Support My Blog

Friday, September 29, 2023

BUNGA KEMBOJA DAN FAKTA DI MEDIA

BUNGA KEMBOJA
(Plumeria rubra) merupakan sejenis pokok bunga dari keluarga Apocynaceae yang mudah tumbuh dinegra kita Malaysia. Pokok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering ditanam dikawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah tumbuh sama seperti pokok bunga lain. Penanaman pokok kemboja sebagai tanaman hiasan keliling rumah dan juga ditanam disepanjang jalan dikampong tradisional yang dilakukan bagi tujuan landskap. Tanaman ini sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan dibawa masuk kenegara kita oleh penjajah zaman kolonial. Bunga ini diberi nama Plumeria dari seorang saintis berbangsa Perancis yang mengkaji mengenai bunga ini iaitu Charles Plumeria. Bunga ini sememangnya banyak ditanam dikawasan ibadat diseluroh dunia seperti di Kuil, Pagoda (banyak saya lihat di Myanmar, Vietnam, Thailand), Masjid dan rumah ibadat lain. Pokok Bunga Kemboja adalah jenis pokok yang lasak dan tumbuh menegak dengan banyak cabang serta dipercayai mampu untuk tumbuh lama sehingga ratusan tahun. Mungkin itulah sebabnya orang dulu suka tanam dikawasan kubur kerana bau wanginya dan ianya akan jadi tanda sebagai tanah kubur berpuloh-puloh tahun. Pokok ini mampu tumbuh setinggi 7-8 meter dengan daun berwarna hijau rimbun dan bunga yang berwarna pink, putih dan kuning yang terang atau kombinasi diantaranya dan mengeluarkan bau atau aroma yang wangi. Lazimnya pokok kemboka di negara kita adalah sekitar ketinggaian 1.0 - 2.5 meter sahaja jika sering dibuat cantasan. Batang pokok kemboja berwarna coklat kelabu dengan ada ruas-ruas yang jelas dan bukan dari jenis yang berkayu keras. Batangnya akan mengeluarkan getah putih jika dilukakan atau keluar cairan jernih yang menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit sesetengah orang. Daunnya berwarna hijau yang berkelompok rapat pada hujung dahan , bertangkai panjang , memanjang dan hujung yang tirus tajam. Ukuran daun sekitar 20-40 cm panjang dan 5-12 cm lebar. Bunganya berkumpul dibahagian hujung ranting dengan kelopak yang agak kecil serta mempunyai mahkota berbentuk corong dengan sisi dalamnya berambut dengan warna agak putih, kuning atau merah. Lazimnya bunga kemboja berbau harum tetapi ada juga yang tidak berbau langsung. ini yang menyeramkan waktu malam dikawasan kubur!. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta mengenai bunga kemboja sebagai ingatan selepas mengunjungi negara Kingdom Of Cambodia iaitu ditulis 3 hari lepas balik ke Malaysia untuk bahan rujukkan semua.


Fakta menarik pertama dari akhbar Kosmo bertajuk '
Bau wangi waktu malam cetus tanda tanya' sesuai dirujuk. Kisah dipetik dari Petaling Jaya dimana ada bau wangi yang kuat di beberapa kawasan kebelakangan ini terutama ketika waktu malam dimana ia menimbulkan tanda tanya orang ramai.  Perkara tersebut dibincangkan oleh pengguna media sosial di Facebook di mana ada yang mendakwa terhidu bau seperti bunga yang kuat ketika berada di luar rumah. Dilaporkan ada bau wangi betul sepanjang jalan dari Jalan Dewan Bahasa di Kuala Lumpur sampai jambatan di Petaling Jaya dimana kemudian dikenalpasti ia dari bunga kemboja kuat dakwa penduduk dikenalis sebagai Nurul Amira. Apa pun hasil tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa individu yang mengalami perkara sama dan mereka menganggap ia sesuatu yang misteri. Di Ampang pun ada bau bunga yang dihidu selepas maghrib dan pada pukul 12 malam semasa penduduk baru hendak masuk tidur. Ada penduduk yang berasa dari Terengganu mendakwa dia juga ada terbau wangi sangat dimana dia tidak dapat bercakap ke orang lain sebab bau wanginya sekejap saja dakwa Siti. Bagaimanapun, menurut penduduk lain dakwa bau wangi tersebut bukanlah satu kejadian mistik akan tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku ketika ini iaitu bulan penuh. Selalunya masa ini ada banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’ terutama sekali pada waktu malam dan ia akan mengeluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan ada orang yang dakwa ada roh balik rumah dan sebagainya. Apa pun diberitahu dimana ketika berlaku fenomena ini, bunga-bunga akan kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.


