.jpg)
MANGGA CHOKANAN (Magnifera indica) adalah satu varieti mangga yang paling popular ditanam di Malaysia. Mangga varieti ini adalah berasal daripada negara Thailand yang dibawa masuk sekitar hujung 1980an dan awal 1990'an. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yeng mempunyai cuaca panas sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk proses menggalakkan pengeluaran bunga dan seterusnya berbuah. Mangga ini didaftarkan dengan nombor rujukkan Varieti MA 224 (Mangga Chokanan) atau kini diberi nama varieti 'Melaka Delight' merupakan sejenis mangga yang sesuai dimajukan dikawasan bekas tanah sawah atau tanam mineral malahan juga dikawasan tanah gambut. Saya mula memperkenalkan tanaman mangga ini pada tahun 1989 semasa bertugas di MIADP dalam projek pemulihan tanah sawah daripada asalnya tanaman padi atau tanah terbiar kepada tanaman kekal. Saya adalah orang yang pertama sekali membawa masuk benih mangga cokanan dan menanamnya di Melaka dengan tapak penanaman pertama adalah di Kg Kelubi, Jasin dengan jayanya dan dijadikan tapak Ladang Contoh. Penanaman mangga ini diteruskan dengan sangat aktif oleh Jabatan Pertanian Melaka sehingga kini dan Melaka muncul sebagai pengeluar utama mangga chok anan selain daripada Negeri Perak (Kawasan Tanah Bris) dan Sarawak (kawasan Tanah Gambut). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman mangga cokanan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Penanaman mangga chok anan atau Mas Delight merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk kawasan tanah sawah terbiar. Selain daripada mengeluarkan buah mangga segr saya mengesyorkan petani di kg Gelam ini unuk membuat pemilihan pokok yang berhasil tinggi dan buat cantuman dewasa kepada pokok yang berhasil sederhana dan rendah. selain itu saya mengesyorkan agar petani mampu mengeluarkan benih chok anan sendiri dan jual kepada petani lain. Syor untuk memajukan tanaman lain diantara barisan tanaman seperti cili padi, paku pakis, ulam-ulaman boleh dibuat untuk mningkatkan pendapatan petani. Terdapat 12 orang petani di projek ini yang mempunyai 'Foward Agrement' dengan Program Ladang Kontrak FAMA untuk jaminan pasaran. Pengeluaran mangga di projek ini didapati amat bergantung kepada penguruasan tumbuhan, faktur cuaca dan juga peringkat 'fruit set'. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada anda. Wasallam!
MANGGA BAIK ...MANGGA CHOK ANAN....
PERLU DICANTAS...DITINGGAL JANGAN....
MA224 MAS DELIGHT... NAMA SAMARAN....
BEKAS AO MIADP ....PELOPOR TANAMAN....
By
M Anem
Senior Agronomist
Kg Gelam. Melaka Tengah,
Melaka,
Malaysia
(Kemaskini pada 19 Julai 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.