POPULASI KUMBANG PENDEBUNGA (Elaidobius kamerunicus) banyak mempengaruhi kecekapan agen pendebunga Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di ladang-ladang sawit masa kini. Diantara faktur yang mungkin boleh menyebabkan kurangnya populasi kumbang ini adalah kerana aktiviti menyembur racun serangga, penebangan pokok matang sumber makanan, kurang sumber bunga, cuaca hujan berpanjangan dan juga serangan oleh burung walit. Peranan serangga ini adalah sangat signifikan untuk menjalan aktiviti pendebungaan kelapa sawit secara semulajadi atai secara biologi dengan cekap dan signifikan. Terdapat seluas 4.69 juta hektar tanaman kelapa sait di Malaysia pada tahun 2010 dan ianya terus bertambah setiap tahun terutama bagi sektor pekebun kecil. Kalau satu hektar mempunyau 50 pokok, kiralah sendiri berapa juta pokok kelapa sawit di Malaysia...lebih kurang sebanyak 230 juta pokok!. Serangga pendebunga berwarna hitam mempunyai saiz badan sekitar 4 mm panjang dan 1.5 mm lebar mempunyai kitaran hidup 9 - 24 hari sahaja. Kita kira sekiranya purata sepokok ada 50 ekor kumbang ini ...berapa banyak jika dikira 50% sahaja populasi Elaidobius kamerunicus ini?...sekitar 5.6 billion ekor. Artikel pagi ini saya menulis mengenai populasi kumbang ini untuk 'Anim Agro Technology' bagi dibuat rujukan.
Penggunaan racun serang di kawasan ladang Kelapa Sawit masih dijalankan terutama pada tanaman peringkat muda. Penggunaan racun serangga atau racun roden untuk kawalan. Racun yang di sembur untuk kawalan kutu thrips akan menjejaskan prestasi serangga ini. Selain itu ada juga kesan racun tikus pada jambak bunga jika racun tersebut di letakan dengan kaedah tidak betil. Penggunaan racun rumpai jenis kontek atau jenis sistemik juga ada memberi kesan kepada populasi kecergasan serangga ini terutama untuk pokok masih muda apabila dibuat kawalan meracun rumpai. Kurangnya penggunaan racun pada pokok dewasa yang tinggi menurang kesan racun terhadap populasi kumbang pendebunga ini berbanding dengan pokok yang masih rendah.
Industri Ternakan Burung Walit telah menjadi satu entiti perniagaan yang mendapat sokongan kerajaan dan merupakan satu 'High Impact Project' yang sangat berdaya maju selain daripada Industri Rumpai Laut dan Cendawan. Bagaimana pun keujudan industri burung walit sedikit sebanyak menjejaskan industri lain seperti masaalah gangguan bunyi, kekotoran, alam dan persekitaran, memunsahkan burung pungguk jelapang padi dan terkini mungkin mengurangkan populasi kumbang pendebunga kelapa sawit. Burung ini mampu terbang jauh dan akan hadir di kawasan ladang kelapa sawit ari jam 9.00 - 12.00 tengahari untuk makan kumbang yang berterbangan terutama di kawasan lapang diatas jalanraya dianta tanaman kelapa sawit. Kalau seekor makan 100 ekor sehari.... cuba kira jika ada 2 juta ekor yang makan. Kitaran hidup kumbang pendebunga ini cuma 8 - 24 hari sahaja. Adakah akan terkesan pengurangan populasi kumbang ini pada jangkamasa panjang jika tidak di kawal dari sekarang! adakah nanti akan ada kajian saitifik mengenai isu ini?
Kesan penebangan pokok kelapa sawit dewasa secara terancang adalah penting untuk menentukan populasi kumbang pendebunga ini pada paras stabil. Pokok muda memerlukan masa lebih 3 tahun untuk mengeluarkan jambak bunga bagi kumbang pendebunga tinggal dan mencari makan. Jika kawasan yang ditebang tidak di aturkan dengan baik maka populasi kumbang ini juga kurang atau tiada di kawasan tersebut. Bagaimana pun apabila pokok mulai dewasa, serangga ini akan datang secara semulajadi mengikut peringkat umur. Kalau dahulu kita kena bawa serangga ini kekawasan ladang baru tetapi kini populasi kumbang ini sudah terdapat di seluruh Malaysia dan Indonesia dimana ada ladang penanaman kelapa sawit. Belum ada laporan kerosakan kepada tanaman lain sehingga kini dilaporkan diatas kumbang ini.
POPULASI KUMBANG...PERLU DIPANTAU....
PERANAN PENTING...WALAU DI PULAU...
AGEN PENDEBUNGA...HASIL LUMAYAN....
TINGKATKAN HASIL...PETANI SENANG...
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(26 Syaaban 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.