Support My Blog

Friday, January 7, 2011

Vanilla


Vanilla (Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebahai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Vanilla ditanam dan di usahakan di Indonesia, Republic Malagasy, Kepulauan Seychelle, Fiji, Tahiti, Mexico dan Sri Lanka (Kebanyakannya adalah pulau). Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Tanaman vanila di Malaysia memang amat kurang dikenali dan ia perlukan lebih banyak komitment daripada banyak pihak sebelum dikomersilkan.  Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai tanaman vanilla yang saya bca dari buku 'An introduction to Botany of Tropical Plats" karya L.S. Cobley dari Longman 1972 dan pengalaman penulis serta pembacaan maklumat lain.

Vanilla adalahtumbuhan sejenis orkid yang menghasilkan buah yang sangat berguna kerana aromanya dan rasanya serta kandungannya. Tanaman ini adalah Monokotilidon yang tumbuh tinggi, batang berwarna hijau, parenial, perlukan sokongan dan mempunyai akar udara pada ruas. Batang mampu tumbuh setinggi kayu sokong tetapi ianya perlu diikat atau melekat pada tiang skong dengan ketinggian 5-7 kaki untuk memudahkan pengurusan. Daun vanilla berselang (alternate) berbentul 'lanceolate' yang panjangnya 10-25 cm dan lebar 5 cm berwarna hijau gelap. Bunga vanila berwarna kuning kehijauan berukuran 5-8 cm panjang dengan berkelompok (6-15 bunga) menpunyai kelopak dan berbentuk trompet. Buah vanilla berbentuk kapsul 3 segi bersaiz 9-25 cm panjang yang mengandungi banyak biji benih berwarna hitam. Buah ini akan 'meletup' apabila matang dan biji didalamnya akan tersebar dikawasan keliling.



Pendebungaan Bersilang (Cross pollination) vanilla adalah kebanyakannya oleh lebah, burung dan serangga. Burung yang sangat gemar bunga vanilla adah 'humming birds' iaitu burung bertubuh kecil yang unik. Dikebanyakan kawasan penanaman vanilla seperti di Indoonesia kerja-kerja pendebungaan berbantu dijalankan oleh manusia dengan mengambil debunga jantan dan disapu di atas bunga betina yang dibuka bahagian stigma bagi mempastikan persenyawaan (fertilization) akan berlaku. Bunga betina terbuka awal pagi dan lewat petang dan pekerja atau petani perlu ada kepakaran menjalankan pendebungaan ini dengan kapasiti purata 2,000 bunga di debungakan dalam satu hari. Hanya 6-8 bunga betina perlu di buat untuk dapatkan bilangan pod buah yang cukup besar dan berkualiti. Jika terlalu banyak buah pada satu tangkai akan mengecilkan saiz buah dan biji serta kurang kualiti.


Penanaman vanilla perlukan kayu sokongan yang kukuh. Bagaimanapun kaedah lain yang digunakan ialah menanam pokok lindungan dan batangnya digunakan untuk tanaman vanilla merambat. Pokok naungan yang digunakan perlu dipilih dari jenis yang kuat, boleh dikawal ketinggiannya, banyak cabang dan berlaku simbiosis. Latih pokok vanilla menjalar pada batang pokok naungan dan kawal ketinggiannya bangu mempastikan petani dapat menjalankan kerja pengurusan seperti mendebunga, menyembur racun atau memetik hasil kelak. Penanaman vanilla mudah dengan menggunakan Keratan Batang yang di tanam pada pangkal tiang kayu atau pangkal pokok naungan. Pucuk vanilla yang tumbuh perlu dilatih merayap dengan mengikat dan sebagainya dan pastikan tidak jatuh ketanah dan menjalar diatas tanah. Tanaman vanilla akan mula berbunga selepas 3 tahun di tanam. Selepas penuaian dahan-dahan tua perlu dicantas dan dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru yang aktif. Pembentukkan buah vanilla berlaku mengikut lokaliti dimana buah akan terbentuk 4-9 bulan untuk bertukar warna dari hijau kepada coklat kehitaman (sesuai dituai).


Penanaman vanilla di Malaysia apa yang saya perhatikan adalah pada tahap tanaman bukan komersial sehingga kini. Terdapat beberapa syarikat yang mempunyai pakej tawaran untuk menanam vanilla di Malaysia beberapa tahun dulu yang meliputi aspek teknologi tanaman, pembekalan benih, pembekalan baja, RnD, pembelian balik melalui sistem ladang kontrak tetapi sehingga kini industri tanamanan vanilla pada tahap kurang di eksploitasi. Dalam merujuk statistik Jabatan Pertanian, penanaman vanilla tidak ada dilaporkan keluasannya. Ketika berhubung dengan pegawai perangkawan Jabatan Pertanian Putrajaya, mereka telah menyatakan tanaman ini ada ditanam sebagai tanaman hiasan sahaja dan tidak konsisten keluasannya. Harga produk vanilla adalah tinggi dan permintaan sentiasa tinggi. Tanaman ini masih berpotensi untuk di majukan di Malaysia dengan persediaan infrastruktur dan sistem tanaman yang kukuh dari aspek insentif, kestabilan harga, kemahiran petani dan ujud modal serta jaminan pasaran. Amigos...


TANAM ORKID.... JENIS VANILLA...
DITANAM....SOKONGAN DI SEDIA...
TEKNOLOGI VANILLA....DIMANA....
PERLU DIKAJI....SEBELUM DIJAJA....


By,
M Anem
Senior Agronomist,
NICE Stay Hotel,
Jalan Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia
(Kemaskini pada 23 Oktober 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...