Kini ramai yang sudah tahu apakah dia istilah STRUKTUR PELINDUNG HUJAN atau SPH dalam dunia pertanian sektor tanaman. Apa pun bagi penulis blog yang sudah lebih 45 tahun dalam sektor pertanian memahami dimana Struktur Pelindung Hujan (SPH) struktur berbumbung yang melindungi tumbuhan yang ditanam didalamnya daripada terkena hujan yang lebat dan sinaran matahari matahari terik di waktu siang. Lazimnya pada bahagian bumbung SPH akan menggunakan bumbung terdiri bahan plastik yang mempunyai lapisan dari perlindungan UV. Terdapat banyak jenis plastik ini daripada jenis basic yang murah serta selalu cepat koyak sehingga jenis canggih yang mahal dan tahan lama. Apa yang penulis blog tahu dimana kerangka SPH menggunakan batang atau tiang yang diperbuat daripada batang paip, besi, kayu atau pun bahan ain yang kukuh. Terdapat banyak rekabentuk SPH dari yang konvensional sehingga rekagentuk moden yang komplikated. Saiz SPH juga berbeza-beza mengikut keperluan dan juga jenis tanaman hendak di usahakan. Terdapat SPH yang di pasang dengan jaring sebagai dinding dengan ukuran ubang sekecil 32 mesh (paling meluas digunakan) untuk menghalang serangga menganggu tanaman didalam SPH. Apa yang penulis blog faham dimana bumbung plastik yang menghalang UV light bagi mempastikan tanaman tidak cepat layu. Bumbung akan menghalang hujan lebat dimana ia bertujuan mengurangkan serangan penyakit disebabkan air hujan dan kelembapan seperti jenis kulat. Bumbung plastik yang menghalang curahan hujan juga melindungi baja dan semburan racun kimia daripada membazir apabila terkena hujan selepas di aplikasikan. Walau pun kelihatan canggih akan tetapi SPH mempunyai cabaran dan kelemahan tersendiri. Kos pembinaan SPH adalah tinggi dimana ini akan menyebabkan ROI (return to investment menjdi lambat). Dalam pada itu kos penyelenggaraan SPH juga tinggi terutama bahagian plastik pada bimbung yang mudah roak atau koyak disebaban banyak faktor. Dalam kes proses pendebungaan ada isu tersendiri apabila agen pedebungaan seperti serangga, angin dan sebagainya tidak boleh berfungsi didalam SPH. Ia akan menyebabkan penghasilan rendah jika tidak dibantu dengan memasukkan lebah atau kelulut atau menggunakan 'wind blower' untuk proses pendebungaan. Apa pun sebaiknya jenis tanaman yang bernilai tinggi dan berikan pulangan baik sahaja sesuai di tanam di dalam SPH. Artikel malam ini dari tingkat 7, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru pada 16 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia SPH sebagai satu bahan untuk dijadikan rujukkan pembaca semua.
Trend terkini dimana SPH dijadikan ikon untuk menarik golongan anakmuda menceburi bidang pertanian terutama dalam sektor tanaman. Struktur Pelindung Hujan (SPH) kini dijadikan sebagai satu keperluan untuk penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk dalam usaha untuk melaksanakan proses penanaman halia secara fertigasi. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Cameroon Highland, Pahang tentunya dapat melihat bertapa banyaknya SPH di gunakan dalam sektor tanaman dan florikultur di kawasan tanah tinggi tersebut. Beberapa jenis tanaman sayur dan bunga komersil untuk pasaran domestik dan eksport seperti tomato, kobis bulat, timun jepun, cili benggala, salad dan sebagainya di lihat menggunaka SPH. Paling lazim dimana kebanyakan etani komerisl yang mempunyai SPH akan melakukan Sistem Tanaman Secara Fertigasi. Pilih jenis tanah yang rata dimana ini memudahkan kerja pembinaan SPH). Bagi penulis blog mendapati dimana SPH sesuai dibina agar faktor persekitaran luar dapat dikawal. Semasa berpuluh tahun terlibat dengan pertanian pernah melihat bagaimana evolusi penggunaan SPH di MAlaysia sejak awal atahun 1980'an sehingga kini. SPH SPH yang terdapat masa kini ada yang berskala besar yang lebih komersial seperti jenis dome, gable, jack roof atau jenis struktur yang berkos rendah yang lebih ekonomik seperti jenis fertigasi SPH Rakyat yang di perkenalkan oleh JAbatan Pertanian Malaysia. Penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi penggunaan SPH untuk tanaman tomato di Raub, Pahang seluas 25 ekar dalam satu lokasi yang bersambung dan mampu menghasilan ribuan kg tomato sebulan (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha ini mencipta pelbagai inovasi dalam membuat kerja penyelenggaraan SPH seperti yang saya pernah tuis dalam blog ini sebelum ini.
