INDONESIA mempunyai industri tanaman bawang merah yang boleh dijadikan contoh kepada negara Malaysia. Penulis blog baru sahaja membuat tinjauan dan bersemuka dengan staff dari CV. AGROPUNDI LESTARI iaitu organisasi yang bertindak sebagai Produsen Dan Penangkar Benih Bawang Merah. Pusat ini yang terletak di Jalan Gajah Mada N0 129, Brebes, Jawa Tengah, Indonesia merupakan salah satunya yang terdapat di negara tersebut dengan fungsi membangunkan industri tanaman bawang merah. Rombongan di sambut oleh Bapak Tofik dan Ibu Yuliana Rosmalawati dimana meteka memberikan taklimat. Pada mereka komodoti Bawang Merah (Allium ascalonicum L.) atau Allium cepa adalah tanaman industri di Brebes, Jawa Tengah dimana ia adalah termasuk dalam famili Liliaceae dan kini merupakan tanaman sayuran yang penting di negara jiran Indonesia untuk di pelajari. Tanaman bawang merah adalah jenis tanaman semusim, berumur pendek dan dibiakkan iaitu secara vegetatif dengan menggunakan umbi walau pun ia juga boleh di biakkan secara generatif dengan menggunakan bijibenih (TSS=True Shallot Seed). Pada umumnya bawang merah adalah bahan asas penting di Malaysia dan di Indonesia yang di gunakan setiap hari sebagai bahan masakan. Selain itu dilaporkan dimana bawang merah juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk menurunkan suhu panas sesiapa juga. Penulis blog mendapat tahu dimana dilaporkan Malaysia biasanya mengimport sebanyak 687,000 metrik tan bawang segar dengan membabitkan nilai RM1.58 bilion pada 2022. Pada tahun sama dilaporkan iaitu kadar penggunaan per kapita bawang kecil di Malaysia adalah 1.2kg seorang setahun. Negara kini bergantung sepenuhnya kepada sumber bawang diimport dari India, Belanda (khususnya Bawang Holland), China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Dalam kes lain dilaporkan dimana Malaysia biasanya akan terus mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62%, diikuti oleh Natherlands (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Egypt (2%) dan lain-lain negara (2%). Jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 9% iaitu kenaikan dari sekitar RM 1,477.6 juta pada 2021. Baru-baru ini awal tahun 2024 dilaporkan usaha menanam bawang varieti MARDI telah di mulakan di Perak dan beberapa lokasi lain dan di harap program ini akan mencetuskan idea industri penanaman bawang merah di Malaysia dengan skala komersial dan mengurangkan kapasiti kebergantungan bawang import. Berbeza dengan negara jiran Indonesia yang menjadikan tanaman bawang merah sebagai satu tanaman pangan (tanaman makanan) yang penting dimana ada seluas lebih dari 185,000 hektar penanaman bawang merah setahun dengan jumlah pengeluarannya mencapai 2 juta mt setahun. Walau pun begitu negara tersebut masih mengimport bawang merah dan bawang jenis lain untuk rakyatnya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis secara mengenai Pusat Latihan dan Pengeluaran Benih Bawang Merah di Brebes, Jawa Tengah, Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Kerujuk kepada keterangan daripada CV. Argopundi Lestari ini dimana organisasi ini dimana ia merupakan perusahaan yang bergerak dalam bidang pertanian dengan bidangusaha pengeluaran dan penangkaran (captivity) benih (bibit) bawang merah yang bercertificate dimana ia juga terlibat didalam bidang melatih bakal-bekal penanam bawang yang baru ini menceburi industri ini. Selain itu ada banyak produk pertanian yang disediakan disini untuk kegunaan para penanam bawang brebes dan disekitarnya. Perusahaan ini juga terlibat didalam memberikan khidmat nasehat teknikal kepada semua penanam bawnag merah sedia ada dan penanam bawang erah yang baru memulakannya. Syarikat yang ditubuhkan smeenjak 2014 ini di anggotai oleh pakar tanaman bawang dimana kakitangannya sudah berkecimpong dalam tanaman bawang merah semanjak 1978 lagi. Selain di Brebes ia mempunyai banyak cawangan lain di seluruh Pulau Jawa dan propinsi lain. Di jelaskan dimana perusahaan ini mempunyai kelulusan sijil untuk beroperasi sebagai Pengeluar Benih Bawang Hortikultura dikleuarknan oleh pihak berkuasa dengan bernombor 4.1.240/Pd/CV/JT/8.2015 dimana ia membolehkan bekalan benih bawang merah di sediakan mengikut prosedur khas. Perusahaan ini juga mempunyai sijil kelulusan sebagai Pengedar Benih Bawang Merah Hortikultura yang diterima pada tahun 2017. Perusahaan ini juga mempunyai Tanda Daftar Produsen Benih Hortikultura dan banyak persijilan lain dalam industri tanaman makanan.
