Support My Blog

Saturday, January 24, 2015

KELULUT - KEAJAIBAN MADU KELULUT


MADU KELULUT (Stingless bee honey) merupakan sejenis madu yang berkhasiat dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Percaya atau tidak rasa dan khasiat madu bergantung kepada pengaruh persekitaran sesebuah kawasan terutama bunga yang menjadi sumber makanan kepada koloni berkenaan. Kelulut (Heterotrigona spp) mempunyai banyak jenis tetapu dua jenis yang sering diternak adalah Trigona itama dan Trigona thorarica. Ini menyebabkan penulis banyak membuat tinjauan dan pemerhatian mengenai industri ternakan kelulut yang semakin menarik ramai usahawan masa kini. Golongan muda merupakan mereka yang ramai berminat untuk menternak kelulut setelah mereka menjalani latihan dan kursus atau lawatan kebeberapa projek ternakan kelulut yang berjaya. Kursus ternakan kelulut dibawah Program Agropreneur Muda Jabatan Pertanian yang diadakah di Pusat Pertania sekayu, Terengganu contohnya telah melatih lebih 30 orang usahawan teknologi ternakan kelulut. Saya sebagai salah seorang penceramah jemputan amat berbangga kerana kebanyakan peserta kursus tersebut kini telah menternak kulut dengan lebih konfident. Ia dibuktikan seorang pengusaha, Hafify Hafiz Saripudin, 29, apabila kelulut diusahakan di kawasan ladang herba di Kampung Pasir Ambor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan menghasil­kan produk berkhasiat. Malah, sebagai testimoni adiknya yang menghidap penyakit leukemia kronik tahap empat pada 2011 turut menggunakan madu kelulut. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu testimoni dalam akhbar Kosmo mengenai keajaiban madu kelulut yang diterbitkan pada 13 Januari 2015 untuk dijadikan bahan rujukan anda.

Masyarakat sedia maklum madu lebah mempunyai khasiat luar biasa, tetapi madu kelulut yang diternak di dalam ladang herba dikatakan jauh lebih berkhasiat. Buktinya, doktor memaklumkan adik lelaki saya yang ketika itu berusia 13 tahun menghidap leukemia dan sukar untuk diubati, pulih dengan mengamalkan minum madu kelulut herba secara teratur selama enam bulan," katanya. Penternak muda ini telah mula menternak kelulut secara kecil-kecilan pada 2012, kini Hafify Hafiz mempunyai 200 sarang madu kelulut. Ia diiktiraf Jabatan Pertanian negeri sebagai satu-satunya pengusaha madu yang menjadikan herba sebagai sumber makanan kelulut diternak. "Saya pernah menghadiri kursus menternak kelulut di Sekayu, Terengganu pada 2012 bersama 45 peserta seluruh negara. "Ketika itu, difahamkan saya antara satu-satunya penternak kelulut herba di negara ini," katanya. Menurut Hafify Hafiz, madu kelulut sentiasa mendapat permintaan berterusan pelanggan dan antara spesies atau koloni kelulut di ladangnya adalah tetrigona, homotrigona, odontorigona, lophotrigona dan tetragonilla.

Selain madunya, kelulut juga boleh menghasilkan propolis yang bernilai tinggi dan mempunyai khasiat perubatan. Hasil propolis terhasil daripada struktur binaan sarang kelulut dan tempayan simpanan madu yang dihasil­kan kelulut. Jika disimpan ia menjadi seperti ketulan batu," katanya. Bagi penggunaanya, ia perlu ditumbuk hancur dan dicampur dengan madu kelulut herba serta diminum dengan teratur. "Inilah yang diamalkan adik saya hingga dia sembuh," katanya ditemui di kampung itu baru-baru ini. Hafify Hafiz berkata, rasa setiap madu kelulut berbeza mengikut spesis dan sumber makanan iaitu nektar yang diperolehinya. Kebanyakan madu kelulut diternak di ladang biasa rasanya manis, sementara di ladang herba menghasil­kan madu masam. Antara pokok herba terdapat di ladang saya adalah tongkat ali, mahkota dewa, pecah beling, mas cotek, pokok pelanduk dan buah ajaib," katanya. Pokok lain seperti belimbing madu, bidara, pokok kenanga, sirih, limau purut dan serai turut ditanam dan pokok ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Menurutnya, bagi memudahkan proses mengambil madu dari tempayan, dia menggunakan pam khas iaitu vakum (penyedut hampagas) bagi membantu mempercepatkan proses pengambilan madu. "Kira-kira 200 sarang kelulut ini mampu menghasilkan hampir 80 kilogram madu sebulan dengan kekerapan pengambilan dua kali sebulan. "Madu kelulut biasa dijual RM150 sekilogram sementara RM300 sekilogram bagi madu herba," katanya. Selain daripada beliau mengusahakan madu kelulut, Hafify Hafiz berkata dia juga ada menjual sarang kelulut bagi yang berminat untuk menternak secara kecil-kecilan. "Sebuah sarang yang lengkap dengan kelulut dijual pada harga RM450 dan sebelum dijual saya akan pastikan ia mempunyai telur yang menunjukkan sarang itu lengkap dihuni kelulut jantan dan betina," katanya. testimoni dan laporan akhbar ini adalah sebagai satu bukti dimana penternakan kelulut mempunyai masa depan yang amat cerah untuk di bangunkan dinegara kita. Bagaimana pun paling penting adalah kejujuran semua penternak agar tidak melakukan perkara kurang seperti membuat madu kelulut tiruan. Anda boleh baca artikel saya berkaitan kelulu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) dan banyak lagi. Wasallam!.


