Support My Blog

Friday, March 15, 2024

BAWANG - VARIETI, TANAM DAN KHASIATNYA

BAWANG
adalah satu nama sekumpulan tumbuhan yang memang penting bagi manusia yang termasuk dalam genus Allium dari keluarga Aliaceae. Lazimnya bawang akan digunakan daripada bahagian umbi (bulb), daun (leaf) atau bunga bawang (flower) dimana ia digunakan sebagai sayuran atau sebagai rempah-rempah iaitu bergatung kepada maksud pengambilannya. Sebenarnya ada banyak jenis bawang yang di tanam dan di gunakan manusia diseluruh dunia dimana asasnya ia ada Bawang Merah (Shallot), Bawang Besar (Onion) dan juga Bawang Putih (Garlic) dan ada juga Bawang Hiasan (Ornamental). Paling dikenali ramai dan mendapat permintaan terbanyak pada penulis blog adalah BAWANG MERAH (Allium cepa L. var aggregatum) dimana boleh dikatakan di ambil setiap hari atau setiap kali menyediakan makanan. Jenis kedua iaitu BAWANG PUTIH (Allium sativum) adalah bawang yang kulit dan isinya berwarna putih dimana ia merupakan sejenis bawang yang juga diambil secara harian dimana khasiatnya juga amat menakjubkan demi kesihatan. Ramai orang Korea yang makan bawang putih begitu sahaja walau pun berbau mulutnya semasa penulis blog beberapa kali ke sana. BAWANG BESAR (Allium cepa var cepa) ada banyak jenis seperti Bawang Bombay, Bawang Holland dan beberapa lagi. Seterusnya ada jenis BAWANG DAUN, LEEK, KUCAI dan beberapa jenis lagi. Selain digunakan sebagai ramuan bahan masakan dimana bawang ini akan di proses dijadikan BAWANG GORENG yang dijadikan hiasan didalam beberapa kuliner. Di Malaysia bawang juga di jadikan ACAR sebagai salah satu bentuk mengawetkan makanan dan menambahkan lagi keenakan dan pelengkap makanan. Apa pun p
enulis blog mendapat tahu dimana dilaporkan Malaysia biasanya mengimport sebanyak 687,000 metrik tan bawang segar dengan membabitkan nilai RM1.58 bilion pada 2022. Pada tahun sama dilaporkan iaitu kadar penggunaan per kapita bawang kecil di Malaysia adalah 1.2 kg seorang setahun. Negara kini bergantung sepenuhnya kepada sumber bawang diimport dari India, Belanda (khususnya Bawang Holland), China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Dalam kes lain dilaporkan dimana Malaysia biasanya akan terus mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62%, diikuti oleh Natherlands (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Egypt (2%) dan lain-lain negara (2%). Jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 9% iaitu kenaikan dari sekitar RM 1,477.6 juta pada 2021. Artikel pada subuh 3 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bawang dan fakta menarik berkaitan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sudah menjadi igauan sesiapa yang memakan bawang segar akan menyebabkan mulut berbau. Apa pun bawang merupakan bahan makanan dan masakan yang sangat diperlukan. Berlainan jenis bawang memberikan khasiat berlainan dimana kesemuanya adalah untuk kesihatan. Apa pun Bawang Putih atau Garlic didakwa memberikan khasiat paling hebat bagi sesiapa yang mahu memakannya sebagai bawang putih segar. berbanding dengan jenis bawang yang lain dimana bawang putih ia mengandungi zat yang terbaik dengan membantu untuk menambahkan selera makan, mencegah dan merawat demam (flu), menjadi sebagai penawar racun, memudahkan proses pencernaan dan juga meningkatkan daya ingatan otak. Dalam pada itu bawang putih juga ada dikaitkan dengan ciri anti-kanser yang baik. Jenis Bawang Merah yang diambil setiap hari dalam masakan dan terkenal ini ada ciri khusus didalam memerangi masaalah kanser.  S
elain itu didakwa dimana bawang merah bermanfaat sebagai sumber antioksidan yang efektif untuk melawan apa yang dikatakan sebagai radikal bebas dalam tubuh mnusia serta ia membantu mengatasi masaalah tekanan (depression) dan dilaporkan mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Bagi jenis bawang besar pula atau lebih dikenali sebagai 'Bawang Bombay' dimana bawang yang berasal dari Asia Tengah ini didakwa mampu mencegah diabetes, menjaga kesihatan gigi dan mulut, mengobati alahan atau alergi, mencegah osteoporosis serta digunakan sebagai jenis ubat tradisional untuk masaalah lelah (asthma) yang popular di negara Cina. Bagi Daun Bawang pula yang selalu diambil dan dijadikan hiasan di sesetegah makanan dimana daun ini cirinya adalah berbentuk selinder, berwarna hijau dan kosong ditengahnya. Bentuknya menyerupai batang akan tetapi ia mempunyai teksturnya sangat lembut. Khasiat daun bawang dikaitkan dengan ia mampu menjaga kekuatan tulang, sebagai bahan anti bakteria. anti peradangan, membantu mengatasi sembelit, menyehatkan jantung dan juga mampu untuk mencegah anemia. Seterusnya adalah Daun Kucai yang sangat popular semasa penulis blog tinggal di kampong dahulu. Keunikan daun kucai kerana bentuknya yang pipih, berbau aroma kuat dan mudah ditanam. Khasiat daun kucai ini dilaporkan ia membantu untuk mengatasi masalah kulit, menurunkan berat badan, mengubati masaalah tekanan darah tinggi (hypertension), mencegah kerosakan rambut dan juga membantu merawat masaalah sakit saraf.


