Support My Blog

Thursday, August 20, 2026

KALA JENGKING DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KALA JENGKING atau SCORPION adalah sejenis haiwan dari kumpulam Araknid dari Orger Scorpiones yang berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa dan amat di takuti manusia dan haiwan apabila di sengat. Dilaporkan dimana ada terdapat 1,752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan mempunyai 5 superfamili iaitu Buthoidea, Chaeriloidea, Chactoidea, Iuroidea dan juga superfamili Scorpionoidea. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana walaupun kala jengking dikenali sebagai berbisa sebenarnya hanya 25 spesies jengking liar yang ianya mempunyai bisa yang dapat membunuh manusia. Apa pun Kala jengking ialah haiwan darat berkaki lapan iaitu daripada kumpulan araknid (sama seperti labah-labah) dimana dilihat ia mempunyai sepasang penyepit di depan dan ekor melengkung bersegmen yang ada sengat berbisa untuk mempertahankan diri serta memburu mangsa. Mengenali akan haiwan ini dimana ia ada sebanyak lapan (8) kaki dengan dua kaki depan berbentuk penyepit serta uniknya ia mempunyai sengat iaitu
di hujung ekor yang mengandungi bisa. Tabiat kala jengking ini ia merupakan sejenis haiwan nokturnal (bergerk aktif pada waktu malam) dan suka bersembunyi di tempat gelap atau lubang pada waktu siang. Paling di geruni manusia dimana ada ancaman 'Bahaya Sengatan' dimana sebenarnya dimana kebanyakan spesies mempunyai racun yang tidak sampai tahap mengancam nyawa manusia akan tetapi kesannya sangat sakit, bengkak atau merah seperti disengat lebah dan serangga berbisa lainnya. Hanya sebilangan kecil spesies di dunia yang bisanya berbahaya atau boleh membawa maut kepada manusia terutamanya kepada golongan kanak-kanak atau orang tua. Merujuk sumber dimana jenis kala jengking yang boleh membawa maut biasanya mempunyai saiz yang kecil, penyengat kuat dan racun neurotoksin yang merosakkan sistem saraf. Spesies yang paling berbahaya di dunia adalah termasuk Jenis Deathstalker (Leiurus quinquestriatus) yang ia diitemui di Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai racun neurotoksin yang sangat kuat dan berbahaya kepada kanak-kanak serta orang tua. Kedua adalah Jenis Indian Red Scorpion (Mesobuthus tamulus) yang dianggap antara yang paling berbahaya di India dengan kadar sengatan yang mengancam nyawa. Ketiga ada Jenis Arizona Bark Scorpion (Centruroides sculpturatus) yang ditemui di Amerika Utara dimana tahap sengatannya boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lumpuh pernafasan jika tidak dirawat. Keempat ada Jenis Fat-tailed Scorpion (Androctonus species) iaitu dalam kelompok kala jengking ekor tebal di kawasan gurun Afrika dan Timur Tengah yang bisanya mampu menyebabkan kegagalan pernafasan. Apa pun risiko sengatan kala jengking ialah kecederaan apabila ekor kala jengking mencucuk kulit dan memasukkan racun dimana antara tanda-tanda sudah 'Kena Sengat' seperti rasa sakit yang kuat pada tempat disengat. kulit jadi merah dan bengkak, ada rasa kebas atau panas-panas dan jika racunnya sangat kuat maka ia boleh jadi pening, susah nafas atau berpeluh. Sebagai rawatan awal adalah dengan membasuh tempat luka dengan air dan sabun. Boleh letak ais atau kain sejuk atas tempat bengkak atau memakan ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu. Apa pun sebaiknya dapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital jika badan terasa lemah atau susah nafas. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting mengenai kala jengking sebagai bahan rujukkan yang menarik kepada semua pembaa setia blog ini.



Fakta asas dalam mengenali morfologi kala jengking iaitu ejenis haiwan kecil yang terbahagi kepada dua bahagian badan utama terdiri daripada Bahagian Sefalotoraks (kepala dan dada) dan Bahagian Abdomen serta dilengkapi dengan sepasang penyepit besar, empat pasang kaki dan ekor berbisa dengan racun yang melengkung ke atas dan ada injektor. Melihat akan bahagian Badan Utama iaitu Bahagian  Sefalotoraks (Prosoma) yang kedudukannya ia berada  dibahagian depan yang dilindungi oleh cengkerang keras (karapas) dimana ia mempunyai sepasang mata berada di tengah dan beberapa pasang mata kecil di tepinya. Apa pun pada bahagian Abdomen (Opisosoma) iaitu bahagian badan belakang yang terbahagi kepada pra-abdomen (mesosoma) dan ekor atau pasca-abdomen (metasoma). Kala Jengking ini unik dimana anggota badan ada Sepasang Alat Sepit  (Pedipalpus) yang dilihat seakan 'tangan kala jengking' yang mampu untuk menyepit dengan kuat untuk menangkap mangsa dan juga dalam cara jengking ini akan mampu dalam mempertahankan diri. Ia juga ada empat pasang kaki berjalan yang beruas-ruas dan ada 
mempunyai lapan kaki untuk berjalan dan sepasang penyepit besar di depan yang sebenarnya adalah kaki diubah suai (pedipalp) untuk dapat menangkap mangsa. Ia tergolong dalam kumpulan haiwan araknid, sama seperti labah-labah. Pada bahagian mulut kala jengking ada alat 'Kelisera' iaitu bahagian mulut kecil di depan untuk memotong makanan dan memakannya. 
Paling unik adalah pada bahagian ekor kala jengking (Metasoma) dimana selalunya ekornya ia beruas lima yang berakhir dengan 'telson' iaitu alat penyengat yang mengandungi racun berbisa. Bisa kala jengking umumnya adalah jenis neurotoksin (racun saraf) yang terdiri dari campuran kompleks protein, peptida, serta ion natrium dan kalium. Racun ini bekerja dengan mengganggu aliran listrik dan transmisi sinyal pada sel saraf serta otot korban. Dua jenis bisa kala jengking adalah Jenis Neurotoksin Tulin dimana ia akan menyerang sistem saraf pusat, menyebabkan kejang otot, sesak napas, dan detak jantung tidak teratur (banyak ditemukan pada famili Buthidae seperti Deathstalker). Kedua ada Jenis Kardiotoksik yang akan ia menyerang organ jantung mangsa yang beri kesan kepada organ jantung. Ketiga ada Jenis Toksin Lokal yang hanya menimbulkan rasa sakit, bengkak dan panas pada lokasi sengatan (umum pada kalajengking besar dengan penyepit kuat seperti jenis lokal di tropika). Terdapat juga Organ Pektin pada jengking iaitu jenis deria berbentuk sikat di bahagian bawah badan untuk mengesan jika berlaku getaran tanah.


Fakta penting adalah ada t
erdapat lebih 2,500 spesies kala jengking di seluruh dunia dengan pelbagai saiz, tahap bisa yang berlainan dan habitat yang berbeza. Antara jenis atau spesies kala jengking yang popular adalah jenis yanag saiznya besar dan berbahaya termasuklah Kala Jengking Hutan Asia (Asian Forest Scorpion), Kala Jengking Maharaja (Emperor Scorpion) dan Kala Jengking Pembunuh  (Deathstalker).   Jenis kala jengking yang paling biasa dan terkenal di Malaysia ialah Kala Jengking Hutan Asia atau nama saintifiknya Heterometrus longimanus dan Heterometrus spinifer (juga dikenali sebagai Malaysian Forest Scorpion atau kala jengking hitam). Fakta akan beberapa jenis-jenis kala jengking utama di Malaysia iaitu Jenis Kala Jengking Hutan Asia  yang badannya adalah berwarna hitam legam, saiz besar (boleh capai 12 hingga 15 cm), penyepit besar dan bisanya tidak berbahaya atau membawa maut kepada manusia seperti sengatan lebah (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Jenis Kala Jengking Kecil Keluarga Buthidae yang terdapat juga beberapa spesies kecil di kawasan tropika akan tetapi jarang menjadi ancaman besar seperti di kawasan gurun luar negara. Jengkini ini ia suka tinggal di tempat lembap, bawah kayu atau batu di dalam hutan dan sekitar kebun yang bergerak aktif pada waktu malam (nokturnal) serta ia lebih suka menggunakan penyepit besar untuk pertahanan berbanding menyengat. Ada juga Jenis Kala Jengking Maharaja atau 'Emperor Scorpion' dengan nama saintifiknya Pandinus imperator iaitu sebagai salah satu spesies terbesar di dunia, berwarna hitam yang mana ia berasal dari Afrika dan mempunyai sifat yang agak tenang serta kurang berbisa.Ada juga Jenis Kala Jengking Pembunuh (Deathstalker atau Leiurus quinquestriatus adalah jenis Kala jengking kuning dari Timur Tengah yang sangat agresif dan mempunyai bisah yang amat kuat serta berbahaya kepada manusia.  Bagi Jenis Kala Jengking Merah India (Hottentotta tamulus) ia dianggap antara yang paling berbahaya di dunia dengan bisah yang boleh mengancam nyawa. Bagi Jenis Kala Jengking Ekor Gemuk (Androctonus) ia adalah jenis dari kawasan gurun yang mempunyai ekor tebal dan toksin yang kuat.


