Support My Blog

Saturday, March 16, 2024

KAMBING GURUN DAN FAKTA DI MEDIA

KAMBING GURUN (Capriconis sumatraensis) adalah sejenis haiwan yang tergolong ruminan dari keluarga Bovidae iaitu satu keluarga dengan seladang dan lembu. Selalunyanya saiz kambing gurun ini lebih kecil daripada saiz Rusa Sambar tetapi lebih besr daripada Kijang. Kambing gurun ini dilihat mempunyai bulu berwarna hitam dengan dibahagian hujungnya berwarna kelabu. Bentuk telinganya adalah seakan telinga keldai dimana kedua-dua haiwan jantan dan betina adalah mempunyai tanduk. Penulis blog hanya beberapa kali melihat kambing gurun hidup semasa melawat zoo Melaka dahulu. Apa pun melihat rajah diatas dimana kambing gurun mempunyai badan yang gempal serta bahagian leher yang tebal. Selalunya kambing ini natif atau boleh ditemui di Sumatera Utara dan Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Myanmar, IndoChina, Selatan China dan juga India. Di Semenanjung Malaysia spesis kambing gurun dilaporkan ia terdapat diseluruh negeri walau bagaimana kajian dan penyelidiknan kambing gurun ini pernah dilakukan di Perlis dan Negeri Sembilan sajaka secara saintifik. Habitat kambing gurun adalah dia mendiami kawasan berbukit-bukit dan berbatu sama ada di tanah pamah, bukit-bukit atau kawasan gunung. Ia juga sesuai berada dikawasan hutan-hutan dan lembah-lembah berkayu dengan paras ketinggian diantara 6,000 - 10,000 dari paras laut. Dilaporkan dimana kambing gurun juga suka ldia berada di kawasan kaki gunung yang lapang dan kawasan semak yang padat. Bagaimana pun dilaporkan dimana habitat utama kambing gurun adalah dikawasan pergunungan di Kashmir di India dan Banjaran Himalaya sehingga ke Assam dan di Bahagian Timur dan Selatan China dan Burma. Dia suka mencari makanan pada waktu pagi dan lewat petang iaitu memakan daun-daun kayu seperti daun lundai serta lumut-lumut yang berada dikawasan batu-batu gua. Apa yang penulis blog lihat di youtube dan filem National Geographic dimana kambing gurun suka berjemur di tempat-tempat terbuka dan berbatu. Kini kewujudan spesis kambing gurun liar semakin sukar di temui di Malaysia dan semakin berkurangan jumlah populasinya. Ini kerana kambing gurun ada banyak ancaman daripada pemburu atau oleh pemngsa liar yang lain. Populasinya semakin berkurangan apabila berlaku penerokaan kawasan berbatu kapor yang mana ia merupakan kawasan habitat asalnya. Dalam beberapa laporan penulis blog dengar ada banyak juga spekulasi mengenai khasiat kambing gurun diantaranya mampu menyembuhkan penyakit tulang dan dijadikan ubat kuat. Apa pun kambing gurun (Capricorn sumatraensis) merupakan haiwan 'endangered' yang dilindungi dibawah IUCN dan USDI pada tahun 1972. Di Malaysia haiwan ini juga iam dilindungi di bawah Jadual 1, Akta 76 iaitu Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Oleh itumm semua usaha untuk melindungi kambing gurun di Malaysia dilakukan bagi mempastikan haiwan ini tidak hilang pada masa akan datang. Artikel pada petang Ahad ini sempena Hari Perayaan Deepavali 2023 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah dan fakta di media tempatan mengenai kambing gurun untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam portal berita hmetro.com dimana dilaporkan 'Resipi kambing gurun' dilaporkan walau pun ia adalah haiwan dilindungi untuk dikongsikan. Foto dipaparkan disebelah adalah bagaimana kepala kambing gurun yang direndam minyak. Kisah dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana jual minyak rendaman kepala kambing gurun dengan ada dakwaan boleh menyembuhkan masalah lemah tenaga batin lelaki selain mengubati pelbagai penyakit lain. Bagaimana pun aktiviti menjual minyak kambing gurun itu bagaimanapun mampu mengundang padah iaitu berikutan haiwan berkenaan adalah hidupan liar dilindungi dan diharamkan diburu. Laporan terbaru dimana pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan dua lelaki tempatan yang dikesan menjual minyak kambing gurun kepada orang ramai di Jalan Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah. Ketua Pengarahnya menyatakan dimana penahanan dilakukan oleh anggota PERHILITAN Kedah selepas mendapati dua lelaki terbabit menyimpan bahagian hidupan liar secara tidak sah pada Isnin lalu. Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dua lelaki terbabit mendapati dua bahagian hidupan liar disyaki kepala kambing gurun diletakkan dalam sebuah bekas plastik berisi minyak. Apa pun dilaporknan suspek yang disoal siasat kemudian dia gagal untuk menunjukkan sebarang permit khas dikeluarkan PERHILITAN bagi membolehkan mereka menyimpan bahagian hidupan liar itu. Penguatkuasa percaya minyak kepala kambing gurun itu dijual untuk perubatan tradisional malah ada kemungkinan ia diperoleh secara tidak sah melalui aktiviti pemburuan haram. Susulan itu kepala kambing gurun itu disita dan dua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Apa pun jika sabit kesalahan dua individu itu boleh dihukum dengan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 selain penjara tidak melebihi lima tahun. Pihak PERHILITAN mahu menasihati agar kalangan masyarakat tempatan elakkan menjalankan aktiviti pemburuan dan penyimpanan hidupan liar dengan cara yang sah dan mematuhi perundangan dikuatkuasakan. Pemburuan hidupan liar dibenarkan melalui pengeluaran lesen memburu hidupan liar oleh PERHILITAN.  


