Support My Blog

Tuesday, September 5, 2023

KULIT KAMBING - FAKTA MENARIK

KULIT KAMBING
(Goat Skin) merupakan salah satu hasilan daripada ternakan kambing atau bebiri atau yang seumoama dengannya dan banyak kegunaannya. Ternakan kambing selalu menghasilkan daging, susu, kulit, bulu dan tanduj yang ada kegunaannya tersendiri. Penukis blog nemang ada pengalaman menternak kambing di kampong dizama muda dahulu sehingga mencecah lebih daripada 45 ekor didalam kandang di beakang rumah. Kambing inni selain daripada ia dijual sebagai pendapatan keluarga selalu juga di sembelih semasa majlis kenduri dan dimana selalu kuitnya akan dikeringkan. Baga mertua penulis blog yang juga pengusaha membuat kompang memang sentiasa menyediakan ribuan kulit kambing untuk dijadikan kompang berkualiti yang didapatkan daripada pemborong kulit kambing di seluruh negara. Kulit kambimg merupakan bahan utama membuat alat seperti kompang dan jidur di bengkel di rumah bapa mertua dahulu. Kulit kambing adalah bahan atau material kulit yang didapatkan dari seekor kambing yang disembelih diambil dagungnya dan kulit kambingnya. Dari segi sejarh dilaporkan dimana kulit kambing sudah digunakan untuk pelbagai kegunaan sejak dahuulu diseluruh dunia. Di USA ada laporan dimana kulit anak kambing (kidskin) ada digunakan untuk membuat sarung tangan, sepatu dan pelbagai aksesori hiasan lainnya bersaa dengan kulit bebiri, lembu, kangaroo dan haiwan lain (termasuk haiwan liar yang diburu). Biasanya kulit samak yang kering dari kulit kambing adalah sangat tahan lama dan selalunya ia digunakan untuk membuat produk seperti tikar permadani dan untuk penjilidan karpet di beberapa bahagian dunia. Bahan ini sering juga ia digunakan untuk sarung tangan, kasut but dan produk kegunaan lain yang memerlukan kulit lembut. Di beberapa negara timur tengah dan asia tengah dimana kulit kambing di buat untuk menyimpan atau membawa air selain daripada untuk memproses susu menjadi produk makanan. Sudah lama kulit kambing menjadi bahan utama untuk penjilidan buku kulit selama berabad-abad. Peralatam muzik tradisional dan juga peralatan muzik moden masih menggunakan kulit kambing untuk menhasilkan bunyi-bunyian sebagai alat muzik yang signifikan. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulus mengenai beberapa fakta menarik berkaitan kulit kambing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Sebenarnya kulit kambing adalah lapisan yang melindungi tubuhbadan kambing dari bahaya luar dari ancaman cuaca buruk, serangan haiwan, mencantikan kambing dan lain-lainnya. Kambing yang mempunyai corak menarik dengan warna yang sama atay warna bercampur akan menentukan spesis dan juga nilai kepada kambing tersebut juga (Sila lihat foto disebelah). Berlainan jenis antara kambing kampong atau seumpamanya dengan kambing biri-biri (sheeps) yang mempunyai bulu tebal dibahagian kulitnya dan di tuai apabila sesuai untuk pelbagai guna dalam menghasilkan produk dari buu kambing. Kulit kambing terdiri dari beberapa lapisan iaitu termasuk lapisan epidermis yang terdiri dari sel-sel kulit yang mengeluarkan sebum serta lapisan dermis yang terdiri dari jaringan ikat dan pembuluh darah dan lapisan hipodermal yang terdiri daripada jaringan lemak dan jaringan penyambung. Kulit kambing juga memiliki bulu-bulu yang tumbuh di atasnya yang membantu melindungi tubuh kambing dari cuaca buruk dan serangan oleh haiwan perosak. Kedapatan bulu-bulu pada kulit kambing juga dapat membantu mengatur suhu tubuh kambing dengan menyerap atau melepaskan haba panas tergantung pada keperluan kambing. Penulis blog mendapati dimana lazimnya kulit kambing banyak digunakan dalam pakaian industri fesyen terutama untuk membuat begtangan, kasut, topi, jaket dan aksesori lain. Kulit kambing juga digunakan dalam industri kimia untuk membuat produk-produk seperti asid stearik, gliserol dan lain-lainnya. Memang dilaporkan yang kulit kambing dapat digunakan untuk beberapa keperluan penting lain seperti menjadi bahan asas industri berasaskan kilit. Apa pun kulit kambing dapat digunakan sebagai bahan asas untuk membuat produk seperti tastangan, kasut, jaket dan sebagai bahan dalam pembuat kertas yang unik. Dalam pada itu kulit kambing dapat digunakan sebagai bahan pembuat kertas dengan cara membuatnya menjadi 'pulp' dan ia kemudian dicetak menjadi kertas. Ia juga dapat digunakan sebagai bahan pembuat pakaian terutama jaket dan kasut. Kulit kambing memiliki sifat yang tahan lama dan tidak mudah rosak yang sangat sesuai untuk dibuat menjadi pakaian.  Sebagai bahan pembuat perhiasan: Kulit kambing dapat digunakan sebagai bahan pembuat perhiasan, seperti gelang dan cincin. Kulit kambing yang telah diolah dengan baik dapat terlihat elegan dan bernilai tinggi. Kulit kambing juga dapat digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan karung plastik yang mesra alam dimana dalam industri seni sering dilihat yang kulit kambing juga banyak digunakan sebagai bahan penting pembuatan alat musik seperti gambus, kompang, jidur, gendang, tabla dan lainnya. Kulit kambing juga banyak digunakan dalam industri kulit sebagai bahan asas dalam pembuatan produk seperti tali, jam tangan, beg duit dan lainnya.