Apa pun fakta mengenai 
Kitaran Hidup kala jengking merangkumi tiga peringkat utama dalam kehidupannya. Fasa kehidupannya dari Fasa Mengawan dan persenyawaan, Fasa Melahirkan Anak (tidak bertelur) dan Fasa Proses Menyalin kulit (persalinan) beberapa kali sehingga menjadi kala jengking dewasa. Jangka hayatnya agak panjang antara 3 hingga 8 tahun di dalam habitat semula jadi. Walau bagaimanapun dilaporkan ada sesetengah spesies yang besar seperti kala jengking mampu hidup lebih lama iaitu sehingga 10 hingga 25 tahun bergantung kepada jenis spesies dan penjagaan. Penulis bloh kongsi fakta peringkat Kitaran Hidup Kala Jengking pertama iaitu Fasa Mengawan apabila jengking jantan dan betina melakukan 'tarian' sebelum proses pemindahan benihnya dan proses persenyawaan berlaku. Kemudian adalah Fasa kedua iaitu Fasa Melahirkan Anak dimana ia amat berbeza dengan serangga biasa apabila kebanyakan kala jengking melahirkan anak hidup-hidup (bukan bertelur di luar). Tempoh kandungan boleh mengambil masa dari beberapa bulan hingga setahun sebelum anaknya dilahirkan. Anak kala jengking ini akan berada di atas 'Belakang Ibu' iaiitu selepas lahir, anak-anak kecil akan memanjat dan tinggal di atas belakang ibu mereka sehingga kulit keras (eksoskeleton) mereka terbentuk dan sedia serta cukup kuat untuk berdikari. Fasa ketiga kala jengking adlah Fasa Menyalin Kulit (Instar atau Molting) dimana dari peringkat anak kala jengking membesar dengan cara menyalin kulit sebanyak 5 hingga 7 kali sebelum mencapai usia dewasa sepenuhnya. Kala jengking salin kulit (ekdisis) ialah proses menanggalkan rangka luar keras (eksoskeleton) lama untuk membolehkan badan mereka membesar. Proses ini mengambil masa beberapa jam yang akan bermula apabila kulit belakangnya retak lalu ia keluar meninggalkan kulit kosong dan berada dalam keadaan lembut serta lemah selama beberapa hari sehingga kulit baharu mengeras (Sila lihat foto disebelah). Tanda-tanda bagi Kala Jengking Hendak Salin Kulit bila ia kurang aktif dan suka bersembunyi di tempat gelap dan ia tidak mahu makan selama beberapa hari atau minggu. Pada bahagian perut kelihatan lebih besar atau kembung kerana kulit baharu sedang terbentuk di dalamnya. Kala jengking akan merangkak keluar secara perlahan membawa bahagian kaki, penyepit dan ekor dimana selepas keluar maka badan kala jengking berwarna putih atau pucat dan sangat lembut. Apa pun proses pentimg iaitu penjagaan Selepas Salin Kulit ia sangat lemah dan jangan ganggu atau sentuh kerana badan dan penyepit mereka lembut serta mudah cedera. Proses Pengerasan kulit baru akan memerlukan beberapa hari untuk menjadi keras dan gelap seperti asal. Kulit baharu yang masih lembut belum boleh memantulkan cahaya hijau-biru di bawah lampu ultraungu (fluorescence) sehingga ia benar-benar keras. Penulis bloh kongsikan fakta dimana kala jengking dan pertanian merujuk kepada industri penternakan kala jengking secara komersial (scorpion farming). Industri moden ini dijalankan untuk mengutip bisa (venom) yang berharga sangat tinggi bagi kegunaan dunia perubatan, farmaseutikal dan untuk penyelidikan bioteknologi. Antara beberapa kaedah dan tujuan Penternakan adalah untuk Aktiviti Pengeluaran Bisa (venom) sebab bahan bisa kala jengking digunakan untuk menghasilkan ubat tahan sakit, merawat kanser, dan penyelidikan penyakit kronik. Ia memang mempunyai nilai komersial apabila cecair bisa ini (jenis venom) merupakan antara bahan cecair paling mahal di dunia dimana ia selalunya akan dieksport ke negara maju untuk produk kesihatan dan farmasi. Cara pengurusan Ladang Kala Jengking Mesti Dalam Persekitaran Terkawal yang hanya diternak di dalam lokasi dan dalam bekas khas atau bangunan tertutup yang menyerupai makmal dengan suhu dan kelembapan tertentu. Pemakanan ternakan ini akan diberi makan serangga kecil seperti cengkerik atau ulat dan bisa atau venomny akan diekstrak secara berhati-hati iaitu caranya dengan menggunakan alat elektrik atau manual (picitan) secara berkala. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
KALA JENGKING...IA SELALU BERBISA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK....TERUSKAN MEMBACA...
SUDAH MEMBACA... ARTIKEL BERGUNA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAwal 1448H).

Wednesday, August 19, 2026

FAKTA TENTANG BURGER (PART 2)

MAKANAN BURGER
adalah ser ialah sejenis hidangan yang mengandungi daging kisar berbentuk leper (patty) yang dimasak dan ia diapit di dalam roti (bun) yang dibelah dua serta dihidangkan bersama sayur-sayuran, sos dan mayonis serta bahan lain mengikut kesesuaian. Makanan ini sudah di kenali di seluruh dunia dengan rangkaian 'fast food' global yang beroperasi dan di terima semua negara didunia dan juga di operasikan oleh pengusaha kecil juga. Bagi penulis blog yang suka makan burger temptan ada menikmatinya diari restoren terkenal dan juga peniaga tempatan di gerai tepi jalan atau di pasar malam sebagai s
ejenis hidangan yang enak dan mengenyangkan. Makanan burger ia terdiri daripada daging kisar diperisakan sedikit rempah sebelum dimasak sama ada digoreng (fried), dikukus (steamed), dipanggang (roasted) atau disalai (smoked) serta selalunya dihidangkan diapit roti khusus dibelah dua dengan pelbagai inti atau 'topping' dan pelbagai jenis sos. DI laporkan dimana selalunya daging burger akan ia diperbuat daripada daging lembu melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Dalam pada itu dilaporkan di Jerman ada juga beberapa makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya seperti Frankfurter (lebih dikenali di Jerman sebagai hot dog yang berbeza dengan Austria), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg pula di laporkan ia menjadi kebiasaan dihidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil 'Rundstück warm' walaupun ia dilapor bercanggah dengan penyediaan burger moden yang mana ia menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Apa pun makanan burger hari ini ia dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek dimana ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam. Beberapa laporan menyatakan ada beberapa jenis isian burger (patty) seperti Jenis Isian Daging Lembu (Beef Burger) iaitu jenis yang paling klasik dan paling popular diseluruh dunia. Ada juga Jenis Isian Ayam (Chicken Burger) dimana pilihan isi ayam kisar atau bahagian dada digoreng rangup dan juga ada Jenis Isian Ikan (Fish Burger) iaitu fillet ikan bersalut tepung yang digoreng serta ada juga Jenis Isian Daging Kambing kisar berempah walau pun ia agak kurang popular di Malaysia. Di Malaysia dilaporkan dimana Jenama 'Burger Ramly' adalah jenama paling dominan yang ada dijual di gerai tepi jalan tempatan yang sangat ianya terkenal dengan dibalut telur (burger special) dan isian sos melimpah apa lagi membeli Jenis Burger Ayam atau Burger Daging Special yang ada tambahan telur dadar menutup daging. Selain itu di Malaysia ada Jenis Oblong iaitu sejenis daging bentuk panjang bujur yang berkualiti dan ada juga Jenis Cheeseburger dimana ada tambahan kepingan keju cair di atas daging panas. Memakan burger tidak mebgira waktu akan tetapi di Malaysia ia mula sering di makan di waktu tengahari sehingga ke malam hari. Bagaimana pun ada jenis restoren makanan segera yang menjual burger 24 jam dan ada di kunjungi pelanggan. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan fakta tentang makanan burger dan fakta penting untuk bahan rujukkan dan bahan bacaan semua.


Keenakan makanan burger dan masa kecepatan menyediakannya telah menjadi pilihan ramai peminat makanan burger di seluruh dunia. Apa pun menyentuh tentang khasiatnya dimana makanan b
urger membekalkan sumber tenaga segera melalui karbohidrat pada roti, serta protein daripada daging atau ayam yang membantu membina otot dan memberi rasa kenyang. Penambahan sayuran seperti salad, tomato, dan timun turut menyumbangkan serat, vitamin, serta mineral penting untuk tubuh. Dilaporkan yang kandungan nutrisi yang penting dalam makanan burger adalah zat Kabohidrat dari bahan roti burger membekalkan tenaga asas untuk aktiviti harian serta zat protein daripada isi daging lembu, ayam atau telur mengandungi protein tinggi untuk pemulihan tisu dan otot. Selain itu di laporkan ada zat seperti vitamin dan zat mineral dari bahan sayur tomato dan sayuran hijau yang selalunya ia kaya dengan vitamin serta antioksidan. Selain itu khasiatnya makanan burger mempunyai bahan serat (fiber) dari bahan sayur-sayuran membantu melancarkan sistem penghadaman. Penulis bagaimana pun kongsikan beberapa petua pemakanan sihat makanan burger dengan mengurangkan akan sos yang tinggi gula dan lemak tepu dia sebaiknya di perbanyakkan isian sayur-sayuran segar. Dalam pada itu sebaiknya di piilh daging tanpa lemak atau sumber protein sihat dan sentiasa mengamalkan pengambilan secara sederhana dan tidak berlebihan. Ancaman memakan burger terlalu kerap membawa riiko kepada kesihatan kerana ia mengandungi tinggi kalori, lemak tepu, garam (sodium), dan bahan terproses. Pengambilan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kencing manis (diabetes). Beberapa kajian ada laporkan ada risiko kesihatan akibat memakan Burger yang mana ian mengandungi jumlah kalori tinggi dikajia dimaa adalaj sebiji burger boleh membekalkan 400 - 900 kcal (unit kalori) yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Dalam burger juga ia mengandungi bahan Lemak Tepu dan juga Zat Kolesterol sebab kebanyakan jenis daging proses dan keju menaikkan paras kolesterol jahat (LDL) serta menyumbat salur darah. Dalam pada ada ancaman dari bahan garam yang agak berlebihan (Sodium) dimana kesan dari garam tinggi dalam sos dan daging meningkatkan risiko tekanan darah tinggi serta strok. Makanan ini di laporkan ia adalah rendah serat apabila jenis roti putih dan kurangnya sayuran segar menjadikan sistem penghadaman kurang sihat dan cepat lapar semula dan sebaiknya makan sesekali dalam sebulan itu masih boleh di terima.


