Support My Blog

Saturday, September 2, 2023

SERANGGA AKUATIK DAN KEPENTINGANNYA (Part 2)

SERANGGA AKUATIK
(Aquatic Insects) adalah kumpulan organisma arthropod phyllum kelas Insecta yang kini sudah menyesuaikan diri dengan adaptasi morfologi untuk hidup dalam persekitaran akuatik. Penyesuaian ini boleh hadir di persekitaran akuatik hanya pada peringkat awal hayat atau sepanjang kitaran hayatnya. Pada penulis blog maklumat mengenai serangga asasnya adalah kumpulan haiwan yang paling pelbagai dari segi bilangan spesies, pelbagai morfologi, etologi (perilaku) dan fisiologi. Dilaporkan dimana ada lebih daripada 1 juta spesies yang dijelaskan diketahui mampu untuk memakan pelbagai jenis makanan dan ianya menjadi sebahagian daripada makanan dari pelbagai organisma yang luar biasa. Kepelbagaian haiwan serangga ini telah membawa mereka menjajah hampir semua persekitaran yang diketahui manusia. Kebanyakannya boleh terbang dimana ada yang lain walaupun mereka mempunyai sayap disesuaikan untuk hidup di tanah atau di substrat lain. Ada yang mempunyai adaptasi yang membolehkan mereka berenang, memburu dan jua akan membangun di dalam dan di bawah air. Penulis blog tahu dimana pada umumnya, serangga mempunyai tagmosis atau bahagian badan terdiri dari Kepala, Toraks dan Abdomen. Apa pun di bahagian kepala mereka mempersembahkan sepasang antena, mata kompaun (beberapa mungkin ada ocelli) dan membangunkan struktur buccal (sepasang rahang, sepasang maxillae dan 1 pasang palpa). Serangga adalah terutamanya organisma bersayap dengan mempunyai tiga pasang kaki (6 dalam jumlah). Kebanyakan serangga berada di daratan dan beberapa bentuk (fasa kehidupan) pula ia berada di akuatik atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada kehidupan dan pembangunan mereka dijalankan dalam persekitaran akuatik. Berlaku adaptasi serangga ke persekitaran akuatik dimana secara evolutif, serangga itu berasal dari persekitaran daratan ke perairan akuatik. Organisme ini (kira-kira 30,000 spesies) menemui kolam, sungai dan tasik air tawar yang berpotensi dieksploitasi dan hampir tidak ada persaingan, situasi yang tidak berlaku dalam persekitaran laut. Artikel tengahari ini pada 31 Ogos 2023 saya menulis mengenai kepentingan dan fakta serangga akuatik untuk ianya dijadikan sebagai salah satu bahan rujukkan pembaca blog "Anim Agro Technology" semua yang ditulis semula.


Dalam Part 2 seterunys penulis blog merujuk kepada portal berita bharian .com yang bertajuk '
Serangga akuatik nadi ekosistem alam' yang menjelaskan perkara ini. FOto disebelah tunjukkan bagaimana Wahizatul Afzan menunjukkan antara serangga akuatik banyak terdapat di kawasan perairan dan penting terhadap ekosistem negara. Dilaporkan dimana kewujudan serangga iaitu kelompok haiwan invertebrata adalah bilangan spesies terbanyak di dunia dan mempunyai fungsi penting terhadap ekosistem alam semula jadi dan kehidupan manusia. Dianggarkan lebih 30 juta spesies serangga di seluruh dunia yang belum dikenali dan hanya hampir satu juta spesies yang dikenal pasti dan direkodkan kewujudannya. Serangga ini boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi termasuk di daratan mahupun air. Walaupun kecil, serangga memainkan peranan penting sebagai ejen pengurai, pendebungaan, kawalan perosak serta sebagai makanan kepada haiwan pemangsa yang lain. Ketika ini ada sebanyak 5,000 spesies pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang dan cengkerik, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesis lalat dan nyamuk, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang dan 110,000 spesies lebah, penyengat, tebuan dan semut. Apa pun daripada jumlah itu, serangga akuatik banyak terdapat di kawasan perairan negara yang mempunyai kedekatan dengan nadi kehidupan manusia. Peranan spesies itu penting kerana ia turut dijadikan penanda aras biologi (bioindikator) untuk menguji tahap pH air, suhu air dan tahap pencemaran berikutan ada antaranya sensitif dengan faktor itu. Serangga akuatik yang bernafas di dalam air menggunakan pelbagai cara, iaitu menerusi insang, tiub pernafasan, gelembung udara, plastron dan hemoglobin bergantung kepada spesiesnya perlu dipelihara bagi mengelak kepupusan akibat pelbagai sebab seperti pencemaran sampah sarap dan pembuangan sisa kimia ke sungai. Persoalan apakan manfaat serangga kepada manusia dimana menurut Entomologis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Prof Madya Dr Wahizatul Afzan nyatakan dimana kewujudan serangga akuatik amat penting bagi ekosistem negara. Justeru itu semua individu seharusnya peka dengan kewujudan spesies serangga, selain bersama-sama menjaga alam sekitar supaya dapat mengekalkan jumlah serangga akuatik di dalam badan air (pengumpulan semula jadi air di permukaan bumi dan juga di lapisan atas kerak bumi dikenali sebagai badan air).


