Media laporkan dimana kebanyakan kawasan diusahakan pendatang asing ini terletak di kawasan pedalaman terutama dalam ladang sawit dan hutan yang diceroboh. Kebun mereka sukar diakses orang awam kerana jauh termasuk pemantauan oleh pihak kakitangan Jabatan Pertanian. Ia juga berlaku secara menceroboh tanah kerajaan yang ada bekalan air serta akses infrastruktur yang minimum. Warga asing ini bukan sahaja menceroboh tanah kerajaan, malah mampu menyewa tanah milik pelbagai pihak termasuk individu tertentu untuk menanam sayur secara haram. Di peringkat nasional pernah di bincangkan isu iaitu bekalan dan kenaikan harga sayur dijangka terjejas susulan krisis tenaga kerja dan harganya dijangka meningkat sehingga 25% terutama bekalan sayuran segar. Apa pun dilaporkan jika isu kebun sayur haram tidak ditangani dengan serius maka dibimbangi ia akan meletakkan sektor pertanian negara dalam risiko keterjaminan makanan dan boleh menjejaskan bagi kalangan pekebun tempatan sedia ada yang berdaftar. Ia juga akan memperjudikan kesihatan dan keselamatan sumber makanan kerana penggunaan racun kimia yang tidak dikawal dan pencemaran alam sekitar serta keselamatan makanan itu sendiri. Media ada laporkan sebagai contoh di Hulu Selangor dimana bagi penduduk Bukit Beruntung ada sebuah tasik dikelilingi semak-samun yang kelihatan tidak diselenggara berdekatan laluan keluar plaza tol Lebuhraya Utara Selatan dimana tiada sebarang tarikan kecuali kepada pemancing. Namun disebalik semak-samun itu sebenarnya melindungi kawasan pertanian komersial dengan anggaran keluasan 60 hektar (150 ekar) yang diusahakan kira-kira 80 warga asing secara haram daripada pandangan umum. Hasil tinjaunan wartawan Berita Harian (BH) dimana kawasan terbabit sebelum mendapati tanah berbukit dan lembah sudah diteroka pendatang asing dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran (Sila lihat foto disebelah). Kawasan paya yang terletak di tepi jalan utama itu, antara sumber air utama kawasan pertanian di situ, apabila disedut menggunakan enjin pengepam berkuasa tinggi. Tinjauan mendapati dimana ada lima buah pam air yang berkuasa tinggi dipasang pada tebing sungai sekitar kawasan berkenaan serta penggunaan traktor untuk kerja pembajakan tanah di situ. Kumpulan pekerja kebun sayur terdiri daripada warga Bangladesh yang mana mereka mendiami rumah kongsi yang dibina secara berselerak sekitar tanah diteroka secara haram itu sejak 10 tahun lalu. Selalunya rumah kongsi berkenaan dibina berdekatan lorong tikus menuju ke kawasan perumahan berdekatan dipercayai untuk tujuan memudahkan pendatang tanpa izin meloloskan diri setiap kali ada aktiviti pemeriksaan pihak berkuasa. Mereka dipercayai mengambil kesempatan meneroka tanah di situ berikutan kawasan berkenaan belum dibangunkan kerajaan dan pemiliknya kerana sebahagian tanah terbabit terletak di bawah laluan pencawang kabel elektrik berkuasa tinggi.