Menarik dimana p
engeluaran utama burger Malaysia oleh jenama ikonik Ramly Food Industries mencecah nilai jualan sekitar RM1 bilion setahun iaitu dengan kapasiti pengeluaran kilang automatik mencecah jutaan keping daging burger (patty) dan produk sejuk beku pelbagai jenis setiap hari. Dilaporkan dimana kapasiti pengeluaran dari kilang moden mampu mengeluarkan jutaan unit produk daging proses (termasuk burger, nugget dan juga jenis produk bebola) sehari. Dalam pada itu di laporkan yang destinasi pasaran selain dari pasaran utama tempatan dimana produk syarikat ini ada dirksport sebanyak 30 peratus untuk pasaran eksport luar negara diseluruh dunia. syarikat Ramly Burger sebagai satu jenama nombor satu Malaysia sejak 1984 kini sudah terkenal dengan gaya 'burger speacial' bungkus telur dijual dalam pek yang mudah di cari di mana-mana outlet di seluruh negara (Sila lihat foto disebelah)Burger Ramly ialah jenama makanan segera dan produk sejuk beku dari tempatan Malaysia yang diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato' Haji Ramly bin Mokni dan isterinya Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap. Jenama ini terkenal sebagai ikon makanan jalanan (street food) menerusi gerai tepi jalan di seluruh negara. Dilaporkan yang tujuan asal syariat ini adalah mereka ingin memastikan bekalan daging kisar (patty) yang halal, bersih dan berkualiti tinggi untuk pengguna semua umat Muslim di Malaysia dan dunia. Apa pun antara beberapa ciri akan produknya yang paling ikonik adalah Jenis Produk Sejuk Beku yang mana mereka mampu mengeluarkan pelbagai produk seperti daging burger (daging lembu, ayam, kambing), sosej, bebola ikan, dan nugget. DI iklankan sebgai 'Gaya Masakan Burger Malaysia' apabila jenis daging burger dimasak bersama sos Worcestershire, perencah Maggi, kobis hiris, majikan, sos cili dan ia memang sering dibalut dengan telur nipis (burger special). APa pun aspek ketersediaannya dimana makan ramly burger ini kini ia boleh didapati di kebanyakan gerai tepi jalan, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Apa yang penulis blog suka tengok didalam yourtube ramai pelancong asing akan membuat satu review atau konten mengenai kehebatan makanan ramly burger sebagai makanan yang enak, murah, hebat dan komersil. Di Malaysia kini ada jenama 'Burger Woodfire' iaitu sejenis burger bakar gaya premium yang sangat laris dan viral di pelbagai cawangan. Bagi pengoperasi myBurgerLab dimana kini ia popular dengan roti arang hitam (charcoal bun) dan kombinasi rasa unik. Ada juga jenama KGB (Killer Gourmet Burgers) dimana outlet ini ia menjadi pilihan burger gourmet gaya Amerika yang bertapak di pusat beli-belah. Selain itu di Malaysia ada Prodeuk GTR Burger dimana ia adalah salah satu dari rangkaian gerai moden tempatan yang berkembang pesat di seluruh negara.


Makanan burger yang popular sebagai 'sejenis makanan fastfood' masih ada beberapa Mitos yang perlu di konsikan akan faktanya. Apa pun mitos ini hanya 
merujuk kepada tanggapan salah yang biasa dipercayai ramai tentang asal-usul, cara masak atau khasiat burger. Mitos paling popular termasuklah anggapan bahawa burger dicipta di Hamburg, Jerman dimanaada mitos bahawa daging burger hanya boleh dibalikkan sekali sahaja ketika dimasak. Apa pun faktanya adalah dimana walaupun namanya mengambil sempena bandar Hamburg akan tetapi bahan sandwic burger moden dengan roti diapit sebenarnya dipopularkan di Amerika Syarikat. Kedua ada mitos iaitu Mitos Balik Daging dimana jenis daging patty hanya boleh dibalikkan sekali di atas kuali akan tetapi faktanya dengan cara membalikkan daging beberapa kali secara berkala membantu ia masak dengan lebih sekata dan lebih enak di makan. Ketiga berkait dengan aspek Mitos Pemakanan apabila makanan burger semestinya makanan 'junk food' yang tidak sihat akan tetapi faktanya adalah dimana burger boleh menjadi sumber protein dan nutrien yang baik jika menggunakan bahan segar, kurang sos berlebihan, dan seimbang dengan sayuran. Meninjau akan isu dan harga burger di Malaysia bergantung pada jenis gerai dimana paling sering di kunjungi penduduk lokal di Malaysia iaitu membeli makanan burger tepi jalan biasa berharga RM4.00 - RM6.00 satu set, manakala burger special yang bertelur atau berkeping daging ganda berharga RM8.00 sehingga RM13.00 dimana ia lebih bbesar dan lebih ebak rasanya. Burger di restoran berjenama atau kafe gourmet pula berharga dari RM15.00 hingga lebih RM30.00. Dalam pada itu jika membeli jenins benis dan Harga Burger Jenama dari outlet rangkaian fastfood adalah sekitar RM10.00 – RM20.00 satu set seperti di tawarkan olej Burger King) dan bagi jenama seperti BurgerLab atau The BRGY ia di jual dengan produk burger premium atau burger gourmet sekitar RM20.00 – RM35.00 dengan lebih berkualiti. Jenama myBurgerLab ialah sebuah jenama restoran burger tempatan popular di Malaysia yang terkenal dengan roti arang buluh (bamboo charcoal buns) berwarna hitam, keunikannya yang membakar roti sendiri setiap hari, serta gabungan rasa burger yang kreatif dan berani. Ciri-ciri utama adalah Jenis Roti Unik iaitu ia menggunakan roti arang buluh yang lembut dan dibakar segar setiap hari. Ia adalah sejenis 'Menu Kreatif' dengan cara menawarkan gabungan rasa unik seperti Jammin' With Elvis (menggunakan mentega kacang dan jem) serta pilihan patty daging lembu Angus, ayam goreng, atau cendawan Portobello (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia berstatus Halal apabila sebahagian cawangan dan dapur pusat mereka telah berjaya mendapat pensijilan rasmi daripada JAKIM. Di antara premis atau beberapa lokasi popular apabila ia mempunyai beberapa cawangan utama terutamanya di sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, dan Cyberjaya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
MAKANAN BURGER...POPULAR DIA...
CEPAT DISEDIA...MAKANAN SEGERA...
PELBAGAI JENISNYA....ENAK RASA...
RAMLY BURGER...PJENAMA DI MALAYSIA

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1448H).

Tuesday, August 18, 2026

FAKTA TENTANG BURGER (PART 1)

MAKANAN BURGER
adalah ser ialah sejenis hidangan yang mengandungi daging kisar berbentuk leper (patty) yang dimasak dan ia diapit di dalam roti (bun) yang dibelah dua serta dihidangkan bersama sayur-sayuran, sos dan mayonis serta bahan lain mengikut kesesuaian. Makanan ini sudah di kenali di seluruh dunia dengan rangkaian 'fast food' global yang beroperasi dan di terima semua negara didunia dan juga di operasikan oleh pengusaha kecil juga. Bagi penulis blog yang suka makan burger temptan ada menikmatinya diari restoren terkenal dan juga peniaga tempatan di gerai tepi jalan atau di pasar malam sebagai s
ejenis hidangan yang enak dan mengenyangkan. Makanan burger ia terdiri daripada daging kisar diperisakan sedikit rempah sebelum dimasak sama ada digoreng (fried), dikukus (steamed), dipanggang (roasted) atau disalai (smoked) serta selalunya dihidangkan diapit roti khusus dibelah dua dengan pelbagai inti atau 'topping' dan pelbagai jenis sos. DI laporkan dimana selalunya daging burger akan ia diperbuat daripada daging lembu melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Dalam pada itu dilaporkan di Jerman ada juga beberapa makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya seperti Frankfurter (lebih dikenali di Jerman sebagai hot dog yang berbeza dengan Austria), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg pula di laporkan ia menjadi kebiasaan dihidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil 'Rundstück warm' walaupun ia dilapor bercanggah dengan penyediaan burger moden yang mana ia menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Apa pun makanan burger hari ini ia dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek dimana ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam. Beberapa laporan menyatakan ada beberapa jenis isian burger (patty) seperti Jenis Isian Daging Lembu (Beef Burger) iaitu jenis yang paling klasik dan paling popular diseluruh dunia. Ada juga Jenis Isian Ayam (Chicken Burger) dimana pilihan isi ayam kisar atau bahagian dada digoreng rangup dan juga ada Jenis Isian Ikan (Fish Burger) iaitu fillet ikan bersalut tepung yang digoreng serta ada juga Jenis Isian Daging Kambing kisar berempah walau pun ia agak kurang popular di Malaysia. Di Malaysia dilaporkan dimana Jenama 'Burger Ramly' adalah jenama paling dominan yang ada dijual di gerai tepi jalan tempatan yang sangat ianya terkenal dengan dibalut telur (burger special) dan isian sos melimpah apa lagi membeli Jenis Burger Ayam atau Burger Daging Special yang ada tambahan telur dadar menutup daging. Selain itu di Malaysia ada Jenis Oblong iaitu sejenis daging bentuk panjang bujur yang berkualiti dan ada juga Jenis Cheeseburger dimana ada tambahan kepingan keju cair di atas daging panas. Memakan burger tidak mebgira waktu akan tetapi di Malaysia ia mula sering di makan di waktu tengahari sehingga ke malam hari. Bagaimana pun ada jenis restoren makanan segera yang menjual burger 24 jam dan ada di kunjungi pelanggan. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan fakta tentang makanan burger dan fakta penting untuk bahan rujukkan dan bahan bacaan semua.


