Support My Blog

Tuesday, July 12, 2011

KACANG SERINDING (LENTIL)

KACANG SERINDING (Lens culinaris atau Lens esculenta) adalah sejenus tumbuhan dari keluarga Leguminaceae yang ditanam di kawasan Asia Barat, Italy, India dan Mesir. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman kekacang yang tertua dalam keluarga tersebut yang di tanam untyuk mendapatkan biji kacangnya bagi kegunaan makanan manusia.  Tanaman yang dipercayai berasal dari Asia Barat dan Eropah Selatan ini juga di panggil sebagai Kacang Dhal (Melayu), LENTIL (English), Kacang Koro (Indonesia), Adas (Arab), Linse ; Linsen (German), Masuur ; Masuuri (Hindi), Aoi mame (Jepun), Len So Kong (Korea), Thua daeng (Thailand) dan Patanni (Filipina). Tanaman ini ditanam pada awal musim sejuk atau kawsan datarann tinggi dinegara tersebut. Artikel ini mempaparkan tanaman Kacang Serinding (lentil) berdasarkan pembacaan saya dari sebuah buku teknikal yang diterbitkan pada 1976 oleh Longman dan capaian di laman sesawang.


Ramai petani di Malaysia dan kita tidak kenal akan kacang Serinding ini kerana memang tidak di tanam di negara kita. Saya bagaimana pun masih ingat kata-kata ibu saya untuk membeli 'Adas' atau 'Dhal' masih kecil dulu. Orang kampong lebih kenal adas daripada kacang serinding agaknya. Kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis lentil yang ditanam iaitu Brown/ Spanish Pardina, French Green/Puy lentils , Dark speckled blue-green), Green, Black/Beluga, Yellow/ Tan Lentils (Red inside) , Red Chief (Decorticated yellow lentils), Eston Green (Small green) , Richlea (Medium green), Laird (Large green), Petite Golden (Decorticated lentils), Masoor (Brown-skinned lentils which are orange inside), Petite Crimson/Red (Decorticated masoor lentils) dan Macachiados (Big Mexican yellow lentils.


Tumbuhan lentil ini adalah pokok kekacang yang renek dengan ketinggian 40 cm (16 inchi) dengan daun berwarna hijau tersusun dalam 7 pasangan yang 'pinnate' dan bersilang (alternate). Saiz daun 12 mm panjang yang berbentuk lanceolate atau oval. Batangnya berbentuk segiempat dan membesar dengan cepat apabila ditanam. Pokok akan matang dalam masa 3-4 bulan selepas ditanam. Akar pokok dari jenis akar cetek dan akar rambut yang mempunyao bintil-bintil akar (nodules) yang berbentuk bulat dan lonjong. Terdapat satu 'pelvinus' pada pangkal tangkai daun yang menyebabkan daun akan bergulong apabila pokok mengalami kekurangan air (water stress).  Bunganya werwarna putih yang kemudian menjadi ungu dalam bilangan 2-3 bunga satu tangkai. Biji kacangnya berbentuk lebar dan leper (Flatenned and broad) bersaiz 12 mm panjang dalam pelbagai warna seperti hijau, hitam, kuning, merah cerah atau kelabu.


Pengeluaran kacang ini didunia adalah sebanyak 3.92 metrik tan pada tahun 2009 dengan Canada merupakan negara utama pengeluar kacang ini sebanyak  1.5 juta mt. ini diikuti dengan India (950,000 mt), Turki (302,182 mt) dan USA (365,680 mt). Negara lain yang banyak menanam tanaman ini adalah seperti Australia, Ethiopia, China, Syria, Iran dan Bangladesh. India merupakan negara utama pengguna kacng dhal ini dengan masakan pelbagai menu yang menggunakan kacang ini. Kacang ini kaya dengan zat protin iaitu sebanyak 26% daripada kandungan didalamnya. kandungan asid amino dan bahan lain seperti lysine, methionine dan cysteine.


Kacang ini digunakan untuk masak kari di Malaysia yang perlu dipanaskan antara 20-30 minit sebelum lembut. Masakan kari sering dimakan dengan roti canai, nasi beriyani gam, nasi putih dan sebagainya. Ini merupakan komponen utama kepada pengemar makanan vegeterian di seluroh dunia sebagai sumber protin bagi menggntikan daging dan ikan. Dikalangan masyarakat Eropah kacang ini dimasak sebagai sop terutama di Eropah dan Benua Amerika. Sop ini kadang-kadang di campur dengan daging dan komponen lain untuk menambahkan kualiti makanan. Malaysia mungkin salah satu negara yang banyak mengimpot kacang ini untuk kegunaan domestik. Diharap artikel ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca sekelian. Salam Mesra!


KACANG SERINDING...LENTIL NAMANYA...
TEMPAT KITA...TAIDA POKOKNYA... 
NAMA BIASA...KACANG DHAL NAMANYA...
SEDAP DIMAKAN..KENYANG AKHIRNYA..

By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...