Tanaman kacang tanah mempunyai daun berbentuk oposite pinnate dengan 4 helai daun satu tangkai. Bungannya berwarna kuning yang tumbul dari pangkal rumpun dan dekat ruas pada batang pokok. Selepas berlaku proses pendebungaan, bunga ini akan masuk kedalam tanah untuk membentuk buah kacang yang mempunyai antara 3-4 biji kacang didalamnya. Kerja-kerja menimbus perlu dibuat dipangkal rumpun untuk pastikan pembentukkan buah kacang. Akar kacang tanah terdiri dari jenis akar serabut yang panjangnya lingkungan 10-15 cm. Akar kacang tanah dapat mengikat nitrojen dalam tanah bila bergabung dengan rhizobium bacteria. Kacang Tanah adalah jenis tanaman yang jalankan pendebungaan sendiri (Self pollination). Proses pendebungaan yang berjaya akan menghasilkan buah kacang tanah yang banyak jika diesuaikan dengan kerja-kerja menimbus tanah. Oleh itu pemilihan tanah gembur dan peroi amat signifikan dengan penanaman kacang tanah.
Penyediaan tanah dijalankan dengan dengan membajak dan merotor. Tanah pasir gembur atau tanah bekas lombong sesuai untuk tanaman kacang tanah. Pilih benih dari kultivar yang sesuai seperti Mangneta dan pastikan benih terpilih dari pembekal yang terjamin. Jangan gunakan biji kacang tanah di kedai kerana tidak pasti benih tersebut cukup matang atau tujuan pengeluarannya untuk dimakan. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 45 cm bergantung kepada sistem tanaman sama ada diatas batas atau atas tanah tanpa batas. Masukkan 2 biji benih dalam satu lubang. Rawat biji benih dengan racun kulat dan racun serangga untuk mengelakkan daripada dimakan semut. Pembajaan kacang tanah dengan baja organik sebanyak 2.5-3.0 mt/ha di berikan dan sebaiknya buat semburan dengan racun pra-cambah (Atrazine dll) sebelum menanam. Baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 diberikan mengikut pakej teknologi. Buat kawalan rumpai dengan cara manual atau penggunaan racun rumpai yang minima. Kambus pangkal pokok dengan tanah untuk proses pembentukkan kekacang dalam tanah bagi meningkatkan bilangan buah. Kacang tanah yang ditanam secara meluas di China dan India perlukan jentera khas untuk kerja menuai.
Antara perosak tanaman kacang tanah adalah seperti Ulat Pengorek Kekacang dan Penyakit Kulat Mold yang disebabkan oleh Kulat Aspergillus flavus mampu merosakkan tanaman. Kulat perlu dikawal mengunakan kaedah IPM. Kacang tanah akan matang dalam masa 120-150 hari selepas ditanam. Tanda-tanda pokok telah matang adalah apabila sebahagian daun mulai kering dan layu. Penuaian dijalankan sama ada secara manual dengan mencabut pokok atai jentera penuai (kawasan luas). Biji kacang tanah dileraikan daripada pangkal pokok dan bersihkan dari kekotoran tanah. Buat grading mengikut saiz dan bentuk serta tahap kecacatan. Buah yang dibiarkan pada rumpun juga boleh disimpan untuk dijadikan benih tanaman. Kegunaan kacang tanah di Malaysia kebanyakannya adalah untuk di makan segar. Biji kacang tanah di rebus atau dikukus dengan membubuh sedikit garam dan serbuk kunyit (di RnR PLUS Highway) untuk mengekalkan warna kuning. Harga jualan kacang tanah siap direbus kira-kira RM 3.00 untuk setiap 200 gram. Penggunaan kacang tanah di dunia pula banyak untuk di proses bagi penghasilan minyak kacang tanah (Minyak masak), Peanut Butter, Tepung Kacang tanah dan banyak lagi produk kesihatan dan kecantikan. Produk kacang tanah juga di proses untuk membuat perwarna seperti cat, dye dan juga membuat barangan plastik.
Bagi saya kacang tanah merupakan keperluan asas yang messti ada di dapur. Masakan kuah sate perlukan kacang tanah. Kacang tanah goreng juga dimakan bersama nasi lemak sebagai pelengkap bersama sambal, timun dan ikan bilis. Kuah rojak dan kuah 'Pecel' menggunakan ramuan utama kacang tanah. Kuih kegemaran saya sejak dulu kala semasa Hari Raya Aidilfitri adalah REMPEYEK. Kueh tradisional ini menggunakan kacang tanah sebagai komponen utama dan ramuan lain ialah tepung beras, jintan manis, bilis, garam dan ketumbar. Banyak lagi jenis-jenis kuih tradisional yang guna kacang tanah. Industri tanaman kacang tanah di Malaysia merudum semenjak 10 tahun lalu. Ini adalah disebabkan petani di Endau pernah menyatakan kerja-kerja menanam kacang tanah agak rumit dan perlukan tenagakerja tinggi , potensi penghasilan yang agak rendah dan kualiti yang tidak menentu. Kos impot kacang tanah jauh lebih murah berbanding dengan kos untuk kita keluarkan sendiri. Galakan penanaman kacang tanah mungkin boleh dibuat untuk mendapatkan kacang tanah segar bagi kegunaan direbus kerana kacang rebus yang ada di R&R PLUS banyak kadalah diimpot. Semuga artikel ini dapat memberikan sedikit infomasi kepada para pembaca sekelian. Wasallam!..

TANAMAN KONTAN...KACANG TANAH....
TANAH PEROI ...AKAR TAK SUSAH..
JENIS MAGNETA....DIKAJI SUDAH...
MALAYSIA IMPOT...BELI LAGI MURAH...
M Anem
Senior Agronomist,
Kompleks PICC,
Precint 5, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
(21 Ramadan 1432H)
Kemaskini pada 1 Muharam 1436H
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.