Support My Blog

Thursday, September 7, 2023

TUMBUHAN AKUATIK AKUARIUM

TUMBUHAN AKUATIK AKUARIUM
  (Aquatic Aquarium Plant) adalah sejenis tumbuhan seperti paku pakis yang hidup secara akuatik dengan bentuk morfologinya yang tidak menunjukkan kehadiran struktur krozier serta sporangium yang terlindung dalam sporokarp. Kebanyakkan paku pakis akuatik ini akan kelihatan terapung di permukaan air dan kadang kala ia dianggap tumbuhan angiosperm yang mana ia kelihatan cantik dan inik. Terdapat banyak jenis paku pakis akuatik yang di letakkan didalam akuarium dan ada dijual di kedai yang berkaitan. Penulis blog sendiri hanya kenal akan spesis paku pakis yang berada di daratan yang ada pelbagai jenis dan ads menulisnya didalam blog ini dalam beberapa artikel (Sila klik disini). Dalam artikel ini saya jelaskan dimana Paku Pakis (Ferns) merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama dikawasan tanah lembab. Tumbuhan paku-pakis (pteridofit) adalah dari keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang mengandungi anthocyanin. Ia merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri–ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua paku–pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza–beza bergantung kepada spesies paku–pakis tersebut. Secara umumnya saya dapati tumbuhan pakupakis dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu paku-pakis primitif yang berstruktur ringkas (fern-allies) dan paku-pakis sejati (true-fern). Pada paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga-tiga organ tersebut apabila ia telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan kongsi info mengenai pakupakis akuarium atau jenis paku pakis akuatik untuk dijdaikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca.


Hiasan didalam akuarium merupakan satu seni yang unik dan komplikated jika inginkan sesuatu yang hebat. Apa pun penggunaan tumbuhan, batu, kayu, pasir dan sebagainya yang disusun rapi memang memerlukan kepakaran dan juga kreativiti seseorang. Kalau ingin membuatny sendiri pastinya perlukan sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman serta keupayaan mendapatkan bekalan bahan yang hendak di susunatur. Kalau hendak cepat pergi sahaja ke premis yang menjual akuarium yang sudah siap dihias cantik dan bayar sahaja untuk dibawa pulang kerumah. Terdapat banyak pilihan tumbuhan yang sesuai digunakan didalam akuarium. Banyak va
rieti serta ada banyak kepelbagaian spesies dimana ia sangat ketara dalam pemilihannya bergantung kepada konsep dan bajet. Apa pun smeuanya seakan dunia fesyen iaitu mendapatkan varieti tumbuhan akuatik yang popular atau viral. Dilaporkan kini diatara varieti ini adalah seperti 'Vindelova Thailand' iaitu sejenis tumbuhan yang diliat seakan bersahaja dari segi penjagaan dan penyelenggaraan dimana varieti ini tergolong dalam kumpulan akuatik dan dihiasi dengan daun-daun yang berbentuk pisau pembedahan. Dilihat oleh penulis blog dimana disebebkan kerana saiz daun yang besar dan ia boleh mencapai 20 cm maka cara hiasan dalam tangki kelihatan agak besar dan mengagumkan. Susunan varieti ini sebaiknya berada berhampiran dinding utama dalam akuarium atau di tengah-tengah yang jelas dibawah lampu. Kerativiti seseroang didala penyusunan tumbuhan akuatik, batu serta pasir didalam akuariu adalah subjektif akan tetapi ia perlukan pemikiran seperti arkitek menyusun dengan tersusun dan rapi. Ada kalanya varieti tumbuhan ini akan tumbuh dengan ketinggian sehingga 15-20 cm didalam keadaan yang sesuai sebagai tumbuhan akuatik. Daun berkembang pada sudut dimana ia sesuai digunakan sebagai komposisi kumpulan atau sebagai tanaman bebas.