TERNAK KELULUT... MENARIKNYA...
HADIR KURSUS...ANTARA CARANYA...
HASILKAN MADU ....PROPILIS JUGA...
SUMBER NEKTAR... MADU BERBEZA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 724, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1436H)

Friday, January 23, 2015

KOPI - LINGKARAN TAYAR

TANAMAN KOPI (Coffea liberica) di Malaysia merupakan satu jenis tanaman yang masih diusahakan oleh petani terutama di Sabah dan Johor. Terdapat seluas 3,764 hektar tanaman kopi di negara kita pada tahun 2014 dengan junlah pengeluarkan direkodkan sebanyak 16,560 mt (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia). Amalan agronomi tanaman kopi yang dilakukan oleh petani di negara kita berbagai-bagai dan mengikut kesesuaian jenis tanah, cara pengurusan dan umur pokok. Penulis telah berpeluang melawat beberapa kawasan tanaman kopi komersil dibawah tanaman kelapa Matag di Benut, Pontian dimana petani tersebut meletakkan tayar lori dipangkal setiap pokok kopi (Sila lihat foto diatas). Kebun seluas 24 ekar ini menanam kelapa Matag berumur 8 tahun dengan kopi yang berumur 6-7 tahun. Kopi jenis liberica ini adalah daripada varieti MKL 3, MKL 4 dan juga MKL 7 (Varieti kopi terbaru yang diistiharkan MARDI pada tahun 2008). Menurut pemilik kebun, Encik Gan menyatakan kopi varieti MKL 7 merupakan varieti kopi yang di paling suka kerana buahnya besar dan biji kopinya juga besar. Terdapat sekitar 300 pokok varieti MKL7 yang telah berbuah dan dalam keadaan terjaga dengan baik. Jenis tanah adalah coastal alluvium (berliat) dengan mempunyai sistem perparitan yang sempurna setiap 60 kaki (1 rantai). Sekilas pandang penulis agak pelik juga kenapa diletakkan tayar lori yang besar dibawah pokok kopi semasa mula menanam dahulu?. Amalan ini agak jarang dilakukan oleh kebanyakan penanam kopi di Johor dan mana-mana lokasi kebun kopi yang lain. Ini kerana bukan mudah untuk mencari tayar lori terpakai dengan jumlah beratus-ratus buah malahan sehingga beribu. Tayar terpakai ini dulu kita dengan dibuat tukun atau dikitar semula atau yang terbiar akan menjadi perumah kepada nyamok. Artikel malam ini sambil berehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan tayar lori terpakai diletakkan dibawah pokok kopi di Pontian sekadar untuk mencetuskan otak pemikiran kita dalam usaha menanam kopi.

Tayar lori terpakai berukuran 1.5 - 2.0 meter garispusat dibeli daripada pemborong kedai tayar terpakai. Tayar-tayar ini diletakkan dibawah anakpokok yang baru ditanam dahulu dimana menurut petani tersebut ia adalah untuk mengelakkan pokok kopi tenggelam dalam air semasa musim hujan (monsoon).  Tayar ini akan diisikan dengan tanah dan benih ditanam diatasnya setelah dibubuh baja organan, CIRP dan TSP didalam lubang penanaman. Usaha ini didapati berjaya kerana ketika hujan lebat pada bulan Disember didapati paras air dalam kebun meningkat dan hampir semua anakpokok kopi selamat. Tanaman kopi adalah tidak tahan dikawasan yang terendam dan ia mudah mati. Sistem saliran sempurna dengan teknik menanam diatas busut atau dalam tayar ini didapati satu cara dalam pengamalan teknologi yang cekap. Kini setelah pokok dewasa maka tayar tersebut masih berfungsi dengan baik dimana ia masih mengikat pangkal pokok kopi dengan kuat (Sila lihat foto disebelah). Kerja-kerja mengawal rumpai yang dilakukan membolehkan kebun contoh ini dalam keadaan bersih dan nyamok juga agak kurang. Aktiviti cantasan dikebun ini dilakukan mengikut jadual dimana pokok kekal setinggo 4 -5 kaki sahaja. Ianya memudahkan kerja-kerja mengutip hasil dan kawalan perosak tanaman.


Pembajaan pokok kopi dilakukan  4 kali setahun dengan baja NPK 12:12:17:2 dan juga aktiviti pengaporan. Baja ini ditabur disekeliling pokok kopi diluar tayar sekitar kanopi daun (Sila lihat foto disebelah). Oleh kerana jenis tanah dikebun ini rendah kandungan humus maka pemberian baja organan selalu diberikan perhatian. Kebun kopi yang sentiasa dicantas dengan sempurna mengikut jadual menyebabkan bentuk pokok yang seimbang dan dahan pokok mampu mengeluarkan bunga dan buah kopi dengan baik. Penulis juga mendapati dahan pokok kelapa matag yang tua dan melempai dipotong bagi memberikan penggunaan baja optimum pada pokok kopi dan kelapa selain memberikan lebih cahaya matahari kepada pokok kopi.  Semua buah kelapa dari kebun ini dipetik sebagai buah muda dan dijual dengan harga ladang RM1.20 - RM1.40 sebiji bergantung kepada saiz. Bilangan buah kelapa Matag dihasilkan sekitar 12 - 18 biji setandan dan ada kalanya jika keadaan baik mencecaah 28 - 30 biji setandan. Jualan kelapa Matag dipetik sebagai kelapa muda ini lebih menguntungkan berbanding dengan jualan kelapa tua diantara RM1.00 - RM1.20 sebiji sahaja. Selain daripada isipadu airnya banyak, kelapa Matag muda ini amat sesuai dijadikan air minuman kelapa dan diproses menjadi 'coconut shake' yang amat terkenal di Melaka.


Kebun ini didapati amat terjaga dari segi amalan agronomi dan dijadikan contoh kepada pekebun lain. Pekerja tempatan diberi peluang memetik buah kopi jambu dengan kadar ubah minima sebanyak RM0.25 sekilogram bermakna kalau mereka mengutip sebanyak 80 kg maka mendapat upah RM20.00 atau RM25.00 untuk 100 kg buah kopi. Buah kopi yang masak akan dipetik dan dimasukkan dalam guni (Sila lihat foto disebelah) sebelum ditimbang dan disimpan dalam setor. Oleh kerana pokok kopi dikebun ini dibuat cantasan dengan baik dan kawasan kebun juga bersih maka aktiviti memetik kopi yang telah masak dapat dilakukan dengan cepat dan cekap. Penggunaan tayar lori dikebun ini juga amat menarik ramai pengunjung dari luar negara untuk melawat kebun kopi yang komersil dan produktif. Semuga artikel coretan kali ini dapat memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!.



