Support My Blog

Wednesday, March 20, 2024

ISU WARGA ASING DAN INDUSTRI SAYUR (Part 2)

ISU WARGA ASING
yang terlibat dalam industri sayuran di Malaysia merupakan satu perkara yang sudah agak lama berlaku tetapi pada Mac 2024 ini ia di laporkan di kebanyak media eletronik dan media cetak sekali lagi. Berita paling 'havoc' satu masa dulu di mana warga asing di Cameroon Highland, Pahang sekitar tahun 2015 - 2018 dimana mereka telah membuka tanah pertanian secara haram atau pun menyewa dan satu operasi besar-besaran di jalankan untuk 'membersihkannya' selama beberapa tahun yang melibatkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kalau beberapa tahun dulu ia cula dilapor media 'Berpotensi' maka ayat itu mungkin sesuai digantikan dengan 'Kini' seperti foto diatas. Dalam beberapa media dilaporkan dimana warga Bangladesh, Indonesia, Rohingya dilaporkan sudah pun kuasai industri sayur di beberapa lokasi atau negeri dalam penanaman, pengeluaran dan pemasaran sayuran segar. Dilaporkan bagaimana sistem rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia didakwa mula dikuasai pendatang asing yang turut dipercayai semakin memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar. Apa pun dilaporkan dimana kegiatan berkenaan yang dilapor dan dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu didedahkan oleh pihak Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantauan dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara. Menutur dakwaan pengerusinya iaitu Lim Ser Kwee juga mendakwa pendatang asing terdiri dari warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian iaitu dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.Isu ini dilaporkan telah menyebabkan pendapatan lebih 2,000 ahli persatuan berkenaan makin terjejas kerana kian banyak sayuran ditanam dan dibekalkan oleh pendatang asing di pasaran tempatan. Pendatang asing didakwa mereka bukan sahaja mengusahakan kebun sayur, malah turut menguasai rantaian pembekalan, termasuk logistik atau pengangkutan, selain aktif bekalkan sayur ke pasar borong dan pasar basah seluruh negara. DIlaporkan juga ada dikalangan mereka turut mengambil alih lot niaga sayuran di pasar borang utama, selain makin ramai juga pendatang asing berniaga di luar bangunan pasar. Apa pun perkara itu adalah rahsia terbuka di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang dan juga di Pasar Borong Johor Bahru. Hasil tinjauan menganggarkan kebun dan ladang sayur yang diusahakan secara haram di Semenanjung membabitkan lebih 1,000 orang warga asing. Walau pun kes ini didakwa berlaku di seluruh Semenanjung akan tetapi tumpuan paling banyak di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang (terutama Cameron Highlands). Anggaran keluasan keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar dimana ia bergantung kepada kaedah aktiviti mereka. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan isu warga asing dalam industri sayuran di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik isu ini dalam bharian.com yang bertajuk '
Tindakan segera cegah kartel warga asing tentukan harga sayur' baru-baru ini pada Mac 2024. Di Kuala Lumpur dilaporkan kebun sayur yang diusahakan pendatang asing yang didakwa semakin meluas, sama dengan penguasaan golongan itu dalam rantaian perbekalan hasil tani berkenaan, dikhuatiri membentuk kartel sayur di Malaysia. Andai saiz kebun haram makin bertambah maka pastinya iau sekuriti dan keterjaminan makanan negara boleh terancam berikutan kebergantungan sangat tinggi kepada pengusaha dan tenaga kerja asing dalam rantaian daripada peringkat kebun, logistik, pengedaran hingga pasar borong. Dilaporkan mungkin ada kelompangan undang-undang sedia ada sebenarnya membuka ruang kepada isu itu. Isu pendatang sewa tanah orang tempatan untuk buka kebun dimana sebahagian lagi ceroboh tanah kerajaan atau persendirian. Kebanjiran petani asing ini membentuk rangkaian dan mula menembusi kitaran bekalan makanan hingga gugat kemandirian petani tempatan. Kini dengan kos operasi murah rentetan aktiviti pertanian haram serta tindakan mereka guna racun serangga murah dan berbahaya maka hasil pertanian lebih murah dapat ditawarkan kepada pasaran. Warga asing ini juga berupaya berhubung terus dengan peniaga dan ia tidak memberi kelebihan kepada petani tempatan yang terikat dengan pematuhan dan syarat ketat ditetapkan pihak berwajib. Semalam, akhbar ini dalam laporan BH di muka depan ada melaporkan dimana warga Bangladesh, Indonesia dan Rohingya menguasai industri sayur di negara ini dengan membuka anggaran 1,000 hektar kebun sayur haram di serata Semenanjung. Kegiatan itu paling banyak dikesan di Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang, terutama Cameron Highlands dengan anggaran keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar. Aktiviti penerokaan tanah secara haram disebabkan kurang kesedaran pemilik tanah tempatan untuk mengusahakan tanah mereka dengan aktiviti ekonomi berimpak tinggi, lalu menyewakannya. Jadi perkara berkaitan undang-undang tanah perlu diperketatkan kerana jika bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya terbatas dengan tawaran kompaun atau tindakan mahkamah dimana masalah sama tetap akan berulang. Penguatkuasaan undang-undang peringkat PBT atau Pejabat Tanah perlu dinilai semula kerana ia turut berkait isu ketirisan dan rasuah. Pihak berkuasa tak boleh bergantung laporan atau aduan orang ramai semata-mata, kena turun padang lebih kerap. Isu kebanjiran warga asing dalam rantaian perbekalan sayur perlu dikawal oleh agensi kerajaan berkaitan supaya sektor makanan negara dapat diperkukuh dan tidak lagi terlalu bergantung pada hasil tani yang dimport. Ini penting kerana ia bukan sahaja menjamin bekalan makanan, tetapi memastikan harga makanan mampu dibeli rakyat tempatan.


