Support My Blog

Saturday, August 7, 2010

SENDUDUK


Senduduk (Melastoma malabathricum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Melastomaceae yang banyak terdapat di Malaysia. Tumbuhan ini tumbuh di merata kawasan seperti kawasan semak di dalam kebun, tepi kolam, tepi parit , kawasan lapang , dusun dan sebagainya. Pokok senduduk merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana mampu menurunkan hasil tanaman. Terdapat beberapa jenis senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih. Saya mengenali senduduk semenjak kecil lagi dan dapat mempelajari secara saintifik ketika belajar di universiti 30 tahun dulu. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" maklumat dengan pembaca mengenai Senduduk untuk menambah ilmu pengetahuan.


Senduduk mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian satu (1) meter dalam kawasan yang sesuai. Batangnya berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian 1 meter dan ia mempunyi banyak cabang. Daun senduduk berwarna hijau gelap , berbentuk lonjong, agak berbulu serta tebal. Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan dan sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. Bunga senduduk terdiri dari 5 kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik (Ungu atau Putih) yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Zaman kanak-kanak dulu saya memang sering makan buah senduduk organik dikampong. Buah senduduk muda juga sangat baik untuk dijadikan 'peluru' senapang buloh mini yang seronak menembak zaman dulu.


Kaedah pembiakan senduduk ialah semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung (rasa manis) dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih tersebut akan tumbuh atau di bawa arus air kekawasan lain. Kawasan tanah mineral, tanah gambut atau tanah yang bermasaalah lain juga senduduk boleh tumbuh. Senduduk tahan dalam cuaca kering atau pun kawasan mudah terendam.


Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang berlu dimusnahkan jika berada didalam kebun. Cara memusnahkan ialah dengan Kaedah Manual dan Kaedah Kimia. Kaedah manual ialah dengan mencabut atau menebas atau menajak menggunakan cangkul, parang atau tajak. Kumpulkan pokok-pokok senduduk tersebut dan bakar apabila telah kering. Penggunaan racun sentuh tudak membunuh senduduk. Oleh itu Racun Sistemik perlu digunakan dalam kawalan senduduk seperti Round-up dan Basta. Pokok senduduk mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak mati jika guna racun sentuh walau pun daunnya kering.


Senduduk memang sejenis tumbuhan yang sangat berguna dalam alam perubatan tradisional. Sejak kecil dulu saya dah guna daun senduduk untuk mengubati luka dan memberhentikan aliran darah dengan mengunyah daun senduduk dan meletakkan di tempat yang luka. Kajian klinikal juga menunjukkan daun senduduk muda mampu menghentikan masaalah cirit birit. Daun senduduk yang direbus bersama halia dan diminum semasa suam panas juga dapat mengurangkan penyakit keputihan wanita. Paling menakjubkan ialah bagaimana daun bersama akar senduduk yang digiling dan ditampal kepada parut bekas cacar mampu menghilangkannya.


Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang. Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu menjadi penawar kepada penyakit buasir. Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh2 badan dan sakit sendi jika diamalkan. Sungguhmenakjubkan khasiat pokok senduduk !!!


Senduduk merupakan tumbuhan anugerah tuhan yang perlu dibuat kajian saintifik khasiatnya. Kebanyakkan amalan dan petua diatas daripada pengalaman orang-orang lama dan hanya sedikit kajian dijalankan. Satu hari nanti saya hendak melihat ada produk seperti jus senduduk, pil dan kapsul senduduk, serbuk minuman senduduk dan beberapa produk kesihatan dari senduduk. Saya juga ingin lihat petani yang menanam pokok senduduk secara komersial sebagai satu komoditi yang menguntungkan. Banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menjayakan industri penanaman pokok senduduk ini.  Insyaalah.


DALAM SEMAK... ADA POKOK SENDUDUK....
DIANGGAP RUMPAI...DIBASMIKAN SERENTAK....
BANYAK KHASIATNYA....JANGAN DUK KUTUK....
TEKNOLOGI SENDUDUK....BILA NAK TENGUK...


Related articles:
1. Sendayan (Klik disini)
2. Rumput Kerbau (Klik disini)
3. RumputIsrael (Klik disini) 
4. lalang (Klik disini)
5. Selaput Tunggul (Klik disini)
6. Paku Pakis (Klik disini)

By
M Anem
Ipoh City Hotel,
Ipoh ,Perak,
Malaysia
Ogos 2010
(Kemaskini pada 1 Mac 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...