Burger ialah sejenis makanan yang sangat popular di makan oleh jutaan manusia setiap hari yang mana makanan ini ia adalah kepingan daging, ayam dan di bubuh sos serta sayuran di tengah. Daging ayam atau daging lembu ia akan diletakkan di dalam roti yang dibelah dua dimana lazimnya orang suka makan burger dengan sayur dan sos cili atau sos tomato atau pelbagai jenis sos lain. Apa pun dilaparkan dimana beberapa jenis burger popular terdiri dari jenis Burger Daging (Daging lembu cincang), Jenis Burger Ayam (Daging ayam kisar atau goreng), Jenis Cheeseburger (ada di tambah kepingan keju), Jenis Burger Oblong (ada roti dan daging bentuk panjang) yang di hidangkan.  Bagaimana pun secara amnya dimana bahan biasa komponen makanan burger ini adlaah terdiri dari Roti Bulat (bun) atau roti panjang, burger daging atau daging ayam, salad dan timun atau tomato atau kobis, sos tomato, sos cili atau mayonis. Apa pun aspek sehingga artikel ini di tulis masih tidak ada 
angka rasmi global yang merangkumi jumlah keseluruhan pengeluaran burger di seluruh dunia kerana ia dihasilkan oleh jutaan restoran bebas yang beroperasi diseluruh dunia sehingga kepada pengusaha  gerai kecil, masak sendiri di rumah dan francais antarabangsa. Namun ada statistik dari pihak McDonald's dimana syarikat ini sahaja menyatakan anggarkan menjual kira-kira 6.5 juta biji burger setiap hari di seluruh dunia manakala pasaran global untuk produk burger siap proses bernilai sekitar USD 5.1 bilion (RM20.84 billion).  Dalam pada itu mengikut sumber dimana anggaran jualan burger oleh pihak francais utama dimana pihak rangkaian makanan segera besar seperti McDonald's dan Burger King menghasilkan berbilion-bilion burger setiap tahun merentasi puluhan ribu cawangan global. Paling hebat kemajuan makanan burger ini adalah apabila suah ujud Pakej Pek Burger Sejuk Beku yang membolehkan industri makanan ini terus berkembang pesat. DI Malaysia di laporkan yang rantaian gerai kecil dan perusahaan tempatan menyumbang jutaan lagi unit pengeluaran setiap hari secara domestik dan eksport. Dilaporkan dimana di Amerika Syarikat adalah 'Negara pemakan dan pengeluar' makanan jenis  burger terbesar di dunia apabila rakyat di sana makan paling banyak makanan segera dengan nilai industri bernilai sehingga berbilion-bilion burger setiap tahun.  Di USa di laporkan makanan burger merupakan sejenis makanan utama dan menjadi pilihat nombor satu sejak lama. Sudah menjadi buda yan dan tabiat rakyat USA yang ke premis banyak kedai makanan segera dengan kekerapan yang sangat tinggi. Paling unik sehingga ada rekod individu dimana ada warga Amerika makan puluhan ribu burger seumur hidup dimana individu yang memegang rekod dunia kerana makan burger paling banyak dalam seumur hidup ialah namanya Donald Gorske dari Amerika Syarikat yang telah menghabiskan lebih 35,000 biji burger Big Mac apabila di rekodkan dia mula makan burger ini setiap hari sejak 17 Mei 1972. Dia dilaporkan sebagai seorang Pemegang Rekod Dunia Guinness untuk jumlah burger Big Mac dimakan terbanyak seumur hidupnya iaitu memakan kira-kira satu hingga dua biji burger Big Mac setiap hari secara konsisten selama lebih 50 tahun lamanya.


Konsep makanan burger yang di taja sebagai 'Makanan Segera Yang Enak' telah berjaya dalam mengubah pola permakanan dunia yang pelbagai kepada lebih ramai yang memakan makanan burger sebagai makanan penting. Melihat akan komponen dan bahan utamanya ialah daging lembu kisar, walaupun kadang-kadang sedikit rempah turut ditambah dalam kaedah pembuatan Jenis Daging Burger dimana kemudian makanan ini akan dikenali sebagai makanan burger lembu. Ada juga pengusaha yang menyediakan daging burger tersebut dengan telur, habuk roti, bawang ataupun campuran sup bawang, sos Worcestershire (juga dikenali sebagai kicap burger), parsli dan ramuan lain sehingga menyedapkan makanan ini. Makanan seumpanya seperti 'Hamburger' pula ia akan di bubuh dengan jenis sos Thousand Island juga menjadi semakin terkenal, contohnya burger Big Mac McDonald's yang juga mempunyai versi sos Thousand Island. Bagaimana pun trend dalam beberapa tahun kebelakangan ini dunia turut menyaksikan ada pertambahan populariti burger jenis baru iaitu sebagai alternatif kepada burger daging dan diantaranya termasuklah prodeuk seperti Jenis burger ayam, jenis burger ayam belanda, jenis burger arnab, jenis burger rusa, jenis burger kerbau dan jenis burger burung unta. Sudah ada juha Jenis Burger Sayuran iaitu ia ada menggunakan bahan pengganti daging seperti tauhu, protein sayur-sayuran bertekstur, gluten gandum atau dengan beberapa jenis sayur-sayuran yang dikisar bersama dan dibentuk menjadi daging burger. Beberapa tahun yang lalu ada dilaporkan dimana di Restoran Chili's serta beberapa pengejar makanan sejuk beku mencipta burger kacang hitam yang mempunyai rasa seperti daging salai. Tidak lama kemudian apa yang agak menarik dimana ada burger sayuran mula terkenal di restoran makanan segera terutamanya di kalangan vegetarian yang tidak memakan daging. Bagi Jenis Burger Keju iaitu ia adalah sejenis burger yang ditambah dengan keju sebagai tambahan kepada daging burger. Pada tahun 1924 dilaporkan pengusaha bernama Lionel Sternberger membuat burger keju pertama di dunia di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Memang ada banyak atau t
erdapat banyak jenis burger mengikut jenis inti dan gaya penyediaan. Di Malaysia apa yang penulis blog tinjau dimana beberapa jenis utama mengikut bahan inti ialah jenis burger ayam, jenis burger daging lembu, jenis burger kambing dan jenis burger ikan. Pilihan popular lain yang ada di Malaysia termasuklah jenis burger oblong (bentuk panjang), burger keju (cheeseburger), dan burger crispy (ayam goreng rangup). Semua jenis burger ini aasnya dari bahan di gunakan sama ada ia Daging Lembu, atau Daging Ayam kisar, Daging Kambing atau Isi Ikan atau Isi Sotong


Di laporkan dimana c
ara membuat burger gaya gerai Malaysia yang sedap adalah dengan menyediakan roti bun, daging atau ayam kisar (patty), telur, marjerin, sos Worcestershire atau perisa Maggi serta sayuran segar seperti timun, tomato dan salad. Masak daging di atas kuali panas tanpa menekan-nekannya supaya ia kekal berjus. Bahan-bahan utama yang perlu ada memasak burger di Malaysia terdiri dari Roti bun burger, Patty daging atau ayam, Telur Ayam, Marjerin atau mentega, Sos cili, SOs Tometo dan bahan mayonis, Sos perisa (Maggi seasoning atau Sos Worcestershire) serta bahan sayur (salad, timun, tomato) atau bawang besar. Cara memasak atau membuat burger ini bagi penulis blog yang sesekali membuatnya sendiri di rumah amat mudah dan cepat juga. Pertama perlu di panaskan kuali lepar atas api dan di panaskan sedikit marjerin di atas kuali. Kemudian di masak patty burger (biasanya sejuk beku) sehingga masak dan jangan tekan daging supaya airnya tidak kering. Kemudian dititiskan sedikit sos perisa di atas daging dan boleh di pecahkan telur, ratakan nipis di atas kuali jika mahu gaya makanan burger special. Selanjtnya perlu di bakar sebentar bahhagian dalam dan kulit roti bun yang sudah disapu marjerin atas kuali sehingga agak garing. Angkat roti bun dan ditengahnya di bubuh patty burger (ayam atau daging) dan di tambah dengan berlapiis-lapis sayur salad, timun, tomato, patty, hirisan bawang besar, telur dan sos di dalam roti dan di rapatkan roti bun membentuk kepingan makanan burger yang sedia di makan. Kini penulis blog semakin suka makan Burger Bakar iaitu sejenis burger yang menggunakan daging kisar (tebal dan dibuat sendiri) yang dimasak atas pemanggang atau diatas grill dan ia bukan sekadar digoreng di atas kuali leper biasa dengan minyak sedikit. Jenis ini selalunya dagingnya sering diperap dengan rempah dan sos rahsia menghasilkan rasa yang lebih berjus serta beraroma asap. Antara keunikan burger bakar dimana ia selalunya di bubuh lapisan daging burger yang 'Tebal' iaitu ia akan menggunakan patty daging lembu, kambing atau ayam buatan sendiri yang tebal dan berair. Kemudian ia akan di masak atau dipanggang atas api diman ia akan meninggalkan kesan jalur hitam panggang pada daging dan roti. Ia akan di bubuh jenis sos Lebat dan Keju Leleh dimana ia akan sesuai dihidangkan bersama sos lada hitam, keju cair, mayonis dan sayuran segar. Memang keunikan burger ini adalah ia bersaiz besar dimana dilaporkan kebanyakan gerai menjual saiz yang besar atau bertingkat-tingkat dan penulis suka sesekali membelinya juga (Sila lihat foto paling bawah sekali)Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
MAKANAN BURGER...POPULAR DIA...
CEPAT DISEDIA...MAKANAN SEGERA...
PELBAGAI JENISNYA....ENAK RASA...
RAMLY BURGER...PJENAMA DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1448H).

Monday, August 17, 2026

UBI BADAK - FAKTA PENTING (PART 2)