TANAM KOPI .... TAYAR DIGUNA....
PANGKAL POKOK...ITU TEMPATNYA...
ELAKAN BANJIR... ITU ALASANNYA...
POKOK SUBUR... PERLU DIBAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Kopi Komersil,
KM 20, Kg Tampok Laut,
Benut, Pontian,
Johor, Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1436H)

Thursday, January 22, 2015

MAHKOTA DEWA - HERBA BERGUNA

POKOK MAHKOTA DEWA (Phaleria Macrocarpa (Scheff.) merupakan tumbuhan jenis herba yang semakin dikenali ramai di Malaysia kerana khasiat perubatannya. Tumbuhan ini juga amat mudah ditanam dikawasan keliling rumah terutama mereka yang tinggal dikampong atau dikawasan taman perumahan yang ada kawasan sesuai. Ramai juga saya lihat mahkota dewa ditanam dalam pasu besar. Pokok Mahkota Dewa dipercayai berasal dari Papua dan Irian Jaya. Tumbuhan renek yang mudah dijaga ini termasuk di dalam keluarga Thymelaecae. Pokok ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun. Apa yang seronok kita lihat adalah tumbuhan herba ini amat rajin berbunga dengan bilangan bunganya amat banyak. Pengurusan amalan agronomi yang baik dengan sering memberikan baja organik membolehkan pokok mahkota dewa hidup subur dan banyak berbuah. Buahnya yang lebat dianggarkan 60 biji sepokok pada satu musim berbuah. Rakan saya yang menanam 3 pokok dibelakang rumahnya di Mersing memberitahu, setiap minggu dia boleh memetik sebanyak 1-2 kg buah mahkota dewa yang matang untuk digunakan sendiri dan dijual kepada mereka yang mahu membelinya. Dalam lawatan saya ke Labis, terdapat seorang usahawan herba yang telah menanam seluas 1.5 ekar mahkota dewa untuk kegunaan kilang herbanya di kawasan perindustrian Labis. Menurutnya, penanaman mahkota dewa memerlukan penjagaan yang minimum dan banyak hasilnya tetapi isu yang dihadapi adalah mengenai siapa yang boleh membeli dalam kuantiti yang banyak. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman mahkota dewa sebagai herba berguna untuk bacaan dan rujukkan anda.


Ketinggian pokok mahkota dewa sekitar 1-2 meter bagi tempoh 5 tahun ditanam dan dijaga dengan baik. Bagaimana pun kadar pertumbuhan ini bergantung jenis tanah dan juga kepada penyelenggaraan pokok serta spesis pokok yang ditanam. Bahagian batang pokok ini lazimnya adalah bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Jika dibuang kulitnya kita akan dapat lihat isi batang kayunya berwarna putih dan pokok ini mempunyai akar tunjang. Ianya sesuai ditanam di dalam pasu yang bersaiz agak besar dan dibuat cantasan sewajarnya untuk mengawal kadar berlaku pertumbuhannya. Bagaimana pun penanaman atas tanah adalah cara terbaik menanam mahkota dewa. Kepada ramai penghuni kawasan bandar tanaman ini mebolehkan ia sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan atau sebagai tanaman landskap dan ubatan. Benih mahkota dewa diambil dari biji matang yang disemai dahulu dan akan tumbuh dengan cepat dalam polibeg yang mengandungi media tanaman seperti tanam campuran atau cocopeat.


Herba Mahkota Dewa yang didakwa ramai memang mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak dimana ia digunakan sebagai jenis ubatan. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. Secara umum khasiat mahkota dewa adalah ia dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangkan penambahan lemak di dinding pembuluh darah. Buah yang dikupas ini berwarna putih krim isinya dan boleh diambil (consumed) mengikut aturan yang betul (Sila lihat foto disebelah). Khasiat harba ini juga didakwa mampu menyingkirkan unsur racun atau bahan toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. Ini merupakan rahsia besar yang perlu diketahui oleh pembaca blog ini semua. Selain itu khasiat pokok itu didakwa berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Ia juga dapat meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup dan dapat meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Kesan dari meminum teh mahkota dewa memang dapat dirasai dengan signifikan apabila diambil secara berjadual mengikut sukatan. Pastikan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dan selepas mengambil produk mahkota dewa diklinik melalui ujian darah.


Khasiat mahkota dewa juga dikaitkan dengan keupayaanya untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Ia juga membantu mengurangkan kadar angin dalam badan kepada mereka yang sentiasa ada angin dalam badan. Ia juga telah dikenalpasti sebagai bahan untuk anti-virus, anti-bakteria, anti-oksidan, anti- alergi dan anti-radang yang berkesan. Khasiat seterusnya adalah dapat membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Seterusnya ia akan dapat membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan. Mahkota dewa mampu mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner  dan terkini didakwa ia berkebolehan mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim.  Selain itu jika anda mengambil bahan ini akan meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza serta ia bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit seperti masaalah tekanan darah tinggi.


Selain daripada buah mahkota dewa, beberapa kajian juga dilakukan terhadap bahagian daunnya. Daun pokok ini adalah berbentuk lonjong, lansing, memanjang dimana hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu. Daun ini juga boleh digunakan sebagai teh herba jika berminat kerana ia juga telah dikatakan berkhasiat selain dari buahnya (Sila lihat foto sebelah). Bahagian bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut selalunya berukuran kecil menyerupai bunga cengkih. Buah Mahkota Dewa adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada cara dalam penyelenggaraan pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah kepada warna merah muda. Kulit buahnya mula berubah warna dari warna merah muda kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik. Isi buah mahkota dewa adalah berwarna putih, berserat dan berair. Buah mentah dikatakan merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm yang berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.


Proses mengeringkan mahkota dewa boleh dilakukan secepat mungkin selepas dituai. Jangkamasa pengeringan bergantung kepada bahagian mana yang dikeringkan pada suhu pengeringan sama ada menggunakan oven atau sinaran matahari. Selepas dikeringkan sebaiknya herba mahkota dewa disimpan dalam bekas kalis cahaya dan kalis udara dan serangga supaya ianya tidak rosak atau mudah pudar dan aromanya berubah. Beberapa faktor yang mempengaruhi pengeringan adalah seperti suhu dan masa pengeringan, kelajuan udara, muatan dulang dan nilai pH perlu diambil kira oleh pengusaha herba seterusnya pengguna. Lazimnya suhu, masa dan kelembapan bandingan di dalam bilik penyimpanan dapat mempengaruhi mutu hasilan akhir Oleh itu bagi mendapatkan mutu herba yang baik selalu pastikan dibuat pengawasan ke atas proses metabolisma di dalam bilik penyimpanan adalah mustahak dilakukan. Buah mahkota dewa yang telah kering sesuai diproses dan dibuat pembungkusan kedap udara untuk disimpan. Selamat mencuba menanam dan mengambil produk herba Mahkota Dewa. Wasallam!.