Beralih kepada fakta bagaimana ciri penting dalam menanam bawang merah adalah pemilihan benih yang berkualiti. Ini kerana jika benih yang di tanam kurang baik maka hasilnya juga rendah dan merugikan penanam. Sebenarnya benih 
bawang merah sangat menentukan akan pertumbuhan dan umbi yang dihasilkan. Oleh karena itu, pemilihan benih bawang merah harus diperhatikan dengan baik. Petua didalam menimbangkan pemilihan varieti bawang merah yang akan ditanam  adalah penting di mana di Malaysia MARDI sudah istiharkan varieti BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang mulai ditanam awal tahun 2024. Di negara jiran Indonesia  pula dilaporkan beberpa varieti bawang popular adalah seperti varieti Bima Brebes, Sembrani, Nganjuk dan Bauji. Petani perlu pastikan varieti paling sesuai untuk ditanam atas faktur kesesuaian tanah, cuaca dan amalan agronomi sedia ada. Petani mesti memastikan memilih benih yang sihat dan mempunyai persijilan dari pihak pengeluar. Hanya benih bawang merah yang sihat sahaja akan berikan produktiviti makssima. Apa pun diantara ciri benih bawang merah kurang sihat terdapat cendawan atau kulat di umbinya, sebahagian umbi sudah busuk dan berbau, ada umbi yang kosong (hanya kulit sahaja) dan saiz yang bercampur-campur (kecil dan besar tidak menentu). Jika tiada pilihan maka petani perlu membuat penggredan atau tapisan dengan membuang benih bawang yang rosak dan berpenyakit serta ia tidak sesuai di tanam. Amalan biasa selepas menuai dimana petani akan menggantung atau menyimpan benih selama 2 bulan (untuk pecahkan dormansi) sebeluk sesuai ditanam. Amalan penyimpanan benih bawang merah adalah dengan mana jika waktu penyimpanan dibuat agak cepat maka kesannyabenih akan gagal bercambah kerana belum muncul Mata Tunas. Apa pun amalan terbaik dengan memotong di bahagian atas umbi dahulu sebelum menanam bawang merah. Jika dilihat sudah keluar tunas berwarna hijau makan ini bermakna benih bawang merah tersebut sudah sedia untuk ditanam. Varieti bawang 'Bima Brebes' didakwa antara varieti unggul di Indonesia dimana bawang merah yang satu ini mempunyai jangkamasa menuai sekitar 60 hari dengan hasil tuaian mampu mencapai 10 mt sehektar. Apa pun berat benih ini lazimnya akan menyusut sekitar 20% dari beras basah selepas dituai. VAroeti Bina Brebes ini sesuai di tanam di tanah pamah rendah dan juga di kawasan tanah tinggi di Indonesia. Ciri-cirinya diman aia mempunyai daun berwarna hijau selinder yang berlubang, umbinya berwarna merah muda dengan bentuk umbi lonjong dan bercincin kecil pada leher kepalanya. Ukuran umbi tidak terlalu besar akan tetapi jumlahnya banyak dimana pada setiap tanaman menghasilkan sebanyak 7 - 12 umbi atau 60-100 buah setangkai dengan potensi hasil mencapai 10 - 20 mt sehektar. Bima Brebes di tuai sekitar 50 - 60 hari selepas ditanam dengan mampu mengeluarkan bung secara semulajadi dan petani membantu didalam proses pendebungaannya. Varieti ini dilaporkan tahan dengan masaalah busuk perdu dan tahan penyakit dimana ramai petani suka menanamnya.


