Support My Blog

Wednesday, March 13, 2024

TANAM BAWANG DI INDONESIA - CARANYA? (Pt 2)

BAWANG MERAH (Allium ascalonicum L.) atau Allium cepa adalah termasuk dalam famili Liliaceae dan kini merupakan tanaman sayuran yang penting di negara jiran Indonesia untuk di pelajari. Tanaman bawang merah adalah jenis tanaman semusim, berumur pendek dan dibiakkan iaitu secara vegetatif dengan menggunakan umbi walau pun ia juga boleh di biakkan secara generatif dengan menggunakan bijibenih (TSS=True Shallot Seed). Pada umumnya bawang merah adalah bahan asas masakan di Malaysia dan di Indonesia yang di gunakan setiap hari sebagai bahan masakan. Selain itu dilaporkan dimana bawang merah juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk menurunkan suhu panas sesiapa juga. Penulis blog mendapat tahu dimana dilaporkan Malaysia biasanya mengimport sebanyak 687,000 metrik tan bawang dengan membabitkan nilai RM1.58 bilion pada 2022. Pada tahun sama dilaporkan kadar penggunaan per kapita bawang kecil di Malaysia adalah 1.2kg seorang setahun. Negara bergantung sepenuhnya kepada sumber bawang diimport dari India, Belanda (khususnya Bawang Holland), China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Dalam kes lain dilaporkan dimana Malaysia biasanya akan mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62%, diikuti Natherlands (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Egypt (2%) dan lain-lain negara (2%). Jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 9% iaitu kenaikan dari sekitar RM 1,477.6 juta pada 2021. Baru-baru ini awal tahun 2024 dilaporkan usaha menanam bawang varieti MARDI telah di mulakan di Perak dan beberapa lokasi lain dan di harap program ini akan mencetuskan industri penanaman bawang merah di Malaysia dengan skala komersial dan mengurangkan kapasiti kebergantungan import. Berbeza dengan negara jiran Indonesia yang menjadikan tanaman bawang merah sebagai tanaman pangan (tanaman makanan) yang penting dimana ada seluas lebih dari 185,000 hektar penanaman bawnag merah setahun dengan jumlah pengeluarannya mencapai 2 juta mt setahun. Walau pun begitu negara tersebut masih mengimport bawang merah dan bawang jenis lain untuk rakyatnya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis secara mudah cara menanam bawang merah yang diamalkan di negara jiran tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Aktiviti penanaman bawang merah di atas tanah  kering atau tanah di bajak perlu di rancang dari proses penyediaan tanah lagi. Tanah yang sudah disediakan dengan batas tanaman perlu di berikan baja asas dan juga baja susulan kelak. Selalunya baja asas digunakan tinja lembu (15 - 20 mt/ha) dan jika gunakan tahi ayam sebanyak 5 - 6 mt sehektar. Ada juga kaedah memberikan baja kompos dengan kadar disyorkan adalah sebanyak 2.5 - 5.0 mt sehektar. Baja asas ini sebaiknya ditabur rata diatas batas tanaman dalam masa 3 hari sebelum menanam umbi bawang merah. Amalan lazim di Indonesia dimana pembajaan susulan atau jadual pembajaan berikutnya adlaah dengan memberikan Baja Urea dengan kadar 120 - 200 kg sehektar, Baja ZA sebanyak 300 - 500 kg sehektar dan juga Baja KCL dengan kadar 150 - 200 kg sehektar. Lazimnya dimana pemberian baja pertama adlah pada umur tanaman awang merah 10 - 15 hari selepas di tanam dan pemberian baja yang kedua adalah pada umur tanaman 1 bulan selepas tanam dimana setiap aplikasi adalah separuh daripada dos yang di nyatakan. Benih umbi bawang merah yang disediakan sebaiknya di buang kulit luar dan kemudian boleh dipotong hujungnya (Sila lihat foto disebelah) Cara ini hanya sesuai dilakukan apabila umbi benih masih belum tersedia untuk ditanam dikebun yang pertumbuhan tunas dalam umbi cuma 80% sahaja. 
Tujuan pemotongan umbi benih bawang merah ini adalah untuk memecahkan benih yang dorman (break dormancy) dan mempercepatkan lagi proses pertumbuhan tunas tanaman di lapangan.


Kaedah lazim yang sesuai dilakukan dalam penanaman bawang merah dilahan sawah (tanah bekas padi) agak sedikit berlainan amalan agronominya. Pembajaan boleh dilakukan dengan memberikan baja asas dan juga pembajaan susulan dimana basa asas yang disyorkan adalah baja kimia TSP (P2O5) iaitu sebanyak 90 kg sehektar yang ditabur rata diatas batas tanaman. Pemberian baja TSP ini sebaiknya dilakukan dalam masa 1 - 3 hari sebelum menanam bawang merah. Apa pun kemudian perlu diberikan pembajaan kali kedua yang dilakukan semasa tanaman bawang merah di kawasan sawah 10 - 15 hari selepas menanam dengan kadar sebanyak 180 kh sehektar baja Urea (½ N Urea + ½ N ZA) dan K2O (dengan kadar 50 - 100 kg/ha). Kemudian dilakukan pembajaan bawang merah kali kedua iaitu semasa tanaman bawang berumur 1 bulan dengan kadar baka yang sama yang diberikan separuh dari kadar di syorkan (di bahagi du kali). Dilaporkan dimana tanaman bawang merah tidak menyukai banyak hujan akan tetapi sebenarnya ia memerlukan air yang cukup selama proses pertumbuhannya dari peringkat awal penanaman. Cara terbaik memberikan air adalah dengan kaedah penyiraman. Pertanaman di kawasan tanah bekas sawah memerlukan penyiraman yang cukup dalam keadaan terik matahari sekerap mungkin. pa pun di musim kemarau biasanya tanaman bawang merah perlu disiram satu kali sehari pada pagi atau petang. Ia perlu dilakukan sejak mula menanam sehingga umurnya menjelang penuaian. Apa pun aktiviti penyiraman yang dilakukan pada musim hujan hanya bertujuan untuk membilas daun tanaman. Bilasan ini adalah bagi membuang tanah yang melekat pada daun bawang merah. Sebenarnya akar bawang merah adalah sangat pendeek dimana kekurangan air dengan kritikal menjejaskan pertumbuhannya. Tanaman bawang merah sangat sensitif dengan isu kekurangan air apabila ia berlaku di peringkat pembentukan umbi yang mana ia boleh menurunkan penghasilan umbi. Di kawasan sawah sebaiknya boleh dilakukan paras air di antara batas dengan membuat empang sesuai dengan paras air diperlukan untuk batas tanaan bawang merah sentiasa lembab.