Dalam beberapa kajian 
mengenai serangga akuatik sadalah ia penting yang terhadap keadaan di sungai, tasik dan air bertakung untuk melihat kemungkinan berlaku pencemaran air. Serangga akuatik tinggal di badan air seperti tasik, sungai, kolam, lopak air atau mana-mana kawasan yang mana ia mempunyai air bertakung. Walaupun ada serangga akuatik yang berbahaya seperti jentik-jentik yang akan menjadi nyamuk Aedes, terdapat banyak lagi spesies serangga akuatik yang bermanfaat kepada manusia. Serangga akuatik ini berfungsi sebagai ejen pengurai di dalam badan-badan air. Jika ada pohon-pohon atau haiwan yang mati di dalam air lazimnya serangga akuatik ini akan membantu menguraikan menjadi lebih kecil dan seterusnya hancur di dalam sistem pengairan itu. Penting untuk penulis bloh fahami dimana serangga menilai maklumat kualiti air. Dakwa Dr Wahizatul dimana alam sekitar akan penuh dengan bahan-bahan yang telah mati dan mungkin meninggalkan kesan busuk serta kotoran yang banyak. Apa pun serangga akuatik ini juga sebagai bioindikator yang memberi banyak maklumat mengenai kualiti air kepada pengkaji seperti keadaan pH, kelarutan oksigen, turbiditi, tahap pencemaran dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan menilai fiziko-kimia yang dapat memberi bacaan kualiti air pada ketika sampel air atau bacaan diambil di lapangan dimana bioindikator iaitu serangga akuatik yang dijumpai ketika sampel diambil boleh digunakan sebagai perbandingan kualiti air untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh untuk menentukan sama ada berlaku perubahan dalam air sungai, pengkaji akan mengambil sampel air dan melihat komposisi dan kelimpahan spesies serangga akuatik didalamnya. Integrasi parameter fiziko-kimia dan bioindikator dapat memberikan gambaran sebenar kualiti air dengan lebih tepat dan boleh dipercayai.


Serangga akuatik merupakan agen yang menjadi '
Pengukur Kualiti Air' yang signifikan. Terdapat beberapa spesies serangga akuatik yang digunakan sebagai bioindikator termasuk spesies chironomid (diptera), trichoptera, plecoptera, dan ephemeroptera. Selalunya kehadiran larva chironomidae di dalam jasad air biasanya dikaitkan dengan kualiti air yang kurang bersih. Sebaliknya, kehadiran dan kelimpahan EPT (Ephemeroptera, Plecoptera dan Trichoptera) yang tinggi menandakan jasad air itu adalah bersih dan berkualiti. Sama seperti serangga terestrial, serangga akuatik memakan herbivora (tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran) dan karnivor (pada haiwan lain). Serangga akuatik ini adalah organisma yang mempunyai wakil-wakil yang memakan plankton (planktivorous), detritus (detritus) karnivora dan parasit. Ada juga spesies serangga nimfa odonate dan chironomids yang hampir keseluruhannya terhad untuk air yang mengalir perlahan dan dasar sungai yang lembut. Antara contoh serangga akuatik berfungsi sebagai ejen pengurai di dalam badan air (tasik, sungai dan lopak air).  Morfologi dan tingkah laku mereka kelihatan bergantung sebahagiannya kepada saiz zarah daripada substrat di mana mereka menghuni sama ada dalam pasir, kersik, kelodak atau serpihan bergerak di dalam sungai, sungai, pinggir tasik dan kolam. Malah ada dilaporkan dimana menerusi organisme akuatik (serangga) memiliki pengaruh tidak langsung dan serangga terestrial berpengaruh secara langsung terhadap penghasilan tanaman padi. Antara faedah atau manfaat bahan organik itu dapat meningkatkan jumlah kelimpahan dan keanekaragaman serangga akuatik dan memberikan pengaruh positif terhadap performa tanaman serta kompleksiti dalam sebuah ekosistem. Misalnya apabila ada kehadiran dan kelimpahan larva spesies serangga, iaitu chironomidae yang sering dikaitkan dengan pencemaran air di Sungai Perpek mungkin menunjukkan lawatan rumah bot mempunyai kesan buruk kepada habitat akuatik dalam kawasan di Tasik Kenyir.  Ia juga sekali gus dapat menilai tahap kesihatan sumber air di Tasik Kenyir dengan menggunakan serangga air sebagai petunjuk biologi.


