Support My Blog

Friday, August 27, 2010

TUT POKOK (Marcotting)



Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah iaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih (Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. Kaedah Pembiakan Asexual ialah dengan Cara Pembiakan Tampang (Vegetative) dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Artikel inii akan menbincangkan salah satu daripada proses pembiakan tampang iaitu TUT (Marcotting) berdasarkan kepada pengalaman penulis dalam bidang pertanian dan proses pembelajaran ketika di university dulu. Thesis saya pada tahun akhir dulu ialah kajian pembiakan tampang tanaman koko terpilih menggunakan kaedah keratin batang/pucuk pada tahun 1982! ..

Pembiakan tampang terdiri dari SEMULAJADI (Sulur, Rhizom, Umbisi, Bebawang, Rayapan da sbagainya), KERATAN (Keratan akar, Pucuk dan batang), CANTUMAN (Banyak jenis cantuman) dan TUT. Artikel kali ini hanya menceritakan kaedah mengetut tanaman terutama bagi tanaman terpilih yang popular di Malaysia. Salah satu panggilan biasa mengetut di panggil Teknologi Lenturan Udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Teknik dan Cara-cara mengetut
Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuran biasa digunakan ialah 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organic serta 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organic. Pada masa ini bahan mengetut moden telah ada dipasaran seperti campuran ‘coco-peat” dengan pelbagai nama seperti GP7 dan sebagainya. Kerja mengetut tanaman juga menjadi mudah dengan teknologi GP7.

Pemilihan dahan yang sesuai untuk di tut mestilah dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras dengan ukurlilit dahan sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Pastikan dahan yang dipilih sebaiknya seimbang dari segi bentuk cabang, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.

Langkah-langkah mengetut
Pembaca perlu mempunyai kemahiran didalam membuat aktiviti mengetut. Walau pun kerja ini Nampak agak mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidak menjadi. Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat pembiakan secara tut.

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab atau GP7 yang telah di lembabkan.
b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran
yang akan dibuat.
c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat
sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg plastic untuk proses pembesaran anak benih.

Proses mengetut tanaman dijalankan oleh pengusaha tapak semaian sebagai sumber pendapatan perniagaan. Pokok buah-buahan dan beberapa jenis bunga merupakan antara tanaman yang dibiakkan secara mengetut (Marcotting). Kkajian awal penulis mendapati kos untuk mengetut antara RM 0.50 – RM 0.80 satu unit. Penulis memang rajin membuat tut tanaman jambu batu (Klon GU 8) dan baru-baru ni mengetut Jambu Batu Giant (Lohan). Nampaknya tangan penulis agak sejuk kerana hasilnya 90% tut Berjaya!!!

PEMBIAKAN TAMPANG…MENGETUT POKOK….
POKOK DIPILIH… SUBUR DAN TIDAK BURUK…
ANAK BENIK TUT…CIRI SEPERTI INDUK….
BOLEH CUBA MENGETUT….BUAT BUSINESES KUT…

By
M Anem
Putrajaya

Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...