MAHKOTA DEWA...SEJENIS HERBA...
DIATAS TANAH... DITANAM JUGA...
BUAHNYA LEBAT... MUDAH TUAINYA...
KHASIAT BANYAK... MARI MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Herba Mahkota Dewa,
Labis, Segamat,
Johor, Malaysia.
(23 November 1436H) 

Wednesday, January 21, 2015

PADI - DASAR PENENTUAN HARGA

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di negara kita kerana ia membekalkan beras sebanyak 70% kepada penduduk dan merupakan tanaman ke 3 terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2010 adalah seluas 673,745 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2.458 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.165 billion (Laporan Statistik Agromakanan , Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2011). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,782 kg sehektar dengan penghasilan paling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padie tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.265 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimanasebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel alam Sabtu ini sambil saya menonton perlawanan bola pada TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa dasar penentuan harga padi berdasarkan tinjauan penulis dan rujukan dibeberapa sumber serta laporan akhbar.


Kerajaan telah menetapkan harga belian padi yang seragam dimana ia telah diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Febuari 2014 di Semenanjung Malaysia. Harga belian padi telah ditetapkan pada harga RM1,200.00 satu tan dengan subsidi harga diberikan sebanyak RM248.10 satu tan walau pun harga sebenar adalah mengikut permutuan hasil padi yang dijalankan dipintu kilang berdaftar. Ini bermakna bayaran sebenar yng diterima oleh petani atau pesawah adalah bergantung kepada mutu dan kualiti padi yang dihasilkan untuk jualan. Semakin tinggi kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain akan mengurangkan lagi bayaran bersih bagi padi tersebut. Oleh itu amat penting perkara ini dan pemahaman ini diterapkan kepada semua pesawah seluluh negara bagi mengelakan sebanarng konflik yang mungkin berlaku. Pernah terjadi kes-kes dimana pesawah dan pembeli berselisih faham mengenai kadar pemotongan padi yang melibatkan ketidakpuasan hati sehingga dibawa kepada peringkat atasan. Penjelasan melalui pelbagai kursus dan latihan selain daripada penerangan berterusan telah membolehkan isu ini telah dapat diatasi dengan baik.


Semebarnya dalam pemjualan padi kepada pembeli (atau pengilang berlesen) terdapat beberapa pemotongan padi dilakukan untuk mendapatkan bayaran sebenar padi. Pemotongan hasil padi yang dilakukan ada 4 jenis iaitu Potongan kerana padi rosak, Pemotongan kerana kekotoran, Pemotongan kerana padi muda atau padi yang tidak cukup masak dan Pemotongan Wap Basah. Pertama sekali adalah pemotongan kerana padi rosak dimana takrif 'padi rosak' adalah padi yang telah bertukar warna dari warna biasa kepada warna hitam atau merah kehitam-hitaman, telah berkulat atau mulai reput. Padi yang berpenyakit dan telah mula bercambah juga dikira sebagai padi yang telah rosak. Potongan keatas padi rosak ini dibuat kerana harga belian padi yang ditawarkan adalah untuk hasil padi baik dan berkualiti. Padi rosak apabila dikeringkan dikilang akan tidak dapat menghasilkan beras baik. Lazimnya apa yang penulis periksa, beras dari padi yang rosak adalah berwarna kuning atau kuning kemerahan dan banyak mengandungi beras hancur. Ini merupakan jenis beras yang paling rendah mutunya dan harganya. Perlu dilakukan pemotongan harga kerana padi rosak akan menjejaskan keseluruhan kualiti beras dengan kadar khas. Kadar potongan untuk padi rosak adalah setiap 1 kg bagi setiap 1% pertama dan 2 kg bagi tiap-tiap 1% berikutnya yang ada dalam 100 kg padi.  


Kekotoran Padi juga menyebabkan pemotongan kerana keotoran tersebut mennyebabkan ia perlu dibuang dan menjejaskan berat serta kualiti padi. Potongan ini dilakukan jika jualan padi mengandungi kekotoran seperti jerami padi, daun-daun padi, sampah-sampah, tanah lumpur dan juga hampa.  Potongan ini dibuat keranam bendaasing ini mesti dibuang semasa 'milling' dan harga dibayar untuk padi bersih sahaja. Kadar potongan dilakukan adalah dipotong sebanyak 1 kg setiap 1% kekotoran yang adadalam tiap-tiao 100 kg padi.  Seterusnya adalah potongan kerana padi muda atau pun apa yang dikatakan padi yang tidak cukup masak. Ini sering berlaku jika jentuai masuk awal tidak mengikut jadual atau akibat cuaca hujan berterusan. Potongan akan dibuat keatas padi yang mengandungi biji-biji padi muda atau tiak cukup masak. Ini kerana padi ini apabila dikeringkan akan menjadi hampa atau menghasilkan beras hancur yang berkapor (berwarna putih) yang akhirnya menjatuhkan mutu untuk keseluruhan beras. Kadar potongan ialah 1 kg bagi tiap-tiap satu (1%) padi muda atau padi tidak cukup masak didapati dalam tiap-tiap 100 kg padi dijual dipremis berlesen.


Potongan yang paling rumit dan sering dipertikaikan adalah potongan wap basah. Potongan ini adalah potongan yang dikenakan keatas padi yang mengandungi wap basah melebihi 14%. Padi yang wap basah kurang dari 14% adalah dikira padi kering. Wap Basah adalah ukuran yang selalu digunakan untuk mengukur banyaknya air dalam biji padi dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil sebagai 'Moisture Meter'. Selalunya semakin besar angka bacaan (%) maka semakin banyaklah air dalam biji padi. Pada kebiasaannya penulis dapati padi yang dijual oleh petani dan pembeli berlesen padi mempunyai berat basah itu adalah bercampur berat air yang terdapat dalam biji padi. Oleh itu pemotongan berat keatas padi mengikut kadar wap basah seperti jadual dikeluarkan oleh kerajaan. Jika % kandungan wap basah kurang 14% tiada potongan dibuat tetapi jika 14-15% (1 kg), 15-16% (2 kg), 16-17% (3 kg), 17 - 18% (4 kg) seterusnya sehingga lebih dari 29-30% potongan sebanyak 19 kg dilakukan. Petani akan mendapat harga sebenar jualan padi mereka jiak kesemua pemotongan itu dilakukan bergatung kepada kualiti padi yang dihantar untuk jualan. Jika jumlah pemotongan banyak maka pendapatan petani akan berkurangan dan sebaliknya. Amat penting petani menjalankan alaman MyGAP terhadap sawah merekan dan mengikuti amalan Rice-Check bagi menentukan hasil dan pendapatan tinggi. Wasallam!.