UBI BADAK
(Dioscorea alata) ialah sejenis tumbuhan yang berumbi yang besar dan ubinya akan tumbuh di dalam tanah dimana apabila matang berukuran besar juga (Sila lihat foto diatas). Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai 'Ubi Besar' atau sebagai 'Ubi Uwi' dimana belum ada rekod penanaman ubi badak ini direkodkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia akan keberadaanya. Bagi penuis blog yang sudah ujirasa akan jenis dan isi ubi ini selalunya berwarna ungu terang, putih, atau kekuningan dengan bila di rebus berikan rasa lemak dimakan begitu sahaja. Dalam beberapa perbincangan ini penulis blog dapati ada gelaran nama yang sering dikaitkan dengan kumpulan ubi liar ini adalah seperti Ubi Akob atau Ubi Akub (Dioscorea orbiculata), Ubi Badak atau Ubi Butung (Dioscorea alata), Ubi Cina (Dioscorea opposita), Ubi Gadong atau Ubi Gadung (Dioscorea hispida), Ubi Pasir (Dioscorea penthaphylla), Ubi Tuba (Dioscorea piscatorum) dan juga yang lainnya. Tumbuhan ini agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ia bukan daripada jenis tanaman penting dari segi umbisi. Dalam penulisan saya sebelum ini pun ramai bertanya akan jenis ubi seperti ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam beberapa rujukkan dilapokan antara ciri-ciridimana pokok jenis ubi badak merupakan jenis pokok menjalar dan memerlukan kayu atau sokongan untuk ianya memanjat. Dalam keadaan mayang ia mempnyai saiz ubi di dalam tanah agak besar dan berat dan ada juga buah kecil (kentang udara) yang tumbuh di atas batang pokok akan tetapi ia tidak boleh dimakan dan hanya guna untuk benih sahaja. Di Malaysia ada laporan di mana ubi badak ini ia di gunakan dalam masakan sama ada ia sedap direbus dan dimakan begitu sahaja dengan kelapa parut atau di jadikan makanan resepi lain seperti di masak sebagai Makanan Pengat atau Kuih Tradisional iaitu dari ubi badak yang berwarna ungu. Berlainan pula dengan jenis ubi badak berwarna isi putih sedap dimasak lemak atau dibuat pengat yang lembut dan lemak. Bagi penulis blog dimana walau pun kurang popular sebenarnya ia merupakan jenis tanaman umbisi yang kurang dikomersilkan dibeberapa negara lain sebagai sumber makanan. DIlaporkan iaitu tanaman ubi badak dikenali secara komersil di peringkat antarabangsa sebagai 'Purple yam' atau 'Greater yam' atau 'Water Yam'. Dalam pada itu taburan dan ada pengeluaran komersil jenis ubi ini di Afrika Barat dan ia dikenali sebagai pusat pengeluaran ubi terbesar dunia bagi jenis 'Belt Yam' merangkumi negara Nigeria, Ghana dan Benin yang mana mereka menghasilkan jutaan tan metrik setahun sebagai makanan ruji penduduknya. Di Filipina pula dilaporkan iaitu ia ditanam varieti ubi badak ungu (ube) secara meluas untuk pasaran industri makanan global sebagai bahan pencuci mulut, aiskrim dan pastri. Sementara itu di Kawasan seperti Caribbean dan di Kepulauan Pasifik dimana ubi badak ini ia menjadi komoditi pertanian penting bagi pasaran tempatan dan eksport serantau. Dilaporkan dimana ia memang banyak kegunaannya daam Industri Moden ia adalah sebagai bahan utama pembuatan pes manis ube halaya, ais krim, kek, dan minuman latte. Ia diproses menjadi tepung ubi dan kerepek bagi kepelbagaian produk kanji industri. Artikel petang Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Ubi Badak untuk bahan bacaan semua.


Menarik fakta khasiat akan Ubi Badak tau ubi uwi mengenai sesuai untuk ia di kongsikan. Ia di laporkan kaya dengan karbohidrat kompleks, serat, vitamin C serta antioksidan seperti antosianin (bagi jenis ubi badak berwarna ungu). Apa pun komponen antosianin ialah sejenis pigmen semula jadi larut air yang mana ia tergolong dalam kumpulan flavonoid dan ia bertanggungjawab memberikan warna merah, ungu atau biru kepada pelbagai jenis bunga, buah-buahan, umbisi dan sayur-sayuran. Ia membantu melancarkan pencernaan, mengawal paras gula dalam darah kerana indeks glisemik yang rendah, memberi tenaga, dan menjaga kesihatan jantung.  Fakta menunjukkan jika khasiat ubi badak ini ia menjadi salah satu sumber tenaga dari zat karbohidrat kompleks di dalamnya memberi tenaga tahan lama selepas ia dimakan. Disebab ia tinggi kandungan serat untuk usus yang sihat dan dapat mengelakan akan kejadian sembelit. Memakan ubi badak juga di dakwa ia akan mengawal gula sebabnya ia mempunyai nilai Indeks Glisemik rendah dimana ciri ini ia bagus untuk pesakit kencing manis. Seterusnya didakwa dimana ia akan Menjaga Jantung dari bahan antioksidan yang mampu untuk melindungi sel badan dan kurangkan kolesterol jahat dan makan ubi badak didakwa ia membantu diet: seseorang seban pemakannya akan cepat kenyang dan sesuai untuk mengawal berat badan. Walau pun banyak di laporkan dimana memakan ubi badak ini ia secara amnya selamat dan berkhasiat, namun ancaman utamanya timbul jika tersilap pilih dengan sepupunya yang beracun seperti Jenis Ubi Gadung (Dioscorea hispida) atau jika tidak dimasak dengan sempurna. Memang timbuk isu kekeliruan dengan Ubi Gadung diman lazimnya jeni ubi badak ini ia biasa tidak beracun akan tetapi sesetengah orang salah semasa cuba membezakannya dengan ubi gadung yang mengandungi racun sebatian alkaloid (dioskorin) dan sianida (cyanide) iaitu bahan semulajadi yang menyebabkan mabuk, muntah, pening atau lumpuh sementara jika mentah. Mungkin ada kes dan ancaman 'Rasa Gatal' pada Kulit seepas makan ubi badk sebab ada getah ubi yang mentah boleh menyebabkan isu kegatalan atau kerengsaan pada kulit jika disentuh sebelum dibasuh bersih. Ancaman lain seperti ada Masalah Dalam Proses Penghadaman selaps memakan ubi badak ini yang kurang masak boleh menyebabkan perut kembung atau tidak selesa kerana kandungan kanji yang tinggi. Penulis blog kongsikan akan beberapa langkah keselamatan perlu dilakukan dimana pertama perlu di Kupas Kulit Sepenuhnya iaitu denga membuang kulit ubi badak ini dengan bersih kerana di sinilah terumpulnya sebatian kimi yang boleh merengsakan pemakannya. Sebaiknya ubi ini di basuh dan di masak sehingga masak sepenohnya dan dipastikan ubi ini ia direbus, dikukus atau dibakar sepenuhnya sebelum sesuai dihidangkan.


Menarik penulis blog konsikan fakta mengenai Isu Mitos makan ubi badak atau ubi uwi (sejenis umbi kuno) yang sering dicanangkan orang dulu adalah ia boleh menyebabkan angin melampau atau 'Masuk angin' jika dimakan waktu petang akan tetapi faktanya adalah ia sebenarnya tindak balas biasa sistem penghadaman menukar serat dan kanji kepada gasdan adalah normal jika orang buang anign atau kentut untuk elakan isu kembong perut ini.  Kalangan orang tua di Malaysia didakwa mereka masih percaya ubi uwi banyak angin jika dimakan akan tetapi faktanya dimana ia hanya proses penapaian biasa dalam usus. Mitos makan ubi ini akan menyebabkan Kes Bisa Badan seperti rasa radang sendi atau sakit sendi akan tetapi faktanya masih tidak ada bukti saintifik yang mengesahkan dakwaan ini. Seterusnya ada Mitos Bahan Racun Tersembunyi dala ubi badak dan dianggap semua uwi beracun seperti gadung tetapi faktanya dimana ubi badak ini ia selamat dimakan jika dimasak dengan betul. Fakta kesihatan Ubi Badak ini ia tinggi kandungan serat yang melancarkan pencernaan serta ia mempunyai indeks glikemik yang rendah berbanding nasi dan amat kaya dengan sumber tenaga seperti karbohidrat kompleks. Cara memakannya ada pelbagai cara dan ia bergantung kepada budaya, negara dan sebagai makanan rutin. Paling sesuai di sediakan dengan cara Memasak Cara K
ukus dengan kelapa parut, dibuat pengat atau dijadikan kuih tradisional seperti onde-onde ubi badak danjuga Makanan Begedil Ubi Badak. Pertama di kongsikan fakta akan cara Masak Ubi Uwi Kukus Kelapa iaitu dikupas kulit ubi badak dulu di dicuci bersih seterusnya ia dipotong saiz sederhana. Kemudian ia di kukus bersama sedikit garam dan sehelai daun pandan selama 20 minit sampai tekstur empuk. Hidangkan panas-panas bersama kelapa parut gaul sedikit garam. Paling penulis blog suka adalah memakan kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu seasa bertugas di Kelantan dan Pahang dahulu. Resepi Resepi Kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu ini mudah di buat asalkan ada bahan (Sila lihat foto paling atas sekali). Onde-onde ubi ungu (atau keledek ungu) ialah kuih tradisional yang lembut dan kenyal berisi gula melaka serta bersalut kelapa parut. Bahan utamanya 1 cawan ubi badak atau pun jenis keledek ungu yang direbus dan dilenyek, 2 cawan tepung pulut, 1/2 sudu teh garam halus, Air suam atau gunakan air rebusan ubi secukupnya, gula melaka (dipotong kecil untuk inti), kelapa parut putih (gaul sedikit garam dan dikukus sebentar). Cara membuatnya dengan menggaulkan ubi ungu lenyek, tepung pulut dan garam dalam mangkuk dan kemudian dimasukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya adunan ini ia di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Dalam bekas diambil sedikit doh dan ia dileperkan dan letak kiub gula melaka di tengahnya. Pastika ia dibulatkan doh kemas-kemas supaya inti tidak bocor dan di atas api dididihkan air dan dimasukkan bebola onde-onde ke dalam air panas dan ia diangkat onde-onde apabila ia timbul menandakan ia sudah masak. Toskan air dan terus gulingkan di atas kelapa parut dan sedia untuk di nikmati.  

 
Menarik dalam portal astroawani.com dilaporkan '
Rezeki lumayan penoreh yang jual pelbagai ubi pada musim tengkujuh' apabila di Tanah Merah, Kelantan semasa tiba musim tengkujuh ada penoreh iaitu Siti Mariam Samad dari Kampung Padang Siam boleh tersenyum lebar kerana pelbagai tanaman ubi yang diusahakan bersama suami begitu laris dan mendapat permintaan tinggi. Wanita berusia 55 tahun itu dan suami Muhammad ada mengusahakan pelbagai tanaman ubi di atas sebidang tanah di belakang rumah mereka di Kampung Padang Siam sejak tujuh tahun lepas dan diantara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah Jenis Ubi Kayu, Jenis Ubi Badak, Jenis Ubi Keledek dan Jenis Ubi Kembili yang hanya memerlukan tujuh bulan untuk dituai dan kemudian ia mengeluarkan hasil. Dakwanya walaupun tiba musim tengkujuh, ramai petani akan berasa risau namun rezeki saya berlimpah ruah pada waktu hujan. Kebiasaannya jika musim hujan ada semakin ramai orang membeli ubi dan sebaliknya kalau tidak hujan permintaannya kurang. Siti Mariam dakwa ketika musim hujan, mereka mampu menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, badak, keledek dan kembili sebanyak 30 - 50 kilogram (kg) sehari iaitu dengan harga jualan bergantung kepada jenis ubi bermula serendah RM2 hingga RM5 sekilogram. Dakwanya dimana disebabkan pendapatan sebagai penoreh ketika musim tengkujuh sering tidak menentu, maka mereka memilih untuk mengusahakan tanaman ubi sebagai sumber pendapatan sampingan. Dia selama ini bekerja sebagai penoreh getah dimana pendapatan pasti tidak menentu apabila tiba musim tengkujuh disebabkan itu kami mengambil inisiatif untuk menanam ubi bagi menjana pendapatan. Ubi jenis ini ia begitu sinonim di Kelantan ketika musim hujan dan biasa dimakan dengan cara direbus dan dihidang bersama kelapa parut, sambal tumis ikan bilis, atau dibuat ubi 'getuk' atau sebagai tapai ubi dan ubi goreng. Ia juga di buat kuih putu halba antara kuih tradisional diperbuat daripada ubi kayu juga mendapat permintaan tinggi semasa musim tengkujuh. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..  
UBI BADAK...JENIS UBI UWI SAMA...

