Support My Blog

Wednesday, January 19, 2011

Gred Tomato


Tomato (Lycopersicum esculentum) merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam di Malaysia untuk kegunaan segar dan sebahagian lagi untuk pproses. Tomato digunakan sebagai salad, sayuran di masak, diproses buat sos dan sebagainya. Tomato di Malaysia ditanam dari jenis Tomato Tanah Tinggi dan Tomato Tanah Rendah. Pengreddan buah tomato dibuat berdasarkan garispanduan oleh FAMA. Artikel kali ini penulis berbincang mengenai pengreddan buah tomato di Malaysia.

Buah tomato digredkan mengikut 6 kategori Kematangan atau mudahnya sebanyak 6 Indek Kematangan iaitu dari indek satu (1) hingga Indek Enam (6). Indek ini adalah satu tahap kematangan bagi menentukan kualiti tomato untuk di pasarkan mengikut keperluan dan masa penuaian dijalankan. Penyeragaman dari segi indeks, warna, saiz dan varieti sangat penting bagi menentukan harga dan konsainen dalam sistem pemasaran buah tomato. Buah tomato yang SEGAR adalah buah yang masih pejal, mempunyai permukaan buah yang kilat dan tidak berkedut.

Indeks 1
Tomato indek satu (1) adalah buah tomato yang belum matang berwarna hijau muda keseluruhan buah dan permukaan buah adalah pudar.

Indeks 2
Tomato indeks 2 adalah buah matang yang berwarna hijau mudakeseluruhannya dan mempunyai permukaan buah yang berkilat.

Indeks 3
Tomato ini adalah buah dimana peringkat pecah warna. Buah ini mempunyai sedikit calitan warna merah atau kuning sehingga separuh masak.

Indeks 4
Buah indeks 4 adalah tahap dimana tigaper empat (3/4) buah masak dimana permukaan buah mempunyai sedikit warna hijau dan warna merah atau jingga melebihi tiga per empat (3/4) daripada permukaan buah.

Indeks 5
Buah tomato indeks 5 adalah buah yang telah matang dan masak sepenuhnya. Buah ini berwarna merah atau jingga sepenohnya tetapi mempunyai tekstur yang masih pejal dengan permukaan kulit yang licin.

Indeks 6
Buah indeks 6 adalah peringkat terlalu masak dimana buah berwarna merah atau jingga hingga gelap sepenohnya. Buah pada tahap ini adalah mempunyai tekstur yang lembut.

Kecacatan buah tomato adalah satu masaalah dalam proses penggreddan yang dijalankan. Antara kecacatan adalah seperti rupa bentuk buah, kekotoran, cacat dan cacat rupa. Buah yang kotor adalah akibat kesan dari bahan asing pada permukaan buah seperti tanah, lumpur, cebisan buah rosak dan bahan-bahan lain yang boleh dibersihkan. Buah Cacat adalah keadaan dimana keadaan buah yang tidak sempurna pembentukkannya dan tidak menyerupai buah yang normal.
Buah Cacat Rupa adalah keadaan buah tomato dimana terdapat kesan-kesan yang menjejaskan rupa buah seperti warna tidak sekata, bintik-bintik hitam, kesan parut dan lain-lain. Kesan kecacatan rupa tidak menjejas bahagian isi buah tomato ysng meliputi 10& daripada permukaan buah tomato. Buah Rosak dimana sebarang kecederaan atau kerosakkan berikutan serangan serangga perosak, penyakit, kecederaan mekanikal akibat pengendalian yang akan menjejaskan jangkahayat tomato, keseluruhan rupa, pemakanan dan kualiti. Kerosakan akibat fisiologi akibat kecederaan mekanikal seperti keadaan buah yang lebam, pecah, kesan lubang akibat gigitan serangga dan rekahan.


Gred Buah Tomato ada 3 Gred iaitu Premium, Gred 1 dan Gred 2. Buah Tomato Gred Premium adalah tahap gred dimana buah tomato mesti terdiri dari varieti yang sama, segar, bersih, saiz dan kematangan yang seragam dan bebas dari sebarang kecacatan atau kerosakan. Dari segi kematangan terdapat kelonggaran bagi gred premium iaitu kelonggaran maksimum bagi kematangan lebih 5%, Keseggaran lebih 5%, Rosak kurang 5%, Kecacatan lebih 5% dan keseragaman saiz lebih 5%.

Tomato Gred 1 mestilan daripada varieti yang sama,segar dan bersih, mempunyai indeks kematangan yang seragam dan bebas dari serangan serangga perosak serta penyakit. Kelonggaran maksimum buah gred 1 mestilah mempunyai kematangan kurang 5%, Segar kurang 5%, Kerosakan kurang 5%, Kecacatan kurang 10% dan keseragaman saiz kurang 10%. Buah Tomato Gred 2 mesti mempunyai gred yang sama, segar dan bersih, saiz dan kematangan yang seragam dan mestilah agak bebas dari kecacatan atau kerosakan. Kelonggaran maksimum buah tomato gred 2 dari segi kematangan kurang 10%, Kesegaran (kurang 10%), Kerosakan (10%), Kecacatan (10%) dan keseragaman saiz (10%).


Gred Saiz Tomato Tanah Tinggi
Bagi tomato tanah tinggi, saiz ditentukan oleh panjang garispusat buah dalam unit mm iaitu Saiz Besar (L) berukuran lebih 50 mm, Saiz Sedang (M) berukuran 40-50 mm dan Saiz Kecil (S) berukuran kurang 40 mm.
Gred Saiz Tomato Tanah Rendah
Bagi buah tomato tanah rendah di buat pengreddan berbeza dengan buah tomato tanah tinggi. Saiz buah bagi tomato tanah rendah ditentukan oleh panjang garispusat dengan 3 gred iaitu Saiz Besar, Sederhana dan Kecil. Saiz Besar (L) mempunyai ukurlilit lebih 40 cm, Saiz Sederhana (M) berukuran garispusat 35-40 cm dan saiz kecil kurang dari 35 cm.
Buah tomato yang telah digredkan mestilah di bungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kejadian kerosakan akibat pengendalian dan pengangkutan. Kertas bersih digunakan dan berat setiap konsainen disyorkan tidak melebihi 30 kilogram. Sebaiknya bubuh label pada bekas yang mengandungi maklumat seperti tarikh, nama penanam, Nombor Kad Pengenalan, nama pengekspot, No syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan Gred buah tomato.

By
M Anem
Lebuh Air Keruh
Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...