KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 7, 2009

TKPM SEKIJANG (Analisa Projek)



PROJEK TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN SEKIJANG, SEGAMAT – Satu Penilaian
(Kertas disediakan untuk Peperiksaan PTK bagi Pegawai Pertanian)

Oleh :
*Hj Mohd Anim bin Hj Hosnan
Senior Agronomist

1. PENGENALAN1.1 Kertas ini disediakan untuk membincangkan pengalaman penulis sebagaiI SATU PENILAIAN dengan membincangkan realiti dan cabaran-cabaran dalam proses pembangunan satu projek Flagship Jabatan Pertanian iaitu Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau dikenali sebagai TKPM di Sekijang Segamat, Johor. Penulis memulakan projek TKPM Sekijang bermula dengan aktiviti membuka hutan sehingga berjaya mengeluarkan hasil. Beberapa perkataan yang dikaitkan dengan huruf TKPM ialah seperti “ Tempat Kumpul Petani/pegawai Masaalah” dijadikan cabaran oleh penulis ianya tidak benar dan kertas ini membincangkan bahawa ianya merupakan satu projek Jabatan yang menjadi satu imej kepada Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia .

1.2 Konsep pembangunan TKPM adalah satu kawasan pertanian yang dimajukan untuk pengeluaran makanan yang mengikuti konsep Taman Perindustrian dimana pihak kerajaan menyediakan tapak yang lengkap dengan prasarana dan pengusaha menyewa kawasan tersebut untuk pengeluaran bahan makanan. Peserta dipilih melalui proses pemilihan yang terancang dan mesti mempunyai sifat keusahawanan. Sasaran pendapatan sebanyak RM 3,000 sebulan dan sanggup membuat pinjaman jika kekurangan modal. Bentuk pengurusan bercirikan perladangan komersial, menggunakan amalan pertanian yang baik serta mengeluarkan produk yang berkualiti , sesuai dan selamat dimakan.

1.3 Terdapat 19 projek TKPM di seluroh Semananjung dengan pelaburan kerajaan sebanyak RM 10.152 juta melibatkan kawasan fizikal seluas 3,807 hektar.


2. MAKLUMAT UMUM
2.1 TKPM Sekijang seluas 75.9 hektar terletak di Kg Sekijang yang jaraknya sejauh 23 km dari Bandar Segamat. Kawasan projek terdiri dari 2 lot tanah rizeb pertanian yang diracik menjadi 37 lot dengan keluasan 2 hektar setiap lot (Sila rujuk Lampiran 1). Tanaman utama iaiah sayur-sayuran jenis buah dan Jambu Batu. Bagaimana pun terdapat tanaman lain seperti Limau Madu, Limau Bali, Betik, Jagung, sayuran kampong diusahakan. Kos pembangunan projek sebanyak RM 752,000 dari tahun 2001 hingga 2004. Komponen utama kos pembangunan iaiah untuk penyediaan sistem pengairan ladang iaitu sebanyak 50.9 peratus (Sila rujuk Lampiran 2).

2.2 Bagi melaksanakan projek beberapa Jawatankuasa Projek telah ditubuhkan mengikut peredaran masa. Jawatankuasa tersebut lakan JK Pengurusan projek, JK MoA Inc TKPM Sekijang, JK Teknikal TKPM Sekijang, JKuasa Tindakan Perlaksanaan Peserta, JK Konsortium Peserta. Jawatankuasa ini sentiasa berbincang untuk menyelesaikan sebarang masaalah dan merancang aktiviti projek (Sila rujuk Lampiran 3).

2.3 Terdapat 10 orang peserta asal dan kini hanya 8 orang yang ada (Sila rujuk Lampiran 4) . Seramai 3 peserta telah dikeluarkan darpdapa senarai asal dan satu tambahan pada tahun 2003. Semua peserta mesti menendatangani surat perjanjian yang mengandungi 27 klausa yang boleh digunakan sebagai ikatan kukuh antara peserta dan Jabatan Pertanian (Kerajaan Johor).


