

CENGKERIK (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar dihutan dan juga di kawasan kebun . Ada yang panggil cengerik sebagai 'sorok-sorok' dan juga 'mole cricket' dalam bahasa Inggeris. Cengkerik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri . Saize badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman d an mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang dibelakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga Omnivores . Makanan asasi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam. Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup diseluroh kawasan didunia kecuali di kutub utara dan Kutub selatan. Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang. Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini di komersialkan. Cengkerik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anakbenih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ternakan cengkerik sebagai satu bidang usaha baru untk dijadikan rujukkan.



TERNAK CENGKERIK...MENARIK...
IA MELOMPAT...BUBUH PLASTIK....
DIJUAL DIKEDAI...IKAN TERTARIK...
BACA ARTIKEL... TIDAKLAH SERIK....
Related article to read:
1. Ikan Hiasan (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Burung Pipit (Klik disini)
4. Burung Pungguk (Klik disini)
5. Fighting Fish (Klik disini)
6. Itik Muscovy (Klik disini)
7. Fruit Fly (Klik disini)
8. Tupai (Klik disini)
9. Kutu Beras (Klik disini)
10. Lastik (Klik disini)
By
M Anem
ASenior Agronomist,
Kedai Akuarium Ah Seng,
Taman Yayasan, Segamat,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 19 Mei 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.