Support My Blog

Thursday, September 14, 2023

MAKANAN KUIH DARI UBI KAYU (PART 5)

TANAMAN UBI KAYU
 (Manihot esculenta Crantz) tanaman jenis umbisi yang mana umbisi dan daunnya sudah lama ia    di tanam untuk dijadikanan makanan penting dikalangan masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Ada banyak jenis makanan yang di cipta oleh orang dulu untuk dinikmati dan masih ada dikekalkan sehingga hari ini dimana makanan ini sudah menjadi makanan eksotik dan unik. Hanya sebahagian kecil sahaja individu dan restoren yang masih menyediakan makanan berasaskan ubi kayu sekarang. Tanaman ubi kayu ini selalu 
ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu dalam Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu direkodkan seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar yang mampu menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel sebanyak 5 segmen ini ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa resepi makanan atau kuliner yang mana  berasaskan kepada ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(14)  PECAL PUCUK UBI TRADISIONAL

Makanan Pecal Daun Pucuk Ubi atau dalam bahasa kampong saya di panggil sebagai 'Pecel Daun Ubi' memang sejenis makanan kegemaran penulis blog dari dahulu sehingga sekarang. 
Makanan ini diketogerikan sebagai makanan sihat berasaskan daun-daun dan ulam sayuran dengan memberikan rasa pedas, manis, lemak, masin, pahit dan semua rasa ada didalamnya. Penulis blog selalu membuat pecel ini dalam 1-2 bulan sekali dirumah kerana bahan membuatnya seperti daun ubi atau daun kangkong ada ditanam dikawasn rumah. Lebih menarik lagi kini sudah ada dijual sambal pecel yang siapguna dijual dengan harga RM15 - RM18 sebungkus untuk beberapa kali hidangan. Makanan ini ada dijual dibeberapa premis dan juga pasar tani dibeberapa lokasi di Johor dan Selangor serta di Melaka. Bahan-bahan untuk membuatnya adalah terdiri daripada 300 gram pucuk ubi yang celur hingga lembut (selalu juga penulis blog tambah daun kangkong dan daun keledek), 300 gram kacang panjang (dicelur), 400 gram timun yang perlu disagat atau dihiris halus dan 300 gram taugeh (celur). Penulis blog selalu tambah dengan tauhu (3 keping digoreng dan dihiris nipis), Tempe (di goreng dan potong nipis) dan juga sengkuang (dihiris). Bahan untuk sambal atau kuah pecal adalah terdiri dari 350 gram kacang tanah, 15 biji cili kering (jika suka pedas boleh tambah cili padi), 3 ulas bawang putih, 10 biji bawang merah, 4 ketul isi cekur, 3 cm belacan (kalau tidak masukkan pun boleh), 1 sudu teh pati asam jawa, 3 cawan air panas suam, garam, gula, perasa pilihan dan juga minyak. Cara menyediakan dengan menggoreng kacang tanah hingga masak dan tumbuk hancur tetapi tidak terlalu lumat. Goreng cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan. Kemudian tumbuk atau kisar bahan gorengan tadi bersama isi cekur hingga halus. Cara menyajikan pecel ini dengan mencampurkan kesemua bahan daun-daun dan lain-lainnya kkedalam pinggan dan tuangkan kuah pecel sehingga sesuai dan digaul rata. Jika suka kuah pekat maka ia perlu ditambah air dan penulis blog suka makan bersama nasi putih.


(15)   GULAI LEMAK PUCUK UBI

M
akanan kategori sayuran ini merupakan sejenis kuliner yang paling sering penulis blog nikmati setiap bulan. Apa tidaknya ia selalu di masak dirumah kerana pokok ubi pulut yang ada ditanam di keliling rumah perlu diambil daunnya setiap 2 minggu apa lagi ketika musim hujan. Memang mudah dan tidak sudah memasak makanan yang enak dimakan dengan nasi panas. Apa pun selalunya hodangan ini ada di jual di banyak restoren dan kedai makan diseuruh negara walau pun cara olahan dan resepinya agaj sedikit berlainan, Jangan terkejut jika kuliner ini juga selalu di jual di Bazaar Ramadan setiap tahun. Bahan yang dperlukan adalah 1 cekak daun ubi (ambil daun pucuk muda sahaja), 500gm daging lembu dihiris nipis, 1 liter santan,1 keping asam jawa, 2 batang serai yang dititik, garam dan gula secukup rasa. Bagi ramuan kisar diperlukan bahan 15 biji cili padi dan 4cm kunyit hidup. Cara menyediakan dengan ambil daun ubikayu dan direbus sehingga empuk dan diperah untuk toskan airnya dan disimpan. Kemudian perlu untuk memasukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata. Renehkan di atas dapur dengan api yang sederhana dan dimana setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau. Sebaiknya selepas lima minit boleh pula masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor. Tutup periok dan kawal api dan apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut maka boleh di perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


(16)   RENDANG PUCUK UBI


Makanan yang berasaskan daun ubi yang semakin popular adalah dinamakan sebagai 'Rendang Pucuk Ubi'
Makanan ini memang setanding dengan rendang yang lain kecuali kos membuatnya jauh lebih murah kerana bahan asas daun ubi mudah diperolehi secara percuma jika berbanding bahan daging. Ia juga sesuai dimakan begitu sahaja atau pun di makan dengan nasi putih. Pada penulis blog yang pernah beberapa kali memasaknya dirumah dimana ia menggunakan bahan iajtu 2 ikat pucuk ubi yang mesti di bersihkan, 1/2 kg santan pekat, 3 keping asam gelugur, 5 batang serai yang dititik, garam dan gula secukup rasa. Bagi bahan kisar halus disediakan iaitu 100gm ikan bilis, 2cm kunyit hidup, 10 ulas bawang merah dan juga 10 biji cili api. Cara menyediakannya adalah dengan memanaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya. Seterusnya dimasak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi. Perlu dikacau selalu sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing. Apabil asudah masa makan ia boleh diangkat rendang tersebut dan sudah siap untuk disajikan dan enak dimakan dengan nasi putih juga. Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM UBI KAYU... MUDAH SAHAJA....
UBI DICABUT... DIBUANG KULITNYA...
PELBAGAI KUIH... ENAK KESEMUANYA...
KALAU TERINGIN... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...