3. PERLAKSANAAN AWAL PROJEK
3.1 Pemilihan tapak untuk projek TKPM mestilah dari kawasan yang baik serta sesuai untuk pertanian serta mempunyai sumber air serta kemudahan jalan. Terdapat beberapa TKPM yang hanya mempunyai kesuburan tanah kelas IV atau V untuk TKPM didapati bermasalah seperti tanah Bris (Terengganu/ Mersing), tanah Bekas Lombong (Sungkai), Tanah Curam (Sg Atong/Pendang) dan Tanah bermasaalah dengan Pengusaha Asal (Pahang). Survei sempadan sangat penting dibuat sebelum mulakan projek. Kerja pembukaan hutan di TKPM Sekijang bermula April 2002 dengan menggunakan pelbagai jentera. Rumpun buloh dan belukar tebal menyukarkan dan melambatkan proses pembukaan hutan. Kerja membakar kawasan serta membajak juga sukar kerana ujudnya banyak busut-busut yang perlu diratakan. Kawasan berpaya dan curam terpaksa ambil masa lama untuk diselesaikan. Terdapat kawasan yang tidak dapat ditebang untuk kawasan tadahan air dan sebagainya. Peserta projek terpaksa meratakan kawasan dan mebuat teres dikawasan yang perlu dengan nasihat Jabatan Pertanian.

3.2 Pembinaan jalan ladang dirancang seperti dalam perancangan mengikut lot. Lebih 1.8 km jalan dibina dalam TKPM bagi kemudahan pengangkutan. Penyediaan jalan masuk ke TKPM dan pembinaan Jambatan adalah kritikal. Sistem pengairan disediakan menggunakan 9 buah pam air baru dengan kapasiti 55 k.k. setiap satu. Setiap peserta mempunyai satu unit pam berasingan. Air diambil daripada Sungai Segamat dan 4 kolam dalam TKPM. Parit membuang air dan parit halang babi dibina di lokasi tertentu. Sebuah Pejabat Ladang dibina di Lot Jabatan (Lot 5) yang asalnya dicadang untuk rumah pekerja. Terdapat 7 rumah pekerja/ pondok yang digunakan oleh pekerja asing dalam lot masing-masing. Lain peralatan dibekalkan untuk TKPM Sekijang ialah 3 unit trekter kecin Kubota B6000, 3 unit treller, 5 unit HPS, 5 unir motorised sprayer, 1 unit Bud-Fission, 2 unit Trekter 70hp.

4. AKTIVITI PERLAKSANAAN PROJEK
4.1 Penyediaan Pelan Bisnes dibuat dan dipinda beberapa kali setiap tahun. Ini adalah kerana berlaku penyesuaian dalam pemilihan jenis tanaman. Projek ini asalnya dirancang untuk tanaman orkid, kemudian sayuran dan akhirnya campuran sayuran dan buah-buahan (Khususnya Jambu batu). Tanaman cili ditekankan peringkat awal dan berjaya diusahakan dengan meluas. Tanaman jambu batu yang sensitif dengan Nematod dan ini diatasi dengan hanya mengambil keratan dari sumber tanaman dikenalpasti dan ditanam di TKPM Sekijang yang dikenalpasti masih bebas dari Nematod. Analisa SWOT dibuat seperti Lampiran 6.

4.2 Lawatan pasukan Visiting Agent (VA) didapati hanya aktif sebelum penanaman dimulakan dan peringkat awal penanaman dengan pelbagai kerenah. Kini pasukan VA telah tidak aktif lagi mengunjungi TKPM Sekijang. Ini mungkin berlaku Perkhidmatan Pengembangan oleh Pegawai-pegawai Daerah Segamat sudah mencukupi. Mesyuarat dan perbincangan dengan peserta diadakan melalui beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan. Apa yang pasti Pegawai Pertanian Daerah sangat komited dengan memberikan tumpuan 70% untuk TKPM seperti diarahkan oleh Dato’ KPP. Lawatan ke projek oleh Pegawai Pertanian, Pengurus Projek (PP Tingkatan Kanan) dan PL Jentera serta lain-lain pegawai dibuat setiap 2 hari atau sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.