Beberapa pihak termasuk kumpulan NGO menggesa kerajaan untuk bertindak segera bagi mengelakkan warga asing terus kuasai industri sayur negara. Warga asing di Malaysia kini wujud pada semua peringkat rantaian bekalan kerana merekalah pengeluar, penggerak pengangkutan dan pengedaran, logistik sehinggalah jualan di pasar borong. Kalau tiada tindakan segera dalam masa terdekat dijangka mereka mungkin boleh membentuk kartel dan ia menyukarkan penyelesaian kepada isu sekuriti makanan dihadapi negara pada ketika ini. Kalau ketika ini harga sayur sudah meningkat 25% akibat darpada pembatalan kuota pekerja asing dan akan diburukkan lagi apabila industri dimonopoli pekebun haram yang bukan warganegara. Para pakar ekonomi dan pertanian menyatakan dan bersetuju kerajaan perlu bertindak segera memastikan pembabitan warga asing dan rantaian perbekalan sayur negara dilumpuhkan dan kebun haram dihapuskan. Juga perlu dipastikan warga asing tidak lagi sewenang-wenangnya buka kebun sayur. Seterusnya, bongkar rangkaian kartel kerana ini akan jejas pendapatan pekebun tempatan dan dalam jangka panjang boleh ancam keterjaminan makanan negara. Pendatang kuasai pelbagai rantaian perniagaan. Pendatang asing di negara ini diakui makin kukuh bertapak dalam semua rantaian perniagaan iaitu bukan setakat sektor pertanian terutama sayur-sayuran yang kian dikuasai mereka dari peringkat kebun hingga pasar borong. Warga asing yang pada mulanya bekerja dengan warga tempatan kini mereka semakin aktif dalam perniagaan lain antaranya pembinaan, elektrik dan kenderaan. Isu ini seperti sel kanser dimana jika tidak dikawal maka tidak mustahil warga asing kuasai ekonomi negara kita dan beri ancaman buat usahawan tempatan. Pengguna pula lebih cenderung dapatkan khidmat mereka kerana caj belian yang lebih murah (walau pun tidak pasti selamat untuk dimakan). Apa yang penulis blog tahu di Cameron Highlands ada banyak kebun sayur di kawasan itu disewakan kepada warga asing yang mana duu mulanya cuma bekerja dengan pekebun tempatan. Kini kebanyakan warga Bangladesh sudah pun mengambil alih tanah orang tempatan menanam sayur. Dilaporkan pada bulan disember lalu dimana pihak berkuasa menyerbu Jalan Silang di KL menjumpai sebuah kawasan menempatkan gerai dan perniagaan dikuasai warga asing terutama Bangladesh yang menawarkan pelbagai khidmat dan produk iaitu sehingga mendapat jolokan 'Little Dhaka'. Apa pun dilihat jumlah pendatang yang sebelumnya lebih ramai bekerja atau 'berniaga' dalam pelbagai jenis perkhidmatan, terutama restoran atau cuci kenderaan semakin lama berubah menjadi majikan. Perniagaan lain yang semakin ramai membabitkan warga asing terutama Bangladesh di Malaysia ialah rumah penginapan atau 'homestay' mewah terutama di bandar besar.