KURANG DITANAM...MASIH LIAR DIA...
BANYAK KHASIAT...KENA UJIRASA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Safar 1448H).

Sunday, August 16, 2026

UBI BADAK - FAKTA PENTING (PART 1)

UBI BADAK
(Dioscorea alata) ialah sejenis tumbuhan yang berumbi yang besar dan ubinya akan tumbuh di dalam tanah dimana apabila matang berukuran besar juga (Sila lihat foto diatas). Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai 'Ubi Besar' atau sebagai 'Ubi Uwi' dimana belum ada rekod penanaman ubi badak ini direkodkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia akan keberadaanya. Bagi penuis blog yang sudah ujirasa akan jenis dan isi ubi ini selalunya berwarna ungu terang, putih, atau kekuningan dengan bila di rebus berikan rasa lemak dimakan begitu sahaja. Dalam beberapa perbincangan ini penulis blog dapati ada gelaran nama yang sering dikaitkan dengan kumpulan ubi liar ini adalah seperti Ubi Akob atau Ubi Akub (Dioscorea orbiculata), Ubi Badak atau Ubi Butung (Dioscorea alata), Ubi Cina (Dioscorea opposita), Ubi Gadong atau Ubi Gadung (Dioscorea hispida), Ubi Pasir (Dioscorea penthaphylla), Ubi Tuba (Dioscorea piscatorum) dan sebagainya. Tumbuhan ini agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ia bukan daripada jenis tanaman penting dari segi umbisi. Dalam penulisan saya sebelum ini pun ramai bertanya akan jenis ubi seperti ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam beberapa rujukkan dilapokan antara ciri-ciri
dimana pokok jenis ubi badak merupakan jenis pokok menjalar dan memerlukan kayu atau sokongan untuk ianya memanjat. Dalam keadaan mayang ia mempnyai saiz ubi di dalam tanah agak besar dan berat dan ada juga buah kecil (kentang udara) yang tumbuh di atas batang pokok akan tetapi ia tidak boleh dimakan dan hanya guna untuk benih sahaja. Di Malaysia ada laporan di mana ubi badak ini ia di gunakan dalam masakan sama ada ia sedap direbus dan dimakan begitu sahaja dengan kelapa parut atau di jadikan makanan resepi lain seperti di masak sebagai Makanan Pengat atau Kuih Tradisional iaitu dari ubi badak yang berwarna ungu. Berlainan pula dengan jenis ubi badak berwarna isi putih sedap dimasak lemak atau dibuat pengat yang lembut dan lemak. Bagi penulis blog dimana w
alau pun kurang popular sebenarnya ia merupakan jenis tanaman umbisi yang kurang dikomersilkan dibeberapa negara lain sebagai sumber makanan. Di laporkan iaitu jenis tanaman ubi badak dikenali secara komersil di peringkat antarabangsa sebagai 'Purple yam' atau 'Greater yam' atau 'Water Yam'. Dalam pada itu taburan dan ada pengeluaran komersil jenis ubi ini di Afrika Barat dan ia dikenali sebagai pusat pengeluaran ubi terbesar dunia bagi jenis 'Belt Yam' merangkumi negara Nigeria, Ghana dan Benin yang mana mereka menghasilkan jutaan tan metrik setahun sebagai makanan ruji penduduknya. Di Filipina pula dilaporkan iaitu ia ditanam varieti ubi badak ungu (ube) secara meluas untuk pasaran industri makanan global sebagai bahan pencuci mulut, aiskrim dan pastri. Sementara itu di Kawasan seperti  Caribbean dan di Kepulauan Pasifik dimana ubi badak ini ia menjadi komoditi pertanian penting bagi pasaran tempatan dan eksport serantau. Dilaporkan dimana kegunaannya daam Industri Moden ia adalah sebagai bahan utama pembuatan pes manis ube halaya, ais krim, kek, dan minuman latte. Diproses menjadi tepung ubi dan kerepek bagi kepelbagaian produk kanji industri.
Artikel petang Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Ubi Badak untuk bahan bacaan pembaca blog semua.


Menang tidak banyak makluma mengenai teknologi penanaman dan varieti tentang Ubi Badak atau 'Ubi Uwi' yang dapat di ketahui di Malaysia malahan Jabatan Pertanian Malaysia pun agak kekurangan bahan rujukan tumbuhan ini. Bagaimana pun di Malaysia ada terdapat Ubi Badak  (Dioscorea alata) dimana ia secara umumnya dibahagikan kepada dua jenis utama berdasarkan warna isi umbinya di dalam tanah iaitu Jenis Ubi Badak Isi Putih atau dikenali sebagai  'Badak Nasi' dan Jenis Ubi Badak Isi Ungu atau nama lainnya sebagai 'Keluduk' dikalangan masyarakat tempatan. Bagi penulis blog sudah melihat dan ujirasa kedua-dua jenis ubi badak ini semasa bertugas lebih 38 tahun di Jabatan Pertanian Malaysia sebagai agronomist. Pertama adalah Jenis Ubi Badak Putih (Badak Nasi) dimana dilihat yang isi umbi berwarna cerah, warna putih atau warna putih kekuningan. Apa pun ia 
juga dikenali sebagai 'Ubi badak nasi' di sesetengah tempat dan mempunyai bentuk saiz yang besar serta rasa yang agak manis. Melihat akan kulitnya ia kasar dan isi dalam berwarna putih cerah dan bila di masak rasanya sedap, berlemak dan sedikit manis. Apa pun selalunya cara masak ubi jenis ini ia amat sesuai direbus begitu sahaja atau boleh dibuat pengat atau dimasak lemak dimasukkan kedalam gulai. Dalam buat tinjauan di laporkan yang harga ubi badak putih ia berkisar antara RM2.50 -  RM6.00 sekilogram bergantung pada pasaran tempatan dan sama ada ia dijual mentah di pasar tani atau secara online. Kedua adalah Jenis Ubi Badak Ungu atau di panggil juga sebagai 'Keluduk' atau 'Purple Yam' atau 'Ube' yang mana ia isinya berwarna ungu terang atau ungu leylac (Sila lihat foto paling bawah sekali). Jenis ini di laporkan ia lebih manis, berlemak dan sangat popular dijadikan bahan kuih tradisional (seperti kuih koleh), kerepek, pengat, kek, serta perisa aiskrim. Dilaporkan di Malaysia dimana harga ubi badak ungu atau ubi uwi ungu lazimnya jika ada dijual segar di pasaran harganya sekitar RM5.50 - RM8.00 sekilogram (kg) dimana ia akan bergantung kepada lokasi pasar dan jenis gred umbi tersebut iaitu lebih mahal dari jenis ubi badak putih. Bagi harga anakbenih ubi badak ungu ada dijual dengan harga  RM9.00 - RM15.00 seunit untuk menanamnya sendiri. Penulis blog kongsikan perbezaan Ubi Badak Ungu dan Keledek Ungu dimana ubi badak ungi isinya lebih padat, bertepung serta ia beraroma harum dan selalu ia dijadikan bahan kuih-muih tradisional atau ube halaya. Harganya sedikit lebih tinggi kerana agak sukar ditemui di pasar biasa. Bagi jenis Keledek Ungu dimana teksturnya lebih lembut dan berair dan ia biasa dijual meluas di pasar raya dan gerai sayur. Dilaporkan di negara jiran Indonesia ada beberapa jenis ubi badak atau ubi uwi yang di tanam dan di makan. Di antara jenis-jenis ubi uwi yang biasa dikenali termasuklah Jenis Uwi Wulung (yang mana isinya berwarna ungu pekat dan sering dijadikan bahan perisa atau kuih tempatan), Jenis Ubi Kelapa (yang kulit luar berakar kasar, isi berwarna putih, krem atau sedikit ungu cerah), Jenis Ubi Uwi Beras (isinya berwarna putih bersih dan kulitnya berwarna coklat), Jenis Ubi Uwi Ulo (ada bentuk umbi panjang dan melingkar seperti ular) dan Jenis Ubi Uwi Bangkulit (yang manaa ia mempunyai kulit kemerahan dengan isi umbi berwarna putih).