4.4 Bagi merealisasikan projek TKPM, aktiviti kerja yang paling kritikal adalah untuk membuat kawalan dan penyeliaan kepada setiap peserta projek. Kerenah peserta berbeza dari segi modal, keupayaan, tanaman, komitment, pengurusan kewangan, buruh asing, perancangan tanaman, pemasaran, kutipan hasil, pembelian input, self-exteem, minat dan sebagainya sangat mencabar pihak pengurusan. Selain dari mesyuarat bulanan dengan peserta, komunikasi ‘one-to-one’ dengan peserta sangat penting. Pegawai yang pergi berbincang perlu BOLEH BUAT KEPUTUSAN.

4.5 Peserta didedahkan dengan pelbagai kursus dan lawatan ketempat-tempat yang boleh memberikan suntikan minat. Oleh kerana mereka adalah usahawan maka tahap “Bisnes minded’ adalah ditahap yang tinggi. Kadang-kadang berlaku “PERGESERAN” diantara peserta dan ini perlu diperbaiki. Adalah sukar untuk mendapatkan tenagakerja tempatan untuk bekerja di sektor pertanian intensif seperti di TKPM. Oleh iru penggunaan buruh asing sangat ketara di TKPM dimana Jabatan Pertanian memproses permohonan-permohonan. Bagaimana pun pada 2.2.2004 pihak keselamatan melaksanakan operasi dan didapati ada PTI yang menumpang di TKPM. Ini menjejaskan imej TKPM dan pemantauan oleh Pengurusan TKPM sangan perlu .

4.6 Lawatan pihak atasan penting dalam merealisasikan projek TKPM. Lawatan peringkat awal oleh KPP, TKPP,Pengarah2 Cawangan dan Pengarah Pertanian Negeri dapat membantu dalam menerangkan halatuju dan wawasan kerajaan dengan lebih telus. Setiap kali lawatan KPP akan membincangkan dengan pegawai dan peserta bagaimana cara terbaik untuk menjayakan hasrat kerajaan. Antara yang diutarakan oleh KPP ialah tentang Bisnes Plan, Manual Tanaman, Pengisian Rekod Ladang, Pengesahan Bahan Tanaman, Modal dan pinjaman peserta, Konsep Pemasaran dan lain2. Lain-lain pendorong ialah lawatan oleh Menteri Besar Johor, Exco Pertanian, SUB Kementerian, Dato’ TKPP1 dan lain-lain.


5. PEMASARAN

5.1 Pengeluaran hasil pertama secara rasmi pada bulan Mei 2003 dengan tanaman sayur-sayuran (Petola, Timun, Kacang Buncis dan Kacang Panjang). Lori pemasaran Jabatan Pertanian mengambil sayuran di TKPM dan dihantar ke Pasar Borong Buloh Kasap. Setelah beberapa minggu lori Pemborong masuk mengambil sayuran di TKPM Sekijang. Lori ini akan ambil antara jam 9.00 hingga 10.30 pagi untuk sampai di Buloh Kasap sebelum jam 12.00. Kelewatan peserta untuk menyiapkan aktiviti memetik, membasuh, menggred dan membuat packaging akan menyebabkan sayuran lewat sampai diketegorikan hari esoknya dan harga tinggal separuh. Biasanya pemandu lori akan beritahu ‘towkey’ kedudukan pengeluaran hasil diladang. Peringkat awal harga tinggi dan begitu juga dengan peringkat hujung (jika kualiti OK).

5.2 Sebanyak 95% hasil dijual terus kepada pemborong yang ambil diladang dan TOA diambil oleh peserta setiap 3 hari atau satu minggu. Rekod hasil dicatit oleh pekerja. Akitiviti jualan terus dibuat setiap hari Isnin dan Khamis dari jam 7.00 pagi – 12.30 tengahari. Jumlah jualan setiap minggu antara RM 400 hingga RM 500. Pada hari jumat lori pemasaran akan membawa hasil TKPM untuk dihantar ke Johor Bahru. Terdapat satu bangunan Pusat pengumpulan Hasil yang dibina oleh FAMA Johor di TKPM Sekijang. Kemudahan ini belum dapat digunakan sepenohnya kerana sistem sedia ada masih baik dan cekap.

