.jpg)
Dusun buah-buahan merupakan satu kawasan yang diusahakan dengan pelbagai jenis buah-buahan sama ada Dusun Campuran atau Dusun Tunggal. Di Malaysia terdapat seluas 275,650 hektar kawasan tanaman buah-buahan yang mengeluarkan hasil buah sebanyak 1,669 juta tan metrik hasil yang bernilai RM 2.762 billion pada tahun 2009. Tanaman utama buah-buahan di Malaysia adalah Durian (Durio zibethinus) yang keluasannya melebihi 110,000 hektar diseluruh negara. Kebanyakan dusun durian (65%) adalah dalam bentuk Dusun Monokrop (Sistem tanaman tunggal) dimana 35% lagi merupakan dusun tanaman durian bercampur dengan buah-buahan lain. Saya banyak menulis mengenai tanaman durian yang anda boleh baca untuk menambahkan pengetahuan. Sila anda baca dengan Klik disini (Kalendar durian), Klik disini (Musang King) dan banyak lagi. Kawasan utama tanaman dusun di Malaysia adalah seperti di Negeri Johor, Perak, Selangor dan Pahang menghasilkan lebih 66% pengeluaran buah-buahan di Malaysia. Selain durian yang ditanam dengan meluas dinegara ini , tanaman lain yang popular adalah seperti Nenas (Ananas cosmosus) , Betik (Carica papaya), Pisang (Musa spp), Rambutan (Nephelium spp), Tembikai (Melon), Jambu Batu (Psidium guava), Belimbing (Averhoa carambola -Star Fruit) dan banyak lagi. Penghasilan buah-buahan dari Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan juga tujuan ekspot.
Pengurusan rumpai dikawasan dusun buah-buahan adalah penting dalam Aktiviti Agronomi dimana kaedah kawalan terbaik perlu dibuat untuk penghasilan buah yang optima. Mengawal rumpai dengan konsep Amalan Pertanian Baik didusun perlu diketahui oleh pemilik dusun. Kita perlu mengetahui jenis-jenis rumpai yang sering dijumpai dalam dusun buah-buahan agar mudah kita mambuat pengawalan dan pengawasan.
Berikut adalah beberapa jenis rumpai yang sering didapati dikawasan dusun mengikut pengalaman penulis iaitu :
1. Rumput Tahi Ayam
Nama botani : (Ageratum conyzoides)
Nama botani : (Ageratum conyzoides)

2. Rumput Kapal Terbang
Nama botani : (Chromolaena odorata)
Rumput kapal terbang (Foto sebelah) merupakan sejenis rumput Renek (Shrub) yang sering tumbuh dikawasan teduhan dan dan kawasan panas. Rumput ini mampu hidup sehingga ketinggian 1.5 meter dan daunnya tebal serta mempunyai warna daun pucuk yang agak ungu. Batangnya sederhana lembut dan pokok ini mudah berbunga. Bunganya berwarna putih atau agak ungu dan mudah diterbangkan angin apabila matang dan kering untuk dibiakkan dikawasan lain. Kawalan menggunakan kaedah manual (menebas, membakar) atau gunakan racun kimia yang sesuai.Nama botani : (Chromolaena odorata)
3. Rumput Melela
Nama botani : (Brachiaria mutica)
Nama botani : (Brachiaria mutica)

4. Rumput Keremak
Nama Botani: (Althermanthera sessillis)
Rumput Keremak (Foto sebelah) mudah tumbuh di kawasan dusun dan merupakan rumpai yang mempunyai daun berwarna hijau atau warna daun keunguan bergantung kepada sub-sepcies. Pokok renek ini mampu tumbuh sehingga 0.8 meter dan mempunyai batang sederhana lembut. Walau pun rumpai in dari keluarga Amaranthaceae sama seperti keluarga bayam tetapi tidak boleh dimakan sebagai sayuran. Kawalan dengan kaedah manual atau racun seperti Basta.
5. Rumput Akar Ruas-ruas Nama botani : (Asystasia intrusa)

6. Rumput Parit
Nama botani : (Axonopus compresus)
Nama botani : (Axonopus compresus)

7. Rumput Duri Bulat
Nama botani : (Cenchrus echinatus)
Rumput ini tumbuh dikawasan dusun (Foto rajah disebelah) dimana merupakan satu rumpai yang perlu dimusnahkan. Rumput ini mempunyai daun agak keras dan ia kadang-kadang mempunyai duri bulat yang menganggu dan melekat diseluar. Rumpai ini membiak melalui biji benih dan boleh dikawal dengan kaedah manual atau racun kimia. Rumput ini lazimnya akan subur dikawasan dusun yang mempynyai tanah subur dan mendapat sinaran matahari yang agak banyak. Nama botani : (Cenchrus echinatus)
8. Rumput Setawar
Nama Botani : ( Boreria latifolia)
Rumput setawar tumbuh dikawasan dusun dan mempunyai daun yang agak tebal serta mampu mengeluarkan bunga berwarna putih atau berwarna ungu. Pokok ini mudah dimusnahkan secara manual sama ada dengan cara menajak atau cara kawalan kimia dengan racun sentuh. Rumput ini menyebabkan dusun kita menjadi tidak cantik. Rumput ini makan baja dan mengambil ruangan dalam dusun yang perlu dimisnahkan.Nama Botani : ( Boreria latifolia)
Kawalan rumpai di kawasan dusun boleh dijalankan dengan Cara Manual dan Cara Kimia. Bagi kawasan dusun yang telah lama dan pokok-pokok buah-buahan telah tinggi makan kawalan cara manual adalah disyorkan dengan menggunakan mesin pemotong rumput, tajak, cangkul , sabiuit, parang panjang dan sebagainya. Kurangkan penggunaan racun rumpai dikawasan dusun buah-buahan terutama dusun durian. Racun rumpai akan merosakkan sistem akar durian yang mana menyebabkan akar rosak dan buah akan jadi keras atau mengkal. Penggunaan racun kimia dikawasan buah-buahan disyorkan ketika pokok buah-buahan masil kecil atau baru ditanam. Pastikan menggunakan corong khas ketika merracun rumpai dikawasan buah-buahan.
RUMPUT DUSUN....BANYAK JENISNYA...
ADA YANG TINGGI... RENDAH PUN ADA...
MERACUN RUMPAI...IKUT LABELNYA...
RUMPAI KURANG...POKOK TERJAGA...
By
M Anem
Senior Agronomist,
Dusun Nukleus Lenga,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 13 Ogos 2013)
Senior Agronomist,
Dusun Nukleus Lenga,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 13 Ogos 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.