Support My Blog

Friday, March 8, 2024

OBOR-OBOR - BAHAYA SENGATAN

 

OBOR-OBOR (Jellyfish) merupakan sejenis hidupan di laut yang selalu dijumpai pada musim tertentu dengan banyak. Obor-obor atau ampai-ampai ada;ah sejenis haiwan daripada filem Cnidaria yang termasuk dalam kelas Skifoza. Dilaporkan dimana hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka dimana ia mempunyai ciri-ciri tisu khas. Menyentuh keunukan haiwan ini dimana anatomi atau bentuk obor-obor dewasa adalah  terdiri daripada 95-99% air. Ada banyak jenis dan spesies obor-obor yang terdapat di seluruh lautan didunia dimana dilaporkan ada juga beberapa spesis obor-obor yang tinggal dalam air tawar. Kebanyakan obor-obor ini adalah terapung bebas yang mana selalunya ia makan ikan dan zooplankton kecil yang masuk atau terperangkap dalam sesungut mereka. Haiwan obor-obor ini mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap yang bermakna ia bukan yang sama haiwan lain yang gunakan untuk memasukkan makanan dan kemudian ia mengeluarkan najis. Apa pun haiwan ini merupakan Coelenterates yang bererti "perut lopong" (hollow gut) dan dilihat terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil 'mesoglea' yang memisahkan epidermis dari gastrodermis. Dalam air dimana obor-obor akan berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Sejenis alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya dilihat ia membolehkan obor-obor atau ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada haiwan ini selalu ia digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan racun kebanyakan spesis obor-obor. Uniknya walau beracun dimana antara kegunaan obor-obor adalah sebagai sumber makanan dimana terdapat banyak spesies ubur-ubur yang selamat dimakan manusia seperti spesis Stomolophus meleagris, Catostylus mosaicus, Rhopilema esculentum dan Rhopilema hispidum. Dilaporkan dimana kedua-dua spesies Rhopilema disebut ini yang paling banyak dituai dan dimakan di negara-negara seperti di China, Jepun dan juga Korea.  Penangkapan ubur-ubur ini semakin ianya komersial yang disebabkan potensinya sebagai suatu sumber makanan laut yang leestari. Terbaru di Bulletin Utama TV3 pada Mac 2024 di kelurkn kenyataan mengenai AMARAN oleh pihak berkuasa tempatan di Kelantan dan Terengganu agar waspada dengan banyak 'Obor-obor Api' yang terdampar dipantai pada musim panas. Jika tersentuk kulit manusia makan akan ada kesan serius terhadap kulit yang kesannya membolehkan mangsa perlu di rawat di hospital. Artikel pada tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah dia obor-obor sekadar dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pernah baru-baru ini di laporkan di media utama dimana beberapa kes terkena obor-obor memyebabkan kesakitan kepada mangsa. Bahagian tubuh yang terkena akan membengkak dan amat menyakitkan jika tidak dirawat dengan cepat (Sila lihat foto disebelah). Para saintis sentiasa membuat kajian sama ada adakah kesemua obor-obor laut merbahaya dan berupaya mengakibatkan kematian apabila menyengat mangsa?. Hajil kajian menyatakan dimana tidak semua obor-obor laut mempunyai sengatan berbisa dimans sekiranya sengatan berlaku msks didakwa tidak kesemuanya mengakibatkan kematian. Perna ada spesis obor-obor seperti yang terdapat di perairan Sarawak yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih yang dijadikan sebagai makanan unik di sana. Jenis obor-obor laut yang diketahui berbisa terbahagi kepada lima jenis iaitu spesis Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrigatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia spp. Chironex fleckeri biasanya didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan. Bagi semua obor-obor dilaporkan sengatan bisa akan dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi berbisa yang dipanggil 'nematosit'. Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsanya akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuh mangsa seketika pada tempat sengatan. Apa pun dilaporkan dimana spesis Chironex fleckeri telah pun ia dikenalpasti sebagai paling berbisa iaitu ia berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit sahaja manakala sengatan spesis Physalia spp pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas dalam air. Dalam pada itu di laporkan dimana kebanyakan kes sengatan obor-obor yang perlu di siasat adalah mengenalpasti spesis obor-obor yang berbisa dimana proses ini selalunya ia adalah sukar dilakukan memandangkan bentuk dan saiznya yang berbeza. Ada cara bagaimanakah sengatan obor-obor boleh dielakkan ketiaka berada dilaut atau di pantai. Dilaporkan dimana sengatan obor-obor seringkali berlaku dalam keadaan dimana selalu sengatan yang paling kerap berlaku adalah semasa obor-obor 'terapung di permukaan air' dimana ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air. Selalunya serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora atau berombak di pantai berlaku seperti semasa berlalu ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya untuk membebaskan bisa apabila serpihan sesungut dimana ia bersentuhan dengan kulit manusia. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak. Sengatan obor-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. Misalnya apabila bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun di Malaysia. Penulis blog nasihatkan agar berhati-hatilah jika terpaksa ke laut semasa keadaan seperti di atas.