Di laporkan dimana penanaman dan pengeluaran Ubi Badak atau Ubi Uwi atau 'Greater Yam' atau (Dioscorea spp) yang  terbesar di dunia didominasi oleh negara-negara di benua Afrika (menyumbang kira-kira 96% pengeluaran global) iaitu dengan Nigeria sebagai pengeluar nombor satu dunia serta ia diikuti oleh Ghana dan Ivory Coast (Sila lihat foto disebelah). FAOStat melaporkan dimana mengikut tTaburan pengeluar utama direkodkan bagi ubi badal atau greater yam adalah Negara Nigeria iaitu berkemampuan mengeluarkan melebihi 60 juta tan setahun dan ini ianya menyumbang hampir 70% jumlah keseluruhan dunia. Kedua ia di tanam meluas di negara Ghana sebagai negara kedua terbesar di dunia dalam pengeluaran ubi uwi (greater yam) dan ketiga yang luas menanamnya adlah negara Ivory Coast (Côte d'Ivoire) dan ia mengeksport dan pengeluar utama ubi ini yang ketiga terbesar dunia. Berlainan pula dengan kawasan Asia Tenggara dimana walaupun rantau ini (termasuk negara Indonesia dan Malaysia) adalah tempat asal usul botani ubi badak atau ubi uwi ini akan tetapi jumlah pengeluarannya kini lebih kepada skala kecil dilakukan oleh kalangan pekebun kecil tempatan berbanding dengan ia merupakan jenis pokok tanaman separa liar berbanding Afrika yang menjadikannya makanan ruji utama disana. Apa pun ubi uwi (atau ubi badak) ialah sejenis umbi berkanji yang pernah menjadi sumber makanan ruji atau makanan pokok masyarakat Nusantara dan Orang Asli pada zaman dahulu sebelum makanan nasi sudah menjadi pilihan utama.  Ia adalah jenis tanaman memanjat berubi di dalam tanah yang mempunyai pelbagai varieti drprti bab diatas. Ia kaya dengan zat karbohidrat kompleks, serat, serta kanji rintang yang baik untuk kesihatan perut. Pokoknya sangat tahan lasak, mudah hidup di kawasan ekstrem atau kering, dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Kalau hendak di jadikan makanan dimana isinya boleh dimakan selepas direbus, dikukus, dibakar atau digoreng dan dimakan dengan begitu sahaja atau dengan lauk lain. Ada dilaporkan dimana di sesetengah tempat, ia juga dijadikan pes atau di lecek sebagai pengganti sumber tenaga utama ketika berlaku kekurangan bekalan makanan tempatan. 


Penanaman ubi badak atau 'ubi uwi' mudah ditanam dengan menggunakan keratan ubi atau umbi kecil yang mana ia mempunyai mata tunas. Benih uwi ditanam sedalam 5 - 10 cm di dalam tanah gembur atau di atas batas berderet dengan jarak 1 meter antara lubang dipastikan ia dipasang memerlukan kayu sokongan atau jenis kayu junjung kerana sifat pokoknya yang memanjat (Sia lihat foto didebelah). langkah pertama kalu hendak menanam ubi badak adalah begaimana cara penyediaan anakbenih dan kerja penyediaan tanah. Penting dapatksn anakbenih ubi yang sihat drngsn mrnggunakan keratan umbi badak atau ubi uwi bersaiz kecil yang mempunyai mata tunas yang aktif dan bebas daripada ancaman penyakit. Di kebun dimana tanah mesti digemburkan dahulu atau boleh disediakan batas atau lubang tanaman dengan tanah yang gembur, kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran air yang baik supaya air tidak bertakung. Cara penanaman dengan gunakan anakbenih ubi yang dimasukkan benihnya ke dalam lubang sedalam 5 -10 cm dengan bahagian mata tunas menghadap ke atas. Periksa dan pastikan jarak tanaman sekitar 1 meter antara pokok agar laluan akar dan sulur tidak terlalu sesak. kemudian di pasang kayu junjung untuk tumbuhan ini memanjat keranaia adalah sejenis pokok menjalar (climber). Siram seleas menanam dan disiram berkala tetapi pastikan tanah tidak terlalu basah bagi mengelakkan ancaman kes umbi rosak atau busuk. Kerja merumput di buat kerap dengan membuang rumput atau rumpai di sekeliling pangkal secara berhati-hati supaya tidak merosakkan akar umbi yang sedang membesar. Tempoh matang bagi tanaman ubi badak atau ubi uwi ini ia biasanya boleh dituai selepas 6 - 9 bulan selepas di tanam iaitu apabila bahagian batang dan daun mula menguning serta kering. 
Ciri ubi ini matang bila dilihat pokoknya berbatang melilit dan mempunyai daun berbentuk hati dan kulit umbi berwarna perang atau coklat serta isi umbi ia mempunyai pelbagai variasi warna mengikut jenis dan cara simpan ubi uwi yang betul penting untuk pastikan ia tahan lama tidak bertunas dan tidak rosak. iaitu menyimpan Ubi Badak ini di tempat yang kering, sejuk dan gelap dengan mengalas bahagian bawah ubi dengan kotak kertas atau kadbod untuk elak cepat bertunas. Jauhkan daripada tempat yang basah atau lembap supaya tidak mudah busuk.  Awas agar jangan simpan di dalam peti sejuk (kecuali jika telah dikupas dan dipotong untuk tujuan dibekukan). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..  
UBI BADAK...JENIS UBI UWI SAMA...

KURANG DITANAM...MASIH LIAR DIA...
BANYAK KHASIAT...KENA UJIRASA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Safar 1448H).

Saturday, August 15, 2026

PISANG REBUS VS PISANG GORENG

PISANG GORENG
dan PISANG REBUS adalah dua cara bagaimana cara memakan pisang daripada buah pisang segar yang di hasilkan (Musa spp.) yang memberikan kelainan dan khasiat tersendiri. Pisang Goreng dilaporkan ia lebih dominan dan popular berbanding dengan Pisang Rebus (malahan ada dikalangan pembaca blog terutama generasi sekarang ramai tidak pernah ujirasa akan kelainan pisang rebus). Apa pun bagi penulis blog dimana sejak dari zaman kanak-kanak dulu hingga dewasa sudah biasa dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan berasaskan buah pisang dari pisang goreng, lepat pisang, cekodok pisang, kek pisang, pengat pisang, kerepek pisang dan sebagainya. Apa pun tanaman pisang adalah salah satu buah-buahan tropika yang popular dan tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dimana terkini pada tahun 2025 seluas 26,964 hektar pisang di tanam di Malaysia dengan pengeluaran hasil sebanyak 347,855 metrik tan (Sumber: Buku Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2026). Negeri Johor merupakan yang paling luas menanam pisang iaitu seluas 6,848 hektar (hasilkan sebanyak 111,425 mt) diikuti dengan Sabah (4,178 ha) dan Perak (2,995 ha). Buah Pisang senang didapati di mana-mana saja baik di gerai tepi jalan mahupun di pasaraya besar dengan harganya juga agak murah berbanding buah-buahan tropika yang lain seperti durian dan tembikai. Bagi penulis blog yang ada menanam beberapa jenis pokok pisang di keiling rumah sangat gembira sebab setiap bulan akan ada sahaja tandan pisang yang masak untuk di petik. Dilaporkan dimana buah pisang mempunyai banyak khasiat dengan kandungan vitamin, mineral dan serat yang tinggi. Kandungan potassiumnya yang tinggi baik untuk kesihatan jantung di samping membantu menstabilkan tekanan darah. Bahan Pektin yang terdapat di dalam pisang juga boleh membantu mengawal kenaikan gula dalam darah selepas makan. Saya ada menulis hampir 50 artikel pasal pisang dalam blog dimana di Malaysia antara spesis pisang popular antaranya adalah Jenis Pisang Raja, Pisang Emas, Pisang Embun, Pisang Tanduk, Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Awak, Pisang Berangan dan juga Pisang Raja. Antara ancaman tanaman pisang di Malaysia adalah serangan oleh p
enyakit utama yang paling merbahaya dan mengancam tanaman pisang di Malaysia ialah Penyakit Layu Fusarium (penyakit Panama) dan Penyakit Darah Pisang (Banana Blood Disease) yang mana ia boleh memusnahkan satu kebun dalam masa yang singkat.  Penyakit Pisang Layu Fusarium ia disebabkan oleh kulat dalam tanah dengan tanda serangan daun pisang jadi kuning dan rosak dari bawah ke atas. Batang pokok retak dan isi dalam batang jadi perang. Bagi jenis Penyakit Darah Pisang (Blood Disease) dimana ia disebabkan oleh bakteria dan simptomnya buah pisang busuk dan nampak merah seperti berdarah bila dipotong dimana jantung pisang tidak jadi buah dan pokok cepat mati. Sementara itu ancaman Penyakit Moko ia disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum dimana tandanya buah dan anak benih pisang layu serta mati.  Artikel lewat petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai Makanan Pisang Goreng dan Pisang Rebus untuk  bahan rujukkan semua.


Penulis blog kupas tentang PISANG REBUS iaitu ia adalah  ialah sejenis makanan tradisional di mana buah pisang direbus di dalam air bersama sedikit garam sehingga empuk. Biasanya makanan ini ia dinikmati bersama kelapa parut muda dan sedikit gula merah atau gula pasir atau dimakan begitu sahaja. Bagi penulis blog makanan ini ia semakin jarang di hidangkan atau ad dijual. Dalam beberapa laporan di katakan yang pisang rebus kaya dengan serat dan ia membantu melancarkan akan sistem pencernaan, membekalkan tenaga dan mengenyangkan lebih lama. Ia juga bagus untuk mengawal paras gula dalam darah kerana kandungan kanji tahan (resistant starch) yang tinggi, terutamanya jika menggunakan pisang yang agak muda. Apa pun Resepi Pisang Rebun dan cara menyediakan pisang rebus sangat mudah isitu diperlukan pisang (seperti pisang Awak atau Pisang Abu), air dan sedikit garam. Cara buat dengan membasuh pisang dan dimasukkan ke dalam periuk serta di tambah air dan garam (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh direbus atas api sederhana selama 15 hingga 20 minit sehingga empuk, toskan dan kemudian ia sedia dihidangkan dengan kelapa parut. Apa pun kalau hendak buat sendiri sediakan bahan-bahan iaitu 4-5 biji pisang (pisang Awak, pisang abu, atau pisang tanduk), air secukupnya untuk merendam pisang, 1 sudu kecil garam an kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam (untuk cicah). Cara Memasak dengan membasuh pisang bersih-bersih dan ia juga boleh rebus terus dengan kulitnya atau kupas dahulu. Masukkan pisang ke dalam periuk dan dituang air sampai pisang tenggelam dan dimasukkan garam direbus dengan api yang sederhana. Apa pun selepas rebus 15 minit sampai pisang lembut dan empuk boleh tutup api, angkat, toskan dan dimakan panas-panas cicah dengan kelapa parut. Khasiat Pisang Rebus dimana ia baik untuk Pencernaan dan Perut sebab ia mudah dihadam iaitu ada jenis tekstur yang lembut sangat sesuai untuk perut sensitif atau individu yang sedang sembuh daripada sakit. Ia juga mampu Mencegah sembelit sebab ada tinggi serat dan melawaskan pembuangan air besar. Ia dilaporkn ada jenis bakteria baik untuk usus yang bertindak sebagai prebiotik yang menyuburkan mikrobiom usus. Pisang Rebus juga mengawal Berat Badan dan bekalkan tenaga dimana perut akan rasa kenyang lebih lama serta ia membantu peminat mengurangkan nafsu makan dan menyokong proses diet. Ia membekalkan Tenaga berterusan jenis karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga semula jadi dan ia Rendah Lemak sebagai jenis makanan sihat tanpa tambahan minyak atau lemak berlebihan. Ia juga Membantu merendahkan kadar penyerapan glukosa ke dalam darah dan baik untuk jantung dengan adanya kandungan kalium tinggi yang membantu mengawal tekanan darah sihat. Penulis blog buat tinjauan dimana harga pisang rebus biasanya dijual sekitar RM1.00 sebiji atau di antara RM3.50 - RM5.00 seikat (ikut sisir) bergantung kepada jenis pisang (seperti pisang Sabah atau pisang abu) dan lokasi gerai. Jika beli pisang mentah di pasar pula dimana harga sekilo biasanya sekitar RM3.00  RM5.00 sebelum direbus.  Ada pun jenis Pisang Rebus yang digemari ramai seperti Pisang Sabah, Pisang Awak dan Pisang TAnduk yang paling sedap direbus kerana isi yang padat dan sedikit kenyal. Cara hidangan ia biasa dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kelapa parut masin atau sambal tumis.


