Support My Blog

Saturday, January 8, 2011

SADRI (Celery)


SADRI (Apium graviolens) merupakan sejenis sayuran daun dari keluarga UMBELLIFERAE yang ditanam di Malaysia dan terdapat diseluroh dunia. Terdapat beberapa jenis atau kultivar lain kueluarga sadri iaitu Apium dulce, Apium rapaceum (Di Eropah ) dan Apium secalinum (Terdapat di Asia Tenggara). Tanaman ini dipanggil sebagai Celery ; Stalk Celery ; celeriac(English), Sadri ; selderi ; daun Sup ; seladeri (Malaysia dan Indonesia), kinchai ; kinsay ; kinintsai (Filipina), chii tang ao (Cambodia), khun-chai ; phakpum (Thailand) dan raunlaaftaay (Vietnam). Tumbuhan ini berasal dari kawasan eropah dan Asia (Chinese variety) digunakan sebagai salad, sayuran dan juga diproses. Artikel ini membentangkan teknologi tanaman sadri sebagai tanaman sayur daun berdasarkan pembacaan saya dari buku , pengalaman semasa melawat kebun saderi dan beberapa temubual dengan petani di Johor dan Pahang. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali iini adalah berkaitan dengan tanaman sadri atau celery untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Tumbuhan saderi merupakan tanaman renek yang tumbuh menegak, ketinggian 25-90 cm, ada cabang pada pangkal rumpun dan akar rambut. Daun saderi berbentuk 'pinnate' dengan 3 bucu mempunyai kelebaran daun 2-5 cm x 1.5-3 cm berwarna hijau keseluruhan batang dan daun. Penanaman sadri selalunya akan menggunakan biji benih. Biji sadri adalah sangat halus dimana saya dapati anggaran sebanyak 2,000 - 3,000 biji ujud setiap satu gram. Biji benih perlu disemai dalam batas tapak semaian setelah dicampur dengan pasir halus (Sila lihat foto dibawah). Anak benih boleh diubah keladang selepas 6-10 minngu disemai apabila anak pokok setinggi 8-12 cm. Ada petani yang tabur terus di atas batas dan dibuat penjarangan setelah tanaman sadri membesar berperingkat2 (Amalan petani di Malaysia). Jarak penanaman disyorkan adalah 10-15 cm x 10-15 cm.

Penyediaan tanah di mulakan dengan penyediaan batas tanaman dan digaulkan dengan baja organik mengikut kadar disyorkan. Sistem pengairan menggunakan sistem 'mist spray' atau renjis. Pastikan lokasi penanaman mempunyai sistem saliran yang baik. Sadri mempunyai akar rambut yang cetek dan pembajaan NPK perlu dijalankan mengikut kadar 75 kg N, 170 kg K2O dan 50 kg CaO sehektar . Baja tambahan Borax (10-20 kg/ha) dan baja Magnesium sulphate (100 kg/ha) boleh meningkatkan kualiti daun sadri. Kini penggunaan baja Foliar mampu meempercepatkan pertumbuhan sadri. Antara masalah tanaman sadri ialah serangan penyakit Blight Daun Awal (Cercospora apii) dan Penyakit Blight Akhir (Cercospora apiicola) yang merupakan 'seed-borne disease' dan kawalan dengan menjalankan giliran tanaman dan rawatan biji benih. Penyakit Reput Pangkal (Ervinia carotovora) juga musnahkan tanaman dan elakkan dengan giliran tanaman. Penyakit Layu (Damping-off) juga menyerang sadri disebabkan oleh kulat Phytium spp, Kulat Rhizoctonia spp dan Kulat Sclerotium spp yang perlu dikawal dengan racun kulat.

Penuaian sadri biasanya dijalankan selepas 6-10 minggu selepas mengubah keladang atau 3-4 bulan selepas di semai diladang. Ada kaedah dibeberapa negara yang memotong batang sadri selepas berumur 6 minggu untuk digunakan atau dijual dan tumbuhan akan seolah-olah di ratoon. Kaedah menuai adalah dengan mencabut batang dengan tangan, dikumpulkan, dibersihkan dan dimasukkan kedalam bakul. Hasil celery perlu dipasarkan segera bagi mempastikan kesegarannya. Kajian mendapati potensi hasil sadri di Asia (Chinese variety - sekali cabut semua tanaman) sebanyak 10 tan sehektar (daun) tetapi di Eropah mampu menghasilkan sebanyak 50 mt/ha (jenis besar - yang di potong sebanyak 3-4 kali keratan batang). Kajian juga menunjukkan batang sadri boleh tahan selama 1 bulan dalam suhu sejuk pada 0 darjah celcius dan kelembapan yang tinggi. Harga pasar runcit daun sadri di Pasar Borong Selangor lingkungan RM15-RM 20.00 sekilogram atau secekak antara RM 1.00 - RM 2.00 (100 g). Wasallam!.
MAKAN MEE...PEKENA DAUN SADRI....
SENANG DITANAM...SENANG DIBELI...
BACA ARTIKEL .... BELUM MEMBENCI.....
RAJIN MEMBACA.... ILMU DIDAPATI...

By,
M Anem

Senior Agronomist
Kebun Sayur Komersil
Cameroon Highland
Pahang

Malaysia
(Kemaskini pada 7 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...