Support My Blog

Tuesday, September 12, 2023

MAKANAN DARI UBI KAYU (PART 3)

TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz) tanaman jenis umbisi yang mana umbisi dan daunnya sudah lama ia di tanam untuk dijadikan makanan penting dikalangan masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Ada banyak jenis makanan yang di cipta oleh orang dulu untuk dinikmati dan masih ada dikekalkan sehingga hari ini dimana makanan ini sudah menjadi makanan eksotik dan unik. Hanya sebahagian kecil sahaja individu dan restoren yang masih menyediakan makanan berasaskan ubi kayu sekarang. Tanaman ubi kayu ini selalu ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di dalam Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu direkodkan seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar yang mampu menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel sebanyak 5 segmen ini ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa resepi makanan atau kuliner yang berasaskan kepada ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(8)   UBIKAYU TUMIS BILIS

Makanan ini memang enak dimakan sama ada di waktu sarapan pagi atau minum petang terutama ketika hujan dan rasa lapar. Penulus blog memang suka makanan ini yang berikan rasa pedas, lemak ikan bilis dan juga kesegaran ubi itu sendiri terutama dimakan ketika ia suam panas. Makanan lazat ini memang mudah menyediakannya asalkan menggunakan bahan ubikayu segar yang baru sahaja dicabit dari kebun di belakang rumah. Mencabut ubi di kawasan tanah gambut adalah lebih mudah daripada mencabut ubi dari kawasan tanah bukit (tanah mineral). Bahan diperlukan untuk menyediakan ubikayu tumis bilis adalah 300gm ubi kayu yang perlu| potong dadu kecil dan rebus empuk, 1/2 cawan ikan bilis (ikan biis mata biru terbaik), 3 tangkai cili kering yang dipotong kecil, 1 biji cili merah yang dihiris, 1 labu bawang besar perlu di mayang halus, 4 ulas bawang putih yang dihiris halus, 1 sudu teh serbuk cili, 2 tangkai daun kari, garam dan gula serta minyak masak. Panaskan kuali dan masukkan untuk menggoreng ikan bilis sehingga garing dan ditoskan. Kemudian dengan cara menggunakan minyak yang sama seterusnya ditumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi. Kemudian dimasukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi. Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng kedalam kuali dan digaul sehingga sebati. Akhir sekali boleh ditambahkan garam dan gula mengikut citarasa dan matikan api. Angkat dan makanan enak ini sedia dihidangkan ketika suam panas. Sesuai juga cara menggoreng dahulu dadu ubikayu sebelum ia ditumis dengan bilis untuk kaedah lain.


(9)   BINGKA UBI KAYU

Siapa yang tidak kenal dengan kuih Bingka Ubi Kayu yang popular dan ia juga selalu dihidangkan semasa jamuan serta ada dijual dibanyak lokasi diseuruh negara. Ia mungkin salah satu kuih tradisional di negara kita yang sudah ad dihidangkan di beberapa hotel-hotel yang popular. Apa pun penulis blog memang suka makan kuih ini yang rasanya manis, lemak dan ada masinnya serta banyak kalorinya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini adalah 800 gram ubi kayu yang telah di sagat dan ditapis airnya, 250g cream cheese, 250g gula, 2 biji telur, 400ml santan dan juga bahan perwarna kuning. Cara membuatnya dimana ubikayu segar dibuang kulitmya dan di parut atau disagat sebelum di keringkan airnya dengan memerahnya. Kemudian didalam bekas lain dipukul cream cheese dan gula sehingga rata dan sebati. Seterusnya dimasukkan telur satu persatu. Masukkan pula ubi kayu yang disagat tadi dan santan sambil kacau hingga sebati. Seterusnya boleh dituang adunan ke dalam loyang yang sudah dipanaskan sebentar di dalam ketuhar (sapu sedikit mentega ke dalam loyang sebelum dipanaskan). Kemudian adunan ini perlu dibakar dalam oven pada suhu 170 Celcius selama 1 jam 30 min sehingga betul-betul masak dan kemudian disejukkan sebelum dipotong. Enak dimakan ketika suam panas dengan minuman kegemaran.


(10)   RENDANG UBI KAYU

Makanan yang disebut rendang lazimnya menggunakan bahan asas dagning lembu, daging kerbau, daging kambing, daging itek dan juga daging ayam serta haiwan buruan seperti kijang rusa, kancil dan sebagainya Memang agak ppelik bunyinya semasa membaca makanan rendang ubi kayu dan campuran lain di paparkan. Makanan ini memang jarang dijumpai apa lagi dijual dimana-mana premis di negara kita. Pembaca blog hanya boleh membaca reepi membuatnya jika ingik ujirasa makanan rendang ubi kayu atau rendang ubi campuran. Bahan yang diperlukan adalah 1 batang ubi kayu, 2 biji ubi keledek sederhana besar, 2 biji ubi kentang, 1 liter santan pekat, 10-15 tangkai cili kering, 8 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 3cm halia, 3cm lengkuas, 2 batang serai, 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu teh jintan manis, garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa. Cara membuatnya dengan mana kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebuskan dulu ubikayu sehingga separuh empuk dan kemudian diangkat, tos dan ketepikan. Ambil cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus. Kemudian di panaskan kuali dan masukkan sebanyak sudu makan minyak di dalam kuali untuk menumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak. Langkah seterusnya adalah memasukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Kemudian di tambah garam dan gula perang secukupnya di mask sehingga sebati dan matikan api. Boleh diambil dan masukkan dalam mangkuk untuk dihidang atau pun dinikmati. Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM UBI KAYU... MUDAH SAHAJA....
UBI DICABUT... DIBUANG KULITNYA...
PELBAGAI KUIH... ENAK KESEMUANYA...
KALAU TERINGIN... KENALAH UJIRASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...