POTONGAN PADI... AMALAN KUALITI...
PADI ROSAK ... POTONGAN PASTI...
PADI KOTOR... KENALAH DI PERHATI....
PADI BASAH ... LAGILAH PETANI RUGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kilang Bernas Sekinchan,
Sekinchan, Selangor,

Malaysia.
(21 RabiulAwal 1436H) 

Tuesday, January 20, 2015

BELIMBING BULUH - PROJEK KOMERSIL

Pokok belimbing buloh (Averrhoa bilimbi) adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 4-6 meter. Pokok ini menyerupai pokok belimbing besi (Star Fruit atau Averrhoa carambola) dari segi taksonomi dan pencirian tumbuhan. Daunya berwarna hijau muda dan berzaiz kecil dengan ukuran 5-8 cm x 2-4 cm dan bersusunan bersilang. Batangnya berkayu dengan kulit yang berwarna coklat bercorak putih atau kehijauan. Bunganya kecil berwarna ungu kemerahan dan mempunyai 3 kelopak dan stigma berwarna putih. Bunga keluar dari bahagian batang dan dahan pokok belimbing buluh sepanjang tahun (Walau pun ada musim tertentu agak kurang). Buah belimbing Buluh berwarna hijau muda terang yang bulat lonjong berukuran 2-3 cm garispusat dan 4-6 cm panjang. Terdapat beberapa biji dalam buah berwarna putih kehijauan didalamnya.Belimbing buloh digunakan sebagai bahan masakan untuk menambahkan keenakan masakan harian seperti Masak Kari, Masak Asam Pedas, Masak Ikan Cili Api, Masak Ikan lemak Pedas, Masak Daging Salai Cili Api dan sebagainya. Di Pahang Sambal Hitam Belimbing Buloh merupakan sejenis makanan tradisi terutama disekitar Raub, Jerantut dan Kuala Lipis. Jika hendak makan segar biasanya di makan dengan sedikit garam kerana rasa masam. Di India Belimbing Buluh digunakan sebagai masakan masalla. Di kampong saya dulu ketika Hari Raya saya memang mencari Halwa Belimbing Buluh yang mempunyai rasa manis dan masam. Belimbing buloh juga boleh di buat jeruk yang memang sedap rasanya. Kini Belimbing Buloh telah pun di jadikan makanan ringan yang di minati setelah dijerukkan atau di buat Halwa dan sering kita jumpa di pasar malam. Satu hari nanti kita hendak melihat belimbing buloh di jadikan makanan kesihatan dalam bentuk jus, pil, serbuk, kapsul dengan pelbagai teknologi yang mungkin akan di terokai. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan akhbar mengenai projek komersil perintis penanaman belimbing buloh di Pahang sebagai satu usaha murni untuk pembangunan buah jenis nadir ini dibawah Program EPP1- Pembangunan Kluster Herba dibawah Kementerian Pertanian.


LAPORAN AKHBAR
UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 25/02/2014

Tiga kampung perintis projek belimbing buluh


Ahmad Nazlan Idris (empat dari kiri) menyerahkan pokok 
belimbing buluh kepada penduduk di Kampung Gintong, 
Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 24 Feb. - Tiga buah kampung di sini menjadi perintis kepada projek tanaman belimbing buluh dalam usaha menjadikan tanaman tersebut sebagai produk komersial di daerah ini. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihaknya telah menyerahkan sebanyak 3,000 anak pokok belimbing buluh kepada penduduk di tiga kampung terbabit iaitu Kampung Gintong, Bukit Puas dan Bukit Genting. Jerantut merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan masakan tradisional termasuk sambal hitam yang menggunakan belimbing buluh sebagai bahan-bahan utamanya. Dulu buah ini boleh diperoleh dengan harga murah, namun sekarang harganya semakin meningkat sehingga mencecah RM40 sekilogram kerana permintaan tinggi di pasaran," katanya di sini baru-baru ini. Menurutnya, peningkatan harga buah itu adalah disebabkan kekurangan bekalan. Jadi, kita mengambil langkah untuk menjadikan belimbing buluh sebagai tanaman komersial di samping menjana pendapatan penduduk luar bandar," ujarnya. Ahmad Nazlan berkata, selain diusahakan secara meluas, belimbing buluh juga boleh ditanam di kawasan yang terdapat di belakang rumah. Beliau memberitahu, tanaman tersebut tidak memerlukan penjagaan rapi serta boleh mengeluarkan hasil dalam masa singkat.

Buah ini banyak kegunaannya terutama dalam resipi masakan Pahang dan saya harap penduduk mendapat manfaat daripada projek tanaman ini dan akan berkembang pada suatu hari nanti sekali gus boleh menjadikan daerah ini sebagai pengeluar belimbing buluh utama," jelasnya. Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah.

Pokok mula berbuah selepas 1.5-3 tahun di tanam jika dijaga dengan baik. Berikan baja organik dan baja NPK 15:15:15 untuk tumbesaran dan baja Buah NPK 12:12:17:2 untuk menggalaknan pengeluaran bunga dan buah belimbing buloh. Antara musuh tanaman pokok buloh adalah seperti serangan aphid dan koya serta jelaga pada musim lembab. Lalat Buah (Bactocera carambolae) juga kadang-kadang menyerang pada peringkat awal buah (walau pun buah masam) menyebabkan bentuk buah bengkok atau berkedut sedikit. Buat cantasan agar ketinggian pokok sesuai untuk memudahkan menuai atau mengutip hasil. Cantasan pembentukan di dari peringkat awal penanaman untuk kita mendapatkan banyak cabang seimbang dan buat 'topping'. Buah belimbing buluh yang matang berwarna hijau gelap atau yang terlalu matang akan menjadi hijau kekuningan. Jika tidak di petik buah akan gugur diatas tanah dengan sendiri dan busuk. Petik buah menggunakan tangan dan basuh sebelum di makan atau di proses. Satu pokok belimbing buloh dewasa mempu menghasilkan antara 5-15 kg buah belimbing buluh setahun atau lebih lagi jika di jaga dengan sempurna. Buah ini tahan di simpan selama 5-10 hari tanpa apa-apa rawatan dan tahan lebih lama lagi jika disimpan dalam suhu sejuk. Kepada mereka yang suka makan buah masam atau mereka yang mengidam (Ibu mengandung) tiada masaalah dengan rasa buah belimbing buloh yang masam.  Wasallam....