Dilaporkan dimana kumpulan warga asing itu dipercayai bekerja di bawah kawalan sekurang-kurangnya lima lelaki Bangladesh yang bertindak sebagai 'majikan' selepas kawasan diterokai itu dibahagikan kepada plot-plot tertentu. Apa pun mereka dipercayai berani bertindak demikian kerana aktiviti ini tinjauan BH ia dinaungi seorang lelaki tempatan bergelar Datuk yang mendakwa aktif dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kepenggunaan di negara ini. Dillihat dimana diantara beberapa jenis sayur-sayuran utama yang ditanam di kawasan itu ialah bayam merah, sawi, pasli, terung, bendi, peria, timun dan labu yang dihantar sepenuhnya ke Pasar Borong Selayang setiap kali tuaian. Menurut Setiausaha Pertubuhan Sahabat Hulu Selangor Ramlee Mohd Nasir yang mendakwa pihaknya menyedari kes pencerobohan warga Bangladesh terhadap tanah persendirian dan kerajaan itu selepas seorang ahli pertubuhan itu diberi peluang menyewa tanah seluas 596,369 meter persegi atau 58.8 hektar (147 ekar) milik syarikat swasta di situ sejak Julai lalu. Apa pun siasatan BH mendapati dimana susulan kelulusan sewaan itu maka ahli berkenaan mengajak pertubuhan terbabit untuk bersama-sama membangunkan kawasan berkenaan bersama ahli pertubuhan mereka itu yang terdiri daripada penduduk dan peniaga kecil tempatan di sekitar bandar ini. Tinjauan dilakukan mendapati persatuan terkejut apabila mendapati sebahagian besar atau kira-kira 40 hektar (100 ekar) daripada tanah yang disewa itu sudah diceroboh warga Bangladesh yang menjalankan projek pertanian di sini. Kemudian apabila diberi notis pengosongan kawasan dan membuat laporan polis mengenai pencerobohan ini ada seorang lelaki tempatan yang bergelar Datuk tampil membela warga Bangladesh yang menceroboh ini. Dilaporkan selain kawasan tanah yang persatuan sewa ini ada warga asing ini turut menceroboh tanah kerajaan dan rizab yang terletak bersebelahan termasuk sekitar kawasan di bawah laluan kabel hantaran elektrik. Apa pun hasil semakan BH berdasarkan pelan pembangunan Bukit Beruntung mendapati dimana kawasan diceroboh itu sudah membabitkan tanah milik Pentadbir Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI), syarikat swasta, rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rizab masjid serta rizab sekolah. Selain polis dimana pihaknya juga sudah membuat laporan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Imigresen mengenai kehadiran warga asing Bangladesh di situ, namun setakat ini tiada tindakan diambil. Apa pun dilaporkan kegagalan pihak berkuasa bertindak dan seolah-olah membiarkan warga Bangladesh terus mendiami kawasan itu, membuatkan tuntutan pertubuhan terbabit supaya mereka mengosongkan kawasan berkenaan langsung sudah tidak diendahkan.
Lebih buruk lagi apabila seorang lelaki tempatan yang menjadi penaung kepada warga asing itu telah turut mencabar supaya persatuan membawa kes ini ke mahkamah dengan alasan mereka sudah lama bertapak di situ, sedangkan sudah terbukti mereka menceroboh tanah milik persendirian dan kerajaan di kawasan pertanian ini. Persatuan dilaporkan akan menuntut ketegasan kerajaan dalam hal ini kerana selama ini pihak berkuasa tempatan termasuk pejabat tanah dengan tegas bertindak terhadap mana-mana penduduk atau peniaga tempatan tanpa lesen, mereka sewajarnya tegas terhadap pencerobohan tanah oleh warga asing ini. Apa pun persatuan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat pencerobohan ini sama ada wujud sebarang penyalahgunaan kuasa atau rasuah membabitkan pihak tertentu hingga warga asing bertindak ‘besar kepala’. Sebenarnya persatuan sama ada bercadang mengusahakan tanah yang disewa itu bersama kalangan ahli pertubuhan yang terdiri daripada penduduk tempatan seramai hampir 200 orang dengan sebahagiannya terdiri daripada golongan asnaf. Tinjauan BH berjumpa seorang pekerja warga Bangladesh berusia 34 tahun yang mendakwa sudah bekerja di kebun sayur itu sejak lapan tahun lalu. Dia mendakwa ada dibayar gaji sebanyak RM1,200 sebulan dan tinggal di rumah kongsi yang dibina dalam kawasan kebun sayur terbabit. Dia bersama 10 rakan dari Bangladesh bekerja dengan seorang tauke yang juga berasal dari Bangladesh juga. Di kebun inilah dimana mereka tanam peria, sawi dan bayam dan mengakui hanya sesekali keluar ke pekan Bukit Beruntung atau Bukit Sentosa berdekatan untuk membeli kelengkapan. Temubual BH dengan seorang lelaki Bangladesh lain ada mengakui yang dia bekerja dengan seorang lelaki Bangladesh yang mengusahakan kawasan kebun seluas kira-kira lapan hektar (20 ekar) dengan bantuan enam pekerja senegara di situ. Dia nyatakan tugasnya hanya memandu lori ini untuk menghantar muatan berisi 30 - 35 bakul sayur ke Pasar Borong Selayang setiap hari. Kerja mengangkat atau menurunkan bakul berisi sayur dari lori ini dilakukan oleh pekerja Bangladesh lain. Dia kata yang semua kebun sayur di sini memang dikuasai warga Bangladesh dimana dia nyatakan dia pun hairan macam mana mereka boleh berkebun di sini tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Dia mendakwa dibayar gaji RM75 sehari bagi tugas itu.
