Support My Blog

Monday, September 11, 2023

MAKANAN KUIH DARI UBI KAYU (PART 2)

TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz) tanaman jenis umbisi yang mana umbisi dan daunnya sudah lama ia    di tanam untuk dijadikanan makanan penting dikalangan masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Ada banyak jenis makanan yang di cipta oleh orang dulu untuk dinikmati dan masih ada dikekalkan sehingga hari ini dimana makanan ini sudah menjadi makanan eksotik dan unik. Hanya sebahagian kecil sahaja individu dan restoren yang masih menyediakan makanan berasaskan ubi kayu sekarang. Tanaman ubi kayu ini selalu ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu dalam Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu direkodkan seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar yang mampu menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel sebanyak 5 segmen ini ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa resepi makanan atau kuliner yang berasaskan kepada ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(5) GETUK UBIKAYU

Mungkin makanan 'getuk ubikayu' tidak ramai pembaca blog ini yang tidak pernah dengar atau mengenalinya. Bagi penulis blog makanan ini memang sering dapat di nikmati semasa dikampong di Muar, Johor iaitu dikalangan masyarakat Jawa disana. Bagaimana pun kini ada beberapa kali penulis blog jumpa makanan ini dijual di pasar tani, bazaar ramadan dan juga di majlis keduri kahwin juga. Makanan Getuk ini sudah ada yang disesuaikan dengan sedikit pilihan masa kini. Bahan untuk membuat getuk adalah 5-6 ketul ubi kayu saiz sederhana, 1 biji kelapa muda parut, 1 cawan gula (boleh tambah kalau rasa kurang manis) dan juga1 sudu kecil garam. Bagi bahan untuk dijadikan bancuhan tepung untuk salut luar getuk perlu disediakan bahan 1 biji telur, 1 cawan tepung beras, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan sedikit air serta bahan minyak untuk menggoreng. Cara membuatnya agak sedikit sukar kalau kali pertama mencubanya. Mulakan dengan mengupas ubi kayu dan basuh hingga bersih. Ubi ini kemudian direbus hingga ubi menjadi empuk dan sebaiknya jangan rebus sampai lembik. Bila sesuai diangkat dan toskan dan perlu disejukkan dahulu. Langkah seterusnya adalan mengetuk atau menumbuk ubi yang direbus tadi sehingga hancur. Amalan terbaik adalah sambil-sambil ketuk perlu dibuang urat-urat ubi kayu. Kemudian dimasukkan gula, kelapa parut dan garam kedalam adunan dan digaul hingga ia betul-betul sebati. Langkah seterusnya adalah membentuk adunan dengan menguli bulat-bulat adunan ubi tadi. Saiz bulatan getuk ini mengikut selera masing-masing. Dalam pada itu boleh disediakan adunan bahan salutan. Caranya dengan mengacau telur terlebih dahulu dan dituang ke dalam adunan tepung, kunyit dan garam dikacau rata. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat dan pastikan adunan tidak cair dan juga tidak terlalu pekat. Seterusnya di salutkan bebola ubi tadi dengan adunan tersebut dan pastikan ia disalut rata. Kemudian dipanaskan minyak dalam kuali dan goreng bebola ubi getuk ini sehingga ia berwarna keemasan dan angkat serta ditoskan. Enak dimakan semasa suam panas. 