TANAM BELIMBING... BULUH JENISNYA...
KAWASAN PAHANG...PERINTIS JADINYA...
BENIH DIEDAR... DITANAM BANYAKNYA...
SAMBAL HITAM... RAMAI PEMINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 310, Hotel Jelai, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1436H)

Monday, January 19, 2015

TUKUN TIRUAN

TUKUN adalah merupakan suatu tempat didasar laut yang menjadi umpama rumah ataupun tempat pembiakan atau perlindungan bagi habitat laut seperti ikan dan haiwan lain. Dalam keadaan semula jadi apa yang dikatakan tukun ni asalnya terjadi daripada batu batu karang tetapi kini telah berkurangan akibat perbuatan manusia dan juga kitaran alam. Biasanya dikawasan tukun ini ikan-ikan kecil akan berkumpul secara berkumpulan dan sekaligus ianya akan mengundang kehadiran ikan ikan yang lebih besar datang untuk mencari makanan. Dikawasan tukun ini juga akan didapati sesetengah habitat laut menjadikan ianya sebagai tempat perlindungan daripada pemangsa. Kini dengan kajian yang dilakukan oleh para saintis telah dibuat inovasi iaitu rekacipta telah membuat "TukunTiruan". Tukun Tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semulajadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin terutama ikan. Ada juga tukun tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot bot lama. Struktur tukun ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun berkenaan diletakkan. Spesies ikan komersil yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan ialah ikan kerapu, merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan lain-lain. Walau bagaimanapun bukan semua spesies ini kekal berada pada sepanjang tahun. Banyak spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran hidupnya. Peranan tukun dalam laut adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang perlu dirancang dengan baik demi mempastikan sumber ikan laut adan terus ada. Artikel petang Ahad ini saya menulsi dalam "Anim Agro Technology" mengenai pembinaan tukun tiruan sebagai satu perkara yang penting dalam sektor perikanan laut.


Pemasangan tukun dari konkrit memang lazim dibuat di negara kita dan dilepaskan dilokasi tertentu dalam laut (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya ikan yang tinggal dikawasan tukun akan berpindah yang disebabkan oleh perubahan faktor fizikal dan biologikal persekitaran laut. Kawasan tukun juga dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan yang masih berada pada peringkat larva dan juvenil pada masa-masa tertentu..Pembangunan tukun tiruan adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan persisiran pantai..Sehingga kini, kebanyakan negara di dunia telah banyak yang mempraktikkan teknologi tukun tiruan ini untuk pelbagai kegunaan industri perikanan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sehingga ke lokasi rekreasi. sebagai kawasan untuk memancing. Selain daripada tukun konkrit yang mahal, tukun tiruan ini pernah dibuat daripada tayar terpakai yang diikat dan ditenggelamkan, bot-bot kayu lama yang ditenggelamkan dan sebagainya.


Dalam memahami akan dunia perikanan laut, seringkali kita mendengar keluhan nelayan kecil mengharungi aktiviti seharian di laut dan kesukaran mencari sumber ikan. Bukan saja bekalan ikan semakin berkurangan, tetapi berdepan isu pencerobohan bot tunda di kawasan tangkapan oleh nelayan yang tidak. Kegiatan nelayan bot tunda ini bukan saja menyebabkan berkurangnya bilangan ikan, tetapi merosakkan tuas tempat pembiakan ikan. Jabatan Perikanan mengambil inisiatif membangunkan tukun tiruan jenis keluli bagi membantu mengatasi masalah golongan berkenaan. Tukun tiruan keluli ini mampu menarik perhatian ikan dan mempercepatkan proses pertumbuhan plankton. Malah binaan tukun tiruan menghalang bot besar daripada melabuhkan pukat di situ. Pembinaan tukun terbabit berikutan kejayaan penggunaan tukun jenis tayar, konkrit dan bangkai kapal yang diperkenalkan sejak tahun 1975.


Tukun Keluli lazimnya mampu bertahan selama 50 tahun itu memberi manfaat kepada lebih 4,000 nelayan berbanding dengan tukun bot kayu atau tukun tayar yang kurang jangkamasa ketahanannya.  Pembinaan tukun keluli yang telah menggunakan kepakaran tempatan ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran. Jabatan Perikanan mendapat peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan untuk membina 55 tukun dengan setiap satunya mempunyai berat 13 tan. Projek membuat tukun ini telah berjaya meletakkan atau melabuhkan di perairan Kedah bermula dari Kuala Sala sehingga Kuala Jerlun sejak Oktober lalu. Tukun tiruan itu kini menjadi pusat tumpuan ikan seperti kerapu, tenggiri dan jenahak. Hasil kajian juga menunjukkan semenjak tahun 1985 maklumat pendaratan ikan di Kedah sebanyak 75,615 tan metrik dan meningkat kepada 112,876 tan metrik pada 2013 dengan kesan pembinaan tukun tiruan. Semenjak program tukun itu diperkenalkan dilaporkan nelayan tempatan kini mampu memperoleh ikan sehingga 60 kilogram sehari. Ini merupakan peningkatan hampir 100 peratus berbanding sebelum ini. Kini nelayan tempatan juga turut menawarkan perkhidmatan bot memancing kepada kaki pancing sebagai aktiviti agropelancongan memancing dikawasan tukun yang memang menyeronokkan pemancing. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna dari tulisan saya. Waallam!.


TUKUN TIRUAN... PERLI DIBINA...
TUKUN KELULI... KONKRIT JUGA...
DALAM AIR... IKAN SANGAT SUKA...
MEMBIAK MEMBESAR... BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 320, Hotel Putra Brasmana,
Kuala Perlis, Perlis,
Malaysia.
(2 Rabiulakhir 1436H)

