Support My Blog

Saturday, September 16, 2023

SEMUT API DAN FAKTA MENARIK

SEMUT API (Fire Ants) merupakan sejenis semut dari keluarga Formicidae dan termasuk dalam genus Solenopsis merujuk kepada semut yang lazimnya ia berwarna bewarna merah dan mampu mengigit mangsanya. Keunikan semut api adalah dimana gigitannya amat menyakitkan yang dikaitkan dengan gelaran sebagai 'semut api' sebab tahap kebisaan gigitannya seperti dibakar api. Pengalaman penulis blog sendiri dimana akibat kena gigitannya mampu menyebabkan tempat yang pernah digigit sehingga berair dimana bagi mereka yang mempunyai alahan pula boleh menyebabkan mata dan telinga berdarah dan perlu mendapatkkan rawatan. Apa pun ciri fizikal semut api ini adalah mengikut habitat asal tempat tinggalnya. Semut kecil ini lazimnya mempunyai saiz ukuran panjang semut kasta pekerjanya mencapai 3 mm dan ukuran panjang ratu semut mencapai 6 mm.  Biasanya jenis semut ini berwarna coklat atau agak kemerahan. Serangga ini biasanya hidup dalam koloni dengan jumlah koloni boleh ia mencapai shingga 100,000 ekor semut.  Setiap koloni semut api akan dipimpin oleh ratu semut yang kerjanya akan hanya menghasilkan telur antara 150 - 200 telur setiap hari. Semut api membuat sarangnya didalam tanah atau lokasi lain yang sesuai dimana timbunan tanah tingginya dapat mencapai hingga 2 kaki. Selalunya timbunan busut setinggi tersebut akan dibuat di tempat yang terbuka dan terkena sinaran matahari. Semut api secara semuljadinya akan mampu untuk ia menyengat binatang dan juga manusia bertujuan untuk pertahanan dari menganggunya dan berbisa. Sengatan dari semut api tersebut terasa menyakitkan sehingga mangsa akan melarikan atau menjauhkan dari sarangnya. Antara spesies dari genus ini dapat diidentifikasi menggunakan mikroskop untuk mengetahui ciri-cirinya. Marfologi semut api sama dengan semut lain iaitu iai mempunyai 3 segmen terdiri dari kepala, thorax dan abdomen. Apa pun jika diteliti dilihat yang bahagian pinggang antara perut dan dada dapat dilihat dengan jelas. Semut api juga ia mempunyai sepasang antena dimana antena ini mempunyai 10 segmen. Apa pun diperiksa dimana jenis semut ini tidak memiliki gigi atau propodeal. Jika didalam rumah ada semut api sebaiknya ia perlu di hapuskan dengan pelbagai cara atau boleh mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat kawalan serangga perosak komersial bila-bila masa saja. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info menarik mengenai fakta semut api untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca diluar sana.


Kalangan orang awam ada yang sudah mengenali sama ada ia semut api atau ia bukan jenis semut api setelah semut ini sudah mengigit dan terasa akan tahap kesakitannya. Ada laporan dimana semut api yang menakutkan atau 'Semut Api Merah' akan mempertahankan sarang mereka secara agresif dimana ia boleh menyengat secara berulang kali. Racunnya boleh menyebabkan sensasi atau rasa sekan 'terbakar' dan diikuti dengan rasa gatal yang teruk. Bagaimana pun dalam kes-kes tertentu ia jarang berlaku ia berkemungkinan boleh mencetuskan reaksi alergi yang mengancam nyawa jika jumlah gigitannya sangat banyak ditempat yang sensitif. Semut api merah boleh meletakkan mangsa sama ada manusia atau haiwan peliharaan berisiko apabila ia datang mengigit dimana kehadirannya akan memberi kesan kepada populasi hidupan lain. Perlu wasada jika disekitar rumah atau reban ternakan mempunyai semut api yang perlu di hapuskan atau dimusnahkan. Bagaimana pun sebenarnya kehadiran serangga semut adalah ia didakwa ada peranan penting dalam ekosistem dan sebaiknya dielakkan dari terus mahu membunuh jenis semut yang berfaedah. Apa pun penting mengenalpasti jenis semut api merah yang mengancam dimana ciri-cirinya dapat dikenali. Cara mudah untuk pembaca membezakan Semut Api dari Semut-semut lain asasnya dimana semut api merah (jenis tempatan atau import) ini dilihat ia mempunyai dua nod pada "pinggang" yang terhad antara toraks dan perut. Antena semut api ini (genus Solenopsis) terdiri daripada 10 segmen dengan kelab dua segmen. Daam pada itu lazimnya semut pekerja semut berukuran 1.5 mm - 4 mm tetapi ia juga mengikut kasta. Warna. Semut api merah yang diimport merah coklat dimana perutnya lebih gelap daripada seluruh tubuh. Bahagian kepala semut api merah tidak akan lebih besar daripada bahagian abdomensnya disemua kasta pekerja apa pun. Lazimnya sarang semut api hidup di bawah tanah iaitu dalam terowong dan ruang yang mereka bina. Apabila keadaan sesuai untuk pembiakan maka koloninya akan memperluaskan sarangnya di atas tanah. Melihat pembinaan busut atau timbunan tanah akan dapat membantu dalam mengenal pasti sarang semut api merah jenis diimport. Busut kecil sarang semut api import cenderung dibina dari tanah yang longgar dan rapuh. Sarang semut api import merah biasanya berukuran 18 inci garispusat akan tetapi selalunya agak kecil. Semut api ini akan membina tumpukkan tanah di lokasi terbuka dan cerah. Lazimnya apabila tumpukan itu terganggu maka brood putih akan kelihatan sebagai larva untuk diselamatkan dahulu. Larvanya dan pupaenya juga mungkin kelihatan seperti biji beras putih di dalam tanah. Kelakuan Semut Api dilihat melalui tingkah lakunya dimana ia akan cuba mempertahankan sarangnya secara agresif. Apa un sebarang gangguan sarang akan menimbulkan tindak balas yang cepat, dengan berpuluh-puluh pekerja semut api datang menyerang dari sarang untuk melakukan pertempuran. Semut api biasanya akan memanjat permukaan mangsa iaitu menegak apabila terganggu. 