Pada penulis blog kulit kambing yang dibuat kompang yang memang dekat dihati. Apa tidaknya kerana aktiviti membuat kompang merupakan sumber pendapatan utama keluarga mertua di Muar sekian lama. Ini kerana selain kompang ada juga kulit kambing ini dibuat jidur (alat muzik besar yang digunakan semasa pasukan bermain kompang). Sebenarnya dalam mencari fakta kulit kambing dimana ia juga mempunyai peranan asas termasuk untuk tujuan kecantikan. Kulit kambing memiliki beberapa manfaat kosmetik yang boleh digunakan dalam menghasilkan berbagai produk kecantikan. Penulis blog merukuk kepada beberapa testimoni akan beberapa manfaat kulit kambing dalam dunia kosmetik untuk dikongsikan. Pertama dilaporkan kandungan lemak semulajadi pada kulit kambing didakwa dapat membantu melembapkan kulit. Lemak ini membantu menjaga kelembapan alami kulit, mencegah kekeringan dan membuatkan kulit terasa lembut dan halus. Seterusnya memberikan perlindungan dari sinar matahari bila bahan kulit kambing juga dapat digunakan sebagai bahan dalam pembuatan produk pelindung matahari iaitu sama seperti krim komerisil lain atau lotion pelembab lain. Apa pun memang didakwa kulit kambing memiliki sifat perlindungan semulajadi terhadap sinar matahari dimana ini membantu melindungi kulit dari paparan sinar UV yang berbahaya. Siapa sangka jika kulit kambing sebagai bahan anti penuaan yang berkesan. Kulit kambing mengandung kolagen, protein yang membantu menjaga kekencangan dan elastisitas kulit. Apa pun dilaporkan dengan penggunaan produk kosmetik yang mengandung kolagen kulit kambing dapat membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kerutan dan garis halus serta memberikan penampilan kulit yang lebih muda dan segar. Ia juga dikaitkan dengan kehebatan dan sifat pelembut dari kulit kambing yang mempunyai tekstur yang lembut dan lentur sehinggakan ia sering digunakan dalam pembuatan sikat dan alat pembersih wajah. Penggunaan sikat kulit kambing dalam rutinitas perawatan kulit dapat membantu mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori-pori, dan meningkatkan sirkulasi darah di wajah. Dalam pada itu ia yang bersifat hypoallergenic adalah cenderung mempunyai sifat hypoallergenic iaitu ciri yang berarti kurang menyebabkan reaksi alergi pada sebahagian orang. Ini membuatnya ia lebih sesuai untuk digunakan dalam produk kosmetik bagi mereka yang memiliki kulit sensitif atau cenderung alergi terhadap bahan-bahan tertentu. Kegunaan kulit kambing dalam dunia kosmetik juga dapat dikaitkan dengan keberlanjutan usia. Penggunaan kulit kambing dalam produk kosmetik dapat membantu mengurangkanpembaziran apabila kulit digunakan setelah diambil daging kambing dan elakkan pembuangan sisa. 


