
Bayam (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran. Bayam adalah jenis sayur daun dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Bayam ditanam untuk tujuan peasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas. Penanaman bayam secara komersil dari rekod ststistik Jabatan Pertanian mencecah seluas 4,560 hektar setiap tahun dengan kedudukan ketiga dalam senarai sayuran daun selepas sawi dan kangkong. Artikel ini penulis memberikan teknologi tanaman bayam berdasarkan pembacaan penulis daripada beberapa buah buku, risalah2 teknikal dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun. Penulis banyak membuat kursus teknikal mengenai tanaman sayuran di pelbagai peringkat. Artikel malam ini saya menukis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sayuran daun iaitu Bayam sekadar menambah koleksi ilmu pengetahuan anda semua.
Bayam dikenali di Malaysia dan Indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laos) dan Raudeen (Vietnam). Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika tetapi dari genus yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan. Kandungan zat makanan bayam merujuk kepada buku PROSEA: Vegetables in ASEAN (1994) mendapati setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.



Antara perosak tanaman bayam adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan kawalan dengan racun serangga jenis Fenvelerate atau cypermethrin. Perosak Ulat Ratus (Spodoptera litura) memakan daun dan dikawal dengan racun cypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam adalah Hawar Melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya tompok2 putih pada daun dan tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu amalkan tanaman giliran dan tanam dikawasan baru yang bebas penyakit. Penyakit Lecuh Anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan akibatnya pokok mati dan boleh dikawal denganracun kulat Capstan dan IPM.

Tanman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.
Bayam digunakan sebagai sayuran segar dan ditumis atau di buat masak air sup (Bening - Kata orang Jawa Muar). Bayam sangat baik untuk ibu yang sedang menyusukan anak, pesakit demam dan kekurangan darah merah serta sakit buah pinggang. Bayam juga mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil. Diharap satu hari nanti ada produk bayam dalam bentuk larutan, kapsul, pil, ekstrak dan kordial yang sedia untuk dimakan sebagai produk kesihatan. Wasallam.
TANAM BAYAM....JUAL DITEPI HUTAN...
BAYAM BERZAT....SESUAI DIMAKAN....
MASA SINGKAT...28 HARI DISESUAIKAN...
HARGA STABIL...SEPANJANG TAHUN...
You may like this article:
1. Kangkong (Klik disini)
2. Kailan (Klik disini)
3. Sawi Hijau (Klik disini)
4. Salad (Klik disini)
5. Endive (Klik disini)
By
M Anem
Senior Extensionist
Projek Berkelompok Sayuran Bt 19, Sengkang,
Bukit Gambir, Ledang (Dulu Daerah Muar),
JOHOR,
Malaysia.
(Kemaskini blog pada 28 Disember 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.