Support My Blog

Monday, January 10, 2011

GETAH

Getah (Hevea brazilliensis) merupakan satu tanaman industri perladangan yang menghasilkan Getah Asli dari keluarga EUPHOBIACEAE dan menjadi komoditi utama di beberapa negara di dunia sebagai punca pendapatan negara. Susu Getah (Rubber latex) yang diperolehi dari pokok getah digunakan secara meluas di dunia untuk bahan industri berasaskan getah dan bersaing dengan getah tiruan. Pada tahun 2010 pengeluaran getah tiruan (synthetic rubber) dunia adalah lebih banyak iaitu 23,247,000 metrik tan (58%) berbanding dengan pengeluaran getah asli sebanyak 2,360,000 metrik tan (42%) daripada jumlah pengeluaran getah dunia. Penggunaan getah tiruan juga lebih banyak berbannding dengan penggunaan getah asli.


Pokok getah berasal dari Brazil atau kawasan hutan Amazon yang tumbuh liar sebelum di bawa ke kawasan lain di dunia untuk dijadikan komoditi perladangan utama seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, India dan Sri Lanka. Pengeluar getah asli dunia hampir 90% adalah di kawasan Asia Tenggara. Sejarah menunjukkan pada tahun 1876 pemerintah Inggeris iaitu Mr. H.A. Wickham telah membawa 70,000 biji benih getah dan di bawa ke Royal Botanic Garden di England sebelum ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden. Mr H.H. Ridley kemudian mengembangkan tanaman getah di Malaysia sebagai tanaman perladangan dengan memperkenalkan kaedah kutipan susu getah menggunakan kaedah 'menoreh' yang lebih produktif berbanding dengan mencedrkan pokok seperti ditempat asal.

Pokok getah merupakan pokok saka yang ada batang kayu keras dan mampu hidup sehingga ketinggian 25 meter dengan kulit kayu setebal 6-15 mm berwarna kelabu cerah. Pokok getah mempunyai banyak cabang dan dahan , akar tunjang, bunga dan berbuah. Pokok getah meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan daun baru. Biji getah berzaiz bulat dalam 3 biji setangkai yang terbentuk dan apabila cukup matang akan meletup dan mengugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Biji getah (Foto atas) digunakan sebagai 'tempe' pada zaman Jepun dulu. Kalau pada masa dulu tanaman getah diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang getah merupakan komoditi penting di Malaysia untu di perbuat kayu bagi menghasilkan perabut kayu getah yang sangat cantik dan berharga.


Malaysia pernah menjadi pengeluar getah asli terbesar didunia semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Kini Malaysia jatuh di tempat ketiga atau ke empat terbesar pengeluar getah asli dunia dimana penanaman getah semakin berkurangan setiap tahun. Penanaman pokok getah di Malaysia telah menurun dari seluas 1.543 juta hektar pada tahun 1998 kepada seluas 1.271 juta hektar pada tahun 2005 dan cuma seluas 1.021 hektar pada tahun 2010. Luas penanaman getah pada 2010 adalah 1,021,000 hektar dimana seluas 61,000 hektar (6%) berbanding dengan penanaman getah secara perladangan / Estet seluas 960,400 hektar. Keluasan penanaman getah di sebabkan oleh beberapa faktur seperti petani lebih minat tanam kelapa sawit, harga getah tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.

Pengeluaran getah asli di Malaysia juga mengalami 'trend' yang menurun semenjak tahun 1998 iaitu sebanyak 885,697 mt kepad cuma 259,862 mt pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 71% dalam tempoh 12 tahun. Pada tahun 2010 daripada 259,862 mt getah di keluarkan sebanyak 231,659 adalah getah keping (dry rubber) dan sebanyak 28,203 mt adalah dalam bentuk susu getah cair. Walau pun Malaysia meupakan 'nett producers' bagi produk getah tetapi laporan ststistik menyatakan Malaysia masih mengimpat getah seperti barangan industri sebanyak RM 1,576,650, pada tahun 2010 (kebanyakkan untuk kegunaan industri).

Susu Getah dihasilkan daripada menoreh atau memotong bahagian kulit batang getah dimana terdapat saluran 'phloem' yang akan mengeluarkan susu getah. Lebih rapat menoreh getah kebahagian kambium akan lebih banyak susu yang keluar tetapi jika torehan terkena bahagian kayu keras getah akan merosakkan batang pokok. Penoreh getah perlukan kemahiran khusus dalam penorehan dan d kawasan estet di buat kawalan dengan membubuh 'tanda merah' untuk mempastikan kaedah torehan adalah betul. Torehan mempunyai sudut 30 Darjah bagi mempastikan susu getah mengalir dan terus kedalam cawan atau bekan tadahan susu getah. Terdapat 2 jenis pisau torehan yang saya kenal di Johor iaitu 'Pisau Torehan Tolak' dan 'Pisau Torehan Tarek'.


Torehan dibuat separuh daripada ukurlilit batang dengan rendah di depan, 30 darjah meninggi kebelakang dari kanan ke kiri batang getah. Torehan biasanya dijalankan awal pagi dan susu getah akan mengalir sehingga 2-4 jam sehingga aliran susu getah membeku dan mengeras. Pokok yang berumur 4-7 tahun sesuai untuk ditoreh bergantung kepada jenis Klon, pengurusan dan Cara penanaman (Gunakan tunggul dewasa lebih cepat). Saya memang masih mempunyai 'skill' yang baik untuk menoreh getah cuma kelemahan saya ialah kekurangan kepakaran untuk 'mengasah' atau menajamkan pisau torehan getah. Pisau yang tumpul akan menjejaskan penghasilan susu getah.


Penggunaan Kayu Getah dalam industri perabot kini menjadi satu industri yang menyokong penggunaan maksimum tanaman getah. Terdapat skim dimana kontraktor yang menebang dan tanam semula menyediakan perkhidmatan penjualan kayu getah. Saya masih ingat satu ekar di beri tawaran RM 400.00 - RM 1,500 kepada pemilik kebun berdasarkan kuantiti dan kualiti batang getah. Pokok getah yang di tebang akan di potong2 sepanjang 5-8 kaki dan terus dihantar ke kilang memproses kayu getah untuk dijadikan papan atau beruti. Kayu getah yang di rawat ini akan di hantar kekilang perabut. Perabut kayu getah sangat menarik kerana warna putih dan ira kayu yang sesuai untuk kerusi, meja, panel dan sebagainya.


Pada masa ini pemilik kebun getah merupakan gulongan yang paling gembira kerana harga getah telah mencapai paras tertinggi sejak berpuloh-puloh tahun. Minggu lepas sahaja saya dapati harga 'getah buku' atau panggilan manja sebagai 'lantun' mencapai RM 4.50 sekilogram. Penoreh mulai memotong jam 7.00 pagi dan balik jam 11.00 pagi mendapat sebanyak 50 kg lantun dijual dengan harga RM 225.00. Tapi hujan kerap turun waktu ini jadi....kuranglah hasil didapati.


PANDAI MENOREH.....POKOK GETAH.....
PANDAI MENOREH.....MEMANG TAK SUSAH....
HARGA TINGGI.....JARANG2 DIPEROLEH....
ORANG CURI GETAH.....HATI NAIK MARAH...


By,
M Anem

Pandai menoreh getah hingga kini"
Johor , Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...