Sunday, January 18, 2015

BELIMBING BULOH - SAMBAL HITAM

SAMBAL HITAM BELIMBING BULOH PAHANG merupakan sejenis makanan berasaskan buah belimbing buloh yang sangat popular di Negeri Pahang. Mungkin tidak ramai diantara kita yang kenal atau berpeluang merasa makanan tradisional yang enak ini. Saya kenal makanan ini setelah melawat pameran di MAHA 2014 yang lepas dimana makanan istimewa ini dipromosikan oleh orang Pahang sebagai satu produk yang boleh pergi lebih jauh. Rasanya yang masam, pedas, manis dan lemak memboleh ia amat enak jika dimakan dengan nasi putih atau makanan seperti roti, roti canai, bubur, lemang, ketupat dan sebagainya. Sambal Hitam @ Sambal Belimbing Buluh, Pahang yang merupakan makanan sejenis yang terkenal bagi Daerah Raub, Jerantut dan Lipis. Sambal ini diperbuat dari belimbing buluh yang telah direbus (melalui proses tertentu) ditumbuk, dicampurkan bersama lada kecil, bawang serta ikan bilis. Kini walaupun teknik penyediaan sambal hitam @ sambal belimbing rebus ini sangat mudah tetapi kemahiran dalam proses penyediaan belimbing rebus adalah agak rumit dan mengambil masa yang lama. Oleh demikian ramai telah mengambil inisatif untuk membuat sendiri atau ada yang telah berjaya menjual sambal ini secara kecil-kecilan dari rumah apabila terdapat bekalan belimbing rebus. Salah satu pengusaha berjaya seperti produk Sambal Hitam Belimbing Buluh Puteri dimana dalam internet perkhidmatan mereka telah menawarkan merupakan jualan secara terus atau pos kepada pelanggan. Pelanggan yang ingin mencuba sambal ini perlulah terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak kami kerana sambal yang dijual, akan dibuat mengikut tempahan bagi mengelakkan sambal yang dijual dari rosak atau berubah rasa. Ia dijual dengan harga RM 5.00/100gram. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan berasaskan belimbing buluh yang berpotensi untuk dipromosikan diseluruh Malaysia untuk rujukan anda.


Belimbing Buloh (Averrhoa bilimbi) adalah sejenis pokok buah jenis Belimbing dari Keluarga Oxalidaceae yang terdapat di negara kita. Buah Belimbing Buluh yang terdapat di Malaysiakebanyakannya masam seperti yang terdapat 2 pokok de kampong saya di Muar, Johor. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Mollucas, Indonesia dan juga hidup subur di seluroh kawasan Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, India Selatan, Sri Lanka dan Myanmar. Buah Belimbing Buluh adalah sangat masam dengan purata pH 4.0 - 4.7 dan ditanam sebagai tanaman campuran di keliling rumah. Pokok belimbing buloh adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 4-6 meter. Pokok ini menyerupai pokok belimbing besi (Star Fruit atau Averrhoa carambola) dari segi taksonomi dan pencirian tumbuhan. Daunya berwarna hijau muda dan berzaiz kecil dengan ukuran 5-8 cm x 2-4 cm dan bersusunan bersilang. Batangnya berkayu dengan kulir berwarna coklat bercorak putih atau kehijauan. Bunganya kecil berwarna ungu kemerahan dan mempunyai 3 kelopak dan stigma berwarna putih. Binga keluar dari bahagian batang dan dahan pokok belimbing buluh sepanjang tahun (Walau pun ada musim tertentu agak kurang). Buah belimbing Buluh berwarna hijau muda terang yang bulat lonjong berukuran 2-3 cm garispusat dan 4-6 cm panjang. Terdapat beberapa biji berwarna putih kehijauan didalamnya.


Kajian saya di beberapa buku mendapati buah belimbing adalah masam tetapi mengandungi zat makanan berguna untuk kesihatan manusia. Setiap 100 gram bahagian buah yang boleh di makan mengandungi 94 g air, Protin (0.62 g), Serat (0.6 g), Ash (0.4 g), Kalsium (0.34 mg), Ferum, (1.01 mg), Niacin (0.302 mg), Thiamine (0.010 mg), Riboflavin (0.021 mg), Cartene (0.025 mg) dan Asid Askorbik sebanyak 15.6 mg yang menyebabkan rasa buah belimbing buloh masam. Kultivar yang ada di Malaysia adalah Belimbing Buloh Tempatan yang masam dan belum ada laporan yang saya dengan kultivar Belimbing Buluh di Malaysia yang manis. Terdapat laporan dari rakan saya di Filipina (Ms Cyntia - peserta kursus ASEAN Tropical Fruit 2011 di Serdang - saya beri lecture) kata ada jenis Belimbing Buloh di Filipinan jenis manis di panggil 'BALIMBING' dan jenis biasa yang masam di panggil sebagai Kultivar ' KAMIAS'. Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah.


Membuat sambal hitam belimbing buluh memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Mereka yang pandai masak bagaimana pun boleh membuat sendiri dengan baca resepi dari internet sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah Belimbing Buluh Segar dalam 500 gram, Bawang merah kecil (7 biji), Bawang putih (5 ulas), Cili padi (15 tangkai atau lebih jika suka pedas), Ikan bilis kopek (1 cawan), Minyak untuk menumis (1 cawan), Kicap lemak manis sedikit, Garam dan Gula mengikut rasa. Cara masak dimulakan dengan proses dimana belimbing buluh segar dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga ia hampir kering dan bewarna hitam. Sebaiknya gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala. Seelok nya gunakan periuk yang sudah lama dan tidak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah hendak bersihkan semula. Belimbing buluh ini direbus sampai belimbing yang telah diletakkan sedikit garam sehingga bertukar kepada warna kehitaman dab lazimnya buah belimbing akan lembut.Jika api kecil kadang-kadang mengambil masa selama 3 jam lebih. Proses seterusnya adalah proses memasak sambal. Mulakan dengan mengambil bahan cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar atau boleh gunakan pengisar (blender kering). Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk dalam kuali serta dikacau hingga separuh masak. Kemudian dimasukan belimbing dan dikacau rata hingga masak. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap untuk kita mendapatkan rasa lemak. Apabila telah masak maka ia boleh dihidangkan atau disimpan dalam peti ais untuk tahan lama. Pembotolan dan pembungkusan dengan rapi membolehkan sambal hitam belimbing buluh tahan lama sebelum dimakan. Dalam majlis kenduri seperti Majlis Perkahwinan di kawasan pahang Tengah makanan ini sering dihidangkan untuk para tetamu seperti juga popularnya rojak buah di Johor. Semuga artikel ini menambah ilmu pembaca semua. Wasallam!.