6. ANALISA PENDAPATAN PESERTA
6.1 Analisa Jurang Pendapatan (GAP analysis) telah dibuat untuk pengeluaran tahun 2003, 2004 dan setengah tahun 2005 (Rujuk Lampiran 5). Pengeluaran sehingga kini secara komulatif adalah sebanyak 1,036.436 kg dengai nilai pengeluaran sebanyak RM 817,310 untuk jangkamasa 2 tahun. Jumlah kos pengeluaran keseluruhan projek adalah sebanyak RM 406,820. 10 dan nilai pendapatan bersih projek sebanyak RM 470,499.30. Projek ini memberikan purata pendatan kasar ladang sebulan sebanyak RM 4,871.17 dan purata pendapatan bersih sebulan sebanyak RM 2,813.58.

6.2 Pengeluaran hasil TKPM Sekijang bermula mulai bulan Mei 2003 dengan jenis sayur-sayuran sebanyak 326,611 kg bernilai RM 271,677.10. Antara hasil yang dikeluarkan peringkat awal ialah cili, timun, petola, peria, jagung dan lain-lain tanaman kontan. Hasil telah meningkat kepada 428,395 pada tahun 2004 bernilai RM 354,167.04 daripada hasil sayuran dan sedikit buah jambu batu pada setengah tahun kedua. Sehingga Jun 2005 sebanyak 251,466 kg hasil dikeluarkan bernilai RM 251,466.22 dan dijangka menjangkau lebih RM 600,000 hingga hujung 2005.


7. ISU DAN CABARAN - SATU PENILAIAN

7.1 Perlaksanaan projek Flagship TKPM Sekijang banyak menghadapi cabaran. Cabaran pertama ialah bagaimana untuk mengerakkan keselurohan perancangan dan perlaksanaan projek serta masaalah perhubungan dengan peserta projek. Mereka tidak tinggal dilokasi projek iaitu sekitar 60 - 90 km malahan ada seorang peserta yang tinggal sejauh lebih 200 km jaraknya iaitu di Pontian. Komunikasi menggunakan surat, telefon bimbit, papan notis dan pekerja-pekerja dibuat untuk memberikan maklumat, arahan dan sebagainya. Kadang kala kenderaan jabatan terpaksa kerumah peserta jika ada perkara SEGERA untuk dilaksanakan. Pihak pengurusan TKPM Sekijang sentiasa bermesyuarat setiap bulan bagi membincang dan menyelesai masaalah.

7.2 Cabaran kedua ialah gangguan bencana alam seperti banjir dan kemarau. Kejadian banjir beberapa kali menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan sistem pengairan peringkat awal projek sebelum kerja-kerja pelurusan dan pelebaran Sungai Segamat disiapkan pada pertengahan 2004. Pihak JPS Segamat telah membuat kerja-kerja melurus Sungai Segamat serta membina parit dalam kawasan TKPM. Banjir juga boleh menyebabkan pam air tenggelam dan perlu diselamatkan dengan pemasangan ‘Chain lock’. Kekurangan hujan pada bulan Mei dan Ogos menyebabkan beberapa kolam tadahan air kurang atau kualiti air menurun serta paras air dalam sungai terjejas dikawasan seduta air dan ini menjejaskan aktiviti pengeluaran hasil seperti jadual dirancang.

7.3 Cabaran ketiga ialah isu penggunaan pekerja asing di projek TKPM Sekijang. Tanpa pekerja asing ini projek TKPM Sekijang akan gagal. Merekalah nadi utama semua aktiviti di ladang daripada menanam hinggalah menuai dan pemasaran. Hanya mereka yang mempunyai permit yang sah dibenar berada di TKPM. Bagaimana pun kadang-kadang terdapat PATI (Pekerja Asing Tanpa Izin) yang menumpang atau bergaul dengan pekerja di TKPM. Pihak keselamatan sentiasa memantau dan pada 2/2/004 satu operasi polis dijalankan sehingga semua 36 pekerja ditangkap dan jel selama 12 hari. Kesannya ladang telah terbiar selama 2 minggu dan tanaman musnah dan aktiviti ladang seperti baru dimulakan semula pada Mac 2004. Pemasangan Pintu/ Gate Utama keselamatan dan pagar penting dan perlu sentiasa d kunci terutama waktu malam.

