Support My Blog

Wednesday, March 6, 2024

STRATEGI INDUSTRI BULUH MALAYSIA (Part 2)

BULUH (Bamboo)
atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam bllog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana strategi industi buluh tempatan dapat di lakukan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukkan kepada ramai pembaca blog semua.


Merujuk kepada risalah 
Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2030 didapati ia memang agak menarik untuk dibincangkan. Apa pun pelan ini selalu dijadikan panduan strategi bagi perlaksanaan industri buluh di Malaysia oleh pihak perlaksana. Dalam  Rangka Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia (PTIBM) 2021-2030 dilihat ia mempunyai lima teras strategik yang utama dalam memastikan industri buluh dapat dikomersialkan bukan sahaja di pasaran domestik malah antarabangsa juga secara kukuh dan sistematik. Strategi ini telah dirangka oleh MTIB dalam industri buluh yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 hingga 2030. Dalam pelan tersebut MTIB telah menfokuskan enam sasaran iaitu dari beberapa segi iaitu dalam aspek  penggunaan, produk, teknologi, penglibatan perniagaan, penanaman buluh serta peningkatan eksport dan penggunaan domestik yang perlu ditingkatkan. Merujuk [enjelasan lanjut dilihat didalam teras strategik PTIBM dimana pihak MTIB juga telah menggariskan lima teras. Teras strategik pertama iaitu pengukuhan dasar dan perluasan sumber telah mengambil kira penyelarasan polisi, piawaian, garis panduan mahupun penguatkuasaan dalam industri buluh sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri. Selain itu dilihat dimana penyediaan kepelbagaian dana atau insentif juga ditekankan bagi menggalakkan lebih ramai pihak menceburi industri ini pada masa akan datang. Teras strategik kedua adalah meningkatkan modal insan, kepakaran dan kapasiti pekerja tempatan terutama golongan belia. Oleh itu ia merupakan pelbagai program mahupun aktiviti dilaksanakan dalam mengukuhkan lagi kemahiran dan kompetensi pekerja selain memberi pendedahan awal berkaitan potensi industri buluh kepada golongan sasar. Teras strategik ketiga pula berkaitan dengan pengukuhan inovasi, teknologi serta penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersialan (Research, Development and Commercialization) dalam memastikan produk nilai tambah industri buluh ditingkatkan selaras dengan pasaran antarabangsa. Antara perkara yang dilaksanakan seperti mengadakan pusat pemprosesan dan penghasilan buluh yang sesuai dengan penyediaan teknologi yang moden untuk memastikan kajian dan penyelidikan dapat dilaksanakan dengan baik. Pada masa yang sama, dalam teras ini juga menekankan penggunaan produk buluh secara meluas terutama dalam industri pembinaan selain dapat menekankan konsep National Occupational Skills Standard (NOSS), modul latihan dan sebagainya bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam industri buluh kelak. 


Seterusnya adalah teras strategik keempat memberi fokus dalam memperkasakan rantaian dan jaminan kualiti penghasilan buluh. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan bagi memastikan industri buluh dapat dikembangkan. Dalam usaha untuk memastikan kualiti penghasilan buluh terjamin, Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam aktiviti pemprosesan dan mekanisme pemantauan dilaksanakan selaras dengan pematuhan standard nasional dan antarabangsa. Akhir sekali berkaitan teras strategik kelima iaitu pengukuhan dalam strategi pemasaran dan juga pengkongsian pintar. Dalam memantapkan strategik pemasaran, kerajaan akan memastikan aplikasi buluh dalam projek berkaitan pembangunan infrastuktur ditingkatkan. Selain itu, kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai pejabat di luar negara diwujudkan dengan mempromosikan produk berasaskan buluh Malaysia ke luar negara. Apa pun dilihat dimana k
elima-lima teras strategik pembangunan industri buluh yang dirangka bagi tahun 2021-2030 mempunyai hala tuju yang jelas selain pelan tindakan yang bersistematik untuk masa akan datang. Apa pun bagi memastikan industri buluh dapat dikomersialkan secara meluas sama ada di peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa dimana ianya memerlukan penyelesaian terhadap cabaran utama industri ini tidak dapat dibangunkan sama ada dalam mahupun luar negara. Pertama adalah isu yang berhubungan dengan sumber bahan mentah yang masih terhad antara faktor industri ini tidak dapat dibangunkan lagi. Penulis blog dapati dimana kalau sebelum ini bekalan sumber  buluh yang ia diperolehi daripada orang asli di dalam hutan dan beberapa penduduk kampong akan tetapi kini industri buluh perlu ditanam secara perladangangan sama ada ianya berada di kawasan tanah terbiar mahupun bekas kawasan hutan yang telah musnah. Ini bagi memastikan tanah-tanah kerajaan mahupun individu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa pencerobohan terhadap hutan simpan kekal yang harus dipelihara. Kaedah kedua dimana tingkatkan akan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat terutama pengusaha buluh yang masih rendah melalui kempen dan latihan formal di perkukuhkan. Perkara ini boleh dilaporkan memang akan mempengaruhi kelima-lima teras strategik yang dirangka sekiranya tidak diambil tindakan secara proaktif.


Memang sesuai bagi penulis blog untuk membincangkan akan beberapa c
abaran yang terdapat didalam membangunkan Industri Buluh di Malaysia. Apa pun apabila merujuk kepada MTIB dimana dinyatakan antara cabaran dalam industri buluh pada masa ini terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalam negara dan cabaran luar negara. Antara cabaran industri buluh dalam negara yang pertama adalah kekangan bahan mentah. Ini penulis blog setuju kerana tidak ramai pemain yang aktif didalam industri ini. Semasa bertugas sebegai Pengarah Pertanian Pahang dahulu memang banyak kali membuat tinjauan teknologi ke lokasi dimana sering menjumpai luas kawasan pokok buluh dimasa sahaja.  Dalam industri buluh yang berlaku pada hari ini, kerajaan masih lagi bergantung kepada sumber hutan asli. Buluh yang tumbuh di hutan adalah berselerakan dan tidak teratur. Hal ini menyebabkan kos yang tinggi terpaksa ditanggung jika melibatkan proses menuai untuk mendapatkan gred rumpun buluh yang berkualiti. Sekiranya ladang buluh diwujudkan, ia boleh dikawal dari segi penanaman rumpun buluh dan memudahkan proses menuai kelak. Buluh-buluh yang ditanam di ladang dapat dikawal apabila buluh yang membiak dengan subur akan ditinggalkan sehingga mencapai tempoh matang manakala buluh yang rosak pula akan ditebang berbanding buluh-buluh yang tumbuh di hutan. Faktur kedua adalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam industri buluh yang menyebabkan industri ini tidak dapat dibangunkan. Negara kita terlalu bergantung kepada pekerja asing apabila merujuk statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan pekerja asing separuh mahir meningkat iaitu 56.4 peratus pada 2018 berbanding 55.2 pada tahun 2013. Usaha kerajaan yang akan meningkatkan 35 peratus pekerja dalam tenaga kerja mahir menjelang 2030 merupakan sesuatu tindakan yang dilihat ketinggalan kerana Singapura sudah mempunyai lebih 52 peratus tenaga kerja mahir. Artikel ini ditulis dalam 5 (empat) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BULUH... SIAPA MENJAGANYA...
BULAH DITANAM...100 TAHUN UMURNYA...
ADA BANTUAN... BERAPA YANG POHONNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).
Kemaskini pada 27 Syaaban 1445H.
Published from:
Room 808, Royal Hotel,
Jl Ir. H. Juanda, Kacamatan Bogor,
Bogor, Jawa Tengah, Indonesia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...