Support My Blog

Tuesday, March 12, 2024

TANAM BAWANG DI INDONESIA - CARANYA? (Pt 1)

TANAMAN BAWANG MERAH
 (Allium ascalonicum L.) atau Allium cepa adalah termasuk dalam famili Liliaceae dan kini merupakan tanaman sayuran yang penting di negara jiran Indonesia untuk di pelajari. Tanaman bawang merah adalah jenis tanaman semusim, berumur pendek dan dibiakkan iaitu secara vegetatif menggunakan umbi walau pun ia juga boleh di biakkan secara generatif dengan menggunakan bijibenih (TSS=True Shallot Seed). Pada umumnya bawang merah adalah bahan asas masakan di Malaysia dan di Indonesia yang di gunakan setiap hari sebagai bahan masakan. Selain itu dilaporkan dimana bawang merah juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk menurunkan suhu panas sesiapa juga. Penulis blog mendapat tahu dimana dilaporkan Malaysia biasanya mengimport sebanyak 687,000 metrik tan bawang dengan membabitkan nilai RM1.58 bilion pada 2022. Pada tahun sama dilaporkan kadar penggunaan per kapita bawang kecil di Malaysia adalah 1.2kg seorang setahun. Negara bergantung sepenuhnya kepada sumber bawang diimport dari India, Belanda (khususnya Bawang Holland), China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Dalam kes lain dilaporkan dimana Malaysia biasanya akan mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62%, diikuti Natherlands (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Egypt (2%) dan lain-lain negara (2%). Jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 9% iaitu kenaikan dari sekitar RM 1,477.6 juta pada 2021. Baru-baru ini awal tahun 2024 dilaporkan usaha menanam bawang varieti MARDI telah di mulakan di Perak dan beberapa lokasi lain dan di harap program ini akan mencetuskan industri penanaman bawang merah di Malaysia dengan skala komersial dan mengurangkan kapasiti kebergantungan import. Berbeza dengan negara jiran Indonesia yang menjadikan tanaman bawang merah sebagai tanaman pangan (tanaman makanan) yang penting dimana ada seluas lebih dari 185,000 hektar penanaman bawnag merah setahun dengan jumlah pengeluarannya mencapai 2 juta mt setahun. Walau pun begitu negara tersebut masih mengimport bawang merah dan bawang jenis lain untuk rakyatnya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis secara mudah cara menanam bawang merah yang diamalkan di negara jiran tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Tanaman bawang merah adalah tanaman yang sesuai untuk tumbuh di atas tanah di dataran rendah sampai dataran tinggi pada ketinggian 0 - 1000 meter dari paras laut (mdpl). Ketinggian optimum untuk proses pertumbuhan dan perkembangan bawang merah adalah 0 - 450 mdpl dimana ia akan tumbuh dengan baik apabila cara amalan agronominya sesuai. Tanaman bawang merah dilaporkan sangat peka terhadap jumlah curahan hujan dan intensiti hujan yang tinggi kerana ia akan menyebabkan serangan penyakit dan perosak jik aberlebihan. Keadaan cuaca mendung dan kurang cahaya matahari juga boleh menjejaskan kesuburan tanaman bawang merah. Sebenarnya aspek penting dalam penanaman bawnag merah adalah faktur keperluan sinaran cahaya matahari yang maksima 100% dimana keperluan minimal cuma 70% penyinaran dengan suhu udara berada sekitar 25 - 32 Celcius dan sebaiknya kadar kelembaban sekitar 50 - 70%. Dilaporkan melalui kajian dimana penanaman bawang di musim kering dengan air yang cukup mampu menghasilkan umbi yang banyak dan kualiti bawang yang baik. Tanaman bawang merah memerlukan tanah berstruktur gembur dengan tekstur kategori sedang sehingga tekstur liat, mempunyai sistem saliran sempurna dan pengudaraan yang baik. Apa pun sebaiknya tanah yang sesuai adalah ia mengandungi jumlah bahan organik yang cukup serta mempunyai nilai pH tanah neutral (pH5.6 - pH6.5). Tanah yang paling baik untuk tanaman bawang merah adalah jenis tanah Aluvial atau kombinasinya iaitu tanah subur. Tanah yang cukup lembab dengan air yang tidak bertakung disukai oleh tanaman bawang merah kerana jika tenggelam makan bawang aakan rosak. Kajian mendapati dimana masa menanam bawang merah yang terbaik adalah pada musim kemarau dengan mana sentiasa ada air pengairan yang memang mencukupi sekitar bulan April atau Mei iaitu  setelah selesai aktiviiti penanaman padi. Musim kedua adlah sekitar bulan Julai - Ogos iaitu musim kering dimana penanaman masa ini mampu memberikan hasil tinggi dan lebih berkualiti. Penanaman bawang merah di musim kemarau biasanya dilakukan pada kawasan sawah atau bekas tanaman padi sawah atau tebu. Bagaimana pun bagi penanaman di musim hujan dilakukan secara berselang dimana bawang merah juga dilaporkan ia sesuai ditanam secara intergrasi dengan jenis tanaman cili merah.