Dalam pada itu sinarharian.com laporkan 'Wanita kantoi curi pokok kemboja RM1,500' juga satu kisah menarik. Dilaporkan dimana ada seorang wanita diberkas polis selepas mencuri pokok bunga kemboja di kedai bunga nurseri di Bandar Botanik di sini pada Jumaat lalu.  Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dimana kes kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu disedari kerani kedai terbabit yang melihat wanita berusia lingkungan 40-an itu berlegar-legar di kawasan nurseri. Wanita itu kemudian memasukkan enam pokok bunga kemboja dianggar bernilai RM1,500 ke dalam keretanya. Pekerja nurseri itu kemudian menahan wanita terbabit dan dia memberitahu akan membayar kesemua bunga yang diambilnya sebelum terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Pihak polis beritahu mereka bertindak hasil maklumat oleh sepasukan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan wanita terbabit Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang kira-kira jam 5.30 petang keesokan harinya. Menurutnya terdapat enam pasu bunga kemboja turut dirampas dalam serbuan itu. Hasil soal siasat suspek mengaku mencuri bunga tersebut untuk dijual semula secara dalam talian. Kes ini disiasat dimana ia juga masih dijalankan dan suspek telah direman empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Fakta mengenai bagaimana '
Bonsai putih berbunga lebat' ada dilaporkan dalam hmetro.com. Dilaporkan bunga yang mempunyai haruman tersendiri iaitu Bunga Kemboja (Plumeria rubra) yang berasal dari keluarga Apocynaceae sememangnya popular sebagai flora landskap. Sering ditanam di persekitaran rumah, pokok tahan lasak yang mudah dijaga ini kelihatan menarik apabila sifat fizikalnya yang rimbun dengan daun hijau dan mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti merah jambu, kuning serta putih. Di sebalik keupayaannya tumbuh mencecah tujuh meter, pokok bunga kemboja turut menjadi pilihan popular untuk dijadikan bonsai. Penggemar dan pengumpul bonsai kemboja dikenali Ruhani Zakaria mengakui minatnya terhadap Plumeria rubra bermula sejak tujuh tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Pada awalnya pokok bonsai kemboja menjadi trend di kawasan kejiranan saya sebelum tertarik dengan keunikan bentuk dan warna yang sangat cantik. Ia bermula dengan hanya menjaga sepohon bonsai kemboja dan dia kini saya memiliki lebih 80 bonsai kemboja, tidak termasuk anak pokok daripada koleksi yang dijaga sebelum ini. Spesies bunga kemboja yang menjadi kegemaran adalah jenis au dom sup kerana kelopak bunga lebih besar malah warnanya merah terang. Pokok ini juga lebih senang dijaga kerana selalunya bunganya akan kembang sepenuhnya. Dia menjadikan pokok bunga ini sebagai hiasan halaman rumah kerana bunganya sering tumbuh lebat sekali gus membuatkan rumah kelihatan berseri meskipun daripada kejauhan. Menurutnya penjagaan bonsai kemboja tidak terlalu rumit sebaliknya ia hanya perlu disiram setiap hari terutama pada hari panas. Selain itu ada baja kimia khas lambat larut pula digunakan dengan kekerapan tiga bulan sekali. Dia tidak pernah mengikuti kelas atau kursus berkaitan bonsai kemboja, Ruhani mengakui ilmu penanaman dimilikinya hasil daripada pengalaman sendiri, selain meminta bantuan anak bagi mendapatkan tip penjagaan menerusi perkongsian blog, artikel dan Internet. Berkongsi cabaran penanaman dan penjagaan bonsai, pesara kerajaan ini menyifatkan serangan ulat beluncas dan ulat gonggok musuh utama namun ia dapat dikawal melalui penukaran tanah serta pemantauan berterusan. Antara faktor seperti cuaca juga perlu dititik beratkan terutama di Kelantan yang sering mengalami musim tengkujuh. Apabila tanah menjadi terlalu lembap, ia tidak bagus untuk kesuburan akar bonsai kemboja. Sebagai penyelesaian dimana dia akan membuang bahagian akar yang memburuk, kemudian menjemur pokok itu sehingga akarnya kering. Apabila sudah kering maka barulah dia akan menanam semula pokok itu menggunakan tanah baru. Antara masalah utama dalam penjagaan bonsai kemboja adalah serangan ‘mealy bug’ (koya-koya) yang menyedut air di bahagian batang pokok, seterusnya membuatkan pokok mati dengan cepat malah kudup bunga juga tidak sempat kembang cantik. Apa pun jika masalah ini dikesan lebih awal, selalunya saya akan mengutip serangga perosak itu. Menyifatkan yang koleksi bonsai kemboja adalah peribadi dimana wanita ini tidak menafikan sepanjang proses bonsai adalah rumit kerana dahannya mudah patah dan batangnya sukar membentuk sekata gara-gara terlebih air. Proses pembentukan bonsai seeloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana batang lebih mudah dibentukkan. Sebaiknya peminat bonsai perlu peka dengan cuaca dan suhu sekeliling terutama pada musim kemarau dan tengkujuh.


