Cara menghalau burung termasuk burung gagak hitam pertama adalah dengan cara memasang 'Birds Spikes'. Biasanya kita panggil Birds Spikes atau sebagai 'Paku Burung' apabila ingin memasangnya. Kaedah ini dilihat sesuai atau boleh ia dipasang iaitu disekitar permukaan tepi bumbung atau dibahagian tepi kawasan tingkap atau mana-mana tempat binaan yang biasanya burung termasuk gagak akan datang bertenggek. Penggunaan alat Spikes Burung ini selalunya ia mampu menghalang burung dari turun untuk hinggap kerana paku tajam menyakitkannya dimana ia tidak akan singgah di kawasan tersebut lagi setelah kemudian mengetahuinya. Birds Spikes ini ada dalam berbagai bentuk dan dibuat samada dari bahan besi atau plastik. Pilihan jenis spikes adalah bergantung kepada jenis burung yang biasa datang hinggap di lokasi atau diatas dahan pokok juga (Boleh menggunakan jenis dawai berduri yang dililit didahan pokok jika mahu). Penulis blog palig lazim melihat pesawah, pekebun buah dan penternak ikan kolam yang memasang JARING BURUNG atau sebarang jenis jaring sesuai di lokasi khusus dimana ia menghalang pergerkan burung. Apa pun biasanyan kaedah memasang jaring amat sesuai untuk menghalang kedatangan burung di kawasan yang terbuka luas. Cara ini adalah untuk menghalang burng masuk ke kawasan kebun atau di kawasan dikawasan gudang. Dengan memasang jaring yang bersesuaian bergantung pada saiz burung yang mahu dihalang lazimya kemudian premis dapat dihindari dari serangan burung. Dalam menghalau burung ada kaedah atau cara dengan Memasang ALAT ULTRASOUND atau digelar juga sebagau alat ultrasonik atau Alat Sonik. Ia sesuai bagi kawasan yang diganggu burung seperti dikawasan yang ramai orang dimana cara ini adalah agak berkesan dan selamat. Alat ultrasonik mengeluarkan bunyi berfrekuasi tinggi atau rendah yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi tidak disukai oleh haiwan burung untuk mendekatinya. Bunyi itu sebaliknya memberikan gangguan kepada deria burung dan kesannya adalah alatan bunyi ultrasonik maka burung akan seterusnya menjauhi kawasan tersebut.
Dalam pada itu di luar negara maju yang masih ada dengan gagak mereka kini menggunakan teknik memasang 'Lazer' yang didakwa ia mampu untuk menghalau burung termasuk spesis gagak dari singgah atau datang ke kawasan peralatan dipasang. Alat lazer ini selalu ia menghasilkan sejenis cahaya 'tembakan lazer' yang yang biasanya kuat dan sentiasa berubah warna dimana ia akan membuatkan burung takut untuk menghampiri kawasan tersebut. Burung-burung yang melihat cahaya kuat ini akan lari tanpa membuatkan mereka tercedera. Walau pun teknologi ini agak kurang di lihat di Malaysia akan tetapi mungkin mereka yang berhampiran dengan kawasan pokok dimana gagak tidur boleh membeli lampu lazer (murah sahaja) di pasar malam atau secara on-line dan menyuluh kelompok gagak di malam hari. Mungkin kalau gagak tidak juga mahu beredar maka boleh di cantas atau di tebang sahaja dahan tersebut. Satu lagi alat yang mungkin sesuai digunakan untuk menghalau burung dan gagak adalah menggunakan DRONES. Drone kini merupakan salah satu gadget atau alatan eletronik yang mudah di beli di kedai atau pun secara on-line juga. Walau pun kos agak tinggi akan tetapi dilaporkan penggunaan drones ini memang ia mampu menghalau burung dari masuk kawasan yang luas seperti ladang. Drone yang boleh terbang digabungkan ia dengan bunyi burung pemangsa laximnya akan menghalau burung lain dari masuk ke kawasan tersebut. Bagaimana pun bagi burung gagak Malaysia belum ada kajian yang dilakukan bagi menggunakan drones bagi menghalau burung gagak dikawasan bermasaalah. Adakah ia sesuai kerana harga drone juga bukan murah.
Salah satu kaedah yang mungkin boleh di gunakan bagi menghalau gagak adalah dengan memasang SISTEM RENJATAN LETRIK. Kaedah ini sesuai di kawasan yang selamat daripada gangguan manusia dan haiwan lain serta berkeadaan tinggi. Lokasi sesuai mungkin di kawasan tingkap, bumbung rimah, dekat dahan pokok dimana gagak suka berkumpul, tiang tenggek dekat tong sampah dan sebagainya. Pemasangan sistem renjatan ini menggunakan kuasa letrik yang minima sahaja sekiar 6-10 joule dimana tidak membahayakan kepada manusia tetapi jika tersentuh maka akan terkejut akibat renjatan tersebut. Dawai renjatan itu akan disentuh gagak dimana kejutan tersebut menyababkan ia akan lari. Apa pun kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah selamat dengan gunakan 'timer' dimana disesuaikan masa burung gagak suka hinggap terutama pada waktu hendak tidur malam. Renjatan letrik kecil yang tidak merbahaya dan tidak akan cederakan burung ini adalah selamat dan mampu menghalau burung dari datang lagi ke kawasan tersebut. Kaedah lain adalah dengan menyapu BAHAN MELEKIT pada dahan atau tempat gagak selalu bertenggek. Bahan melekit ini mudah di perolehi melalui pembelian secara on-line terdiri daripada pelbagai jenama, bahan dan kekuatannya. Kaedah sapuan gel atau semburan bahan melekit pada kawasan yang sering disinggahi oleh burung dimana apabila gagak hinggap dan rasa lekit tersebut membuatkan mereka rasa tidak selesa dan seterusnya melarikan diri atau melekat di lokasi. Salah satu cara yang agak kurang di gunakan adalah dengan cara PASANG LEMBAGA yang boleh menakutkan burung gagak. Walau pun cara ini dilihat sebagai murah dan mudah akan tetapi dari aspek keberkesanannya mungkin agak kurang efektif. Tapi di kawasan sawah padi memasang 'orang-orang' mampu menghalau burung pipit. Memasang BONEKA PEMANGSA berbentuk seperti burung pemangsa (helang atau burung hantu) dilihat satu cara berkesan untuk menjauhkan burung gagak. Memasang CERMIN MUKA juga boleh dilakukan dimana sinaran dari cermin akan menakutkan gagak juga. Cara yang agak kurang logik dilakukan seperti ada kalangan yang memasang gambar burung pemangsa yang ditakuti gagak serta memasang bebola terapung di lokasi. Bagaimana pun bergantung kepada kreativiti seseorang dan komuniti untuk menghalau gagak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.