Ramai kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa selain daripada kulit kambing ini dijadikan pelbagai produk dimana ia merupakan sejenis bahan untuk di makan (as food). Di negara jiran Indonesia ada lebih dari 20 resepi makanan yang berasaskan dari kulit termasuk kuit kambing. Antaranya seperti masak kulit kambing kicap, keropok kulit kambing, Gulai nangka kulit kambing, Kuit kambing tumis pedas, sambal kulit kambing dan banyak lagi. Bagaimana pun pada penulis blog Keropok Kulit Kambing diantara produk makanan yang menarik dan enak dimakan. Walau pun resepi membuat keropok kulit kambing bunyinya agak pelik dikalangan masyarakat di Malaysia tetapi ia akan dikongsikan dengan pembaca blog anim agro technology kali ini. Di Indonesia makanan keropok merupakan sejenis makana yang dominan dimana ia diperbuat daripada pelbagai bahan seperti keladi, ubi keledek, ikan, kulit lembu, singkong dan sebagainya. Apa pun makanan kerupuk kulit merupakan kerupuk yang terbuat dari kulit haiwan mamalia yang selalu diproses dari kulit kambing, lembu atau pun kulit kerbau. Namun selalunya kulit haiwan yang digunakan adalah kulit yang sudah dihilangkan bulunya sedemikian rupa sampai bersih dan dibuat dengan bahan ramuan sesuai. Kerupuk ini biasa juga disebut dengan nama lain sebagai 'Keropok rambak' dimana jika pembaca bog menggunakan istilah keropok rambak maka akan ada nama seperti 'Kerupuk rambak tapioca' iaitu sejenis keropok rambak yang terbuat dari tepung ubikayu (topioka). Keropok ini pada penulis blog yang sering dapat ujirasa memang rasanya pun tidak kalah enak dengan kerupuk kulit rambak yang diperbuat dari kulit Lembu atau Kuit Kambing atau kuit kerbau. Selalunya harga keropok ubikayu ini harganya lebih murah dari kerupuk kulit. Namun untuk rasa lazat dan rasa yang khas keropok kulit ini memang ia mempunyai citarasa tersendiri. Kerupuk kulit ini sudah memiliki penggemarnya tersendiri meskipun harganya mahal namun tetap ramai pembeli yang membeli keropok kulit ini sepanjang masa. Kerupuk kulit lebih enak di makan langsung untuk makanan snek sebab sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan. Rasanya yang enak dimanan dengan menyediakan air dselalu untuk dapat diminum. Ini kerana tekstur kerupuk kulit yang kering membuat akan kehausan selepas telan keropok kulit ini. Cara membuat kerupuk kulit kambing perlu disediakan bahan iaitu kulit haiwan (Lembu, Kembing atau kerbau) yang dihiris kecil kecil sebanyak 5 kilogram, bahan penyedap rasa, bawang, garam (sekitar 1 sudu makan - 1 sendok makan, Bleng (Pati keropok) - 1 sudu makan dan baking soda (1 sudu makan). Mula-mula kulit yang telah diiris itu dimasukkan (di rendam) ke dalam kombinasi bahan penyedap rasa, garam serta bawang agak lama (5 minit) supaya ramuan ini meresap. Kemudian perlu diangkat serta celupkan kedalam baking soda serta bahan bleng. Seterusnya perlu di keringkan hirisan kulit tersebut dengan cara cara menjemurnya pada terik matahari. Jika kulit telah cukup kering angkat serta ia sudah sedia untuk digoreng. Masukan minyak masak kedalam kuali sehingga panas dalam jumah yang banyak supaya keropok cepat mengembang semasa digoreng. Apabila telah masak angkat keropok tersebut dan ditoskan dan simpan di masukkan kedalam bekasyang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya. Boleh dimakan terus begitu sahaja atau pun dijadikan pelengkap semasa makan nasi dan makanan lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULIT KAMBING... APA DIA FAKTANYA...
DI PROSES KERING...DIJUAL SENTIASA...
PRODUK KULIT... ADA PELBAGAI JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN... KEROPOK ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...