Perbincangan mengenai isu ceroboh tanah perlu diatasi dengan serius oleh pihak berkuasa. Apa pun ketika negara belum mampu menangani sepenuhnya isu warga asing terbabit dalam sektor perniagaan kini ada menyusul lagi isu membimbangkan mengenai rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia yang didakwa mula dikuasai pendatang. Kalau sebelum ini warga asing hanya digajikan di kebun sayur, dari semasa ke semasa mereka berubah pula sudah menjadi sebagai pengusaha dan kemudian membina rangkaian dari peringkat kebun sehingga kepada pengedaran dan aktiviti jualan di lot niaga pasar borong tertentu di Semenanjung. Apa pun pendatang asing didedah mengusahakan kebun secara haram bukannya perkara baharu kerana pernah mendapat liputan media tempatan. Pernah dilaporkan dulu iaitu pada September 2019 dimana media melaporkan sekumpulan warga asing menceroboh tanah kerajaan dan juga tanah persendirian di Bukit Beruntung sebelum 26 pekebun, termasuk 23 dari Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen. Kemudian media laporkan pada Jun 2023 terdapat pula sekumpulan warga asing dikesan menjadikan tanah kira-kira 1. 4 hektar di Pulau Meranti, Puchong, di Selangor sebagai petempatan haram dilengkapi surau dan kemudahan, selain menanam pelbagai sayuran kontan untuk dijual kepada pemborong. Media juga laporkan ada warga Indonesia dan Bangladesh di kawasan terbabit menjadikan lokasi di bawah grid pencawang elektrik itu sebagai kebun sayur dengan menyewa tanah daripada penduduk tempatan pada kadar RM600 sebulan. Dilaporkan kemudian kes demi kes dimedia membabitkan pendatang asing menceroboh tanah secara haram atau menyewa tanah milik rakyat tempatan untuk berkebun secara komersial, namun isu ini seakan-akan tidak berkesudahan. Apa pun andai tidak ditangani dengan serius dan andai warga asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor pertanian dibenar menyewa tanah tanpa sekatan, dikhuatiri sektor sumber bekalan makanan rakyat Malaysia akan dikuasai warga asing sepenuhnya. Ia tidak mustahil kerana makin ramai peniaga dan pekerja di kebanyakan pasar borong di negara kita juga terdiri warga asing dari Bangladesh serta etnik Rohingya, malah mereka juga dipercayai turut mendapat bekalan daripada pekebun sayur warga asing.
Dilaporkan oleh beberapa media dimana dominasi warga asing di sesetengah pasar borong lokal ada menyaksikan mereka berkuasa sepenuhnya dalam mengawal serta menentukan harga sayur yang ingin dijual dimana ini sekali gus menindas pekebun dan peruncit tempatan. Ada dalam kalangan pendatang asing yang mengusahakan kebun sayur secara haram, memang mempunyai permit untuk bekerja di Malaysia, tetapi mereka sebenarnya lari daripada majikan. Ada juga yang memang berada di Malaysia secara haram, terang-terangan adalah pendatang asing tanpa izin (PATI). Bagi Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia Lim Ser Kwee mendakwa ada yang lari daripada majikan asal seperti termaktub dalam permit kerja mungkin antara faktor sektor pertanian sayuran negara kini kekurangan tenaga buruh yang kritikal. Warga asing kini tidak mahu lagi bekerja makan gaji dan sebaliknya merekjka hendak jadi bos besar serta mendapat untung berkali ganda dimana ini adalah membahayakan kesihatan pengguna kerana kebun haram tidak dapat dipantau. Berbeza dengan amalan agronomi tanaman pertanian khususnya sayur diusahakan pengusaha berdaftar yang dipantau Jabatan Pertanian secara berkala bagi memastikan pengusaha patuh had penggunaan bahan kimia, termasuk baja dan racun perosak. Ini bertujuan agar hasil sayur yang dikeluarkan tidak memudaratkan kesihatan pengguna. Sebaiknya semua sayuran yang ditanam, dikeluar dan dipasarkan pendatang asing tidak dipantau mahupun mematuhi Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) untuk jaminan kualiti. Kemungkinan besar produk sayuran dari kebun diusahakan pendatang asing hanya dapat dipasarkan di negara ini kerana untuk masuk pasaran luar negara terutama ke Singapura produk ini perlu patuh syarat ketat termasuk ada pensijilan MyGAP yang sah. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ia dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PENDATANG ASING...KINI BERLELUASA...
TANAH CEROBOH... ISUNYA SUDAH LAMA...
PERLU DITANGANI... DENGAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.