Apa pun baik di bincangkan apakah dia kelebihan kalau petani komersial jika mereka menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Dilaporkan dimana SPH mampu membantu untuk mengawal faktor persekitaran luar seperti hujan lebat yang mana selalunya ia boleh mengakibatkan kerosakan fizikal terhadap tanaman yang ditanam secara terbuka. Pemasangan jenis plastik khas di bumbung adalah lutsinar (membenarkan 70-80% cahaya) dimana ini akan mengurangkan pancaran sinar matahari yang terik dan berterusan kepada tanaman yang boleh mempengaruhi pada proses pertumbuhan tanaman. Bermodalkan bajet yang baik maka dilihat ketahanan bahan binaan daripada bahan lebih berkualiti akan bertahan lama dan sentiasa kukuh daripada ancaman angin kuat, hujan lebat dan ancvaman lain. Dalam SPH perlu ada sistem pengudaraan baik bergantung kepada ketinggian dan keluasan SPH dimana semuanya perlukan kemahirn menguruskan termasuk memasang kipas agar udara boleh beredar dengan baik didalam SPH. Apa yang penulis blog tinjau dimana selalunya kapasiti tanaman terpilih akan dapat ditingkatkan bergantung kepada jarak tanaman dan saiz SPH serta pengurusan agronomi yang sistematik. Hasil beberapa testimoni dimana ramai petani dakwa dimana kos yang lebih ekonomik dan mesra pengguna melalui pelbagai pendekatan dalam menggunakan bahan SPH serta rekabentuk yang sesuai. Biasanya bahagian bumbung SPH yang ditutupi dengan plastik lutsinar UV ditambah dengan kegunaan jaring hitam 50-70% akan memberikan keteduhan cahaya sesuai diaplikasikan untuk tanaman seperti jenis halia fertigasi kerana kesan lindungan kepada tanaman seperti dengan cara mengurangkan cahaya yang sampai terus kepada tanaman adalah bagus. Ia dapat mengawal daripada sinaran matahari yang terlalu terik yang mampu mengancam pertumbuhan pokok halia. Keberkesanan SPH apa pun selalunya boleh dipertingkatkan dengan memasang jaring kalis serangga sebagai dinding bagi kawalan perosak serangga dan struktur ini di gelar 'Struktur Kalis Serangga' atau SKS. Bagi mengatasi masaalah pendebungaan tanaman seperti tomato dan meloh yang ditanam dalam SPH kini sudah ada teknologi meetakkan log kelulut beberapa minggu untuk membantu proses pendebubgaan. Bagi SPH tomato mereka menggunakan 'Alat Wind Blower' dengan di pikul pekerja dan berjalan di antara barisan tanaman tomato pada waktu sesuai membantu proses pendebungaan tomato. Pemasangan 'big size yellow sticker' dilihat membantu mengawl serangga seperti Kutu Thrips didalan SPH (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kini semaih canggi rekabentuk SPH dibina dan pelbagai inovasi sudah di amalkan pemilih SPH di Malaysia.
Rekabentuk SPH paling popular di Malaysia adalah jenis Struktur Pelindung Hujan (SPH) iaitu JENIS DOME. Struktur SPH jenis dome ini terdiri daripada struktur tiang didirikan dengan selalunya ia menggunakan besi Galvanized Iron (G.I) yang bersaiz ID 50mm dan juga berketebalan 2.3mm. Lazimnya SPH ini mempunyai struktur bumbung menggunakan plastik lutsinar UV dengan ketebalan 0.20mm dan telus cahaya 95% serta lengkap dengan pemasangan jaring hitam polyethylene pada kadar 50-70% keteduhan cahaya. Apa yang penulis blog tahu dimana SPH jenis Dome dibina dengan saiz 30.0m panjang, 6.0m lebar dan 4.0m tinggi mengikut kesesuaian tanah, bajet dan juga jenis tanaman. Dahulu SPH jenis ini boleh dibina dengan dengan anggaran kos RM27,000.00 untuk satu (1) bay akan tetapi semasa artikel ini di tulis pada Mac 2024 harganya sudah jauh meningkat naik. Jenis SPH dome ini memuatkan bagi 1 hektar kawasan boleh dibina sebanyak 15 unit SPH (45 bay) dimana selalunya ia mampuu untuk diisi dengan sebanyak atau kapasiti 1,200 polibeg per SPH. Apa pun bergantung kepada saiz polibeg, jenis tanaman dan juga kaedah pengurusan serta amalan agronomi. Pada penulis blog mendapati dimana struktur jenis ini banyak digunakan oleh pengusaha tanaman secara besar-besaran seperti di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan juga di projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan JAbatan Pertanian Malaysia dimana beroperasi secara komersial.
