Support My Blog

Tuesday, July 17, 2012

AGEN PENDEBUNGA SAWIT

AGEN PENDEBUNGA KELAPA SAWIT (Elaidobius kamerunicus Faust) atau kumbang pendebunga merupakan sejenis serangga yang sangat penting dalam membantu proses pendebungaan tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis). Saya kenal akan serangga ini sebab saya memang teribat dengan serangga seperti kumbang ini semasa menjalankan Latihan Praktikal di Ladang Pamol, Kg Gajah, Kluang , Johor sekitar tahun 1979. Pada masa itu kumbang ini baru dibawa masuk dari Negara Cameroon di Afrika oleh Datuk Leslie Davidson yang menerima Anugerah Sains Negara kerana jasanya membawa masuk kumbang pendebunga ini di Malaysia. Serangga ini kini merupakan serangga paling signifikan dalam proses pendebungaan kelapa sawit. Beliau telah memulakan kajian di Pamol Estate dimana saya ada terlibat selama 6 bulan, membantu mengira serangga ini setiap hari dengan mengambil tandan bunga dan mengkaji kadar pergerakan dan populasi. Maknanya saya juga memang ada menyumbangkan kepada Datuk Leslie Davidson dalam mendapat anugerah tersebut (Lihat foto beliau dibawah). Kajian pada masa itu hanya di buat di ladang tersebut sebelum ianya didapati merupakan kumbang yang hanya tinggal pada bunga kelapa sawit dan akan terbang kepada bunga-bunga  kelapa sawit lain dengan membawa debunga jantan. Artikel pagi Ahad ini saya menulis mengenai kumbang penting ini dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukan semua.


Kumbang ini adalah dari Kelas Insecta, Order Coleopetera dan dari Keluarga Cuculionidae iaitu merupakan serangga jenis KUMBANG. Nama saintifiknya adalah Elaidobius kamerunicus tetapi ada beberapa spesis lain seperti E. plagiantus, E. subvitattus dan E. sugularis. Hanya spesis E. kamerunicus yang paling sesuai dijadikan agen pendebunga kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia dan telah berada di negara kita semenjak 33 tahun dahulu. Terimakaseh kepada Datuk Leslie Davidson dan saya juga. Sebelum ujudnya kumbang ini, proses pendebungaan kelapa sawit di jalankan dengan menggunakan tenaga manusia yang masa itu saya dapati ramai 'Pollen Girl' di Estet Pamol yang menyembur (Menyemprot) debunga jantan kepada bunga betina (Pokok yang masih rendah dan mampu dicapai). Memang seronok buat latihan amali kerana banyak awek dan ada rakan saya yang sangkut dengan awek ini dan berkahwin. Keperluan pekerja untuk mendebunga antara 10 - 15 orang satu hektar dan di Estet Pamol perlukan sekitar 500 orang petugas 'pollinator'. Kesemua pekerja pada masa itu adalah hanya orang tempatan dan belum ada isu Pekerja Indonesia, Bangladesh atau dari negara lain.


Kumbang Pendebunga ini aktif dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dimana ianya terbang dari jambak bunga jantan (ianya memang suka tinggal dalam jambak yang sedang mekar) dan terbang kepada jambak bunga lain daipada sepokok ke sepokok. Debunga kelapa sawit yang melekat pada bahagian badan, kepak dan kaki akan dibawa bersama dan secara langsung akan di pindahkan kepada bunga betina kelapa sawit. Keajaiban Alam oleh serangga ini menjanjikan proses pendebungaan kelapa sawit mencapai sehingga 100% dimana ianya memberikan kesan hasil buah yang optima (Lihat foto sebelah). Kejayaan agen pendebungaan oleh angin sebelum ini hanya menjanjikan kadar kejayaan sangat rendah dan cara pendebungaan berbantu dengan menggunakan manusia juga pada tahap sederhana (bergantung kepada kecekapan pekerja). Kecekapannya jauh lebih baik daripada agen semulajdi seperti Kutu Thrips (Thrips spp) kerana ia juga mampu menjalankan tugas sama ada musim panas atau musim hujan untuk terus mereka menjalankan pendebungaan. Bagaimana pun pada masa ini populasi serangga ini terancam dengan ujudnya industri burung walit yang makan serangga ini dengan kadr banyak setiap hari (Baca artikel berkaitan - Klik disini)


Keunikan serangga ini adalah kerana ianya hanya suka pada bunga kelapa sawit sahaja. Bunga Jantan (atau jambak jantan) akan mengeluarkan sejenis bau atau aroma (saya pun dan mampu mengenali bau ini) dan akan mekar untuk selama lebihkurang 5 hari dan kumbang akan tinggal didalamnya. Bunga betina kelapa swit cuma terbuka untuk beberapa jam sahaja dalam satu hari dan kumbang akan berpindah sari satu bunga kebunga yang lain dengan cara terbang. Kajian saintis dan latihan praktikal saya dulu mendapati kadar sebaran kumbang ini sekitar 1 - 2 km radius dalam sehari pada cuaca panas. Pada keadaan dimana cuaca hujan pergerakannnya akak terhad dalam pokok persekitaran sahaja. Dilihat dari foto sebelah dengan memasang 'yellow stiker' kita mampu mengira populasi kumbang ini pada satu lokasi. Teknologi ini tidak ada semasa saya buat latihan praktikal dulu. Kami terpaksa panjat pokok dan sarungkan jambak bunga lalu di bawa ke makmal untuk mengira secara manual seekor demi seekor. Apabila bunga jantan mula membusuk selepas 5 hari kumbang ini akan makannya sehingga habis dan akan berpindah kepada bunga lain. BERSAMBUNG...
KUMBANG AJAIB.... AGEN BERGUNA...
DARI AFRIKA... DIBAWA MASUK LAMA...
DATUK DAVIDSON...MEMANG BERJASA...
PENDEBUNGAAN CEKAP...HASIL DIJANA...
TENAGA MANUSIA...DAH TIDAK DIGUNA....
TERIMAKASIH KUMBANG....DI MANA-MANA....

By,
M Anem
Senior Agronomist.
Jalan P11/D26, Precint 11, 
Putrajaya,
Malaysia
(25 Syaaban 1433H)
Kemaskini pada 24 April 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...