PEGAGA (Centella asiatica Linn) merupakan sejenis herba dari keluarga Meckinlyaceae yang kini sangat terkenal di kalangan penduduk dunia yang memberikankhasiat untuk kesihatan. Di Malaysia tumbuhan ini hidup liar seraca semulajadi dikawasan tanah lapang dan kini telah ditanam secara komersil atau secara kecil-kecilan keliling rumah. Terdapat beberapai spesis atau varieti pegaga di negara kita seperti Pegaga Cina, Pegaga Gajah, Pegaga Daun Lebar, Pegaga Kelantan, Pegaga Salad, Pegaga Brunei dan Pegaga Renek. Pegaga di makan segar sebagai ulam dengan nasi serta auk pauk lain. Artikel kali ini kita belajar nama-nama lain bagi tumbuhan pegaga di seluruh dunia...mana tahu nanti maklumat ini berguna untuk pembaca!
Kajian mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga mengandungi komponen PECTIN yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan.
Nama bontanikal lain bagi tunbuhan pegaga atau SYNONYM(S) adalah Hydrocotyle asiatica L. dan Hydrocotyle erecta L. f.. Klasifikasi ini merujuk kepada laman sesawang antarabangsa.
ASSAMESE : Aghinya, Bor mani muni.
BENGALI : Bora thulkari, Brahmi, Thankuni, Thankuria.
CHINA : Ji xue cao (Chi hsueh ts'ao).
ENGLISH : Asian pennywort, Asiatic coinwort, Asiatic pennywort, Indian pennywort, Indian water navelwort, Marsh penny, Marsh pennywort, Pennyweed, Sheep-rot, Spadeleaf, Thick-leaved pennywort, Water pennywort, White rot.
PERANCIS : Centelle asiatique, Écuelle d'eau (Rehm), Fausse violette, Hydrocotyle.
JERMAN : Asiatischer Wassernabel.
GUJARATI, INDIA : Barmi.
HINDI, INDIA : Bemgsag, ब्रह्म मंडुकी Brahma manduki, Brahmanduki, Brahmi (North India, West India), Gotu kola, Khulakhudi, Mandukparni, Mandookaparni, Mandukaparni (South India), Thankuni.
ITALI : Erba delle tigri, Idrocotile, Scodella d'acqua.
JEPUN : ツボクサ Tsubo kusa.
KANADA : Vondelega.
KHMER : Trachiek kranh.
MADURA, INDONESIA : Kos tekosan.
MALAGASY : Talapetraka (Madagascar).
MELAYU : Daun kaki kuda (Indonesia), Gagan-gagan (Java), Pegaga, Pegagan, Kerok batok (Java), Rendeng.
MALAYALAM, INDIA : Kodangal, Kudangal, Muthil.
MARATHI, INDIA : Brahmi, Karinga.
NEPAL : Brahambuti, Braahamii (Brahami), Ghodtaapre (Ghodtapre), Ghorataap (Ghortap), Kholca ghayn.
PUNJABI, INDIA : Brahmibuti.
RUSIA : Готу кола Gotu kola.
SANSKRIT, INDIA : Brahmi, Brahma manduki, Brahamamanduki, Divya, Jalneem, Mandukparni, Nandukparni, Thankuni.
SINHALESE, SRI LANKA : Gotu kola.
SEPANYOL : Hierba de clavo (Rehm) , Sombrerito (Rehm).
SUNDA. INDONESIA : Antanan rambat.
TAMIL, INDIA : வல்லாரை Vallaarai (Vallarai), Vallarai elai.
TELUGU, INDIA : Bokkudu, Nacley, Saraswataku.
THAI : บัวบก Bua bok (Central Thailand), ผักหนอก Phak nok (Northern Thailand), Phak waen.
VIETNAM : Cây rau má.
Negara India merupakan antara pengeluar utama tumbuhan pegaga di dunia diikuti dengan Indonesia dan beberapa negara Asia Tenggara lain. Pegaga di makan segar, diproses untuk dijadikan jus atau ekstrak dan dijadian serbuk serta kapsul sebagai makanan kesihatan. Khasiatnya adalah seperti meningkatkan imunisasi badan, membantu pengaliran darah, menguang potensi nyanyuk dan menjadi ubat batuk. Pegaga juga dapat merawat racun gigitan ular, selsema, penyakit kuning dan keracunan akibat cendawan. Penanaman pegaaga juga mudah dibuat dikeliling rumah dalam pasu atau atas tanah dan tidak banyak musuh dan penyakit yang menyerang. Tanamalah pegaga untuk kegunaan sendiri!
NAMA PEGAGA....GOTU KOLA DI SRI LANKA..
HARGANYA MURAH...RAMAI ORANG SUKA...
TANAM SENDIRI...DI RUMAH DAN DIJAGA...
BADAN JADI SIHAT...DIJUAL PUN BERHARGA...
Related articles:
1. Pegaga (Klik disini)
2. Selom (Klik disini)
3. Ulam Raja (Klik disini)
4. Terung Pipit (Klik disini)
By,
M Anem
Melaka
Malaysia
(8 Zulhijjah 1432H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.