Pembaca blog ini adalah diingatkan akan bagaimanakah langkah-langkah bantuan kecemasan yang boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor jika berlaku. Dalam isu ini sekiranya sengatan telah berlaku di lokasi sebaiknya langkah-langkah bantuan kecemasan pada tempat kejadian cepat dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian mangsa sengatan jika terkena sengatan obor-obor paling berbahaya. Dilaporkan dimana ada banyak kes-kes yang telah dilaporkan ianya berguna dan berjaya peringkat awal dalam merawat sengatan obor-obor laut. Di antaranya termasuklah dengan cara menggunakan bahan Sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk membuat kek), Asid Borik, Cecair Alkohol, Larutan cucian amonia dan juga Jus limau nipis. Asasnya kerana kesemua bahan-bahan ini dapat bertindak balas sengatan ini dengan cara menukarkan tahap keasidan (pH) yang ada di bahagian tubuh yang tersengat dan selalunya ia juga mampu meredakan rasa kesakitan. Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah perlu dilakukan iaitu pertama dengan membasuh kawasan sengatan dengan air laut. Kedua dimana jika sesungut obor-obor terdapat masil melekat di atas kulit maka sebaiknya dengan menggunakan perkakas yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut dan pastikan jangan kena pula di sentuh oleh orang yang cuba membantunya. Ketiga dimana kawasan sengatan tersebut kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50%) selama 30 minit. Selepas itu keempat adalah dimana dituangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit. Sebaiknya perlu ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan seterusnya boleh sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti krim Betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu adalah di syorkan untuk menggunakan ais untuk menghilangkan rasa sakit. Paling penting adalah secepatnya membawa mangsa berjumpa doktor dengan segera. Jika dapat rawatan di klinik swasta atau hospital maka risiko kematian atau kecederaan lanjut dapat dikurangkan.


Menarik laporan dari portal bharian.com bertajuk 'Rawatan Awal Jika Disengat Obor-Obor' untuk ianya dikongsikan. Dilaporkan dimana obor-obor atau jellyfish merupakan sejenis haiwan yang cantik tetapi memiliki organ yang amat berbisa. Obor-obor berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan obor-obor terus terapung atau tenggelam. Sementara sesungut yang terdapat pada obor-obor digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan obor-obor ini. Kadangkala bisanya boleh membawa maut kepada yang tersentuh badan haiwan ini. Untuk keselamatan kepada mangsa yang terkena bisa obor-obor ini secepatnya perlulah dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimana pun rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak kecederaan atau kematian. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak (Sila lihat foto paling bawah). Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. Diantara tip rawatan dan juga diantara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit. Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut iaitu pertama membasuh kawasan sengatan dengan air laut. Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut. Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit. Selepas itu boleh di tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.  Perlu di ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA OBOR-OBOR... IA BERBISA....
BANYAK JENIS.... AWASI IA SENTIASA...
DI SENGAT DI PANTAI... RAWAT SEGERA...
BACA ARTIKEL...DAPAT TIP BERGUNA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tama Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...