

Tumbuhan jenis herba adalah lembut dengan saiz yang agak kecil sahaja. (Plants that are soft and succulent, eith little or no secondary tissue).
Pokok kategori herba juga 'succulent' serta ringkas. Antara tumbuhan seperti Kacip Fatimah (Labisia pumilla), Cekur , Halia, Kunyit dan sebagainya. Tanaman herba terdapat berbagai dan berjenis-jenis. Herba ini dimakan dalam bentuk mentah atau diproses untuk mendapatkan khasiatnya. Di Malaysia terdapat beratus jenis herba yang timbuh liar dan telah dimajukan untuk tujuan komersial terutama bagi produk makanan kesihatan dan kecantikan Komestik.
2. Tumbuhan Berkayu (Woody)
Tumbuhan Berkayu adalah jenis tumbuhan yang mempunyai tisu-tisu yang membentuk batang utama yang agak lembut. Antara tumbuhan jenis ini seperti Terung, Cili dan sebagainya.
(plants are those that develop secondary stem tissue)
3. Tumbuhan Menjalar/memanjat (Vines)
Tumbuhan ini jenis menjalar dengan melilit oleh batang atau menggunakan alatan pautan lain untuk menjalar pada tiand atau sistem sokongan yang lain. Contoh tumbuhan ini seperti Peria, Petola, Timun, Selaput Tunggul, Rotan, Kacang Botol, Kacang Buncis dan sebagainya.
(Vines are trailling or climbing plants that twine their stems or use tendrils around a support).
4. Tumbuhan Renek (Shrubs)
Pokok Renek merupakan pokok berkayu yang tumbuh rendah dan ada batang utama serta dahan pokok yang kukuh. Ketinggian pokok terhad walau pun dibiarkan tumbuh tanpa kawalan. Antara tumbuhan jenis ini seperti cili, Bendi, Senduduk, Tenggek burung, Pandan dan banyak lagi.
(Shrubs are low, woody plants with stems that are rigid and strong enough to sustain considerable erect growth with multiple branches of equal size from the ground).
5. Tumbuhan Pokok (Trees)
Pokok merupakan tumbuhan yang mempunyai batang utama, sistem dahan serta biasanya tinggi. Tumbuhan ini mempunyai sistem sokongan akar yang kuat melalui akar tunjang atau akar jenis lain. Tumbuhan seperti ini berkayu keras atau sederhana atau berkulit. Antara tumbuhan pokok adalahseperti Pokok Getah, Kelapa, mangga, Sentang, Jambu batu, Rain tree dan banyak lagi.
(Trees are plants that are abduntly woody, typically have a single stem or trunk and grow quitw tall and strong.)
By
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(Kemaskini pada 10 Febuari 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.