Dalam portal utusan.com dengan fakta berita 'Kambing gurun terperangkap dalam kolam diselamatkan' menarik untuk  dikongsikan kali ini. Dilaporkan dimana seekor kambing gurun betina berjaya diselamatkan pihak Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan selepas terperangkap di dalam kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu, semalam.  Seekor kambing gurun betina berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan setelah haiwan itu terperangkap di kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu. Apa pun hidupan liar dilindungi itu dipercayai dipercayai tersesat dan terperangkap dalam kolam berkenaan. Menurut jurucakap Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8 pagi semalam. Seramai 12 anggota jabatan berkenaan bergegas di lokasi kejadian dan kambing gurun terbabit dapat dinaikkan. Mereka seterusnya menggunakan tali berjaring bagi menaikkan kambing berkenaan dari dalam kolam dan tahap kesihatannya baik tetapi sedikit keletihan dimana tiada kecederaan pada haiwan yang berjaya ditangkap. Kambing gurun itu menurutnya telah berjaya masuk semula ke hutan yang berhampiran. Pihak kakitangan Jabatan Perhilitan juga akan terus melakukan pemantauan susulan di sekitar kawasan hutan tersebut bagi memastikan kambing gurun tersebut selamat. Sementara itu bagi seorang penduduk yang tinggal berdekatan dikelani dengan Abdullahros nyatakan sejak 10 tahun kebelakangan ini ada dilihat kelibat sepasang kambing gurun sering dilihat di lereng bukit berhampiran Felda Titi. Bagaimanapun dakwanya dimana sejak Disember tahun lalu dimana haiwan berkenaan dilihat berkeliaran tanpa pasangan. Dia tidak tahu kenapa tapi dia masih harap semoga tiada pemburu haram menembak kambing dan pihak Jabatan Perhilitan selalu memantau lokasi ini. Kambing gurun ini spesis makin berkurangan, bimbang jika ditembak mati maka ia akan pupus nanti.


Menarik fakta bagaimana tajuk berita 'Kemaruk Sup Kambing Gurun' dalam hmetro.com sebagai fakta dimedia dibuat rujukkan. Daging Kambing Gurun dilaporkan diantara daging hidupan liar yang ditemui sudah dilapah dan disimpan di dalam guni di sebuah premis di Pengkalan Hulu, Perak. Dilaporkan dimana daging ini ada dijual sehingga harganya mampu mencecah RM300 bagi setiap mangkuk sup daging kambing gurun. Malah dilaporkan dimana harganya mampu meningkat hingga RM600 sepinggan bbagi hidangan daging goreng beruang atau seladang. Dilaporkan ada golongan orang yang memang dia kemaruk daging hidupan liar ini dimana ada laporan yang mengatakan sanggup membelanjakan ribuan ringgit bagi setiap sekilogram daging tenggiling, harimau, beruang dan pelbagai hidupan liar lain. Walaupun menyedari risiko diberkas pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), namun golongan yang percaya mitos khasiat makanan pelik ini terus wujud. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dakwa masih ada kegiatan pemburuan haram serta membekalkan daging hidupan liar dilindungi kepada peminat makanan eksotik terbongkar selepas sepasukan tujuh pegawainya menyerbu sebuah premis perlombongan pasir di Pengkalan Hulu, Perak. Dalam serbuan jam 2.30 petang Sabtu lalu, penguat kuasa Jabatan Perhilitan Negeri Perak melakukan pemeriksaan rapi terhadap premis itu sebelum menemui satu karung guni mengandungi organ hidupan liar yang disembunyikan di kawasan belakang premis itu. Pihaknya turut menemui tiga bungkusan disyaki daging tenggiling disimpan di dalam peti sejuk di dapur rumah berkenaan. Turut dirampas dua bungkusan plastik hitam berisi bahagian badan hidupan liar yang sudah dilapah dimana kes ini tidak dapat dipastikan haiwan apakah itu. Semua daging hidupan liar itu dirampas dan tindakan dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. (Akta 716).  Lazimnya pihak PERHILITAN menjalankan operasi sama turut dilakukan di sebuah rumah kongsi berhampiran Hutan Simpan Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang sebelumnya. Dalam operasi jam 2 petang itu dilaporkan dimana kakitangan Perhilitan melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kongsi tidak bernombor berhampiran Hutan Simpan Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang. Apa pun hasil pemeriksaan dilakukan menemui sejumlah sisik tenggiling disimpan di dalam bekas plastik. Empat suspek lelaki warga Myanmar yang tinggal di rumah itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen sah dari Perhilitan bagi tujuan pemilikan dan penyimpanan bahagian hidupan liar. Kesemua suspek terbabit kemudian dibawa ke balai polis untuk tujuan laporan polis dan melengkapkan dokumen tangkapan. Mereka kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat Taman Negara Pahang Sungai Relau dan operasi sama turut juga ia dilakukan pada jam 5.30 petang apabila kakitangan Perhilitan Kelantan turut melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kongsi di Gua Musang, Kelantan. Dua lelaki warga Myanmar ditahan sebelum pegawai Perhilitan menemui sejumlah sisik Tenggiling disimpan di dalam plastik berwarna kuning. Kedua-dua mereka yang dipercayai terbabit dengan tabiat aktiviti pemburuan haram kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAMBING GURUN.... HITAM WARNANYA...
SEMAKIN PUPUS.. DILINDUNGI AKTA....
MENJADI SANTAPAN... KUAT TENAGA...
MEMBACA ARTIKEL... JARANG JUMPA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...