Support My Blog

Sunday, March 3, 2024

STRATEGI INDUSTRI BULUH MALAYSIA (Part 5)

BULUH (Bamboo) atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam bllog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana strategi industri buluh tempatan dapat di lakukan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam industri buluh antara perkara penting perlu di pastikan adalah cara bagaimana untuk melaksanakan evolusi kepelbagaian produk dari buluh. Industri buluh sebenarnya mampu menghasilkan pelbagai jenis produk yang bermutu tinggi dengan pemilihan spesies buluh yang berpotensi untuk dikomersialkan dan menggunakan teknologi serta inovasi keluaran yang bernilai. Evolusi dalam pembangunan kepelbagaian produk ini bukan sahaja menjana pendapatan penduduk luar bandar tetapi mampu menyumbang kepada ekonomi negara seperti mana negara-negara luar. Sebagai contoh dimana dalam industri pengeluaran kraftangan buluh perlu dipelbagaikan produk yang bermutu dengan merangka strategik pemasaran yang mampu bersaing sama ada dalam domestik mahupun antarabangsa. Antara kraftangan yang banyak dihasilkan di Malaysia adalah anyaman seperti bakul, tudung saji, tikar dan sebagainya. Jika melihat kepada pengusaha tempatan industri buluh, majoritinya banyak menghasilkan produk anyaman buluh berbanding dengan produk-produk yang bernilai tinggi untuk dikomersialkan. Perkara ini sudah tentu memerlukan perubahan dalam mengembangkan industri buluh ke peringkat perdagangan antarabangsa pada masa akan datang. Selain melakukan inovasi pada kraftangan buluh, pengusaha tempatan juga perlu meningkatkan produktiviti buluh dalam industri pembinaan mahupun pembuatan yang mendapat tempat dalam dan luar negara. Sebagai contoh, China telah mengeluarkan produk berasaskan buluh dalam industri pakaian, kertas, pembinaan rumah seperti lantai, tiang, pintu, dinding dan sebagainya, perabot rumah dan peralatan farmasi (Atanda, 2015). Dalam pada itu, penggunaan buluh juga terus dikembangkan dengan menghasilkan papan tikar buluh di China, Vietnam, Thailand dan India. 


Di Malaysia dilaporkan masih ada segelintir pengusaha tempatan yang membangunkan perabot buluh secara kecil-kecilan atau bertaraf komersil. Sebagai contoh dimana dilaporkan usahawan seperti Impian Bumi Casa Sdn Bhd dan Istana Bambu Enterprise secara domestik. Usaha ini perlu ditingkatkan lagi secara sistematik agar bukan sahaja perabot malah papan buluh juga mampu dihasilkan sendiri oleh negara Malaysia. Sehubungan itu disarankan agar pembangunan berasaskan produk buluh yang bermutu bukan hanya tertumpu kepada kraftangan semata-mata tetapi dalam sektor pembuatan dan pembinaan juga perlu ditingkatkan. Pada masa yang sama, dalam penghasilan produk hiliran buluh yang bermutu tinggi, penggunaan teknologi yang canggih juga amat diperlukan lebihlebih lagi zaman abad ke-21 ini. Selain menggunakan tenaga mahir dimana teknologi yang canggih juga amat diperlukan dalam menghasilkan produk buluh yang berkualiti tinggi dan menarik. Dalam pada itu lazimnya aktiviti pengkomersialan produk buluh yang boleh dihasilkan juga perlu ditingkatkan agar mendapat sambutan dalam dan luar negara. Oleh itu peranan agensi kerajaan yang berkaitan terutama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) perlu meningkatkan aktiviti mempromosikan segala kepelbagaian produk buluh yang dihasilkan sama ada ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Strategi ini dilihat begitu penting dalam memastikan produk industri buluh akan mendapat tempat di pesada dunia. Walaupun negara kita masih belum mampu menghasilkan produk buluh dalam pembinaan, papan laminasi, tekstil dan sebagainya secara meluas. Setidak-tidaknya industri ini mempunyai hala tuju dan pelan strategik yang ingin dicapai pada masa akan datang.


Pada penulis blog dilihat industri buluh merupakan tumbuhan yang mudah untuk membiak dan berpotensi untuk ianya dapat dibangunkan secara besar-besaran sekiranya dilaksanakan secara berstrategik. Di Malaysia terdapat begitu banyak spesies buluh dengan kegunaan yang pelbagai. Antara spesies buluh yang tinggi nilainya seperti buluh duri, buluh semantan, buluh lemang dan sebagainya. Kebanyakan buluh ini diperolehi di dalam hutan asli dan produk yang dihasilkan pula majoritinya kraftangan jenis anyaman. Buluh di Malaysia dilihat masih kurang mendapat perhatian seperti industri sawit dan getah sedangkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi. Secara tradisi, buluh kebanyakan dijadikan lemang dan dimakan rebungnya sejak dahulu lagi. Apatah lagi ada kalangan pengusaha buluh juga kurang menghasilkan inovasi dalam pengeluaran produk buluh yang nilai tambah tinggi. Khazanah bernilai ini masih lagi belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam negara kita. Jika nilai eksport industri buluh juga berlaku penurunan berikutan pandemik Covid-19 sebenarnya masih banyak lagi cabaran dan faktor-faktor yang akan menghalang industri ini dikembangkan. Industri buluh ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara tetapi juga mampu menjana pendapatan masyarakat luar bandar. Sehubungan itu, industri ini perlu dipulihkan segera dan dilakukan evolusi yang hebat seperti negara-negara luar yang mampu menghasilkan kepelbagaian produk nilai tambah untuk pasaran dunia. Usaha kerajaan dalam penambahbaikan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2025 adalah satu tindakan yang positif dan memerlukan sokongan semua pihak. Pada masa yang sama, strategi memperkasakan industri buluh banyak ditekankan dalam pelan tersebut. Antara pelan strategik yang dihuraikan adalah tanaman buluh yang perlu diperluaskan, kerjasama R&D&C buluh yang perlu diperkasakan lagi dan evolusi kepelbagaian produk nilai tambah buluh yang dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan industri buluh negara kita dapat bersaing dengan negara-negara luar. 
Artikel ini ditulis dalam 5 (lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BULUH... SIAPA MENJAGANYA...
BULUH DITANAM...100 TAHUN UMURNYA...
ADA BANTUAN... BERAPA YANG POHONNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...