7.4 Cabaran keempat ialah isu pungutan data pengeluaran dan lain-lain maklumat. Pengurusan TKPM perlu memeriksa data pengeluaran dan pendapatan serta corak tanaman setiap satu minggu dan dbuat semakan setiap hujung bulan. Laporan ini akan dikutip, dianalisa sebelum dihantar ke Ibupejabat Negeri dan Kuala Lumpur untuk tujuan pengesanan. Kerja pengisian Rekod Ladang peserta biasanya dibuat oleh Pekerja Ladang yang ditentukn peserta projek. Buku rekod perlu di semak selalu. Aktiviti SALM juga perlukan masa yang banyak untuk rekod ladang dan hantar sampel ke Kuala Lumpur. Hingga kini 7 peserta dalam proses siasatan ladang untuk program persijilan SALM.

7.5 Cabaran ke lima ialah isu bekalan input dan kesan kenaikan harga input. Kini harga baja, racun, kawat, tali, plastik pembalut buah, plastik silvershine dan tahi ayam meningkat. Pada satu masa bekalan tahi ayam telah terputus kerana masaalah serangan ‘avian flu’ dimana tahi ayam telur sukar didapati. Peserta cuba dapatkan syarikat mana yang dapat membekalkan input dengan tempoh kredit sehingga 3 bulan yang akan membantu dalam aktiviti ladang. Dengan harga sayuran yang seserhana atau rendah dan harga input meningkat, semua peserta perlu mengurangkan intensiti tanaman atau mengurangkan tenaga buroh. Bagaimana pun belum ada peserta yang menyatakan hasrat untuk keluar dari TKPM setakat ini.


7.6 Serangan musoh tanaman dan penyakit merupakan cabaran keenam. Oleh kerana sekeliling kawasan projek TKPM Sekijang merupakan kawasan hutan belukar dan kawasan pertanian tradisional maka musoh seperti babi hutan dan monyet amat kritikal. Babi hutan memusnahkan tanaman betik, jagung dan lain-lain terutama waktu malam. Walau pun telah dibuat parit halangan babi dan operasi menembak, masaalah ini terus berlaku dan merugikan peserta. Serangan monyet berlaku dengan merosakkan tanaman seperti memakan pucuk serta buah. Kini Jabatan Pertanian telah memasang perangkap dan didapati berpuloh ekor telah ditangkap dan dibuang diokasi yang jauh. Penyakit layu bakteria (Terung), Downy Mildew (Petola, Peria), Serangan Hamana (Jagung, K. Panjang) dll sering berlaku jika tidak dibuat giliran tanaman yang betul antara peserta. Ada peserta yang terpaksa musnahkan tanaman kerana punca sebaran penyakit berkesinambungan. Kini ditubuh GRUP SAYUR dan GRUP BUAH ditubuhkan untuk berbincang pengiliran jadual tanaman. Mana-mana yang engkar keputusan GRUP akan diambil tindakan atau tanaman dimusnahkan.