Media hmetro.com ada mempaparkan isu bagaimana ada '
Ladang sayur dalam hutan simpan' dengan pelbagai jenis tanaman dalam Hutan Simpan Batu Gangan sudah pun kemudian berjaya dimusnahkan dalam operasi bersepadu tanah tinggi Cameron Highlands. Pernah dilaporkan media bagaimana di Cameron Highlands yang berlaku kegiatan penanaman haram pelbagai jenis sayuran di kawasan seluas lebih 15.77 hektar di tiga hutan simpan kemudian berakhir apabila ia berjaya untuk dimusnahkan dalam operasi khas pihak berkuasa. Operasi pemusnahan bersepadu tiga hari itu digerakkan Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Zon Pahang Barat membabitkan lokasi di kawasan Hutan Simpan Batu Gangan, Hutan Simpan Sungai Wi serta Hutan Simpan Terisu B. Menurut JPNP dimana operasi itu dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands yang mengesan terdapat kebun sayur dalam kawasan hutan simpan itu. Anggota risikan yang memasuki kawasan itu menemui kebun dengan tanaman kacang buncis, terung, cili hijau dan timun. Warga asing ini dilaporkan ada menggunakan jentera membajak bagi dapat melancarkan lagi projek pertanian yang diusahakan. Apa pun kesemua tanaman sayur, stor baja dan pondok tempat tinggal pekerja dimusnahkan bagi memastikan kegiatan berkenaan tidak terus berulang, kemudian kita pulihkan kawasan terbabit dengan menanam dengan pokok jenis gerok. (Pada tahun 2024 akhbar sama laporkan ia berlaku lagi dilokasi hampir sama). Masa isu operasi bersepadu tanah tinggi Cameron Highlands kali pertama diadakan tahun ini tidak berhadapan sebarang masalah, perjalanan sejauh 20 kilometer melalui jalan curam dan lereng bukit untuk sampai ke kawasan Hutan Simpan Terisu menjadi antara cabaran yang dilalui. Walau pun ada tindakan tegas memusnahkan tanaman sayuran perlu diambil kerana ia menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh kawasan hutan simpan namun agak sukar dipastikan ia tidak berulang lagi. Masa itu kerja memusnahkan pondok tempat tinggal pekerja yang mengusahakan kebun sayur haram dilakukan pada operasi bersepadu tanah tinggi Cameron Highlands. Apa pun dilaporkan asa itu dimana operasi disertai 77 anggota adalah melibatkan Unit Penguat kuasa JPNP Zon Pahang Barat, Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dan Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP). Pihak berkuasa tidak pasti bila kawasan pertanian terbabit mula diteroka dimana penemuan kawasan ceroboh itu hasil tinjauan secara berkala oleh kakitangan PHD Cameron Highlands yang membuat rondaan setiap bulan. Apa pun disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap sayuran tanah tinggi Cameron Highlands menjadi faktor utama kegiatan menceroboh hutan simpan di sini terus berlaku walaupun tindakan penguat kuasaan dilakukan secara berterusan. Namun pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat dalang tempatan yang menggunakan warga asing sebagai buruh pertanian sepenuh masa, hasil pertanian dipasarkan oleh individu terbabit. JPNP akan terus meningkatkan pemantauan di kawasan Hutan Simpan Batu Gangan, Hutan Simpan Sungai Wi dan Hutan Simpan Terisu bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kini dengan adanya teknologi menggunakan kemudahan Forest Monitoring by Remote Sensing (FMRS) dan dron bagi memantau kawasan hutan dan bukit yang sukar untuk kakitangan penguat kuasa sampai dengan segera.