Mungkin kalangan pembaca blog ingin tahu d
ari mana semut api datang?. Apa pun penulis blog dapati kajian saintis yang menyatakan selalunya semut api secara semulajadi memang ia lebih memilih untuk tinggal di kawasanluar rumah (outdoor) yang dilakukan untuk menghindari gangguan dari manusia dan serangga lainnya yang umum berada di dalam rumah. Jika ia hadir dengan jumlah banyak dan menggigit ahli keluarga akan menyebabkan kesengsaraan kepada seua apa lagi kalau yag digigit itu kanak-kanak atau bayi. Dalam kes ini apakah makna jika ada banyak semut merah dalam rumah?. Sebenarnya ada kes-kes seperti ini memang jarang berlaku tetapi ada kalanya memang terdapat rumah yang ada banyak semut api (Sila lihat foto disebelah). Walau pun kes ini jarang namun semut api juga dapat masuk ke dalam rumah untuk mereka mencari makanan, air dan tempat berlindung. Penyebab adanya semut api di rumah umumnya disebabkan oleh faktor keadaan cuaca di kawasan liar rumah seperti berlaku cuaca amat panas yang ekstrim, musim kemarau berpanjangan atau semasa berlaku hujan yang arusnya sangat deras. Kemudian koloni semut ini akan memasuki rumah melalui celah, retakan atau lubang kecil yang terdapat pada lantai, dinding atau melalui pintu atau tingkap rumah. Antara tanda yang paling jelas kehadirnan semut api dirumah dengan melihat ia bergerak atau merayap beberapa ekor dimana sahaja atau berkumpulan. Periksa seterunya di bahagian uarrumah jika sudah ada kelihatan tumukan atau busut kecil taah berubang seperi sarang semut api. Paling mudah jika ada tanah peroi seperti busut kecil berpasir dicelah-celah tumbuhan atau rumput. Jika dilihat dimana timbunan tanah sarang semut api dapat mencapai 18 cm iaitu ia bergantung pada usia, ukuran koloni, jenis tanah, dan lokasi sarang yang mereka pilih. Tidak seperti sarang spesies semut umum lainnya apabila timbunan tanah sarang semut api tidak memiliki lubang di bahagian tengah atas sarangnya. Sebaiknya dinasihatkan agar tidak terus ambil cangkul dan mencuba untuk merosakkn timbunan sarang semut api. Perkara ini disebabkan ia hanya akan memicu ratusan semut merah kecil gatal yang lain akan bertindak dengan lebih agresif untuk keluar dari sarangnya dan kemudian ia akan menyerang atau masuk kedalam rumah pula.  Memang semua orang tidak mahu akan kehadiran semut api dikawasan rumah atas risiko gigitannya.


