Support My Blog

Sunday, January 30, 2011

REMAYONG


REMAYONG (Basella alba L.) merupakan sejenis sayuran berdaun dari keluarga BASELLACEAE yang dipercayai berasal dari India Selatan. Tanaman ini popular di Sri Lanka, India, Malaysia, Indonesia , Filipina sebagai sayuran berdaun dan ditanam secara komersil atau suka-suka untuk kegunaan domestik. Kajian saya dari beberapa laporan mendapati keluasan tanaman remayong di Malaysia sekitar 250-300 hektar pada tahun 2011. Nama lain bagi remayong ialah Ceylon Spinach ; Indian Spinach, Malabar Nightshade (English) , Remayong ; Gendola ; tembayong (Malaysia), Genjerot ; Gondola (Indonesia), Baselle ; Brede (Perancis), alugbati ; dundula ; libato (Filipina), pang (Laos), phakpang ; phakplang ; plakplang yai (Thailand) dan mung towi (Vietnam). Tumbuhan ini ada ditanam dibeberapa stesyen pertanian seperti di Pusat Pertanian Serdang, Selangor dan beberapa stesyen lagi sebagai pemerhatian. Kali ini dalam "Anim Agro Technology" satu artikel bertajuk remayong yang ditulis berdasarkan sebuah buku teknikal yang saya baca, rujukan di sesawang lain dan juga pengalaman penulis dalam bidang pembangunan tanaman sayur-sayuran selama 30 tahun.



Remayong adalah tanaman yang ditanam untuk sayur-sayuran bahagian daun dan pucuk muda. Terdapat jug amalan untuk menggunakan jus ungu yang gdiperah untuk mengubati penyakit mata (Conjunctivities). Warna daunnya yang ungu juga menjadikan pokok remayong digunakan sebagai tanaman hiasan yangg disukai di Eropah. Kandungan zat permakanan remayong bagi setiap 100 gram adalah air (91 g), Protin (2.2 g), Lemak (0.3 g), Karbohiderat (3.9 g), Fiber (1.3 g) dan Tenaga (112 kJ). kandungan vitamin remayong sangat tinggi iaitu Vitamin A (1,686 - 6,400 IU), Vitamin C (26-166 mg), Kalsium (16-117 mg), Ferous 91.2-3.1 mg) dan berat setiap 1,000 bijibenih ialah 30-40 g.




Tumbuhan remayong mempunyai jangkahayat pendek, renek dengan panjang mencapai 2-6 meter dengan batang lembut berwarna ungu atau hijau. Daun remayong berbentuk hati, ovate berwarna hijau atau ungu dengan susunan bersilang (alternate) berukuran 3015 cm panjang dan 4-10 cm lebar. Bunganya berwarna putih, ungu atau merah jambu (pink) dan menghasilkan buah berbentuk berry berwarna hitam keunguan satu bijibenih. Terdapat 3 jenis spesis remayong dikenalpasti berdasarkan kepada ciri-ciri daunnya. Jenis pertama adalah Remayung Hijau dengan daun berwarna hijau gelap berbentuk ovate dan bulat. Jenis kedua ialah Spesis Remayong Merah yang berbentuk bulat berwarna merah pada daun dan batang yang sering digunakan sebagai pokok hiasan. Spesis ketiga mempunyai daun berwarna hijau gelap atau ungu dengan bentuk daun seperti 'hati' atau Remayung Hati.



Penanaman remayong boleh dimulakan dengan menggunakan bijibenih atau keratan. Keratan batang segar remayong sepanjang 20-25 cm sesuai dijadikan sebagai bahan tanaman. Jika ditanam secara komersial sediakan batas tanaman dengan jarak tanaman 30 cm x 60 cm. Kepadatan tanaman dianggarkan sebanyak 50,000 pokok satu hektar. Keratan ditanam atas batas dengan menyendeng dan lazimnya tidak di pasang kayu sokongan. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 dan baja organan diberikan mengikut syor. Remayong adalah tumbuhan yang sensitif dengann baja Nitrojan.



Pengalman saya menunjukkan tanaman remayungg sangat mudah diserang oleh Cacing Nematod ( Meloidgyne spp). amalkan kaedah tanaman giliran untuk kawal serangan nematod. Walau pun tidak banyak srangga perosak menyebabkan kerosakan daun remayung kerana ketebalannya tetapi Kulat Cercospora spp dan Kulat Antrothicum spp meyebabkan daun berbintik-bintik. Kawalan dengan semburan racun kulat mengikut syor jika tahap serangan seroius.



Penuaian remayong boleh dibuat selepas 6-8 minggu ditanam dengan memotong bahagian pucuk menggunakan pisau tajam. Ulangi aktiviti penuaian remayong setiap minggu selama 4-6 bulan dalam kebun. Pucuk sepanjang 15-25 cm dipotong sebelum dikumpulkan dan diikat untuk dihantar kepada pembeli atau pasar. Kajian saya menunjukkan remayung tahan sehingga 7 hari dalam keadaan baik jika disimpan dalam peti ais. Kajian juga mendapati anggaran hasil remayong sebanyak 50 tan sehektar. Harga pasaran remayung di pasar tani Melaka sekitar RM 2.00 - RM 3.00 satu ikat (150-250 g) dan di pasar tani Johor Baru agak tinggi sedikit. Remayung sering dimasak tumis (Foto diatas) seperti masak kangkung dan bayam. Sedap dimakan ketika tengahari dengan nasi panas apabila kita lapar... Wasallam!


NAMA REMAYONG....JARANG ADA....
MACAM BAYAM....BUKAN SAMA...
TANAM SENDIRI...LEBIH BERGUNA...
BANYAK KHASIAT... RAMAI YANG SUKA....



By
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Putrajaya,
Precint 5, Putrajaya,
WP, Malaysia
(Kemaskini pada 8 Dec 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...