Support My Blog

Saturday, September 9, 2023

POKOK DOLAR - PENYEBAB LEUKIMIA?

TANAMAN DOLAR atau POKOK DOLAR (Zamioculcas zamiifolia) di viralkan sebagai penyebab kepada penyakit Leukimia yang memang sudah menjadi satu  laporan viral. Penulis blog merujuk kepada portal berita dari negara jiran Indonesia yang memang ada banyak membuat laporan mengenai kisah ini berbanding laporan sama yang agak kurang didalam sosmed di Malaysia. Mereka telah merujuk kisah dan penjelasan dari Dekan Fakulti Pertanian Universitas Putra Malaysia (UPM) Prof Ghizan Saleh menyatakan tanaman ini termasuk ke dalam kumpulan Araceae (Ubi-ubian atau Umbisi) dengan dimana ia didakwa tidak pernah terbukti menyebabkan masaalah kanser atau leukimia walau pun ada kalangan orang mendakwa memang ada pula bahagian tumbuhan ini yang memang ia beracun bila ditelan. Racun ini hanya boleh sahaja menyebabkan masaalah seperti keradangan (iritatition) dan juga gatal-gatal pada kulit dan juga bahagian lain. Dirujuk hasil penyelidikan daripada Pihak.  Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Indonesia dikenali aitu Deden Mudiana pula menjelaskan  iaitu racun dari tanaman tersebut berasal dari kandungan unsur kimia yang dikenali sebagai Oksalate  yang berada didalam tumbuhan tersebut. Kajian menunjukkan dimana bahan unsur Oksalate itu bukanlah sejeis bahan jenis karsinogenik (carsiogenic) yang menjadi penyebab kanser. Penulis blog membuat rujukkan dibeberapa media negara jiran dimana tumbuhan ini ada banyak dibincangkan sebagai berita tidak benar' atau 'hoax' sahaja dan peliknya ramai yang kebanyakannya merujuk kepada saintis kita dari UPM yang mana ia memang kurang berkaitan dengan dakwaan tersebut. Apa pun artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa laporan media dari negara jiran Indonesia untuk ianya dijadikan bahan bacaan sahaja dan tidak perl untuk diperpanjangkan lagi.


Laporan pertama dari portal media merdeka.com yang bertajuk '
Mitos Tanaman Penyebab Leukimia atau Tanaman Dolar, Ini Faktanya' sesuai untuk ditulis semula agar boleh dfahami  oleh pembaca. Ia disiarkan pada Selasa, 1 November 2022 yang menyatakan dimana tanaman penyebab leukimia bernama Zamioculcas zamiifolia atau tanaman dolar dimana ia sebenarnya hanyalah mitos. Tanaman dolar dilaporkan tidak menyebabkan penyakit seperti leukimia. Seperti yang pembaca blog ketahui dimana penyakit leukimia merupakan kanser darah putih yang mengganggu fungsi sel darah normal. Pakar perubatan telah menyatakan penyebabnya adalah adanya mutasi DNA akan tetapi penyebab yang lebih luas belum diketahui. Apa yang pasti dimana tanaman herba dolar bukanlah sejenis tanaman penyebab leukimia. Tanaman Dolar (Zamioculcas zamiifolia) telah ada selama berabad-abad didunia yang berasal dari Afrika yang tahan kawasan kering (di mana ia mudah tumbuh subur). Beberapa dekad dulu penjajah Belanda yang berada di Afrika Selatan melihat potentsinya Dan memperbanyakan tanaman tersebut dan pada tahun 1996 mulai mendistribusikannya ke seluruh dunia. Tanaman dolar mempunyai daun lebar, agak menarik, daun berwarna hijau tua dimana ia menawarkan banyak sifat yang didakwa menguntungkan untuk pejabat dan rumah. Tanaman dolar ini memerlukan rawatan yang minima serta ia amat toleran keadaan yang kering dan menerima cahaya rendah. Jika diteliti dilihat daunnya yang licin dan berlilin memantulkan sinar matahari dan mencerahkan ruangan dirumah. Tanaman yang dikenal penyebab leukimia ini biasanya tumbuh perlahan hingga ketinggian dan lebar 0.6 - 1 meter. Persoalan tentang apakah Tanaman DolarAdalah Berbahaya memang selalu menjadi topik hangat. Tanaman dolar bukanlah tanaman penyebab leukimia maupun kanser cuma salah satu kelemahan utama tanaman dolar adalah semua bahagian tumbuhan ini memang ianya dilaporkan beracun. Semanjak tahun 2010-an ada desas-desus palsu bahawa tumbuhan dolar ini sangat beracun sehingga tanaman itu menyebabkan kanser dan didakwa ia sangat merbahaya sehingga mereka tersentuh dengan cara memakai sarung tangan semasa memegangnya akan akan bermasaalah. Sebenarnya tumbuhan ini beracun tetapi tidak bersifat kanser. Makan tumbuhan ini tentu tidak boleh dan sebaiknya sentiasa ia dijauhkan daripada gigitan haiwan peliharaan dan kanak-kanak. Kalau terkena sebaiknya dengan segera dicuci dengan air bersih secepat mungkin. Ada kes dimana jika tanaman ini terkunyah atau ditelan maka gejalanya dapat menyebabkan rasa terus sakit atau seakan rasa terbakar dan membengkak pada bibir, mulut, lidah dan tengkorok.  


