![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDZ9Ex3zUZaX3OJ_WtGsgQ9cWNo2txflHoUqnm0TsFilHfeTZChAKfFjECwMWoAGEjxM3EElRuyr0pndGfmRSv-o7T7kYYrb_1htOmyMGQyC1H_CuJd48zmhtT6Rrhp9xkP-cdMEZodTQ/s320/a.labumanis.jpg)
LABU MANIS (Cucurbita spp.) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (France). Tanaman ini dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4 bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 670 hektar tanaman labu manis dengan penghasilan sebanyak 5,490 metrik tan pada tahun 2009 yang bernilau sebanyak RM 6,456,000. Kawasan utama tanaman labu manis di Malaysia adalah di Negeri Johor ,Kelantan dan Pahang. Tanaman labu diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman selingan. Penanaman labu manis yang telah dikategorikan sebagai tanaman ladang anaman semula kelapa sawit hanya ditanam dikawasan yang tetap dan juga sebagai tanaman kontan apabila dibuat tanaman semula (replanting). Artikel malam ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman labu manis untuk rujukan dan bacaan anda semua.
Terdapat empat spesies utama labu di dunia iaitu Cucurbita maxima, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata dan Cucurbita pepo. Terdapat labu yang sangat besar dipanggil 'Giant Pumpkins' (Lihat Foto di bawah) ditanam di USA dan Canada. Penanaman labu di negara temperate dibuat secara meluas dengan jenis labu kuning. Terdapat 3 jenis labu yang ditanam diseluroh dunia mengikut 3 klasifikasi saiz buah iaitu Labu Kecil (1-2 kg), Labu Sederhana (4-8 kg) dan Labu Besar (8-12 kg). Antara Labu Jenis Kecil seperti Baby Bear, Baby Pam, Small Sugar, Spoktakular, Sugar Treat sementara Jenis Sederhana seperti Autumn gold, Bushkin, Frosty, Funny Fact, Harvest Moon, Spirit , Young beauty dan Jenis Besar seperti Aspen, Big autumn, Big Tom,Ghost rider, Happy jack dan banyak lagi. Penanaman disesuaikan dengan musim panas dan musim sejuk dimana penuaian dijalankan megikut kalendar tanaman.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_Eb1fqfa3K0L27mzTiQ0BL6CRUIKtd-Hz8WmCjnWTyaRVEWNkrZw8VFsgyKekGs191sSvO0e1rwC4RP8oVXrfG_-aIzdWuopnuvqxabpQtKIJB9SIwewsa-FJzh40G_Y-R0-9gjNNvqY/s320/labuseed.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7PPQhr-kxhMyhMO0-17q_Afoa7ypjk8pzSfgMWO12rv9PCz7dyiKBQkYEDSGvhseYLNcm51gDSysR1nO00cOlRfVFg_9FBRSGxryp7jziSOOJO51Jc2I0_68z3Ag2iJckxDd5pZpvZjI/s320/labu6.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2_dOfNb3Y2Wf_aP8PrsZJ-Mf6PGNIGLiPbUYT98ZTIzNhyphenhyphenXQ5y2km5ZB8Er1FJu4pd0ynNl4X4B6A_Nsa9sNsarhXZh0haLPCBsiEJ3IZsBi-MdNmOHw2T2488Yw9kwfHRRBLU2qvSCk/s320/labu5.bmp)
Anatara masaalah penyakit tanaman Labu adalah Kulapok Downy (Pseudomonas cubensis) yang menyerang daun menyebabkan berbintik2 kekuningan dan dikawal dengan racun Metalaxyl atau carbendazim. Penyakit Kulapok Berdebu ( Erysiphe chicorancerum) menyerang bahagian bawah daun yang akibatkan daun menjadi kuning perang dan berkerekot dikawal dengan semburan racun kimia seperti carbendazim atau tridermorph. Penyekit Lecuh Anak Benih atau Damping-Off disebabkan oleh 3 jenis kulat (Phythoptora spp, Phytium spp atau Rhizoctonia spp) menyebabkan anak benih lecuh serta akan mati dan perlu dikawal dengan menggunakan racun mancozeb atau melataxyl. Penyakit Antraknos adalah biasa pada pokok labu manis dimana penyebabnya Kulat (Collectotricum lindemunthiamun) menyebabkan bintik2 berpusar dikawal dengan racun kulat jenis Maneb, Zineb, Chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsrhYKVKuGqxNAW15WWoP6wZ3RjTZdneuGAeTLqNFNu4TZXKFYve-e3sGH0sBjRgGz4hPSK22VY7L2f8gcjktmGAtOT7UVYTLdm1x4gCICYz7-h1FRSMS8crnC14M1WGmrCZSwVorigTk/s320/labu2.bmp)
Kajian penulis baru-baru ini di Jasin, Melaka dan Tangkak, Muar mendapati anggaran pendapatan kasar tanaman labu sebanyak RM 12,750.00 sehektar dengan Kos Pengeluaran sebanyak RM 10,358 sehektar menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM 2,391 sehektar. Kiraan kasar menunjukkan kos pengeluaran labu manis sebanyak RM 0.69 sekilogram dengan kadar pulangan pelaburan setiap satu ringgit sebanyak RM 1.23. Walau pun penanaman labu kurang menguntungkan tetapi risiko kerugian juga agak rendah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOFsz8D9D4bL3l9F7p7Qwq10KCUhSEqa7u5eK0_PrIbf6R_qTflAZk7KT_Am-siCU5waOZoZTzK0WLGSmfqvbaiJ8f0S35hJ1YCedLuQhjmgGp9e3Rd4gqluOSFZsj2NTVH9MuUtPL0Jo/s320/labuxx.bmp)
Pa Cik Ben dengan labu Giant di USA ..Wow besarnya!
ADA MINAT ...MENANAM LABU...
LABU MANIS....JENIS TAK TAHU...
TANAM LABU...UNTUNG TAK MENENTU...
LABU GIANT...AKU TENGOK MACAM TU...
By
M Anem,
Senior Agronomist,
Air Keroh, Melaka,
MLyai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.