SELAMAT BERPUASA BULAN RAMADAN
MULAI 1 OGOS 2011.
Kepada pambaca muslimin dan muslimat diharap sama-sama kita menyambut bulan Ramadan dengan Takwa dan penoh keinsafan. Saya ada menerima beberapa SMS ucapat "Selamat berpuasa" daripada rakan-rakan dan taulan. Diucapkan terimakaseh kepada mereka semua.
Berikut adalah antara kata-kata nasehat yang diterima untuk renungan kita bersama:
"Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah DOSA maka TAUBATlah ubatnya. Jika sekuruh HARI adalah NISTA maka JUMAATlah pensuciannya. Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADANlah pemutihnya. " Ini kiriman Dato' Sabtu.
Kiriman SMS dari En. Nordin pula ialah seperti berikut :
"ALLAH menduga kita dengan macam-macam cara. Kita sahaja yang tidak tahu.ALLAH sembunyikan matahari tetapi sebenarnya dia hendak memberikan bulan yang cantik menyinari malam. ALLAH tenggelamkan bulan muncul pula matahari yang memberikan banyak keuntungan. ALLAH nak bagi kita pahala bergganda maka dia jadikan Bulan RAMADAN. Selamat berpuasa".
Kepada semua pembaca blog yang terdiri dari pelbagai kategori seperti daripada petani, pegawai, saintis, pelajar, pembaca, usahawan dan sesiapa juga di ucapkan "SELAMAT BERPUASA BULAN RAMADAN"
SELAMAT BERPUASA!
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.