Akhbar sama melaporkan '
Nuramnani, gadis pemakan bunga' yang agak unik faktanya untuk dikongsikan kali ini. Kisah dari Kuala Lumpur laporkan dimana rutin untuk menikmati nasi bersama ulam seperti petai dan ulam raja menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat Melayu. Namun ini berbeza bagi gadis berusia 26 tahun ini apabila bunga menjadi pilihannya untuk dinikmati bersama nasi sebagai ulam. Menurut Nuramnani M Khairi dimana dia mula mencuba makan bunga sebagai ulam sejak Mei tahun lalu selepas menonton seorang Youtuber Indonesia memakan bunga (Sila lihat foto disebelah). Dia mula rasa ingin mencuba sebab bagi saya makan bunga adalah unik dan tak ramai orang tahu yang bunga sebenarnya boleh dimakan. Selepas mencuba, saya pun tak sangka rasa bunga ini tidak sepelik disangka, tambahan pula dia memang seorang yang gemarkan ulam-ulaman. Baginya rasa semua jenis bunga lebih kurang sama, ada yang tawar dan ada juga pahit seperti sayur. Dia turut berkongsi pengalaman makan bunga di aplikasi TikTok dan ia mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata baru tahu ada bunga yang boleh dimakan. Bagaimanapun ada juga warganet yang selalu akan mempersoalkan kerana khuatir akan kesan yang bakal diterima. Sebenarnya dia ada baca di Internet berkenaan bunga apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Ada lebih 20 jenis bunga yang boleh dimakan dan saya baru mencuba tujuh bunga iaitu mawar, melati, zinnia, kemboja, bunga raya, bunga matahari dan bunga telang. Bunga telang menjadi kegemaran kerana mempunyai kelopak yang sangat lembut. Dakwanya menerusi pembacaannya di Internet, bunga mempunyai pelbagai manfaat seperti mengawal tekanan darah, zat besi dan antioksidan yang tinggi. Selain bunga dia juga terbaca mengenai rumput yang boleh dimakan. Namun, apa pun lebih baik kita membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum makan kerana risau juga sekiranya berlaku apa-apa.
Semuga artikel ini memberi fakta berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KEMBOJA... PELBAGAI WARNA...
MALAM HARI... AGAK WANGI BAUNYA....
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL... DAPAT JUGA ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...