Penanaman bawang merah perlukan banyak cahaya matahari (100%) tetapi masih dapat tumbuh baik jika cahaya matahari minimum 70% keatas sahaja. Suhu yang sesuai diantara 25 - 32 Celcius dengan kelampatan sekitar diantara 50 - 70%. Kawasan yang terlalu lembab menyebabkan masaalah penyakit. Tanah subur dengan banyak organik dipertukan untuk pertumbuhan dan penghasilan baik dengan mesti mempunyai sistem pengairan dan saliran sempurna. Bawang merah tidak boleh terendam air kerana ini menyebabkan akar busuk dan tanaman mati. Tanaman bawang merah dilihat ia mempunyai risiko 'kegagalan total' dimana ini akan merugikan petani. Sebaiknya tanah mempunyai nila pH sekitar pH5.6 sehingga pH6.5 dimana pengaporan perlu dilakukan jika pH rendah. Jika menanam bawang merah di tanah sawah sebaiknya di buat batas tanaman ukuran lebar 1.2 - 1.5 meter dengan kedalaman patir diantaranya sekitar 50 - 60 cm dan lebar parit pula sekitar 40 - 50 cm (Sila lihat foto disebelah). Penting di susun agar jalur batas menghala arah Timur-Barat agar tanaman dapat cahaya metahari sepanjang hari. Benih bawang sebaiknya di potong atasnya sedikit (di sunat) untuk percepatkan pertumbuhan awal. Keperluan benih sebanyal 1.0 - 1.2 metrik tan sehektar (saiz benih sedang 5 - 10 mg) dengan jarak tanaman disyorkan adalah 20 cm x 15 cm. Apa pun memang tanaman bawang merah memerlukan air yang cukup selama di tanam untuk pembentukan umbi kerana ia mempunyai akar serabut yang pendek. Pastikan disiram dari peringat awal penanaman terutama di musim kemarau. Penting tahu jika penyiraman di musim hujan juga perlu untuk membuang kekotoran seperti tanah yang melekat pada daun. Kawal rumpai sebanyak 2-3 kali semusim penanaman kerana rumpai akan mengganggu pertumbuhan bawang.
 Pembajaan bawang penting mengikut dos dan jadual dengan memberikan baja asas (300 kg SP-36/ha 60 kg KCl/ha dan 500 kg NPK mutiara (16:16:16) yang ditabur atas tanah iaitu 7 hari sebelum memberi baja susulan (180 kg Urea/ha, atau 400 kg ZA/ha) diberikan pada umur bawang 10-15 HST. Kemudian pada umur 30-35 HST diberikan 180 kg Urea/ha. Berikan juga baka organik dengan dos sesuai. Antara perosak tanaman bawang termasuk Ulat Makan Daun Bawang (Spodoptera exigua) dimana tandanya pada daun yang diserang terlihat bintik putih transparen sebab ulat ini akan masuk ke dalamnya sehingga merosakkan jaringan daun sebelah dalam sehingga kerap dilihat daun akan terkulai. Kawalan dengan amalkan penggiliran tanaman, waktu menanam serentak atau menyembur racun serangga sesuai. Perosak Ulat Tanah (Agrotis ipsilon) yang menyerang umbisi di kawal secara manual iaitu dengan mengutipnya di wakti petang dan amalan menjaga kebersihan kebun. Perosak Kutu Thrips (Thrips tabaci) dilhat ada bintik-bintik keputihan pada helaian daun yang diserang dan akhirnya daun menjadi kering yang selalu berlaku pada musim kemarau. Kawalan dengan jadualkan masa menanam dan semburan dengan racun serangga. Mengenai penyakit terdapat Penyakit Bimtik Ungu (Alternaria porri) dimana tanda serangan pada daun yang diserang yang lazimnya daun tua akan terdapat bintik keputih-putihan dan lama kelamaan berwarna ungu berbentuk oval, kelabu dan bertepung hitam dimana serangan sering berlaku pada musim hujan. Kawalan dengan giliran tanaman dan juga lakukan semburan dengn air bersih untuk membuang spora yang melekat pada daun. Menyembur racun kulat juga sesuai di lakukan seperti gunakan Antracol 70 WP, Ditane M-45, Deconil 75 WP atau Difolatan 4F. Penuaian dilakukan setelah hampir lebih 80% daun bawang telah rebah atau pangkal daun lembik. Juga dilihat sekitar 70-80% daun bawang berwarna kuning pucat dimana umbi bawang sudah terbentuk dengan kompak. Ada dilihat sebahagian umbi bawang terlihat di permukaan tanah dengan berwarna merah tua atau keunguan dan berbau khas bawang. Menuai dengan mencabut perdu dan kemudian diikat dan dijemur dibawah sinaran matahari selama 7 - 14 hari. Setiap 2-3 hari lazimnya berat bawang menyusut sekitar 25 - 40% sehingga kandungan air hanya 80 - 84% sahaja. Masukkan kedalam karung jala dengan kapasiti 50 - 100 kg sebelum dijadikan benih atau dijual. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KOMODITI BAWANG ... SENTIASA DIGUNA...
MALAYSIA IMPORT... DITANAM DI INDONESIA...
BANYAK VARIETI... ADA BIAKBAKA...
CARA MENANAM... TEKNOLOGINYA PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomis,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...