Bagaimana pun paling penting adalah bagaimana c
ara merawat jika terkena dengan sentuhan getah dari Pokok Dolar. Sebaiknya cara merawat pokok dolar atau ada mereka yang pernah disebut sebagai tanaman penyebab leukemia tersebut pun tidak sesusah seperti apa yang dibayangkan. Adalah dinasehatkan agar pemilik tumbuhan ini tidak perlu untuk menyiramnya pada setiap hari dimana sesuai disiram 2-3 hari sekali. Tanaman ini juga merupakan pilihan tepat bagi mereka yang tidak mahu susah payah menjaga tanaman ornamental atau tanaman hiasan tetapi ia berikan penampilan yang cantik dan menawan. Sebagai petua sebaiknya dijauhkan atau dihindarkan pokok ini dari paparan sinar matahari secara langsung. Cuba letak pokok ini dikawasan yang ada ruangan dengan suhu 15 - 24 darjah Celsius dimana ini betujuan bagi menghindarkan agar tanaman dari suhu yang tinggi. Tidak banyak yang mampu bicara mengenai manfaat Tanaman Dolar ini secara saintifik. Apa punn selain untuk mempercantikan ruangan dalam rumah dimana tumbuhan hijau ini yang didakwa sebagai penyebab leukemia tetapi masih ada manafaatnya. Pokok dolar didakwa memang dapat menjaga kualiti udara dalam rumah sehingga tanaman ini cukup tepat untuk diletakkan di dalam rumah terutaa dikawasan yang sesak. Ia akan menjadi sejenis tumbuhan yang.  menginginkan konsep rumah dengan suasana penyejuk semulajadi. Selain pokok ini ramah dengan keadaaan persekitaran dimana ia juga dapat menjimatkan kos letrik yang selalu digunakan untuk menyerikan kawasan rumah.  Caranya pun sederhana iaitu dengan meletakkan beberapa pokok dolar dengan pasu berbentuk silinder yang cantik di beberapa sudut rumah yang akan berfungsi sebagai pembersih udara semulajadi. Pemilihan bentuk pasu tersebut bukan tanpa alasan kepara pasu atau pot yang berbentuk silinder ini akan dapat meningkatkan kualiti struktur akarnya dan juga struktur batang pada pokok dolar. Selain itu jika diteliti dimana pokok dolar adalah unik dan cantik dimana ia juga mampu menghilangkan beberapa unsur organik yang mudah meruap. Beberapa unsur tersebut antara lain seperti toluene, benzena, etilbenzena sehingga bahan xilena. Memang didapati kegunaaannya banyak dan ia dapat diperolehi daripada sepokok pokok dolar meski dulunya pernah diviralkan dan juga di sebut sebagai tanaman penyebab masaalah leukemia di kalangan orang ramai.


Dalam portal bibitonline.com di paparkan kisah mengenai '
Benarkah Tanaman Dolar Penyebab Leukemia yang Mematikan' juga sesuai ditulis semula. Di laporkan dimana tanaman dolar yang boleh menyebabkan penyakit leukemia dan mematikan banyak diperbincangkan suatu masa dulu. Penyebab oleh tumbuhan ini iaitu mengenai kabar soal bahayanya salah satu jenis tanaman hiasan ini terjadi di laman sosial. Tanaman dolar sendiri adalah tanaman yang cukup sering dijadikan ramai sebagai tanaman penghias rumah. Dikenali dengan nama botani Zamioculcas zamiifolia atau lebih dikenal juga dengan nama Zanzibar Gem, ZZ plant dan di indonesia sendiri dikenal dengan sebutan Tanaman Dolar. Tanaman ini adalah tanaman tropika yang berasal dari Afrika. Kisah virall bagaimana kebenaran kisahnya ini mungkin ada kalangan mereka yang berikan komen sendiri tanpa mereka membuat sebarang rujukkan saintifik yang dapat dipercayai dan hasil kajian saintis. Mereka hanya dengar khabar dan testimoni yang tidak relevan sumbernya. Kisah bagaimana Pokok Dolar ini adalah penyebab leukemia itu tidak benar (Hoax). Berita yang bergerak dan berantai ini cepat menyebar apabila dilaporkan tumnbuhan ini boleh menjadi penyebab serangan penyakit Leukimian seawal Januari 2016 lalu. Selain dari Indonesia ada juga berita viral ini disebarkan di Malaysia. Sumber siapa penyebar pesan juga memang ia tidak jelas kerana kisahnya sudah disebar kepada ribuan orang sama ada melalui laman facebook, whatapps, twitter, tik-tok dan sebagainya. Dalam satu laporan dinyatakan dimana tanaman jenis ini menurut Ghizan Saleh tidak pernah terbukti ianya akan menyebabkan kanser atau leukimia, meskipun memang ada bahagian yang beracun bila ditelan. Racun ini bisa menyebabkan iritasi dan gatal-gatal. Penyelidikan lanjut perlu dilakukan tentang efek yang sebenarnya dari tanaman ini, Dalam pada itu merujuk kepada satu lapooran dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai soal adanya dua saintis mereka yang dikabarkan meninggal terkena kanker karena meneliti pohon dolar adalah Laporan Tidak Benar!. Pihak USM membantah berita tersebut dan meminta para pengguna media sosial untuk berhenti menyebarkan berita yang tidak terverifikasi oleh mereka. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ini, Wasllam!!...
POKOK DOLAR.... KURANG KEBNALNYA...
POKOK HIASAN... HIJAU WARNA DAUNNYA...
VIRAL PENYAKIT... PUNCA BAGI LEUKEMIA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIBUAT SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1444H).
Posted from
Amphera Bridge
Sg Musi, Palembang, Sumatra.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...