Antara perkara penting dalam penanaman bawang merah adalah masaalah RUMPAI (gulma). Pertumbuhan rumpai jika berlaku semasa pertanaman bawang merah yang masih muda sampai umur 2 minggu dilihat ia sangat cepat. Sebab itulah peranan petani wajib membuang rumpai di antara umbi bawang yang mesti dilakukan. Keberadaan rumput diantara barisan tanaman bawang akan menganggu pertimbuhan bawang dengan signifikan. Amalan agronomi penting difahami penanam bawang merah adalah kawalan Perosak dan Penyakit (P&D). Di Indoensia dilaporkan ada sebanya 13 jenis serangga perosak dan penyakit yang menyerang tanaman bawang. Antara gangguan yang popular dan sering berlaku adalah kes serangan oleh Liriomyza chinensis, Thripstabaci, Alternaria porii, Fusarium sp., penyakit antraknos dan lain-lain. Kehilangan hasil tanaman bawang yang terjejas dengan serangan perosak dan penyakit menurunkan hasil sekitar 26 - 32% selepas penuaian. Amalan Kawalan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management atau IPM). Perlaksanaan IPM secara Kawalan Kultura melibatkan beberapa teknik kawalan termasuk pemberian baja seimbang, penggunaan varieti yang tahan penyakit, menggunakan musuh semulajadi (seperti parasitoid, predator dan patogen serangga). Apa pun kawlan IPM secara mekanikal boleh dilakukan melalui memotong atau membuang daun yang diserang atau daun yang dilihat terdapat ada kelompok telur Spodopteraexigua dan kaedah penggunaan jaring kelambu atau menggunakan berbagai jenis perangkap (bahan feromon seks, perangkap kuning, pasang perangkap lampu dan sebagainya. Paling populat di kalangan petani adalah kawalan menggunakan Racun Kimia. Apa pun di syorkan penggunaan racun kimia ini di kurangkan dan perlu pastikan tidak ada kesan sisa baki racun (MRL) semasa bawang dituai kelak. Penggunaan bajan kimia untuk semburan perlu mempastikan membaca label dahulu, dos racun yang sealamat digunakan dan juga jarak semburan serta faktur MRL. Penulis blog semasa melawat kawasan tanaman bawang di Brebes, Jawa Tengah diberitahu dimana bawang merah dapat di tuai setelah umurnya cukup tua yang biasanya pada umur 60 - 70 hari bergantung kepada varieti dan amalan agronominya. Tanaman bawang merah di tuai setelah terlihat tanda-tanda berupa leher batang 60% lembut, tanaman sudah dilihat rebah dan daunnya sudah menguning. Hasil tanaman bawang merah diantara 6.0 - 25.0 mt sehektar. Penuaian sebaiknya dilaksanakan pada keadaan tanah kering dengan cara mencabut semua sehingga perdunya terleas dari permukaan tanah. Sebaiknya semasa cuaca yang cerah sesusi untuk menuai bawang merah iaitu ini untuk mencegah serangan penyakit busuk umbi di gudang simpanan. Bawang merah yang telah di tuai ini kemudian diikat pada batangnya untuk mempermudah pengendaliannya. Seterusnya umbi bawang merah yang baru di cabut sesuai untuk dijemur sampai cukup kering (selama 1-2 minggu) dengan cara iaitu menggunakan kepanasan dari sinaran matahari berterusan. Kemudian proses berikutnya adalah mengunpul dan menggredkan bawang merah mrah mengikit piawasah. Cara lain prses pengeringan dengan gunakan alat pengering (oven dryer) sehingga apabila diperiksa kandungan air lebih 80%. Lazimnya dikalangan penduduk desa yang menanam bawang tidak langsung menjual sebaliknya mereka akan membawa umbi bawang merah disimpan dengan cara menggantungkan ikatan-ikatan bawang merah di gudang khusus. Keperlu kawalan lazzim adalah menyimpan pada suhu 25-30ºC dan kelembaban yang cukup rendah antara 60-80%. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi infi dan panduan berguna kepada semua pambaca blog ini. Wasallam!!!...

MENANAM BAWANG MERAH... MACAM MANA...
SEDIAKAN BENIH BAIK... DUA BULAN TUAINYA...
PENYEDIAAN TANAH... IKUTI PERATURANNYA...
CUKUP 2 BULAN... MENUAI HASILNYA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 206, Hotel BuminaKura,
Jln. Pundak no 17, Merdeka,
Kacamatan Sumur,l
Bandung, Jawa Barat,
Indonesia.
(29 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...