
Benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Benih selaput tumggul adalah kecil dan ringan dengan ukuran panjang bijinya cuma 2 mm panjang berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak rerambut halus berwarna putih dengan panjang rerambut tersebut 3 mm (Lihat foto sebelah). Benih yang telah matang berada dalam rumpun bunga (satu jambak mempunyai beratus-ratus biji benih) dan ianya akan tertanggal sendiri apabila bergoyang ditiup angin. Apabia angin bertuip maka benih berbulu ini yang amat ringan mampu terbang dengan jarak jauh sehingga beberapa ratus meter bergantung kepada kelajuan angin dan halangan-halangan. Kadar pertumbuhan biji benih yang disebarkan adalah adalah rendah iaitu kira-kira 8 - 12 %% sahaja berbanding dengan rumpai jenis lain. Bagaimana pun kerana bilangannya yang amat banyak, ia akan cepat membiak jika tidak dikawal. Faktur cahaya, kesuburan tanah dan kejadian kebakaran tumbuhan ini menyebabkan kadar pertumbuhan biji benih akan jadi lebih cepat. Kaedah pembiakan utama selaput tunggul yang lain dengan Cara Vegetatif iaitu melalui akar dan batang sedia ada dikawasan yang sedia ada. Rizom akar akan mambiak dalam tanah dengan cepat.
Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru diterangkan, tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar...ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang. Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman kita. Kesan kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.

Kaedah kawalan selaput tunggul boleh dijalankan dengan Cara Mekanikal, Kimia dan Biologi. Kaedah Mekanikal yang disyorkan adalah dengan menebas, mencabut dan membakar tumbuhan tersebut. Kaedah menebas dengan sabit atau parang atau sebarang alatan lain yang sesuai. Walaupun ianya berjaya memusnahkan selaput tunggul dikebun tetapi merupakan sementara sahaja kerana biji dan sulur akan tumbuh lagi selepas itu. Kaedah ini adalah sesuai untuk kawasan kecil sahaja keliling rumah atau satu bahagian dikebun. Kos kerja menebas adalah dianggarkan 120 -150% lebih tinggi dari kawalan kimia. Kawalan Cara Kimia ialah dengan menggunakan racun rumpai secara berkesan. Racun Pra-Cambah disembur seperti racun Oxyflourfen (0.06 kg/ha ai) dan racun Paraquat (0.4 kg/ha) sebelum selaput tunggul berbunga, Lazimnya racun jenis Glyphosate digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tumggul dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput tunggul itu tebal. Racun lain seperti Racun Diuron juga berkesan. Antara jenama racun digunakan seperti Garlon 600. Walau pun selaput tunggul mati selepas diracun tetapi kemungkinan tumbuh semula selepas musim hujan sering berlaku.

NAMA RUMPAI...SELAPUT TUNGGUL....
TUMBUHNYA CEPAT...IANYA UNGGUL...
MUDAH MEMBIAK....PETANI SUGUL...
KAWAL SUSAH...RACUN DISEMBUR...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia
Julai 2010
(Kemaskini pada 23 Jun 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.