Penting di buat kempen kesedaran kepada umum dimana s
erangga akuatik perlu dilindungi. Kajian yang sudah dilakukan dimana ada pencirian habitat serangga akuatik juga akan dapat memastikan habitat terancam boleh dilindungi. Secara umumnya dimana serangga akuatik adalah sangat sensitif terhadap gangguan manusia adalah perlu bagi semua orang untuk memelihara makhluk unik ini supaya generasi akan datang mampu terus menikmati keindahan alam sekitar. Hasil laporan kajian UMT di Tasik Kenyir, Terengganu, Sungai Cacing dan Sungai Perpek dimana ia dilaporkan mempunyai jumlah relatif nimfa Mayfly yang tinggi. Kedua-dua sungai ini memang air mengalir agak deras dimana serangga membantu mendukung tingginya jumlah heptageniidae yang hidup di kalangan rekahan substrat yang stabil seperti batu dan batu-batu di sungai yang mengalir sederhana deras. Serangga itu dianggap sebagai spesies penunjuk untuk ekosistem air bersih dan paling sensitif kepada gangguan alam sekitar kerana haiwan itu hanya boleh mendiami tempat bersih, aliran deras dan habitat air mengalir. Dalam kes lain mungkin perlu ada penjelasan dimana kualiti air tawar yang baik penting untuk manusia dan kegunaan industri. Air tawar adalah ekosistem yang sangat sensitif dimanaia mungkin terjejas berikutan kadar pembangunan yang cepat dan seperti yang kita tahu air tawar perlu dipelihara kerana ia memberi kepentingan kepada hidupan liar, manusia dan juga industri. Oleh itu untuk memastikan kualiti dan kuantiti air adalah mencukupi maka aktiviti pemantauan kualiti air sangat diperlukan untuk mengetahui status semasa kesihatan ekosistem air tawar dengan ipantau secara teratur dan intensif untuk memastikan kesihatan manusia terjamin. Kini kajian terhadap serangga akuatik ini menjadi bidang penting kepada Entomologis, iaitu saintis yang mengkaji serangga daripada pelbagai aspek termasuk tisu hidup atau organ, biologi, ekologi, taksonomi, evolusi serangga dan sebagainya. Dalam kes mengenai Entomologi Gunaan dimana ia juga sebagai cabang kerjaya Entomologis yang banyak membantu bidang lain yang berkaitan. Kawalan Biologi dan serangga perosak dalam pertanian, kajian serangga penyebar penyakit (contoh nyamuk aedes) untuk entomologi perubatan, produk makanan, kosmetik atau perubatan dari hasil penternakan lebah atau kelulut, penentu kualiti biologi (bioindikator) untuk kesihatan ekosistem daratan atau air dan sebagainya. Adalah penting memehami dimana para entomologis ini sangat penting dalam kehidupan manusia tanpa kita sedari atau hargai untuk pemuliharaan alam sekitar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SERANGGA AKUATIK... APA BENDA...
TINGGAL DALAM AIR.. DARATAN JUGA...
BANYAK JENIS... DIJELASKAN CIRINYA...
SUDAH MEMBACA...JELAS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1445H).
Posted from:
KFC, Anjung Tinjau,
KLIA, Sepang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...