Support My Blog

Tuesday, August 10, 2010

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (IPM)

Pengurusan Tanaman Bersepadu (Intergrated Crop Managemant - ICM) merupakan satu terminologi yang merangkumi aktiviti pertanian di ladang seperti kerja-kerja penyediaan tanah, penanaman, pengurusan sumber air, kaedah menanam, kebersihan kebun dan sebagainya. Ini termasuk aktiviti pengawasan dan pengawalan perosak dan penyakit yang ujud didalam kebun. Asas utama dalam ICM adalah aktiviti mengawal dan menguruskan perosak ketahap yang rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. Antara beberapa kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan satu sistem atau konsep pengawalan yang menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi secara serentak dan bersepadu dengan mengambil kira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kobinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai konsep asas Penggurusan Perosak Bersepadu sebagai asas untuk pemahaman.

IPM telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman padi melalui penggunaan varieti rentang (Resistant), melaksanakan kaedah kawalan kultura meliputi aspek agronomi dan sanitasi kawasan, kaedah kawalan biologi melalui Kaedah Burungg Pungguk Jelapang Padi (BJP - Tyto alba) untuk kawalan tikus, menjalankan pengawasan dan ramalan yang membolehkan populasi perosak dan musuh semulajadi diawasi dan seterusnya kawalan dapat dijalankan dengan lebih tepat dan berkesan dan membendung dari kejadian merebak kekawasan lain. IPM juga telah banyak dilaksanakan untuk tanaman sayur-sayuran dengan teknik menggunakan kawalan secara kultura dan fizikal seperti penggunaan pelekat warna, Lampu UV, Struktur atau Bangunan Kalis serangga, agen biolgi (Cotesia plutellae, Diaromus collaris, Diadegma semiclausum, Coenosia exigua) serta penggunaan racun biologikal telah diguna dan menunjukkan kejayaan mengawal musuh tanaman sayuran pada tahap yang rendah. Sayuran merupakan komoditi yang sangat aktif ditanam dan lazimnya memerlukan penggunaan bahan kimia yang banyak untuk mengawal mudoh dan penyakit. Pendekatan kawalan IPM dapat mengurangkan kos dan keselamatan produk sayuran yang sering bermasaalah dengan isu Residu Racun (MRL).



Penggunaan Kaedah Secara Pengurusan Amalan Tanaman Bersepadu (ICM) bergantung kepada 4 komponen penting iaitu TEKNOLOGI, PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT), DEMONSTRASI dan PROMOSI. Teknologi tanaman berhubungkait dengan kekurangan teknologi kawalan yang berkesan terhadap perosak, ketidakstabilan ekosistem, kehadiran pelbagai jenis perosak dan kurang kepelbagaian hayat (Biodiversity) akibat aktiviti penanaman monokultur. Manakala dari aspek kawalan diladang ialah kurangya pemahaman dari aspek kawalan IPM dan juga kaedah kawalan yang berbeza-beza diantara ladang selain daripada kurang kesedaran dari aspek kepentingan faktor biologi dan ekologi, sistem penyampaian yang kurang berkesan , kurang keyakinan terhadap kawalan secara biologi dan keputusan kaedah kawalan dilaksanakan oleh penjual racun perosak.

Kaedah mempromosikan kawalan tanaman melalui petak demonstrasi tanaman yang mengamalkan konsep pendekatan ICM dan IPM perlu dijalankan berterusan dan ditunjukkan kepada petani-petani. Demonstrasi yang dijalankan sebaiknya diracng dan disesuaikan dengan keperluan sebenar petani dan sebaiknya dijalankan berdekatan atau dalam kawasan kebun petani. Sebarang teknologi ICM dan IPM per di promosi dan dipantau tahap perlaksanaannya. Perlaksanaan ICM dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil tanaman, mengawal serangan perosak dan penyakit untuk jangkapanjang seterusnya dapat memelihara kesihatan manusia dan alam sekitar agar masyarakat dapat hidup lebih selesa dan harmoni. Kaedah ICM perlu dikembangkan dari segi pemahaman dan perlaksanaan dalam perlaksanaan projek pertanian di Malasyia. Wasallam!



TEKNOLOGI IPM ... AMAT BAIKNYA..
CARA ICM PULA ...SAMA SAHAJA....
KURANG RACUN...LAIN2 JUGA...
HASIL BAIK...MYGAP ASASNYA...


By
M Anem
Senior Agronomist
Pejabat Pertanian Daerah
Muar, Johor,
Malaysia
24 Ramadan 1431
(Kemaskini pada 15 Januari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...