Ikan Baung adalah natif di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara jiran dan kini boleh diternak sebagai satu industri yang berdayamaju. Ikan ini juga terdapat di Afrika walau pun spesisnya agak berlainan. Spesis ikan ini ada 35 jenis dimana di negara kita hanya spesis Mystus nemurus sahaja yang popular. Ikan ini sama seperti ikan keli iaitu dari segi marfologinya tetapi berlainan dari segi kedudukan sirip dan juga saiz panjang badannya. Ikan yang gemar hidup dalam air tawar yang perlahan arusnya terdapat dikawasan air tidak tercemar dan mempunyai makanan semulajadi. Ikan ini sukar ditemui dikawasan air yang mengalir deras. Terdapat laporan di Indonesia yang menyatakan ikan baung di Sungai Kalimantan mampu mencapai saiz sehingga 20 kg seekor. Lazimnya untuk restoran dan pasaran segar ikan baung di Malaysia dipasarkan pada saiz 200-400 gram seekor.
Bentuk badan ikan baung dan marfologinya. |
Terdapat bentuk dan perbezaan antara ikan baung jantan dengan ikan baung betina yang perlu kita pelajari. Ikan Baung Jantan mempunyai bentuk badan yang ramping dengan warna kulit yang agak kuning kemerahan serta mempunyai satu alat kelamin yang saiznya agak panjang. Patin Jantan juga apabila telah matang akan mempunyai satu alat kelamin yang berwarna kemerahan dan agak mengelembung dan akan mengeluarkan cecair seperti susu apabila diurut (lendir mengandungi sperma). Baung Betina mempunyai bentuk badan yang gemuk dan pendek dimana warna kulitnya agak kusam dan mempunyai 2 alat kelamin iaitu satu untuk telur dan satu lagi untuk kencing. Ikan Baung betina yang telah matang mempunyai permukaan kulit yang lembut, perut yang kembong dan apabila diurut menghasilkan telur.
Ikan baung boleh diternak dikawasan kolam atau tasek atau dalam sungai yang dikurung dalam sangkar. Benih anak baung boleh dihasilkan secara komersil menggunakan baka baung induk yang disimpan dalam kolam untuk menghasilkan sperma dan telur. Stok ikan induk adalah sebanyak 15 ekor/meter persegi dengan diberi makan 2 kali sehari. Induk ikan baung matang akan disuntik dengan sejenis hormon iaitu 'ovaprim' dengan dos sebanyak 0.5 cc /kg induk betina dan o.3 cc/kg bagi induk jantan. Pemerhatian dan pengalaman saya melihat penyediaan benih ikan baung diteruskan dengan mengurut induk ikan bagi menghasilkan telur dan sperma. Kemudian telur dan sperma ikan dan digaul dengan bulu ayam sehingga sebati. Masukkan campuran tadi kedalam akuarium khas untuk penetasan. Larva benih terhasil selepas 6-8 jam dalam akuarium khas dan akan di sedut keluar dengan sifon. Proses mengasingkan dibuat sehingga 8 hari dan diberi makan cacing rambut serta nauplii Artenis spp sehingga sesuai untuk diedarkan kekawasan ternakan.
Ikan baung adalah sejenis ikan air tawar yang enak dan lazat untuk dimakan. Dagingnya yang halus dan lembut sesuai di makan kerana ikan baung tidak mempunyai duri yang banyak. Isinya yang pejal dan tidak mudah pecah menyebabkan ianya digemari untuk di mask asam pedas, masak lemak cili api, masak gulai kari dan juga boleh di salai untuk mendapatkan citarasa istimewa. Kajian saintis mendapati ikan baung mengandungi zat protin yang tinggi (52%) , kandungan lemak yang rendah (15%) dan juga rendah kolesterol. Hidangan masakan ikan baung masak cili api agak mahal pada musim ikan baung sukar didapati sekitar RM 4.00 - RM 8.00 satu pinggan di Restoran terkemuka di Segamat. Ikan baung perlu dibasuh dengan air limau atau air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan mengurangkan bau hanyir dan bau tanah. Kelazatan ikan ini akan terserlah apabila kita makan dengan nasi putih panas ketika sangat lapar!
IKAN BAUNG...MACAM IKAN KELI....
PINDAH PUTRAJAYA...MANA NAK BELI...
SEDAP DIMAKAN ...MASAK LEMAK CILI API...
MAKAN DISEGAMAT....RESTORAN R&Z DICARI....
Related article:
1. Ikan Keli (Klik disini)
2. Belut (Klik disini)
3. Ikan Patin (Klik didini)
4. Kerang (Klik disini)
5. Kupang (Klik disini)
6. Industri Perikanan di Malaysia (Klik disini)
7. Ikan Hiasan (Klik disini)
8. Ikan Tilapia (Klik disini)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(9 Zulhijjah 1432H)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.