Penulis blog sebenarnya sangat berminat dengan istilah Struktur Pelindung Hujan (SPH) jenis FERTIGASI RAKYAT yang di popularkan oleh Jabatan Pertanian. Idea memperkenalkan SPH Fertigasi Rakyat memang murah, mudah dibina dengan konsep yang disesuaikan dengan keadaan cuaca dan jenis tanaman di MAlaysia. Tinjauan yang di buat penulis blog mendapati dimana struktur SPH Fertigasi Rakyat akan dibina dengan saiz yang lebih kecil iaitu 25.0m panjang, 3.6m lebar dan 3.4m tinggi untuk satu (1) bay berbanding SPH jenis Dome. Cara ini adalah bertujuan bagi mengurangkan kos pembinaan dan lazimnya struktur ini banyak digunakan oleh pengusaha kecil serta lebih ekonomik di kawasan projek Kelompok atau individu yang hobinya menanam sayuran menggunakan teknik SPH dan fertigasi. Binaan asas struktur ini terdiri daripada struktur tiang menggunakan Besi G.I 21mm OD dengan tahap ketebalan 1.6mm. Struktur bumbung fertigasi rakyat ini selalu akan dilengkapi dengan plastik lutsinar UV dengan ketebalan 0.20mm dan lengkap dengan pemasangan jaring hitam polyethylene pada kadar 50-70% keteduhan cahaya. Struktur SPH Fertigasi Rakyat ini boleh dibina dengan jumlah iaitu sebanyak 8 unit sehektar (1 unit terdapat 10 bay) dan boleh memuatkan sebanyak 28,400 polibeg berukuran 24” lebar x 16” tinggi. Setiap unit Struktur Fertigasi Rakyat sesuai untuk ia di bina mengandungi susunan 10 bay bagi memudahkan reka bentuk sistem pengairan titis yang ekonomik dan efisyen. Setiap unit boleh memuatkan polibeg sebanyak 3,300 beg dengan mengambil kira kawasan untuk menempatkan struktur sistem pengairan titis. Setiap unit juga dilengkapi dengan sistem pengairan titis fertigasi termasuk tangki air dengan kapasiti 500 hingga 600 gelen serta pam air elektrik dengan spesifikasi kadar alir minimum 117 lpm (31.0 gpm) dan ‘pump head’ 25.0 m (82.0 kaki). Pengalaman penulis blog semasa bertugas dahulu didapati anggaran kos pembinaan satu (1) bay Struktur Fertigasi Rakyat adalah sebanyak RM3,500.00 dan berjumlah RM280,000.00 untuk sehektar (80 bay) akan tetapi mungkin kini kos agak lebih tinggi lagi. Pembinaan sistem pengairan titis fertigasi untuk satu (1) unit Struktur Fertigasi Rakyat dianggarkan sebanyak RM18,000.00 dan berjumlah RM144,000.00 untuk sehektar.
Tidak kurang popular juga jenis projek iaitu FERTIGASI TERBUKA dimana tidak ada struktur SPH di bina. Teknologi penanaman secara Fertigasi Terbuka adalah sesuai bagi beberapa jenis tanaman yang di usahakan secara fertigasi tetapii tidak di bina struktur SPH seperti para diatas. Bagi penanaman halia fertigasi atau tanaman lain seperti cili dan terung sesuai ia dibuatdengan cara terbuka di bawah teduhan (jaring hitam 50-70%) tanpa menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH) juga boleh menjadi kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan teknologi fertigasi. Ia sesuai kepada petani yang cuma mempunyai modal atau jumlah bajet yang terhad. Apa yang penting ia di buat diatas tanah rata, di pasang lapisan pelapik tanah (floor mat) begi mengurangkan pertumbuhan rumpai, mengurangkan gangguan 'soil born disease' dan juga bertujuan memudahkan pengurusan amalan agronomi. Dengan pengurusan tanaman yang berkesan apa yang penulis blog tinjau dimana dengan mengamalkan sistem fertigasi terbuka ini maka petani juga dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi berbanding dengan sistem tanaman konvensional. Kaedh ini dilihat ia akan mampu berikan pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Kaedah ini adalah diantara sistem pilihan ramai petani di Malaysia iaitu fertigasi secara terbuka dan di lakukan di seluruh negara. Semuga artikel ini memberi ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
ADA BUMBUNG...TIANGNYA PUN TAHAN...
HUJAN LEBAT... TANAMAN DILINDUNGKAN...
BERBAGAI BENTUK... PELBAGAI REKAAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Hotel Impiana,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1445H).
BUAT STRUKTUR...PELINDUNG HUJAN...
ADA BUMBUNG...TIANGNYA PUN TAHAN...
HUJAN LEBAT... TANAMAN DILINDUNGKAN...
BERBAGAI BENTUK... PELBAGAI REKAAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Hotel Impiana,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.