(6) KUIH TALAM UBIKAYU

Pada penulis blog kuih ini juga antara jenis kuih tradisional yang enak dan sering membelinya. Kuih talam ada banyak jenis yang saya ada menulisnya dalam beberapa siri artikel sebelum ini (Sila klik disini) dan lain-lainnya. Kuih ini sering dihidangkan semasa jamuan kenduri kendarat dan juga ada dijual di kedai makan dikawasan kampong. Bahan untum Bahagian Bawah kuih ini (Warna Gelap) terdiri dari 3.5 cawan ubi kayu yang diparut atau dikisar dengan blender, 1.5 cawan santan kelapa, 1 cawan gula merah, 0.5 cawan gula pasir, 1 sudu kecil garam halus, 0.5 cawan air dan sehelai daun pandan disimpulkan. Cara memasaknya dengan mana ubikayu dibersihkan dan dikisar halus dan diperah dengan tuala atau kain nipis yang bersih untuk buang air pahitnya. Ambil sekali sagunya yang ada termendap di bawah air kembali dimana dilihat hasilnya dari bahan ubikayu ini menjadi kering sedikit. Kemudian masak 1/2 cawan air bersama gula merah, gula pasir, garam halus dan daun pandan yang disimpul atas api sekejap hingga mendidih atau hingga gula cair. Biarkan suam sikit dan tapiskan ke dalam ubi tadi. Jangan lupa masukkan juga bahan sagunya. Kemudian dimasukkan santan dan kacau hingga sebati.  Masukkan ke dalam loyang 10 inci/ 26cm yang telah disapu dengan sedikit minyak dan diratakan adunan dengan senduk dan kukus selama 25 minit. Proses kedua adalah memasak atau sediakan Bahagian Atas atau Kepala Santan dengan bahan terdiri dari 1.5 cawan tepung gandum, 2 sudu besar tepung ubi kayu, 3.5 cawan santan pekat dan 1.5 sudu kecil garam halus. Cara memasaknya denga mencampur semua bahan dan kacau hingga sebati agar adunan tak berbiji-biji. Tapiskan atas adunan ubi yg dikukus tadi perlahan-lahan. Seterusnya di kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak. Buka penutup kukusan dimana sekiranya ada air wap atas kuih maka di sengetkan loyang bagi keluarkan air dulu. Kemudian kukus 5 minit lagi tanpa penutup kukus dan ia bertujuan untuk pemukaan kuih tu cantik dan lambat basi. Kemudian disejukkan dulu dan kemudian baru elok dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sikit minyak. Petua dimana sebaiknya dibalut penutup pengukus dengan kain atau tuala bersih bagi mengelakkan air dari menitik atas kuih kerana kuih nanti tidak cantik. Kalau guna penutup kaca tidak perlu bungkus dan hanya sengetkan penutup setiap 10 minit.


(7) KUIH ULAT SUTERA

Mendengar namanya memang unik dan mungkin ada yang belum pernah ujirasa atau mencuba makan. 
Kalau mendengar perkataan 'Ulat' memang agak geli dan takut untuk memakannya tetapi bila melihat hidangan ini depan mata pasti cepat naik selera. Bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini adalah 1kg parutan ubi kayu (dari ubi kayu dibuang kulit dan perlu di belah 2 dan cabutkan tali dalamnya dan kemudian rendam dalam air 3-4 jam. Sebaiknya ditoskan sebelum diparut), 70g gula pasir, 50g tepung ubi kayu, 200ml santan pekat segar, 1/2 sudu teh garam dan beberapa pewrna yang disukai (merah, hijau, kuning, putih dll). Bahan untuk dijadikan salutan ulat adalah terdiri daripada 1 mangkuk besar kelapa parut muda yang perlu digoreng dalam kuali tanpa minyak 2 minit, Kacang tanah yang perlu digoreng dan kemudian ditumbuk kasar. Cara membuat kuih ini dimana ubi kayu parutan tadi perlu ditapiskan sampai kering air (ingat agar air tapis jangan buang). Simpan dalam mangkuk dan tunggu 20 minit. Seterusnya di buang air kuning atas dan tinggal tepung putih di bawah kita campurkan dengan parut ubi kayu. Seterusnya adalah menyatukan parutan ubi kayu, tepung, gula, santan dan garam dan digaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada empat bahagian dan kemudian di masukkan pewarna pilihan tadi ke dalam setiap bahagian. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang. Seterusnya memasak dengan mengukus selama 15 minit (kukus dalam 7 minit dan sentiasa lap penutup sekali untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas talam). Apabila sudah masak maka kuih ini boleh diangkat dan tunggu sejuk. Potong jalur memanjang dan kemudian ia digolekkan di dalam kelapa parut. Akhir sekali adalah perlu dimasukkan ke dalam pinggan dan tabur dengan kacang tanah dan bijan dan disusun diatas pinggan seakan ulat sutera dan sedia dinikmati. 
Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM UBI KAYU... MUDAH SAHAJA....

UBI DICABUT... DIBUANG KULITNYA...
PELBAGAI KUIH... ENAK KESEMUANYA...
KALAU TERINGIN... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).

Posted from:
Arrival Gate 11, KLIA,
Sepang, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...