Ada beberapa kali penulis blog ditanya a
pa penyebab rumah banyak semut api dan menganggu penghuninya. Lazimnya dilaporkan dimana semut api dikenali sebagai sejenis semut yang lebih agresif dan berbahaya dibandingkan dengan spesies semut lain. Penting untuk mengetahui apakah daya penarik bagi seut dan semut ap untuk datang dikawasan erumah atau pun ddalam rumah. Faktur dan penyebab apakah yang ternyata menjadi daya tarik atau penyebab banyak semut api di rumah. Kedapatan simpanan makanan manis dan berminyak memang faktor penarik semua jenis semut untuk di ambil sebagai makanannya. Semut api selalu memburu makanan untuk membesarkan koloninya. Memang jenis semut ini dikenali sebagai serangga omnivora dimana ia lebih memilih makanan manis, berminyak dan berprotein tinggi yang mana mereka jumpa di dapur, di ruang makan dan juga di tempat pembuangan sampah didalam atau diluar rumah. Ini selalunya memudahkan semut api masuk kedalam rumah jika terdapat banyak rekahan atau lubang-lubang kecil untuk laluannya. Dengan ukuran saiz semut api yang kecil ini membolehkan ia mudah bergerak kemana sahaja didalam rumah. Lubang atau celah pada di dinding bahagian luar membolehkan semut api cukup kecil mampu melaluinya keluar masuk dan berantai jika ada makanan (Sila lihat foto disebelah). Jadinya bukan menjadi masalah besar bagi semut kecil ini untuk masuk ke dalam rumah iaitu melalui lubang kecil di dinding luar. Bahkan lubang di dinding yang berasal dari salutan kabel utiliti dapat memberikan ruang laluan bagi semut ini merangkak diruang semmpit yang cukup untuk dilalui semut api. Semut api apa yang penulis blog pernah belajar dulu memang ia tidak selalu memerlukan tanah untuk tempat bersarang yang sesuai. Apa pun semut ini sebenarnya ia memerlukan keadaan sekitar yang ada nilai kelembaban tinggi untuk bertahan hidup. Semasa semut mencari sumber kelembaban dimana ia akan menuju tempat-tempat yang seringkali lembab seperti atap atau rongga dinding rumah. Secara asasnya semut api tertarik pada benda yang memiliki aroma keringat sepeti longgoksn bsju kotor yang ada peloh dimana ia menjawap kenapa ada banyak semut api yang sering muncul untuk mencari makan di dekat bakul baju cucian kotor selepas bersukan. 


Bagaimana cara mencegah semut api datang dirumah akan menarik untuk dikongsikan. 
Merujuk pada beberapa alasan atau penyebab banyak semut api datang kerumah penulis blog percaya ramai yang berfikir apakah yang dapat dilakukan sebagai langkah awal untuk mencegah semut api datang ke rumah. Pertama adalah dengan sentiasa membersihkan meja dan lantai dapur atau ruang makan dari tumpahan kerana sisa makanan dan minuman manis menarik kedatangan semut. Juga cara dalam menyimpan makanan dalam bekas yang tertutup rapat. Boleh juga kawal sisa pembuangan sampah sisa makanan dimana sebaiknya jauhkan tong sampah rumah semalaman. Disyorkan untuk embeli jenis tong sampah yang ada penutup rapat agar menyukarkan semut api mengesan akan keberadaan sumber makanan manis dan berminyak dari plastik berisi sampah. Bataskan akses semut api masuk ke dalam rumah dengan cara menutup lubang bawah pintu dan menutup semua lubang di dinding rumah menggunakan ga atau plaste atau yang ada dijual di DIY. Periksa juga keadaan tangki atau paip air di sekeliling rumah kerana jika ada kebocoran yang menyebabkan kelembapan tanah akan disukai oleh semut api untuk membuat sarang.  Amalan mencucui dengan segera pakaian kotor yang banyak peluh juga mengurangkan risiko kedatangan semut api. Jika ada pakaian lembab pun akan menarik semut api untuk datang dan sebaiknya sentiada disimpan dalam keadaan sangat kering. Kalau sudah nampak ada semut api di rumah maka langkah terpenting adalah bagaimana cara mengusir semut api dari rumah. Kalau mempunyaii duit makanpanggil sahaja Syarikat Pengawal Serangga seperti Rentokill dan sebagainya yang mudah mendapatkan perkhidmatannya.  Hasil dari pengalaman penulis blog syarikat ini juga paling efektif dalam mengawal anai-anai dan boleh untuk kawal semut api juga dengan pakej murah, sedrhana dan pakej jangkapanjang (mahal juga). Syarikat-syarikat seperti ini lazimnya akan menggunakan kaedah kawalan semut api dengan selamat dan berkesan. Jika kurang mampu makan boleh bertanya rakan dan sesiapa sahaja yang ada pengalaman cara pengawalan semut api dirumah dan ikut nasehat mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!..
SEMUT API... APAKAH FAKTANYA...
MENGIGIT BISA... RAWAT SEGERA...
DIKAWASAN RUMAH...PERIKSA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precnt 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...