan dua ulas buah yang kesep, saya katakan memang sangat kenyang. Kajian saya juga mendapati hampir tidak ada biji yang terbentuk separuh. Saiz biji yang terbentuk adalah sederhana besar dengan mempunyai kulit luar berwarna coklat dan ada sedikit musilage dibahagian embryo biji. Buah durian daripada pokok yang telah berumur lagi banyak buah yang mempunyai biji kesep. Kajian pemasaran harga durian varieti Datok Nina (D2) diantara RM 10.00 - RM 25.00 sekilogram itu pun kalau ada di pasaran. Ramai peminat durian tidak dapat bekalan varieti ini kerana agak kurang ditanam masa ini dan bilangan buah yang dihasilkan juga sedikit. Kepada mereka yang ingin mencari anakbenih varieti Datok Nina boleh mendapatkanya dari pembekal yang telah menerima sijil akreditasi dibawah Skim Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian untuk mendapatkan jaminan kualiti. Wasallam.
DURIAN DATOK NINA... D2 NAMANYA....
BUAHNYA BESAR...LIAT MEMBUKANYA....
ISINYA SANGAT TEBAL...MANIS RASANYA...
MAKAS SATU ULAS... KENYANG PASTINYA...
By,
M Anem
Air Molek, Melaka,
Malaysia.
(8 Ramadan 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.