Aspek penting dalam memulakan usaha penanaman bawang merah adalah bekalan benih berkualiti yang mencukupi dan mesti vigorous. Varieti popular yang di tanam antaranya Bima Brebes, Kuning, Kramat-1, Kramat-2, Trisula dan sebagainya. Pada umumnya bawang merah dibiakkan dengan menggunakan umbi bawang (bulb) sebagai benihnya. Keperluan umbi benih berkisar antara 800 - 1,500 kg perhektar bergantung kepada varieti. Kualiti umbi benih bawang merah merupakan salah satu faktor yang menentukan tinggi rendahnya penghasilan bawang merah. Benih umbi yang baik mesti berasal dari tanaman yang sudah sukup tua umurnya (sekitar 60-90 hari setelah tanam) dan di proses sehingga sesuai di tanam dan ini bergantung varieti yang di pilih. Benih umbi sebaiknya dipilih dari yang berukuran Sedang (sekitar berat 5 -10 gram).Penampilan benih umbi mestilah masih segar dan sihat, bernas (padat, tidak keriput) serta dilihat warnanya cerah (tidak kusam). Benih umbi yang sudah siap ditanam apabila telah disimpan selama 2 - 4 bulan sejak panen dalam bilik pengeringan dengan digantung. Sebaiknya diperiksa dimana ada tunasnya sudah sampai ke hujung umbi. Cara penyimpanan benih umbi yang baik adalah menyimpannya dalam bentuk ikatan di atas para-para dapur atau disimpan di gudang khusus dengan ada proses pengasapan dan diperiksa kelembapan dan suhu.


Kerja penyediaan tanah untuk tanaman bawang merah dilihat akan berainan sama ada ia di tanam di kawasan sawah atau pun di kawasan tanah daratan. Apa pun lazimnya semasa tanah kering dimana ia perlu dibajak atau dicangkul sedalam 20-30 cm dan kemudian dibuat batas tanaman berukuran lebar 1.0 - 1.2 meter dengan ukuran tinggi 25cm dan panjangnya tergantung pada keadaan kebun tersebut. Selalunya bagi tanah bekas padi sawah atau bekas tanaman pokok tebu sebaiknya tanah dibuat batas=batas terlebih dahulu dengan ukuran lebar1.75cm, kedalaman parit 50 - 60 cm dengan lebar parit 40 - 50 cm dan panjangnya disesuaikan dengan keadaan kebun tersebut. Keadaan batas tanaman bawang sebaiknya di susun dengan mengikuti arahTimur-Barat agar mendapat cahaya matahari penuh dari pagi sampai petang. Tanah yang telah disediakan ini perlu dibiarkan iaitu sehingga kering dan kemudian diolah lagi sebanyak 2 - 3 kali lagi sampai gembur sebelum dilakukan perbaikan batas itu lebih rapi untuk ditanam bawang merah. Waktu yang sedia tanah bermula dari pembuatan parit, mencangkulan tanah sehingga tanah jadi lebih gembur dan sesuai untuk ditanam bawang merah dengan penyediaannya akan mengambil masa selama 3 - 4 minggu. Apa pun jika masih ada sisa tanaman padi atau sisa tanaman tebu yang tertinggal selalunya ia akan menyebakan kejadi serangan penyakit seperti Layu Fusarium dimana ia mesti dibersihkan sepenohnya. Sebaiknya periksa bacaan tanah dimana jika nilainya 
kurang dari pH5.6 maka adalah disarankan memberi kapor atau dolomite dengan kadar 1.0 - 1.5 mt sehektar iaitu sekitar 2 minggu sebelum menanam yang ditabur diatas permukaan batas. Pemberian Dolomit ini adalah sangat penting dilakukan untuk meningkatkan tahap ketersediaan Mikronutrien seperti unsur Kalsium (Ca) dan juga unsur Magnesium (Mg) terutama jika tanah masam atau diaplikasikan kepada kawasan tanaman sayuran yang intensif sepanjang masa. Apa pun kadar baja dolomite diperlukan adalah sebanyak 1.5 mt sehektar dimana unsur ini akan membantu memperbanyakkan umbi bawang merah setiap musim. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi infi dan panduan berguna kepada semua pambaca blog ini. Wasallam!!!...
MENANAM BAWANG MERAH... MACAM MANA...
SEDIAKAN BENIH BAIK... DUA BULAN TUAINYA...
PENYEDIAAN TANAH... IKUTI PERATURANNYA...
CUKUP 2 BULAN... MENUAI HASILNYA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 206, Hotel BimaKura,
Bandung, Jawa Barat,
Indonesia.
(29 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...