Saya ada membaca artikel baru-baru ini yang mengkaji potensi menternak Kambing Susu jenis baru iaitu Kambing Shami. Telah ada jenis Kambing Susu di Malaysia ialtu Jenis Kambing Susu Saanen. Pengeluaran susu dari kambing mampu menambahkan kekurangan bekalan susu di Malaysia yang kini cuma 4% daripada keperluan dan sebanyak 96% lagi diimpot. Kambing Tenusu lebih sesuai dimajukan berbanding susu Kerbau atau Lembu kerana saiz kecil, mudah diurus dan perlukan makanan dan kawasan yang kecil sedikit. Projek oleh penternak kecil ini mampu memberikan pengeluaran susu tempatan. Susu kambing mempunyai harga lebih tinggi dipasaran berbanding susu lembu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu maklumat mengenai Kambing Susu iaitu sejenis kambing yang boleh menghasilkan susu kambing bagi pelbagai kegunaan.
Kambing Shami yang berasal dari Syria mempunyai dua fungsi dalam sistem penternakan iaitu untuk daging dan susu. Kambing ini popular diternak di Jordan, Cyprus, Turki dan Israel serta negara2 Mediterranean. Kajian selama 40 tahun disana telah memperbaiki kualiti genetiknya melalui proses pemilihan genetik untuk pengeluaran daging dan susu. Warna kambing biasanya coklat kemerahan dan kadang2 kelabu. Kambing ini mempunyai tanduk yang biasanya panjang serta berbulu tebal. Badanya besar dengan ukurlilit badan antara 97-99 cm dan mampu mencapai berat badan sehingga 65-70 kg (Betina) dan 75-80 kg (Jantan).
Kambing Shami paling baik untuk penghasilan susu (Antara 350 - 650 kg susu seekor selama 305 hari). Dikawasan Mediterranean suhu antara 5-20 celcius musim sejuk dan 28-35 celcius musim panas sangat sesuai untuk kambing ini dengan pengeluaran hasil lumayan. Kambing ini telah dibawa masuk ke Malaysia (Jerantut , Pahang) pada Oktober 2009. Sebanyak 64 ekor yang berumur 9-12 tahun diberi makan rumput Guinea (Panicum maximum) dan makanan tambahan serta vitamin. Kadar Jantan dengan Betina ialah 1:15. Kambing betina yang telah beranak diasingkan dalam kandang khas setelah memberi susuan anaknya selama 1 bulan. Anak kambing akan diberi susu tiruan sehingga 3 bulan. Susu Kambing di Malaysia merupakan satu industri yang masih kecil dan perlu dimajukan lagi. Beberapa produk susu segar dalam botol ada dijual dipasaran tetapi agak sukar untuk mendapatkannya (Lihat foto disebelah). Kalau ada pun harganya agak tinggi juga tetapi produk berasaskan susu kambing seperti krim, sabun dan sebagainya ada dijual dipasaran.
Kajian awal menunjukkan kadar pengeluaran susunya cuma 1 kg sehari berbanding dengan kambing susu jenis Saanen dewasa yang purata susunya mencapai 1.5 kg sehari. Bagaimana pun ini baru peringkat awal kajian. Artikel tersebut juga menulis bahawa kambing Shami telah menunjukkan penyesesuaian (adaptability) yang sangat memberangsangkan. Kadar penambahan berat badan juga sangat baik dengan pengurusan yang khusus. Diharapkan pada satu masa akan datang kambing jenis ini akan menjadi penyumbang kepada industri pengeluaran susu dan daging kmbing di negara kita.
MINUM SUSU.... SUSU KAMBING....
LEPAS MINUM....SENYUM SUMBING...
KAMBING SHAMI.....ADA POTENSI.....
KITA TUNGGU... BILA NAK DI BERI....
By
M Anem
Senior Agrologist
Precint 11
WP Persekutuan
Putrajaya
Malaysia
(Kemaskini pada 23 Jun 2013)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.