Makanan popular di Malaysia seperti GORENG PISANG mudah di beli setiap hari di mana sahaja dan ia memang makanan yang di sukai ramai. Pisang goreng ialah sejenis kuih atau makanan ringan tradisional yang dibuat daripada buah pisang. Pisang dipotong, dicelup ke dalam bancuhan tepung gandum, sedikit garam dan air, lalu digoreng di dalam minyak panas sehingga garing dan berwarna keemasan. Goreng Pisang sesuai dimakan pada waktu pagi atau minum petang bersama teh atau kopi dimana antara jenis pisang ia biasanya guna pisang raja, pisang abu, pisang tanduk atau pisang awak dimana sekarang sudah ada jenis pisang goreng moden di hidang bersama keju, susu atau coklat. Apa pun untuk membuat pisang goreng yang rangup dan sedap ada banyak cara bergantung kepada jenis pisang, untuk makan sendiri atau jualan dan sebagainya. Bahan yang disediakan adalah 5 - 6 6 biji pisang (nangka, abu atau tanduk yang sesuai dibelah dua atau potong ikut suka), 1 cawan tepung gandum, 2 sudu besar tepung beras (rahsia rangup),
1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna kuning cantik), 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula, Air sejuk berais (secukupnya) serta minyak masak (untuk menggoreng). Cara membuat iaitu dengan memasukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan gula ke dalam mangkuk dan dituang air sejuk berais sedikit demi sedikit. Ia dikacau adunan sehingga sebati dan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan dicelup potong pisang ke dalam bancuhan tepung kemudian dimasukkan pisang ke dalam minyak panas. Ia di goreng hingga kuning keemasan dan garing dan kemudian diangkat dan tos minyak sebelum di hidangkan. Penulis blog paling suka makan goreng pisang dengan cicah sambal kicap. Pisang goreng sebenarnya mempunyai khasiat asal daripada buah pisang seperti kalium, vitamin C, dan serat namun proses menggoreng dan cara penggunaan tepung berserta minyak panas menyebabkan kandungan kalori, lemak dan gula meningkat secara ketara berbanding pisang segar. Khasiat dan kebaikan asal daripada Buah Pisang sebagai buah yang jadi sumber tenaga pantas iaitu ia membekal karbohidrat ringkas untuk tenaga harian dan zat kalium yang membantu fungsi otot dan mengawal tekanan darah. Ia ada sedikit serat yang membantu sistem pencernaan walaupun sebahagiannya berkurang semasa dimasak. Apa pun ada ancaman dan risiko kesihatan memekan goreng pisang berbanding dengan pisang rebus. Ia berlaku akibat proses menggoreng menyebabkan ia tinggi kalori dan lemak apa lagi dimana minyak panas melipatgandakan jumlah kalori dan lemak dalam makanan. Ada ancaman berlaku lonjakan gula darah dimana dengan kombinasi karbohidrat dan minyak menyebabkannya cepat dihadam dan menaikkan paras gula dengan cepat. Ada ancman dan risiko wujud lemak trans iaitu minyak yang guna berulang kali boleh menaikkan kolesterol jahat akan menjejaskan kesihatan. Penulis blog buat tinjauan dimana harga pisang goreng di Malaysia biasanya dijual sekitar RM0.50 - RM1.20 seketul bergantung kepada banyak faktor. Jika dibeli di gerai tepi jalan selalu harga purata adalah sekitar RM2.00 - RM3.00 untuk 4 hingga 6 ketul, manakala di platform penghantaran seperti Foodpanda dilaporkan yang  harganya mungkin sedikit tinggi iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2.00 untuk 3 ketul atau jenis pisang goreng cheese bernilai RM7.00 hingga RM9.00 sebekas. Apa pun antara faktor harga Pisang Goreng adalah Lokasi Gerai dimana bagi jenis gerai tepi jalan atau kampung biasanya lebih murah (RM0.50 seketul), manakala kawasan bandar atau kafe moden mereka mengenakan harga lebih tinggi. Faktor jenis gorengan dan jenis pisang goreng biasa lebih murah berbanding pisang goreng cheese, coklat atau pisang goreng crispy bersalut khusus. Faktor kuantiti belian dimana dengan pembelian secara banyak (seperti RM5.00 atau RM10.00 seikat/sebekas) kadangkala memberi lebih banyak ketul mengikut budi bicara penjual. 


Antara beberapa Jenis Pisang yang popular di tanam dan di jual di Malaysia adalah Jenis Pisang Raja yang agak besar saiznya berbanding pisang yang lain dimana bagi penulis blog yang ada menanam di kampong pisang ini ia juga tidak sukar di beli. Pisang raja ia juga mempunyai rasa yang semulajadi lemak manis, pisang ini sedap digoreng atau dimakan begitu saja. Ia juga selalu digunakan untuk membuat pengat, kek atau kuih. Kedua adalah Jenis 
Pisang Emas yang mana ia juga dikenali dengan nama Lady Finger Banana yang mana bersaiz kecil dan pendek. Namanya diperolehi daripada warnanya yang bertukar kuning keemasan apabila masak. Kulitnya nipis dan amat digemari oleh kanak-kanak sebagai snek. Rasanya sangat manis dan selalu dijadikan Cekodok atau kekakan tetapi selalunya jenis pisang ni cepat lebam bila dah masak dan selalunya ia dimakan atau dimasak secepat mungkin sebaik saja ia masak. Pisang emas yang muda selalu dimasak seperti resepi Masak Gulai atau Masak lemak. Ketiga ada Jenis Pisang Embun dimana ia juga dikenali dengan nama 'pisang bunga' dan 'pisang ambon' di Filipina. Pisang ini bersaiz besar dan mempunyai kulit yang bertukar daripada warna hijau ke warna kuning atau merah apabila masak. Rasanya tidak semanis pisang emas dan pisang raja akan tetapi ia masih tetap sedap dimakan begitu saja. Sama seperti pisang emas dimana selalunya jenis pisang embun harus dimakan secepat mungkin kerana ia cepat bertukar menjadi lembik setelah masak. Keempat adal Jenis Pisang Tanduk iaitu pisang yang penulis blog paling suka makan dan di goreng atau di rebus yang ada jenis sepertinya iaitu Pisang Lang. Apa pun pisang tanduk ia bersaiz besar dan mempunyai bentuk yang panjang dan melengkung seakan-akan tanduk. Jika di makan mentah dimana rasanya sedikit masam jadi lazimnya ia digunakan dalam masakan dan bukan dimakan mentah. Pisang tanduk biasanya dijadikan kerepek, di buat pengat, di goreng atau di rebus. Kelimat ada Jenis Pisang Nangka yang mana warna kulit akan kekal hijau walaupun telah masak. Jika kulitnya bertukar warna kekuningan iaitu ia bermakna yang pisang tersebut sudah lembik isinya dan tak sesuai lagi untuk dimakan. Seperti pisang tanduk dimana ia mempunyai rasa yang bercampur antara manis dan masam dimana lazimnya jenis pisang nangka sesuai sama ada ia digoreng, direbus atau di jadikan dessert. Seterusnya ada Jenis Pisang Nipah dimana ia juga digelar pisang abu iaitu ia mempunyai bentuk yang bersegi dengan kulit yang tebal. Ia biasanya paling meluas di goreng atau dijadikan pengat dan pelbagai jenis kuih dan direbus dan jarang dimakan mentah begitu saja. Aada juga Jenis Pisang Awak iaitu sejenis buah pisang yang mempunyai bentuk yang gemuk dan pendek. Apa pun cirinya yang unik berbanding pisang jenis lain ialah ia mempunyai biji berwarna hitam yang agak keras dan boleh dilihat dengan mata kasar. Pisang awak lazimnya paling ramai orang akan Menggorengnya atau Direbus dan dicicah atau dibuat beberapa jenis kuih. Agak jarang orang makan pisang awak segar begitu saja sebab ada rasa kelat dan berbiji. Akhir sekali ada Jenis Pisang Berangan iaitu ia sangat popular di makan segar di Nalaysia sebab ia mempunyai rasa yang sangat manis dan biasanya dihidangkan begitu saja di majlis-majlis keramaian sebagai pencuci mulut. Selain daripada dimakan mentah dilaporkan ia juga sering digoreng kerana isinya agak keras dan tidak benyek atau lembik dimana ciri ini ia menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam masakan. Ia juga ada yang direbus. Pisang berangan juga sering dijadikan pelbagai jenis kuih, fessert, lempeng pisang, roti canai pisang dan juga di buat kek. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GORENG PISANG...RAMAI SUKA MAKAN...
PISANG REBUS... ADA KHASIAT KESIHATAN...
PILIH JENIS PISANG...ADA DI JELASKAN...
BACA ARTIKEL...ADA FAKTA DIDAPATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
melaka,
malaysia.
(1 RabiulAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...