KERDAS (Archidendron bubalinum) merupakan sejenis pokok dari keluarga Fabaceae atau Leguminoceae yang menghasilkan buah kerdas yang dikategorikan sebagai Ulaman. Kerdas merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan tropika terutama di kawasan Asia Tenggara dan dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah Kerdas yang matang menghasilkan bau yang kuat apabila dimakan dengan nasi dan seperti juga buah Jering (Archidendron jiringa). Kajian saya dari beberapa sumber mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kerdas di Malaysia tetapi penulis menganggarkan sekitar 25-35 hektar CHE sahaja. Belum apa laporan rasmi mengenai penanaman kerdass secara komersil kerana kebanyak pokok kerdas yang ada adalah tumbuh semulajadi dikawasan hutan atau yang ditanam dikeliling kawasan rumah secara bercampur dengan tanaman dusun lain. Artikel pagi Ahad ini saya menulis mengenaii teknologi pokok kerdas dari kacamata penulis tang berpengalamann lebih 30 tahun dalam sektor pertanian.
Pokok Kerdas adalah sejenis pokok saka yang tumbuh menegak dengqn banyak cabang serta rimbun dan mampu tumbuh sehingga 25 meter. Batang utama pokok kerdas mempunyai kulit kayu yang keras berwarna coklat kelabu dan boleh digunakan sebagai kayu api atau jika dan besar boleh diproses diajdikan kayu untuk aktiviti lain. Daunnya berwarna hijau dengan susunan bersilang dalam satu tangkai sama seperti daun pokok jering. Daun mudanya berwarna ungu kemerahan sama seperti jering dan lembut. Bunganya keluar dari celah tangkai daun berjambak banyak sepanjang 1.-2.0 cm panjang berwarna kuning susu dan ada pistil dihujungnya. Pendebungaan dilakukan oleh angin, serangga dan lain-lain agen. Buah Kerdas dalam pod atau sarung buah berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi coklat gelap apabila cukup matang.
Penanaman pokok kerdas lazimnya menggunakan biji benih dari buah kerdas yang cukup matang. Satu pod buah kerdas mengandungi 2-3 biji buah kerdas yang berwarna kuning susu dan bertukar menjadi warna coklat kehitaman berkilat apabila cukup matang. Kulit Kerdas agak keras dan liat dengan ukuran panjang 6-10 cm dan ukurlilit 2-3 cm. Bijinya bersusun berlapis-lapis berukuran 10 mm-15 mm yang mempunyai lapisan kulit nipis berwarna krim susu. Buah inilah yang mengeluarkan bau kuat apabila dimakan dan apabla kita buang air kecil (Kencing) atau buang air besar. Warna isinya akan menjadi coklat kehitaman semakin buah ini cukup tua.
Jika kita hendak menanam kerdas perlu menyemai benih dalam polibeg dahulu dan jaga sehingga mempunyai 5-6 helai daun atau setinggi 60-70 cm. Alihkan anakbenih keladang dengan jarak tanaman disyorkan 20 meter x 15 meter. Lubang penanaman digali seluas 2 kaki x 2 kaki x 2 kaki dan masukkan baja CIRP serta baja organan sebelum menanam. Peringkat awal pertumbuhan perlu dijada dari serangan Kumbang Cockchafer atau Kumbang Koboi yang makan pucuk daun muda pada malam hari. Pokok kerdas agak lambat membesar dan berikan baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif dan apabila cukup masa untuk berbuah (kajian menunjukkan selepas 5-6 tahun ditanam) berikan baja NPM 12:12:17:2 dengan kadar 120 gram sebanyak 3 kali aplikasi setahun.
Cara memetik buah kerdas sama seperti buah jering iaitu dengan memotong buah yang matang menggunakan galah yang ada pisau tajam dan kumpulkan. Bersihkan dari kekotoran dan pod boleh dibuka terus atau simpan dahulu 1-2 hari sebelum kulit buah dibuka bagi mengeluarkan biji kerdas. Biji kerdas berwarna coklat hitam di kumpulkan, dibersihkan kemudian dikopek kulitnya dan sedia untuk dijual kepada peminat buah kerdas. Kajian saya mendapati harga ladang buah kerdas yang belum dikopek cuma RM 2.50 - RM 3.00 sekilogram sahaja tetapi biji buah kerdas yang dijual di pasar malam di Melaka dan Muar sekitar RM 3.00 - RM 4.00 satu tin susu (Sekitar 200 - 300 gram). Buah kerdas macam juga jering memang mempunyai musim pengeluaran puncak iaitu sekitar Bulan Jun - Ogos setiap tahun. Satu pokok kerdas dewasa yang dijaga mempu menghasilkan sebanyak 150 -400 kg biji kerdas satu musim.
Kajian dan pembacaan saya daripada beberapa buku 'Tropical Food Nutrition' mendapati kerdas mengandungi banyak Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C selain daripada kandungan Protin (3.5%), Karbohiderat (1.7%), Lemak (0.3%) dan pelbagai zat galian seperti P, Fe, Ca dan sebagainya. Kerdas juga didapati mengandungi bahan koloid yang membantu dalam melawaskan sistem perkumuhan terutama membantu dalam ransangan untuk KENCING. Terdapat dakwaan yang menyatakan buah kerdas membantu meneuteralkan kandungan gula dalam daarah dan membantu dalam mengawal masaalah Darah Tinggi. Masaalahnya adalah adakah ahli keluarga dan rakan-rakan dipejabat tahan dengan bau kuat kencing anda!...
Kajian dan penyelidikan mengenai tumbuhan kerdas perlu diteruskan dalam aspek amalan agronomi, aktiviti lepas tuai, program pembiakbakaan, teknologi pemprosesan dan khasiat buah kerdas. Mungkin dengan kaedah pemprosesan khusus bau kuat buah kerdas dapat dikurangkan tanpa mengurangkan khasiat dan faedah kesihatan buah kerdas. Siapa tahu buah kerdas sesuai di tinkan atau dibuat serbuk halus untuk dijadikakan bahan makanan kesihatan pada masa akan datang. Buah kerdas yang ada di negara kita mungkin boleh diberikan 'Sijil Organik' kerana kebanyakannya ditanam dikawasan hutan yang memang jarang dicemari dengan sisa bahan kima. Makan Kerdas adakah otak kita akan Cergas? ... Wallahualam.
POKOK TINGGI....POKOK BUAH KERDAS...
BATANG BERCABANG...DARI KAYU KERAS...
BIJI BERBAU KUAT...DIMAKAN HINGGA PUAS...
LEPAS KENCING....TAK TAHAN BAU TANDAS...
Related Articles:
1. Jering (Klik disini)
2. Petai (Klik disini)
3. Petai Belalang (Klik disini)
4. Telur Masin (Klik disini)
5. Pokok Kekabu (Klik disini)
6. Buah Keras (Klik disini)
7. Buah Pelaga (Klik disini)
By,
M Anem
Pasar Borong Selangor
Selangor, Malaysia.
(24 Zulhijjah 1432H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.