7.7 Cabaran ke tujuh ialah mengenai gangguan pencuri. Terdapat 3 kategori pencuri di TKPM Sekijang iaitu K-K, K-R dan K-T. Pencuri K-K adalah budak-budak berumur bawah 15 tahun yang berbasikal dan mandi di sungai terutama pada hari cuti sekolah. Mereka ambil buah dan makan tanpa kira saiz dan jumlah. Kategori K-R adalah belia yang menaiki motor dan ambil buah untuk makan dan kadang-kadang ambil barangan pekerja seperti kes kehilangan gergaji, alatan pertanian dan sebagainya. Ada diantara mereka dikalangan “Doktor injek sendiri – penagih dadah”. Kategori K-T adalah dikalangan orang dewasa/tua yang datang untuk memancing ikan di sepanjang Sungai Segamat di TKPM. Apabila lalu dikawasan tanaman akan kutip hasil tanpa beritahu pemilik dan kadang-kadang mengganggu pekerja asing di kebun. Pemasangan papan tanda amaran, kawat chain-lik dihadapan TKPM dan pagar duri dikeliling kawasan pada 2004 agak berkesan.
7.8 Cabaran ke lapan ialah aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir sungai oleh Konraktor Pejabat Tanah berdekatan kawasan projek (lot 28). Akiviti ini pada peringkat awal menggunakan lori besar yang merosakkan jalan TKPM tetapi kini telah bina laluan sendiri. Kesan lain ialah penurunan paras air dalam sungai mengakibatkan ‘suction hose’ tergantung kerana air cetek. Selain itu pengaliran pasir semakin banyak dan ini akan merosakan ‘ampeller’ pam air untuk jangkamasa panjang. Peserta dan lori pemasaran juga terdedah dengan kemungkinan bertembung dengan lori pasir yang bergerak laju dijalan masuk ke TKPM Sekijang.

7.9 Cabaran ke sembilan ialah berkaitan bayaran pinjaman SMSI kepada Bank Pertanian. Peserta biasanya membayar hutang berdasarkan pendapatan daripada hasil TKPM atau pendapatan luar TKPM. Terdapat peserta yang bayar ikut jadual tetapi ramai yang lewat dari jadual asal. BPM menghantar notis setiap 1-2 bulan kepada AO Segamat dan ini akan dibawa dalam Mesyuarat atau perjumpan setiap kali berjumpa. Perlu dingatkan jika BPM ambil tindakan mahkamah maka peserta boleh disingkirkan daripada projek. Oleh itu pemantauan Jabatan Pertanian dengan BPM sangat kritikal dengan memantau pendapatan peserta.

7.10 Cabaran ke sepuloh ialah bagaimana kita mampu mengutip bayaran sewa tanah yang akan mula dikutip 2 tahun setelah projek dijalankan. Untuk TKPM Sekijang dijangka kutipan akan dimulakan pada bulan Januari atau April 2005. Kadar ditetapkan sebanyak RM 500 sehektar setahun dan jika ramai peserta dapat 8 hektar maka jumlah bayaran sewaan sebanyak RM 4,000 seorang tahun depan. Bagaimana modus operandi kutipan ini ? Jabatan Pertanian Johor perlu buat kajian dengan PTD untuk tujuan ini. Belum ada bayaran dibuat hingga kini.

7.11 Semua cabaran-cabaran ini perlu diatasi dan perbincangan dengan peserta perlu dibuat dengan kerap. Mesyuarat MPPJ juga mempunyai agenda khas untuk TKPM. Beberapa isu seperti bekalan utiliti paip air/letrik, gangguan pihak keselamatan/ polis (PAU), kekurangan trekter, pergeseran antara peserta, masaalah sistem pengairan, status tanah dan sebagainya dapat diatasi melalui penyelesaian berperingkat. Pengalaman ini akan menjadikan kita lebih matang dalam penyelesaian masaalah.


8. KESIMPULAN

Projek Flagship TKPM Sekijang telah dinilai merupakan projek flagship yang berjaya setakat ini berdasarkan prestasi peserta dan tahap pengurusan yang dilaksanakan. Projek ini telah dicalonkan untuk Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Flagship Jabatan Pertanian Peringkat Kebangsaan tahun 2004 dan berjaya memenangi Anugerah tersebut daripada Menteri Pertanian pada Hari Q Jabatan. Komitment yang tinggi daripada pegawai dan peserta penting untuk menjayakan projek dan ini perlu terus dikekalkan untuk TKPM Sekijang. Cabaran-cabaran dalam perlaksanaan TKPM Sekijang banyak memberikan realiti pengalaman yang positif kepada pegawai-pegawai .

Sekian. Wasaalam.



Mohd. Anim bin Hosnan
Penolong Pengarah 2,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
Jabatan Pertanian Negeri Johor,
Jalan Taruka, 80350, Larkin, Johor Bahru.
Tel : 07-2355506/7/8
Fax : 07-2355513
e-mail :
animhosnan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...