BELIMBING BULUH.. SAMBAL JADINYA...
WARNA HITAM.... PAHANG ASALNYA...
ENAK DIMAKAN... NASI BERSAMA....
KINI POPULAR... DIKOMERSIL DIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 220, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1436H)

Saturday, January 17, 2015

KOKO - PEROSAK UBPK

ULAT PENGOREK BUAH KOKO (Cocoa pod borer) adalah sejenis serangga perosak koko yang menyerang bahagian Buah Koko dengan nama saintifiknya Conopomorpha cramerella Snellen. Serangga daripada order Lepidoptera dan keluarga Gracillariidae ini memang telah menghantui ramai penanam koko di Malaysia kerana kesan serangannya yang merudumkan industri koko di negara kita sejak awal 1980'an lagi. Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia ini telah mula ditemui di Sabah pada tahun 1980 dan kemudian di Sarawak pada tahun 1983 dan akhirnya di Jasin Lalang Estate, Jasin, Melaka pada 1986 (sewaktu itu saya bertugas di Melaka)  dan akhirnya diistiharkan sebagai serangga perosak di seluruh Malaysia pada tahun 1993. Kajian mendapati serangga merbahaya ini turut dijumpai di Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan juga Australia. Saya terlibat terus dengan operasi kawalan UPBK ini pada tahun 1983 - 1988 dengan aktiviti mengawal termasuk operasi siasatan dan  penebangan pokok koko dewasa. Kini apabila Lembaga Koko Malayia ingin menanam dan membangunkan koko dibanyak negeri, para petani akan terus bertanya soalan 'cepu emasnya' mengenai tahap serangan UPBK terhadap koko klon baru yang diperkenalkan oleh LKM. Penulis dapatii LKM telah mengesyorkan 5 klon koko yang baru yang berpotensi untuk ditanam masa kini iaitu Klon KKM 22, MCBC 1, PBC 123, QH1003 dan MCBC 8. Saya ada  menulis mengenai klon-klon koko yang disyorkan ditanam di Malaysia (Sila klik disini). Bagaimana pun menurut rakan saya dari LKM, kaedah pengurusan dan amalan amalan agronomi yang baik mengikut MyGAP mampu mendapatan pokok yang sihat dan berhasil tinggi untuk menjamin pendapatan yang baik. Artikel malam ini ambil menonton TV9 perlawanan akhir kedua Piasa AFF Suzuki antara Malaysia dengan Thailand saya dapat mmpu juga menghasilkan artikel dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukan anda.

Mengenali perosak UPBK ini serangga dewasanya bersaiz kecil dengan bentuk dan saiz seakan nyamuk (Sila lihat foto disebelah). Serangga dewasa jantan dan betina boleh dibezakan dengan melihat serangga dewasa betina mempunyai warna oren dibahagian posterior abdomen. Serangga kecil ini aktif diwaktu malam dan jarang ditemui diwaktu sianghari. Jika diteliti saya juga dulu diminta pastikan pada waktu siang berehat dibawah joket dan dahan pokok terutama didalam kanopi. Ia akan terbang jika diganggu dan boleh dilihat dengan mata kasar. Serangan UPBK boleh menyebabkan kerosakan hasil buah koko  sehingga 100% jika tiada langkah kawalan dilakukan. Ini yang menyebabkan ramai petani yang telah mengalami serangan UPBK menjadi 'jeran' untuk menanam koko semula kerana dahsyatnya kesan serangan UPBK ketika tahun 1980'an dahulu.

Perlu diketahui umum bahawa peringkat larva (Ulat) merupakan tahap paling merbahaya menyerang buah koko. Serangga dewasa akan bertelur 1 - 3 hari ahaja dan telur akan menjadi larva dalam tempoh 14 - 17 hari sebelum menjadi peringkat 6 - 7 hari dan akhirnya peringkat serangga dewasa hanya 6 - 7 hari menjadikan jumlah lama kitaran hidupnya elama 27 - 33 hari (Sila lihat foto paling atas sekali). Mengenalii simptom atau tanda serangan oleh UPBK adalah penting. Akibat pemasakan buah yang tidak sekata kita boleh lihat dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau. Buah yang diserang UPBK lazimnya akan menjadi lebih berat dan tidak bergoncang isinya berbanding dengan buah yang tidak diserang yang ringan dan bila digoncang ada ruang biji didalamnya. Lubang masuk UPBK akan dapat dilihat  jika dibahagian kulit buah koko dihiris nipis dan lubang keluar yang jelas pada permukaan kulit koko. Biji koko melekat dan bercantum diantara satu sama lain dan rosak serta tidak boleh digunakan. Biji koko tidak dapat digunakan berikutan biji tidak membesar akibat kekurangan nutrien. Buah rosak ini perlu dipastikan dimusnahkan kerana ia punca pembiakan yang aktif bagi perosak ini.

Kawalan perosak UPBK perlu dijalankan dengan sistematik dan mengikut konsep IPB. Penggunaan bahan kimia eperti racun serangga yang disyorkan adalah racun dengan bahan aktif Cypermethrin dan juga bahan Deltamethrin setiap dua minggu. Semburan racun ini perlu dilakukan setiap dua minggu dengan menyasarkan bahagian buah dan kanopi pokok koko. Mengamalkan Konsep 4P iaitu Pemangkasan setiap 3 bulan, Pembersihan kebun yang teratur, Penuaian hasil koko dengan lebih kerap dan Pembajaan mengikut jadual membantu mengawal UPBK dengan berkesan. Kita boleh menggunakan kawalan biologi iaitu memelihara Semut Hitam Koko sebagai kawalan biologi yang berkesan. Gantung sarang semut hitam yang diperbuat daripada daun kering pada pokok koko dengan jumlah sesuai. Semut hitam akan makan ulat UPBK ini dan mempu mengurangkan kadar serangannya. Bagaimana pun petani perlu sentiasa periksa sama ada semut hitam pada pokok masih banyak terutama dimusim hujan. Penggunaan teknik kawalan cara mekanikal boleh dilakukan dengan menggunakan pembalutan buah koko. Ini akan menghalang serangga dewasa bertelur pada kulit buah koko. Amalan ini kurang dilakukan kerana kos yang tinggi untuk membalut setiap biji buah koko. Lembaga Koko Malaysia turut menjalankan kajian penggunaan fungi entomopatogenik, bakteria, semio-kimia dalam menangani masalah perosak utama koko ini walau pun ianya belum diistiharkan sebagai pelengkap kepada kawalan serangan UPBK dinegara kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology". Siapa yang menjadi juara piala AF uzuki 2014 ini?. Wasallam!.

NAMA UPBK... PENGOREK BAHAYA...
SERANGAN ...100% HASIL TIADA....
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
TANAM KOKO... RAMAI SUDAH FOBIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Koko Kelompok,
Kg Kesang Laut, Ledang,
Johor, Malaysia.
(28 Safar 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...