Kes ini berlanjutan dengan isu warga asing yang bertanam sayur dan berniaga di beberapa lokasi terutama di kawasan ibu negara. 
Mereka dipercayai menjana keuntungan bulanan cecah puluhan ribu ringgit, namun tidak membayar cukai. Dilihat dimana kegiatan warga asing yang masuk sebagai pekerja, terutama dalam sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) dalam perniagaan sebenarnya sudah lama bermula kini sudah pun berpuluh tahun dimana berlaku isu kerajaan didakwa tidak tegas menanganinya. DI harap agar agensi berkaitan perlu bertindak, kawal kemasukan dan pastikan syarikat bawa masuk pekerja asing hantar mereka pulang selepas tamat tempoh visa atau permit kerja. Didakwa jika Malaysia gagal menanganinya maka suatu hari nanti rakyat kita akan lebih sukar untuk 'cari makan'. apa yang lebih parah dikhuatiri yang ekonomi Malaysia nanti dikuasai atau dikawal kumpulan warga asing ini pula. Pernah dilaporkan media dimana ada 'Penjaja warga asing degil jual sayur reject' berlaku di Gombak dimana mereka mengutip sayur 'reject' dalam tong sampah dan kemudiannya jual semula pada harga yang murah. Itu adalah antara perlakuan segelintir penjaja warga asing yang berniaga di sekitar kali lima berhampiran dengan Pasar Borong Selayang. Kemudian dilihat kehadiran penjaja warga asing terbabit semakin berkurangan selepas beberapa tindakan kawalan serta penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa di kawasan itu. Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati kaki lima yang sering menjadi tumpuan warga asing terutama etnik Rohingya dilihat tidak lagi beroperasi. Aoa beberapa warga asing juga dilihat mengemas barang perniagaan selepas melihat kehadiran wartawan dan jurugambar di lokasi terbabit. Bagi seorang peniaga tempatan dikenali Saniza dakwa walaupun aktiviti perniagaan warga asing berkurangan namun masih terdapat beberapa individu yang degil. Mereka memang kurang beroperasi sejak serbuan dijalankan tetapi ada juga yang masih berniaga di kaki lima, biasanya mereka ini akan menjual sayur dengan harga yang murah. Penduduk tempatan sudah 'masak' dengan perangai mereka (Sila lihat foto paling bawah). Tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa minggu lalu menunjukkan kesan selepas kaki lima dan kawasan parkir bebas daripada perniagaan warga asing. Sebagai peniaga sudah pasti peniaga lokal terkesan sebab mereka jual harga dengan lebih murah berbanding kedai kerana kualiti.


Isu dikebun sayur berlanjutan dalam dunia peruncitan apabila dilaporkan dimana '
Warga asing jual sayur di kaki lima di Seremban' yang berkait dengan isu ini. Peniaga warga asing yang mana ia dikesan menjual makanan basah dan sayur-sayuran di kaki lima di depan dua premis di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini dikenakan tindakan sitaan oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Walau pun ada beberapa serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara pukul 8 hingga 9.15 malam semalam hasil aduan orang awam tetapi aktiviti ini masih lagi berulang. Biasanya pasukan serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan telah memeriksa dua premis berkenaan yang diuruskan oleh warga asing. Siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) milik rakyat tempatan serta kedua-dua premis ada menjalankan aktiviti menjual barangan basah (sayuran) dan di letakkan di kaki lima premis. Sebelum ini viral di media dimana ada video tular yang memaparkan beberapa warga asing berniaga sayur-sayuran di kaki lima premis di sekitar Seremban dimana ia kurang menyenang penduduk tempatan. Semuga isu warga asing dalam industri sayuran dan buah-buahan serta bahan makanan akan dapat di pantau dan isu-isu keselamatan negara terus mendapat perhatian pikah berkuasa. Keterjaminan makanan dan meselamatan makanan ada isu yag perlu terus di perdanakan di negara ini. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ia dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM SAYUR... LUAS DI MALAYSIA...
PENDATANG ASING...KINI BERLELUASA...
TANAH CEROBOH... ISUNYA SUDAH LAMA...
PERLU DITANGANI... DENGAN SEGERA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...