Peminat boleh juga memilih tumbuhan akuatik seperti jenis 
Ceratopteris (jenis pakis seakan bentuk tanduk). Ia bukan sahaja ada di negara yang beriklim tropika tetapi tumbuhan ini ada terdapat di semua latitud dengan iklim subtropika yang hangat dimana dilaporkan ia mampu tumbuh dengan baik dalam keadaan tertutup seperti didalam akuarium (Sila lihat foto disebelah). Setelah ia hidup sihat dan dijaga selalunya daunnya akan berkembang dengan sangat megah dimana warna kehijauan kuat apabila kena dengan lampu akuarium dimalam hari akan menambahkan keunikan tumbuhan ini. Dari segi susunan dimana selalunya tanaman jenis ini sesuai diletakkan bersama-sama atau dekat dengan snags. Tumbuhan sangat menyukai cahaya dimana dilihat iaitu sistem akarnya sangat kecil tetapi ia mampu tumbuh membesar sehingga 50cm.  Spesia atau varieti tumbuhan akuatik seterunya adalah Jenis Pterygoid atau dalam bahasa biasa ia digelar sebagai 'Kobis Air'. Tumbuhan ini dengan nama botani sebagai    Bolbitis gedeloti adalah sejenia pakuakis yang sesuai digunakan dalam akuarium. selalunya susunan tumbuhan varieti ini berada di permukaan air sama ada didalam tangki tertutup atau terbuka dimana selalunya spesies ini boleh hidup dengan baik jika ditanam di dalam tanah. Tumbuhan ini lazimnya ia boleh membesar sehingga tanda 30 cm. Ia mempunyai daun yang agak besar dan juga dilihat seakan terdapat luka di tepi dun dengan ia mempunyai sistem akarnya bercabang. Dilaporkan juga ada jenis atau varieti  Pakis Afrika dimana ia dilaporkan mampu berkembang sangat perlahan, tetapi boleh membesar sehingga 50-70cm sahaja. Daunnya selalu padat dimana dilihat bentuk daunnya serupa dengan oakdengan cantik dan menarik. Tumbuhan ini boleh ia dibezakan kos membelinya yang yang tinggi serta mudah di pindahkan.  Ada kalanya spesies pakis yang tidak menonjol dengan bentuk biasa mempunyai daun hijau gelap dengan tepi bulat. Di persekitaran semula jadi dilihat iaitu tumbuhan itu boleh ditemui di Amerika, China atau Afrika. Apa pun dilaporkan jenis ini merujuk kepada jenis terapung tumbuhan hiasan untuk akuarium, kerana ia dapat naik secara bebas dari bawah dengan peningkatan jumlah cecair atau dengan bantuan arus. Selalunya, budaya sedemikian ditanam dalam tangki kecil.


Ada masa kaedah b
agaimana untuk menanam tumbuhan akuatik ini menjadi mudah atau susah. Menjadikan tumbuhan ini untuk berakar adalah cabaran peringkat awal penanaman. Sebaiknya amalkan untuk  menanam di substrat khas atau diletakkan di dalam tanah berpasir yang berhampiran batu dalam akuarium. Lazimnya jika ada tanah akan membantu tumbuhan muda untuk bertapak dan dapat menyesuaikan diri dengan habitat baru. Memandangkan pakis adalah tumbuhan yang membiak secara vegetatif maka ada kadangkala dimana tumbuhan boleh berakar sendiri menggunakan daun anak yang sesuai. Pastikan dimana bahagian tanaman tersebut akan terapung di permukaan sehingga sistem akarnya keluar dan kemudian biarkan ia bebas tenggelam ke bahagian bawah dan melekat di dasar. Sebaiknya jika menanam tumbuhan akuatik ini di atas batu atau kayu hanyut dalam akuarium maka boleh menggunakan tali pancing atau benang nylon sesuai diikat dengan kukuh. Sebaiknya jika menanam didalam akuarium maka perlu disediakan keadaan yang betul dalam persekitaran tertutup dengan air dikawal pada kadar sesuai iaitu pH 5-6. Periksa akan cara mengekalkan suhu air yang tetap iaitu diantara 20 -24 Celcius. Penukaran air didalam akuarium perlu dilakukan secara berjadual kerana ia bukan sahaja untuk hidupan ikan tetapi juga untuk tumbuhan akuatik. Fakta lazimnya menyatakan dimana tumbuhan itu sendiri bertindak sebagai penapis semula jadi dimana aktiviti pembersihan air tambahan tidak akan mengganggu. Itulah sebabnya disyorkan untuk pemilik akuarium meletakkan penapis di dalam bekas dan juga memantau pengudaraan cecair yang sesuai. Apa pun tumbuha akuatik ini juga dilaporkan ia mempunyai sikap positif terhadap pengenalan baja tambahan. Agar tumbuhan tumbuh secara aktif ada cadangan agar baja urea pakis boleh ditambah ke dalam air. Syor adalah dimana bagi 100 liter air kadar sesuai adalah hanya menggunakan 1 - 2 butiran makanan setiap minggu. Adakah boleh membiakan tumbuhan ini sendiri?. Apa pun secara vegetatif untuk mendapatkan tumbuhan baru dimana cara pembiakan dengan bantuan spora. Bagi meningkatkan bilangan tumbuhan di akuarium caranya boleh dipisahkan  iaitu pakis baru mesti mengandungi sebahagian kecil daripada rizom untuk mampu tumbuh kelak dimana bbahagian yang dipilih berwarna hijau pada tanaman tumbuh agak cepat. Benih baru boleh diambil daripada spora akan tetapi dengan syarat jantan dan betina tumbuh bersebelahan di dalam akuarium. Pembajaan dilakukan kedalam cecair yang akan membantu pertumbuhan tanaman baru ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TUMBUHAN AKUATIK... BANYAK JENISNYA...
DIDALAM AKUARIUM... CANTIK WARNANYA...
PETUA MENANAM... ITU BAGAIMANA CARA...
BACA ARTIKEL... SUDAH DAPAT IDEANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1445H).
Posted from
Room 122, Favehotel,
Prabumulih, Sumatra Selatan
Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...