Diberitahu dimana perusahaanini telah pun mengeluarkan benih bawang merah lebih dari 10 tahun lalu dengan kapasiti sebanyak 300 metrik tan setahun. Terdapat sebanyak 10 varieti benih bawang yang di keluarkan disini akan tetapu lebih 80% daripadanya adalah verieti 'Bima Brebes' yang mana ia merupakan varieti premium dan disukai oleh petani untuk menanamnya dan di terima dikalangan pengguna. Perusahaan ini mengeluarkan jenis Kelas Benih Pokok atau BP (Label Ungu) dan juga Kelas Benih (Label Biru). Dalam penerangan dimana anggaran harga benih Bia Brebes adalah sekitar Rp36 ribu - Rp38 ribu sekilogram dimana ia tidak termasuk dengan kos untuk penghantaran (jik ajarak agak jauh). Lazimnya tanaman bawang yang hendak dijadikan benih akan dipantau sejak mula menanam dengan benih yang bersertifikat dan kemudian amalan agronominya juga mengikut pakej amalan teknologi yang disediakan dan mesti dipatuhi. Setelah penuaian mana umbi bawang merah yang hendak dijadikan benih akan di ikat dan di gantung selama 2 bulan didalam bilik perawatan dimana suhu dan kelembapannya di kawal rapi. Ia digantung selama 2 bulan sebelum sedia untuk dimasukkan kedalam karung guni dan di jual kepada petani. Lazimnya benih dari perusahaan ini akan sah tempoh laku selama 3 bulan dimana jika terlewat dari tempoh tersebut makan kadar percambahan akan menurun di kebun semasa di tanam. Apa dalam memproses benih bawang merah mereka akan mendapat pengawasan dan pemantauan dari pihak Balai Pengawasan dan Sertifikasi Benih Tanaman Pangan dan Hortikultura (BPSP Propinsi Jawa) yang seakan sama dengan fungsi Jabatan Pertanian Nalaysia melalui Skim SPBT (Skil Pengesahan BAhan Tanaman). Akhirnya perusahaan CA. Argopundi Lestari ini akan menyediakan benih bawang merah berkualiti baik dari pelbagai varieti unggul (Kelas Benih BP, Kelas Benih BR dan Jabal). Ia juga menyediakan benih seedling (bijibenih) bawang merah dan benih biji bawang merah.
Dalam pad aitu dinyatakan dimana CV. Argopundi Lestari juga menyediakan program latihan dalam bidang tanaman bawang merah dinamakan sebagai 'Agruculture Training Camp atau ATC'. Terdapat 5 jenis pakej latihan yang disediakan disini dimana peserta adalah mereka uyang ingin menanam bawang merah, mendalami cara pembiakan benih dan sebagainya. Latihan dilkukan secara teori dan amali dimana peserta perlu cari rumah penginapan. Di jelaskan enam program tersebut adalah (1) Teknologi Produksi Bawang Merah, (2)Panen dan Pasca Panen Bawang Merah, (3) Budidaya bawang merah dari biji atau TSS (True Seed of Shallot'), (4) Pembenihan Bawang Merah atau Sertifikasi Bibit Bawang Merah' dan juga (5) Sistem Logistik dan Pemasaran Bawang Merah. Bagi Kusus Asas (libatkan para 1 & 2) kos latihan sekitar Rp650,000 (RM195.80) dan bagi kursus lanjutan pula (para 1,2 & 3) kos latihan adalah sekitar Rp750,000 (RM225.90). Bagi pakej latihan penangkaran dan produsen bibit bawang merah (Para 1,2,3 & 4) dikana harga di letakkan sebanyak Rp 1 juta (RM301.10) setiap peserta. Apa pun bagi kursus lengkap dimana ia libatkan semua subjek iaitu para 1 - 5 dimana kos latihan adalah sebanyak Rp 1,259,000 (RM376.40) seorang dimana minima bilangan perserta adalah 10 orang. Selain dari kemudahan latihan di kelas dimana perserta akan diberikan kit latihan, t-shirt dan topi, lawatan kebun, tenaga pengajar, dokumen latihan, sijil dan juga makanan serta coffee break. Ditanya sama ada perusahaan ini sudi menerima peserta kursus dari Malaysia katanya memang mereka amalkan konsep pintu terbuka jika berminat dengan ilmu penanaman bawang merah. Dakwa mereka kumpulan dari Sabah sudah datang berkunjubg dangan kumpulan dari Johor yang akan menghantar peserta kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PERGI KE BREBES... BERSAMA RAKAN...
CV ARGOPUNDI LESTARI...SUDAH RAIKAN..MENGHASIL BENIH BAWANG...JUALAN...
SISI LAIN ... ADA MEMBUAT LATIHAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
CV Argopundi Lestari,
Jalan Gajah Mada N0 129,
Brebes Jawa Tengah,
Indonesia.
(30 Syaaban 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.